Anda di halaman 1dari 6

KESTABILAN POLITIK DAN PENTADBIRAN ACUAN AL-QURAN DAN SUNNAH

1.0 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, isu kestabilan politik dan pentadbiran acuan Al-Quran dan sunnah
sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari seluruh pelusuk dunia. Seperti yang kita
tahu, pengetahuan tentang politik telah wujud sejak dari permulaan tamadun manusia.
Apakah yang dimaksudkan dengan politik? Perkataan politik berasal dari perkataan Yunani
iaitu polis yang membawa kepada maksud bandar. Menurut ahli fikir dari yunani pada masa
dahulu kala, manusia itu ibarat haiwan politik dan semua jenis hubungan manusia adalah
bersifat politikal. Manakala menurut Aristotle, ilmu politik itu adalah ibu bagi segala ilmu. K.
Ramanathan juga pernah berkata bahawa perkembangan kehidupan tamadun awal
manusia seperti di tebing sungai Eupharates dan Tigris memerlukan manusia membuat
penyusunan hidup yang lebih sistematik dan oleh sebab itu kerjasama yang kuat antara
individu amat diperlukan. Kegiatan politik mula wujud setelah manusia memulakan hidup
secara bertamadun dan hidup bersama-sama dalam satu komuniti. Oleh hal yang demikian,
politik disebut sebagai ‘the art of the possible’ iaitu suatu seni yang menandakan segala-
galanya dapat dijayakan.

Al-Quran dan sunnah merupakan sumber rujukan yang telah muktamad bagi umat islam.
Muslim sebenar ialah seorang yang sentiasa berpegang teguh kepada Al-Quran dan sunnah
dalam segenap aspek dalam kehidupannya, termasuklah dari segi politik. Rasulullah SAW
bersabda “Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika
kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu;
Kitab Allah dan Sunnah NabiNya”(Hadis sahih, riwayat Imam al-Hakim dari Ibnu ‘Abbas r.a..
Lihat hadis ini dalam kitab “‫”المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب‬, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111.).

Persoalannya apakah yang dimaksudkan dengan kestabilan politik dan pentadbiran


mengikut acuan Al-Quran dan sunnah?

2.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KESTABILAN POLITIK DAN


PENTADBIRAN MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH

Kestabilan politik dan pentadbiran mengikut manhaj Al-Quran dan sunnah ialah dengan
menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan yang utama dalam berpolitik. Pertama
sekali, dari sudut tujuan dan juga matlamat kita berpolitik mestilah selari dengan matlamat
politik Al-Quran dan sunnah. Selain itu, dalam memilih dan melantik pemimpin, kita
hendaklah memastikan pemimpin tersebut memenuhi tuntutan yang telah ditetapkan dalam
Al-Quran dan sunnah. Rasululah SAW merupakan manusia yang telah dipilih oleh Allah

1
SWT sebagai seorang yang dapat dijadikan contoh dan teladan yang paling terbaik kepada
seluruh umat manusia di muka bumi dalam kehidupan di dunia sehingga akhirat kelak. Allah
SWT berfirman, “ sesungguhnya, adalah bagi kalian menjadikan Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah dan balasan baik
pada hari akhirat,, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya
(Ketika masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab: 72). Selain itu terdapat juga hadis dari
ibnu jamaah yang berbunyi “wajib melantik pemerintah yang bertanggungjawab menjaga
agama dan mentadbir urusan umat islam, menyekat ancaman penceroboh, membantu
orang yang dizalimi dalam menuntut keadilan daripada orang yang menzalimi. Maka dengan
cara yang demikian, negara akan beroleh kebaikan dan rakyat akan menikmati keamanan,
juga punca-punca kerosakan akan dapat dibanteras, kerana keselamatan dan kepentingan
rakyat tidak akan dapat dijaga melainkan dengan wujudnya pemerintah yang ditaati, yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi pemerintahan dan menjaga keselamatan mereka. Di
samping itu, seorang pemimpin yang telah dilantik wajiblah memimpin rakyatnya
berpandukan Al-Quran dan sunnah. Rasululah SAW bersabda: Akan datang pada akhir
zaman para pemimpin yang zalim, menteri-menteri yang fasik, para hakim yang melakukan
pengkhianatan dan para fuqaha yang berbohong. Sesiapa yang sempat berada di zaman
tersebut, jangan kalian menjadi pengutip cukai, penyelia dan penguasa bagi pihak mereka.”
Oleh hal yang demikian, amatlah penting bagi sesebuah negara untuk memilih dan memiliki
pemimpin yang berilmu dan beragama islam untuk memastikan negara kita berada dalam
keadaan yang teratur dan aman serta yang paling penting agar kebajikan dan hak rakyat
tidak terabai. Bukan itu sahaja, hal ini juga untuk mengelakkan daripada rakyat ditindas oleh
pihak atasan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berhati perut. Seterusnya, rakyat
haruslah sentiasa menasihati dan memuhasabah pemimpinnya dengan menilainya
berpandukan Al-Quran dan sunnah. Namun, rakyat juga haruslah menegur pemimpinnya
dengan cara yang betul yang disebutkan dalam hadis Riwayat Ahmad yang berbunyi
“Barangsiapa ingin menasihati pemerintah dalam suatu perkara, maka janganlah dia
melakukannya secara terbuka , tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya.
Jika ia diterima, dia telah menerima kebaikan. Jika tidak, dia telah menjalankan kewajiban
terhadapnya.”. Dalam pada itu, pemimpin dan rakyat haruslah menjadikan Al-Quran dan
sunnah sebagai panduan hidup yang lurus dan benar.

