Anda di halaman 1dari 1

Zaman Prasejarah Malaysia dapat dijejaki seawal 200,000 tahun yang lalu berikutan

penemuan alatan-alatan yang diperbuat daripada batu dan dijumpai di tapak arkeologi
Kota Tampan, Lenggong. Rangka manusia terawal, Perak Man yang berusia 11,000
tahun dan Perak Woman yang berusia 8,000 tahun juga turut dijumpai di Lenggong.
Terdapat kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu yang tidak terganggu yang dibuat
menggunakan andas dan tukul-tukul batu. Di Gua Niah, Sarawak, terdapat bukti-bukti
wujudnya penempatan manusia tertua di Malaysia yang berusia 40,000 tahun dahulu.
Salah satu bukti yang terkenal ialah lukisan dinding sepanjang 200 kaki di Gua Kain
Hitam dekat Gua Niah, Sarawak yang berlukis tebal dan menggambarkan sebuah bot
panjang dan susunan manusia yang menari. Selain itu, di Gua Tambun, Perak juga
ditemukan lukisan-lukisan purba.

40,000-35,000 tahun dahulu- Paleolitik (Zaman Batu Awal)


Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti
pemburuan. Zaman Masyarakat Paleolitik Malaysia tidak mempunyai sempadan
mahupun negara, bahkan tidak berkerajaan, beragama, berduit dan sebagainya.
Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai
Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat
pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di
Malaysia adalah mereka.
[sunting] 35,000-10,000 tahun dahulu - Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan)
Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-
pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat
Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-
lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak,
memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi
juga telah berkembang.
[sunting] 10,000-5,000 tahun dahulu- Neolitik (Zaman Batu Baru)
Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga
sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula
diterjemahkan.
[sunting] 2,500 tahun dahulu - Zaman Logam
Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah
Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-
pelaut yang datang ke pantai Malaysia termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur
Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Golden Chersonese
(Semenanjung Emas).
Pendatang-pendatang Hindu awal
Pedagang-pedagang Hindu mula menduduki dan membuka penempatan mereka sendiri.
Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan,
makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada
masyarakat setempat. Mereka ini memberi pengaruh yang besar terhadap kerajaan
Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya yang bertahan selama
1400 tahun.

Anda mungkin juga menyukai