Anda di halaman 1dari 7

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN
1.1 JATI DIRI
1.2 PENDIDIKAN DI MALAYSIA

2. ISU / FAKTOR
2.1 IDENTITI REMAJA
2.2 KERUNTUHAN MORAL
2.3 PENGARUH BUDAYA BARAT
2.4 KECELARUAN IDENTITI
2.5 KURANG SEMANGAT PATRIOTIK

3. APLIKASI TEORI
3.1 TEORI PERMODELAN ALBERT BANDURA

4. IMPLIKASI / KESAN

5. CARA ATASI MASALAH / ISU

1. PENGENALAN

1.1 JATI DIRI

Menurut Zaidi Ahmad Ruslan et. al (2010), Jati diri merangkumi nilai, budaya,
bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan terhadap identiti sesuatu bangsa.
Berdasarkan kepada nilai serta fahaman ini maka terbentuklah watak, cara berfikir, cara
hidup serta penampilan diri seseorang individu yang melambangkan identitinya.
Berdasarkan kepada Dewan Bahasa Edisi keempat dan Pusat Rujukan Persuratan
Melayu, jati diri merangkumi sifat atau ciri yang unik dari aspek adat, bahasa, budaya
serta agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu,
sesuatu bangsa bagi mencapai matlamat utama untuk memberi identiti terhadap
pembinaan sesebuah Negara tersebut.

Oleh itu adalah menjadi keperluan bagi setiap individu untuk memiliki jati diri
yang utuh sebagai pengerak serta pembakar semangat untuk membentuk keperibadian
yang dapat membantu mencapai matlamat yang diingini. Hal ini terbukti masyarakat
yang mempunyai idealism yang tinggi merupakan masyarakat yang bertamadun yang
mempunyai pegangan prinsip, rukun serta sistem pentadbiran yang boleh difahami dan
diikuti tanpa bertindak secara membuta-tuli serta terikut-ikut akan budaya serta trend
semasa yang dibawa oleh pengaruh luar.

1.2 PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan merupakan tunjang bagi membentuk keperibadian manusia.


Berdasarkan kepada Plato di dalam Swift D.F (1969), pendidikan ialah suatu proses
untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Pandangan ini juga turut di sokong
oleh Socrates juga di dalam Swift D. F (1969) yang menyatakan bahawa tujuan
pendidikan adalah untuk memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik.

Selain itu, berdasarkan kepada Syed Muhammad Qutb di dalam Atan Long
(1978) berpendapat bahawa pendidikan adalah proses untuk membentuk manusia
secara menyeluruh dan seimbang dalam memperkembangkan potensi intelek, fizikal,
emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan hidup. Kenyataan ini adalah sejajar
dengan kandungan yang terdapat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjadi rujukan kepada sistem pendidikan Malaysia kini.

Secara keseluruhannya, pendidikan mampu untuk mengubah corak kehidupan


individu atau rakyat bagi sesebuah Negara. Melalui sistem pendidikan yang baik serta
berkualiti ia mampu membentuk masyarakat yang berakhlak tinggi, berpengetahuan
luas, bijaksana dalam membuat keputusan serta bersikap rasional dalam
mengendalikan emosi bagi mencapai kegemilangan dan kecemerlangan sesebuah
Negara.

2. ISU / FAKTOR

2.1 KERUNTUHAN MORAL

Pada akhir kini, masalah keruntuhan moral sering menjadi topik perbualan
hangat yang sering diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat. Masalah keruntuhan
moral dan sosial dapat diklasifikasikan kepada aktiviti-aktiviti yang kurang sihat, seperti
menagih dadah, mengamal amalan lepak, bohsia, merompak, merogol, memukul guru
sekolah dan sebagainya.

Antara faktor penyebab berlakunya masalah keruntuhan moral dan sosial dalam
kalangan remaja dan pelajar adalah disebabkan faktor didikan keluarga, kurang efikasi
kendiri individu itu sendiri, pengaruh media massa dan sebagainya. Masyarakat
Malaysia harus memandang masalah ini dengan serius kerana ia berhubung kait
dengan identiti sesebuah Negara itu sendiri.

