Anda di halaman 1dari 4

AGENDA

PENYAMPAI TEKS
PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan,
KETIBAAN
Yg Berbahagia Tuan Haji Zalfakhar bin Waiman

diiringi , Puan Widyawati bt Mahmood, Guru Besar
SK Taman Kosas, barisan pentadbir dan ahli
jawatankuasa bagi Kejohanan Sukan Interclass
Tahun 2022.



KATA ALUAN Melati tumbuh kuntum sekata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sembah pembuka bicara,

Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Yang Dihormati,
Tuan Hj Zalfakhar bin Waiman.


Yang Berusaha ,
Puan Widyawati bt Mahmood
Guru Besar SK Taman Kosas

Yang
Puan Saluwa bt Harun,
PK Kokurikulum
(Pengerusi Kejohanan Sukan Interclass 2022)

Barisan guru penolong kanan, para guru, dif-dif
jemputan, serta hadirin yang dimuliakan.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang
Berbahagia, YBHG TN HJ ZALFAKHAR BIN
WAIMAN, mantan Guru Besar SK Taman Kosas di
atas kesudian meluangkan masa untuk hadir
bersama-sama kita di majlis ini.

Sesungguhnya kami amat berbesar hati serta
menghulurkan salam menyambut mesra kehadiran
tuan serta dif-dif jemputan ke HARI KEJOHANAN
SUKAN INTERCLASS BAGI TAHUN 2022.

Hadirin yang dihormati,

Awal pertama, marilah kita sama-sama merafakkan
kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan
izin dan inayahnya dapat kita bersama-sama
menjayakan KEJOHANAN SUKAN INTERCLASS SK
TAMAN KOSAS bagi Tahun 2022 ini.

Doa dipohon restu dipinta, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Ustaz / Encik
_____________________________ untuk
memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada
______________________________
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

UCAPAN Hadirin yang dimuliakan,
GURU BESAR
Mudik di sungai mendayung sampan,
Sampan didayung ke laut dalam,
Sudilah tuan memberi ucapan,
Kata aluan pemanis kalam

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ,
Puan Widyawati bt Mahmood, Guru Besar SK
Taman Kosas untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Dipersilakan.

-Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN TN HJ
ZALFAKHAR Hadirin yang dikasihi,

Daun semulur di pecan sari,
& Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
GIMIK
PERASMIAN

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan
ta’zimnya mempersilakan ,

Yang Dihormati,
TN HJ ZALFAKHAR BIN WAIMAN, mantan Guru
Besar SK Taman Kosas untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis
Kejohanan Sukan Interclass Tahun 2022.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

(GIMIK PERASMIAN)
- Begitulah tadi simbolik perasmian Kejohanan
Sukan Interclass SK Taman Kosas Bagi Tahun 2022.
Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih
kepada Yang Dihormati, TN HJ ZALFAKHAR BIN
WAIMAN, mantan Guru Besar SK Taman Kosas atas
kesudian merasmikan majlis pada hari ini.
ACARA Baiklah, acara diteruskan lagi dengan perlawanan
PERLAWANAN akhir bagi Bola Baling kategori (P&L) serta Bola
AKHIR Sepak.

Marilah sama-sama kita berikan tumpuan/
saksikan perlawanan akhir bagi Kejohanan Sukan
Interclass 2022 ini.
PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,
HADIAH
-Kini, tibalah masanya untuk penyampaian hadiah
bagi acara yang telah dipertandingkan. Untuk itu,
semua murid diminta untuk berhimpun ke tengah
padang untuk meneruskan acara. Dipersilakan.

Untuk itu, majlis dengan segala hormat dan
sukacitanya menjemput Yang BHG TN HJ
ZALFAKHAR BIN WAIMAN , diiringi

Puan Widyawati bt Mahmood,
Guru Besar SK Taman Kosas

atau

Puan Saluwa bt Harun ,
Penolong Kanan Kokurkikulum

Bagi menyempurnakan acara. Dipersilakan.


1.

2.

3.

4.

5.

Hadiri yang dikasihi,

Melarik halus papan di Jawa,
Tersergam kukuh di gerbang batu,
Adat berjumpa terpisah jua,
Moga ketemu di lain waktu.

Dengan itu, majlis kita pada hari ini telah sampai ke
penghujungnya.

Kami mewakili pihak majlis dengan rendah hati
memohon ampun dan maaf atas segala
keterlanjuran bicara, tutur dan tingkah.

Sekian, terima kasih.

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai