Anda di halaman 1dari 14

JANGAN LUPA AYAT : KEMAHIRAN MENGHAFAZ SURAH

Mohd Hazri Bin Abdul Rani


SK EWA, Langkawi

ABSTRAK

Hafazan sememangnya satu bidang yang amat ditakuti oleh murid-murid saya. Mereka
menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak
akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini
menyebabkan soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan murid menjawab dengan
berpandukan kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan kosong oleh murid
atau sekadar meneka jawapan yang disediakan. Saya memfokuskan kajian ini
kepada kemahiran menghafaz surah, dan memilih 33 orang murid Tahun 4 sebagai
kumpulan sasaran.

Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan


Ujian Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan ‘takut’. Ini mungkin
disebabkan sikap saya yang agak garang. Keputusan Ujian Diagnostik pula
menunjukkan cuma 60% murid dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian
dengan betul dan peratus ini merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk
soalan lain.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad ayat dan lagu dalam
hafazan yang diperkenalkan dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah
lebih mudah untuk menghafal. Selain itu disediakan juga hadiah dan ini menjadikan
bidang tilawah adalah masa yang dinanti-nanti oleh murid.

Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan selepas aktiviti dijalankan


amat memberangsangkan. Bilangan murid yang telah menguasai hafazan
telah meningkat kepada 80%, manakala min bagi perasaan ‘takut’ juga telah jatuh ke
paras
‘tidak signifikan’. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian tindakan ini adalah
tepat dan berkesan.

Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini, saya berasa
cukup berpuas hati apabila melihat murid yang paling malas dalam kelas ini turut
melibatkan diri dan menyatakan ‘seronok’ belajar menghafal.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN LALU

Sekolah Kebangsaan Ewa merupakan sebuah sekolah yang digolongkan


dalam kategori sekolah luar bandar. Apa yang hendak saya luahkan di sini
adalah, mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan
dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan murid. Ini
kerana, pada anggapan mereka mata pelajaran Pendidikan Islam adalah
satu mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak
termasuk di dalam senarai mata pelajaran yang akan dijawab oleh murid-
murid terbabit semasa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu


bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan
dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran,
akhlak, jawi dan amali.

Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan


kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan surah, hafazan
dan pengertian surah. Bidang hafazan misalnya, amat
memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang
ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh
dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta
tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.

i
2.0 FOKUS KAJIAN

Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 33 orang murid tahun empat
gagal mentasmiq hafazan dengan baik di hadapan guru. Terdapat
juga sebilangan pelajar yang cuma dapat menghafaz separuh dan
ada juga pelajar yang menghadapi masalah untuk menghafaz dengan
bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya.

Sesetengahnya pula tidak dapat membezakan di antara hujung atau


permulaan ayat yang mempunyai bunyi yang hampir sama. Kelemahan
ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang
menarik minat murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih
berkesan dan juga sikap murid itu sendiri.

Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan,


maka dikhuatiri, murid-murid ini akan menghadapi masalah untuk
menghafaz surah-surah dalam peringkat yang berikutnya dan ini
boleh berlanjutan sehingga mereka memasuki alam persekolahan
menengah nanti.

(Keputusan ujian : rujuk lampiran A : Keputusan Ujian Hafazan Tahun


Empat 2009)

3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am:

Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam


khususnya dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan
kaedah hafazan yang bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.

3.2 Objektif Khusus:

i. Murid dapat membaca surah Al-Adiyat dengan baik, fasih, lancar dan

bertajwid

ii. Murid dapat menghafaz surah Al-Adiyat dengan betul, lancar

dan mengikut hukum tajwid.

iii. Murid dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah Al-Adiyat

dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun empat dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan
lebih memfokuskan kepada 33 orang murid tahun empat yang gagal
dalam ujian pra sebelum ini.

4
5.0PROSEDUR KAJIAN

5.1 Tinjauan Awal

Kesukaran murid untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang


sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu
saya rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan diri
mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan murid-murid ini
dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut:

(a)Pengetahuan sedia ada murid tentang surah yang akan dihafaz


(b)Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-
quran
(c)Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.

Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang saya


gunapakai ialah ujian dan soal selidik.

5
Aktiviti 1: Penggunaan power point dan kad ayat.

• Guru telah menyediakan satu bahan power point tentang surah yang dihafaz
dan juga hiasan-hiasan.
• Murid diperdengarkan dengan bacaan surah yang dipilih dari beberapa orang
qari melalui komputer.
• Murid juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang dihafaz.
• Murid telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari tersebut
melalui komputer.
• Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan murid
dilatih menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang secara
individu, kumpulan dan kelas.

Pemerhatian.

Hasil daripada pemerhatian saya, murid didapati tertarik dengan bahan


yang disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang
dijalankan dengan baik dan memberikan kerjasama kepada guru semasa P&P
dijalankan.

Refleksi.

Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya.

6
Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna

• Guru memperkenalkan murid kepada kaedah hafazan secara berlagu.


• Murid diperdengarkan dengan bacaan guru.
• Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu yang
sukar seperti dibaca oleh para qari tetapi merupakan lagu yang mudah dan
bersifat kanak-kanak dan dekat di hati mereka.
• Murid-murid menghafaz ayat satu persatu bersama makna ayat secara
berlagu.
• Murid mengulang ayat bersama makna secara berulang kali dan murid telah
didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang
hafazan.
• Murid diarahkan berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri sambil
mengulang ayat yang dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan murid daripada
berasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan.
• Murid-murid ini juga telah dirakam suaranya, dan seterusnya murid lain akan
menilai hafazan murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq hafazan
ayat dan makna ayat tadi sesama rakan mereka sebelum mereka
mentasmiq di hadapan guru.

• Murid-murid yang diyakini dapat menghafaz dengan baik telah


dilantik sebagai murid turus untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum
dapat menghafaz dengan fasih dan lancar.

v
Pemerhatian.

Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini murid


didapati menunjukkan peningkatan dalam hafazan. Ini mendorong
mereka untuk berlumba menjadi murid turus.

Refleksi.

Menerusi aktiviti ini, murid dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan murid
semakin meningkat dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat murid
yang tidak dapat menghafaz dengan baik.

5.2 PENILAIAN.

Ujian Hafazan :

Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi P&P
dan peperiksaan pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya dapati
murid dapat menghafaz dengan baik dan menjawab soalan yang diberikan
dengan lebih bersedia dan yakin.

5.3 REFLEKSI KAJIAN

i. Pencapaian murid
a. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada
lembaran kerja yang diberikan kepada murid, ujian hafazan
semasa sesi P&P dan ujian pertengahan tahun didapati
mempunyai peningkatan yang memberangsangkan.

8
ii. Aktiviti yang dijalankan
a. Murid dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan
dibantu oleh bahan bantu mengajar yang menarik minat murid.

iii. Kajian tindakan ini.


a. Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi
manfaat kepada murid-murid. Ini juga membantu saya melihat
kejayaan murid dan seterusnya memberikan kepuasan kepada
saya setelah melihat murid berjaya.

6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah
yang sering dihadapi oleh saya dalam proses P&P. Masalah ini sedikit
sebanyak mempengaruhi prestasi murid-murid saya.

Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada cara-
cara untuk membantu murid yang tidak dapat menguasai tulisan jawi
dengan baik. Ini kerana, melalui pemerhatian saya, saya dapati masih ramai
murid belum mempunyai kemahiran yang baik dalam menyambung huruf-
huruf jawi. Ini menyebabkan mereka menyambung apa sahaja huruf
yang diberi tanpa mengetahui huruf tersebut boleh disambung atau sebaliknya.

Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut


dan dapat membantu murid menguasai tulisan jawi dengan baik sebelum
mereka melangkah ke alam sekolah menengah.

9
LAMPIRAN
KEPUTUSAN UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009
BIL UJIAN
PRA
NAMA MURID KELAS

1 Murid A 4M

2 Murid B 4M

3 Murid C 4M

4 Murid D 4M

5 Murid E 4M

6 Murid F 4M

7 Murid G 4M

8 Murid H 4M

9 Murid I 4M

10 Murid J 4M

11 Murid K 4M

12 Murid L 4M

13 Murid M 4M

14 Murid N 4M

15 Murid O 4M
X
16 Murid P 4M

17 Murid Q 4M

18 Murid R 4M
X
19 Murid S 4S

20 Murid T 4M
X
21 Murid U 4M

22 Murid V 4M
X
23 Murid W 4M

24 Murid X 4M
X
25 Murid Y 4M
X
26 Murid Z 4M
X
27 Murid A1 4S

28 Murid B1 4M

29 Murid C1 4M

30 Murid D1 4M
X
31 Murid E1 4M
X
32 Murid F1 4S
X
33 Murid G1 4S

34 Murid H1 4M
X
35 Murid I1 4M
X
36 Murid J1 4M

37 Murid K1 4S

38 Murid L1 4S

39 Murid M1 4M
X
40 Murid N1 4S

1
X
41 Murid O1 4M

1
X
42 Murid P 1 4S

43 Murid Q1 4M
X
44 Murid R1 4M
X
45 Murid S1 4S

46 Murid T1 4S
X
47 Murid U1 4S

48 Murid V1 4S

49 Murid W1 4S
X
50 Murid X1 4S

51 Murid Y1 4S
X
52 Murid Z 1 4S
X
53 Murid A2 4S
X
54 Murid B2 4S
X
55 Murid C2 4S

56 Murid D2 4S
X
57 Murid E2 4S
X
58 Murid F2 4S

58 Murid G2 4S
X
60 Murid H2 4S
X
61 Murid I2 4S
X
62 Murid J2 4S
X
63 Murid K2 4S
X
64 Murid L2 4S
X
65 Murid M2 4S
X
66 Murid N2 4S
X
67 Murid O2 4S

1
LAMPIRAN
KEPUTUSAN AKHIR UJIAN HAFAZAN TAHUN 4 2009
UJIAN
BIL PRA
UJIAN
AKHIR
NAMA MURID KELAS
X √
1 Murid P 4M
X X
2 Murid S 4S
X √
3 Murid U 4M
X √
4 Murid W 4M
X √
5 Murid Y 4M
X X
6 Murid Z 4M
X √
7 Murid A1 4S
X √
8 Murid E1 4M
X √
9 Murid F1 4S
X √
10 Murid G1 4S
X √
11 Murid I1 4M
X √
12 Murid J1 4M
X X
13 Murid N1 4S

x
X √
14 Murid O1 4M
X X
15 Murid P 1 4S
X √
16 Murid R1 4M
X √
17 Murid S1 4S
X √
18 Murid U1 4S
X X
19 Murid X1 4S
X X
20 Murid Z 1 4S
X √
21 Murid A2 4S
X X
22 Murid B2 4S
X √
23 Murid C2 4S
X √
24 Murid E2 4S
X X
25 Murid F2 4S
X √
26 Murid H2 4S
X √
27 Murid I2 4S
X √
28 Murid J2 4S
X √
29 Murid K2 4S
X X
30 Murid L2 4S
X X
31 Murid M2 4S
X √
32 Murid N2 4S
X X
33 Murid O2 4S

xi

Anda mungkin juga menyukai