2.3 PENGARUH BUDAYA BARAT

Seiring dengan perkembangan era globalisasi pada era kini turut menggalakkan
pengaruh budaya-budaya asing daripada barat masuk menular ke Negara Malaysia.
Hal ini berikutan dengan perkembangan kemodenan teknologi yang membenarkan
budaya asing dari barat masuk serta mempengaruhi budaya serta identiti Negara
Malaysia secara bebas tanpa tapisan. Sebagai contoh, dari aspek pemakaian,
pergaulan sosial, bahasa serta budaya.

Pada umumnya masyarakat menerima inovasi kemodenan teknologi ini secara


terbuka memandangkan ia juga turut memberi pengaruh yang positif terhadap
kehidupan yang lebih berkualiti, akan tetapi penerimaan yang tidak dibendung
membawa kepada permasalahan pengaruh budaya barat yang berleluasa sehingga
mengubah norma serta adab budaya yang menjadi identiti sesebuah Negara. Akibat
kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi yang menghimpit, sebahagian remaja
terjebak dalam zon selesa yang mengheret mereka kearah kerosakan diri.
2.4 KECELARUAN IDENTITI

Remaja merupakan pewaris bangsa serta masa depan Negara. Namun, apabila
berlakunya kecelaruan identiti dan keyakinan jati diri dalam jiwa remaja akan
mengganggu usaha dalam mencapai kecemerlangan negara. Pada usia remaja
merupakan peringkat yang amat kritikal dan sensitif dalam kitaran kehidupan
seseorang manusia. Remaja mampu untuk diarahkan serta bergerak kepada kebaikan.
Malah, mereka juga mudah untuk terjebak kearah keburukan. Hal ini bergantung
kepada corak pendidikan yang diterimanya dan suasana persekitaran yang membentuk
keperibadian jati diri serta identiti dirinya.

Isu identiti sering dikaitkan dengan persoalan imej atau personaliti mereka dari
aspek tingkah laku dan pemikiran, dimana kedua-dua aspek ini berkait rapat dengan
potensi hari depan negara. Manakala, isu kecelaruan pula didefinasikan sebagai
keadaan yang hilang pedoman atau hala tuju perjuangan dalam mencapai visi dan misi.
Oleh hal demikian, remaja yang terjebak dengan kecelaruan ini bakal menjadi
bebankepada masyarakat dan negara

2.5 KURANG SEMANGAT PATRIOTIK

Negara kini sedang bergerak maju dengan arus teknologi maklumat yang
menjadi tunjang utama kepada permodenan semasa, Pebagai usaha dilaksanakan bagi
memenuhi tuntutan teknologi terkini, sehingga mengabaikan permasalahan serta isu
kurangnya semangat patriotik dalam kalangan remaja kini. Situasi ini seharusnya
diberikan perhatian serious oleh semua pihak bagi mendapatkan penyelesaian kepada
isu terbabit.

Masalah kurangnya semangat patriotik dalam kalangan remaja berpunca


daripada sikap lepas tangan atau ambil mudah oleh lapisan masyarakat mahupun pihak
pentadbir sehingga menyebabkan isu ini terus bernanah dan menjadi pekung yang
sukar untuk dibendung. Antara faktor lain yang menjadi penyumbang kepada kurangnya
semangat patriotik dalam kalangan remaja adalah disebabkan oleh sikap individu
remaja tersebut yang hanya memenuhi kepentigan diri terlebih dahulu tanpa
menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat.
Sentimen Perkauman Masyarakat yang mementingkan kumpulan etnik sendiri
dari segi politik, ekonomi dan sosial turut menjadi punca kurangnya semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat khususnya remaja. Perjuangan mereka hanya
mempertahankan kepentingan kaum mereka sahaja tanpa mempedulikan kepentingan
negara. Unsur keturunan dan agama boleh mempengaruhi idealisme masyarakat yang
hanya menjaga keperluan sendiri dan kelompoknya sahaja.

