Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM

LEADERSHIP IN ACADEMIC SOCIETY EXPERIENTIAL RELATIONSHIP (LASER)


PERINGKAT NASIONAL, DIADAKAN PADA 22-23 SEPTEMBER 2021
SECARA DALAM TALIAN
(WRITE-UP PROGRAM LASER)

1. PENDAHULUAN

1.1 Kepimpinan akademik merupakan corak kepemimpinan yang wajib ada di


institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Kepimpinan akademik mementingkan
keintelektualan, kesarjanaan, berilmu pengetahuan tinggi, berkemahiran
tinggi, memiliki sahsiah terpuji dan mengamalkan pengurusan nilai
(management value) yang tinggi bukan sahaja boleh menjamin kejayaan
malah mampu memberi manfaat kepada masyarakat umumnya. Seorang
pemimpin akademik yang efektif adalah merupakan seorang pengamal
pengajaran dan pembelajaran, penyelidik yang meneroka ilmu baru dan
menterjemahkan untuk kepentingan masyarakat, penyampai, pembimbing,
penyokong, pengkritik yang membina, penilai, pemikir dan perancang serta
pengurus dan pentadbir yang profesional.

1.2 Justeru itu, kepimpinan akademik juga berkait rapat dengan sumbangan
penyelidikan kepada negara yang tidak boleh dilihat hanya dari sudut berapa
produk yang dihasilkan, dipaten dan dikomersialkan. Penyelidikan menjadi
nadi utama universiti di mana-mana pun di dunia dalam meneroka ilmu
baharu selain memperkasakan dapatan sebelum ini. Penghasilan produk
hasil daripada penyelidikan dan pengkomersialan hanyalah sebahagian
daripadanya. Hakikatnya hasil penyelidikan di universiti juga perlu melihat
kepada sumbangan besarnya dalam penghasilan inovasi yang bermanfaat
dan pembangunan masyarakat yang lebih menyeluruh termasuk pembinaan
tamadun yang berteraskan ilmu. Ada banyak usaha sedemikian dalam
membantu masyarakat dalam era berlakunya proses pemindahan ilmu
sekarang ini hasil daripada usaha penyelidikan yang dibuat. Dalam erti kata
lain, hasil penyelidikan yang ada dapat diturunkan dan dikongsi terus dengan
masyarakat melalui usaha penyelidikan di universiti tanpa menghasilkan
produk khusus, sebaliknya memperkukuhkan teknologi yang ada dan
digunakan dalam masyarakat. Ini tentunya lebih bermakna, pada masa sama,
universiti secara berterusan memanfaatkan dana yang ada untuk menerokai
pelbagai disiplin ilmu, membina jaringan kerjasama dan memanfaatkan hasil
dapatannya menerusi penghasilan dalam jurnal yang dirujuk dan diterima di
seluruh dunia.

1.3 Melalui program LASER yang dilaksanakan ini akan membangunkan


kepimpinan akademik dengan memberi memberi penekanan kepada agenda
memasyarakatkan pengajian tinggi melalui libatsama universiti-komuniti
dengan memperkasakan pelaksanaan aktiviti Penyelidikan Translasional
yang akan meningkatkan intelektual dan keupayaan hasil penyelidikan yang
memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat iaitu pada masa yang sama
menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi dan kesejahteraan melibatkan
keutamaan-keutamaan dan kepentingan-kepentingan rakyat seperti kos sara
hidup, pendapatan isi rumah, peluang pendidikan, pekerjaan dan perniagaan,
kualiti hidup, latihan, kemahiran dan keusahawanan.

2. OBJEKTIF & SASARAN

2.1 Meningkatkan dan memperkasakan kepimpinan akademik dalam libatsama


universiti komuniti melalui Penyelidikan Translasional sebagai pemangkin
kepada perkembangan komuniti dan mengisi jurang dalam kurikulum UA.

3. HASIL PROGRAM

3.1 Menguasai proses kerja dalam pelaksanaan CE menggunakan pendekatkan


Delivery Approach; The Four-Phase Engagement Model untuk menguruskan
pelbagai aktiviti yang saling menyokong antara pemegang taruh.

3.2 Berupaya membangunkan ‘CE Model (CEM) sebagai instrumen untuk


membantu merangka pelaksanaan projek secara ‘by design’ merangkumi
elemen penyelidikan, libatsama universiti-komuniti, pembangunan,
pengkormesilan dan keusahawanan;

3.2 Membantu untuk membuat perkaitan antara libatsama universiti komuniti


dalam Penyelidikan Translasional dengan aplikasinya menggunakan CE
Model (CEM);

3.3 Meningkatkan dan memperkasakan libatsama komuniti agar lebih berimpak


dan bermakna kepada kumpulan sasaran;

3.4 Berupaya mengisi jurang dalam kurikulum UA dengan tujuan memenuhi


keperluan industri masa depan dan menyediakan masyarakat yang
berpengetahuan, berkemahiran, berinovasi dan berminda keusahawanan;

3.5 Membuat perubahan kepada projek komuniti semasa yang berorientasikan


perkhidmatan kepada berorientasikan pembelajaran dengan keberhasilan
kepada kumpulan sasaran;

4. KUMPULAN SASARAN

4.1 Orang Kumpulan Akademik


Penyertaan 50 orang peserta LASER yang terdiri daripada Timbalan Naib
Canselor, Dekan, Pengarah, Pensyarah muda dan Penyelidik yang
berpotensi dari sudut kepimpinan akademik berkait rapat dengan pengajaran
(idea baru, ilmu baru, kreatif dan inovatif), penyelidikan berpotensi, jaringan,
kualiti peribadi, pengurusan dan pengiktirafan dalam pencapaian akademik.

5. RUMUSAN

5.1 Ringkasnya Program LASER ini memberi fokus membangunkan kepimpinan


akademik dengan memberi memberi penekanan kepada agenda
memasyarakatkan pengajian tinggi melalui libatsama universiti-komuniti
dengan memperkasakan pelaksanaan aktiviti Penyelidikan Translasional
yang akan meningkatkan intelektual dan keupayaan hasil penyelidikan yang
memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat iaitu pada masa yang sama
menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi dan kesejahteraan. LASER
membincangkan amalan dan pendekatan terbaik untuk membawa CE ke
tahap yang lebih tinggi melalui kerjasama dengan pihak berkepentingan yang
saling menguntungkan selari dengan perkembangan pesat abad ke-21 dan
Industri 4.0 yang telah memberi dimensi baru agar CE dapat dilaksanakan
dengan lebih kreatif dan inovatif secara ‘by design’.

5.2 Program/projek CE perlu dikembangkan dan dilaksanakan dengan cara yang


sangat tersusun dan sistematik untuk memastikan kesan holistik kepada
masyarakat, dan pada masa yang sama untuk memenuhi keperluan
masyarakat dengan proses yang lebih baik dan mampan untuk hari esok
yang lebih baik. CE perlu maju melalui proses penciptaan pengetahuan baru,
hasil gabungan antara pengetahuan tempatan dan penglibatan masyarakat
ke arah pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif yang memungkinkan
imaginasi realiti baru dan cara hidup baru tercapai.

Anda mungkin juga menyukai