3.0 RUMUSAN

.Merdekakah kita apabila ekonomi negara dikuasai sayarikat multinasional,


sektor pelaburan dimonopoli Negara luar yang maju? Kesemua isu serta situasi yang
dinyatakan mampu menggugat kedaulatan Negara disebabkan masyarakat akan terikut
dengan budaya asing dan semangat cinta akan negara akan semakin terkubur,

Kesimpulannya, semua pihak adalah bertanggungjawab dan perlu bekerjasama


untuk mangatasi masalah keruntuhan moral dan sosial di kalangan remaja dan pelajar.
Saya berharap malalui langkah-langkah di atas dapat membendung masalah tersebut
supaya tidak terus menghantui jiwa para remaja kita. Ingatlah bahawa "Pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara".

4.0 APLIKASI TEORI

4.2 TEORI PERMODELAN ALBERT BANDURA

Melihat kepada keperluan serta kepentingan tingkah laku dan perwatakan yang

positif daripada lapisan masyarakat dalam menjadi role model kepada remaja, Hal ini

adalah kerana berdasarkan kajian oleh Albert Bandura (1977) yang memperkenalkan
Teori Perrmodelan telah menyatakan bahawa pembentukan identiti serta perwatakkan

seseorang individu adalah dipengaruhi oleh tingkah laku masyarakat di sekelilingnya.


Menerusi Teori Permodelan ini, pembentukan jati diri dan identit remaja dapat

dipupuk menerusi kaedah pegaplikasian kaedah pembelajaran menggunakan

peneguhan dan juga melalui peniruan tingkah laku.

(a) Pemerhatian Peneguhan.


Pembelajaran menggunakan kaedah peneguhan ini berlaku apabila remaja

tersebut melihat rakannya diberi ganjaran atau denda atas tindakan tertentu,

maka remaja tersebut akan mengubah tingkah laku mereka. Peneguhan dapat

dilaksanakan melalui pemberian ganjaran, Contohnya memberi penghargaan di

hadapan umum atas penglibatannya didalam aktiviti kemasyarakat, pastinya

remaja tersebut merasa bangga dan ingin mengikuti aktiviti kemasyarakat pada

masa akan datang. Keadaan ini juga turut mempengaruhi remaja yang lain untuk

membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda serta hukuman

juga mempunyai kesan yang sama, iaitu bagi mencegah mereka melakukan

perbuatan yang tidak diingini.

(b) Peniruan Tingkah Laku


Peniruan tingkah laku berlaku apabila seseorang individu melakukan tingkah

laku dengan memerhatikan individu lain yang lain walaupun tidak menerima

sebarang peneguhan., sebagai contoh, remaja cenderung untuk mengikut fesyen

pemakaian daripada artis kegemarannya. Oleh itu, faktor persekitaran amat

penting supaya proses peniruan tingkah laku yang diaplikasikan adalah positif.

Peniruan tingkah laku ini bertujuan supaya pemerhati mahu menjadi seperti

model yang diperhatinya atau disanjunginya.


Oleh hal demikian, berdasarkan teori ini, remaja merupakan pemerhati kepada

tingkah laku masyarakat di sekeliling samada keluarga, rakan, guru mahupun jiran

tetangga. Menerusi pemerhatian yang dilaksanakan dapat merangsang diri remaja

tersebut untuk merakam dan mengekalkan tingkah laku serta perlakuan yang dilihat ke

dalam kotak ingatan mereka. Pemahaman terhadap tingkah laku yang diperhatikan

akan dipilih dan seterusnya diaplikasikan oleh remaja tersebut dalam kehidupan

mereka, lantas mempengaruhi perkembangan konsep kendiri murid itu sendiri samada

positif mahupun negatif. Hal ini jelas membuktikan bahawa pentingnya peranan setiap

lapisan masyarakat dalam mengamalkan sikap atau personaliti yang positif kerana ia

memberi kesan terhadap pembentukan identiti serta jati diri murid.

5.0 RUJUKAN

Atan Long (1978). Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa & Pustaka : Kuala Lumpur.

Swift D. F. (1973). The Sociology of Education, Routledge & Keagan Paul. London.

Anda mungkin juga menyukai