2
3.0 MATLAMAT BERPOLITIK DAN MENJALANKAN PENTADBIRAN MENGIKUT
ACUAN AL-QURAN DAN SUNNAH

Antara matlamat berpolitik dan menjalankan pentadbiran mengikut acuan Al-Quran dan
sunnah ialah untuk menegakkan syariat Allah SWT yakni peraturan serta hukum-hakam
yang telah diperintahkan oleh Allah di dalam negara. Malahan untuk memimpin rakyat
berpandukan apa yang tertera di dalam Al-Quran dan sunnah. Hal ini demikian untuk
memastikan negara kita sentiasa diberkati oleh Allah dan apabila negara kita mendapat
keberkatan dari-Nya, nescaya semua masalah yang berlaku akan dapat menemui jalan
penyelesaian dengan lancar dan mudah. Dalam erti kata lain juga, berpolitik mengikut
manhaj Al-Quran dan sunnah juga adalah untuk menegakkan sebuah kerajaan yang
melaksanakan syariat islam. Dalam islam politik merupakan satu tatacara yang mempunyai
matlamat yang agak besar dalam kehidupan kita dan matlamat itu tidak lain dan tidak bukan
adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT. Hal ini disebabkan oleh jika keseluruh
kehidupan ini adalah demi mencapai keredhaan Allah, maka tiada lagi orang yang akan
mengatakan bahawa “matlamat yang tertentu sahaja yang akan menghalalkan semua
perkara.” Secara tidak langsung, madah seperti ini merupakan salah satu politik jijik yang
digunakan oleh orang yang tidak bertakwa dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cetek
serta tidak acuh akan syariat Allah SWT. Seperti yang kita sedia maklum menurut islam,
matlamat yang satu dan utama itu iaitu untuk mencapai keredhaan Allah SWT haruslah
selari dengan cara yang dikehendakinya tanpa berselisih pendapat dengan setiap
pemerintah dan larangan-larangan Allah.

4.0 KESAN PENGABAIAN HUKUM SYARIAT DALAM POLITIK DAN PENTADBIRAN

Apakah pula kesan jika hukum syariat di dalam negara dalam politik dan pentadbiran
diabaikan begitu sahaja? Pengabaian syariat Allah yang berterusan sudah terang lagi
bersuluh akan menyebabkan kita berdosa kepada Allah. Allah telah memperingatkan
kepada kita bahawa kehancuran umat-umat pada zaman kerasulan adalah kerana dosa
yang telah mereka lakukan walaupun negara mereka berada dalam keadaan yang Makmur
dan juga mewah. Firman Allah, “ apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyaknya
generasi-generasi yang telah kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah
kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu, dan kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan
sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa
mereka sendiri, dan kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.(al-An’am; 6).

3
Kebinasaan dari Allah tidak semestinya dalam bentuk bencana seperti penyakit, ribut taufan
dan juga gempa bumi. Ia juga boleh mempengaruhi akhlak sesorang iaitu boleh merosakkan
akhlak seseorang dan kadar jenayah dalam negara menjadi tinggi. Selain itu juga,
seseorang boleh mengalami tekanan jiwa dalam hidupnya serta institusi kekeluargaan yang
berpecah-belah dan pelbagai lagi musibah maknawi yang menyebabkan ketidaktenteraman
hidup walaupun kita selesa dan mewah dari sudut kebendaan. Apa yang kita biasa hadapi
dalam era globalisasi ini, ialah kebinasaan dalam bentuk dalaman yang telah dinyatakan
seperti gangguan jiwa dan masalah keluarga. Jika kita tidak menyedari serta
mengendahkan kesilapan kita dan lambat pulang ke jalan Allah yang lurus dan benar, maka
tidak dapat dinafikan lagi untuk kita ditimpa malapetaka dan azab yang lebih teruk lagi di
dalam negara kita.

5.0 PENUTUP

Secara konklusinya, untuk memastikan kestabilan politik dan pentadbiran yang berkekalan
di dalam sebuah negara, acuan terbaik adalah acuan Al-Quran dan sunnah. Hal ini kerana,
Al-Quran dan sunnah merupakan satu-satunya panduan yang paling utama dan tidak dapat
diragui lagi kesahihannya. Sesebuah negara tidak akan dapat menjadi satu negara yang
berjaya tanpa pegangan yang benar dan lurus. Pemimpin memainkan peranan yang amat
penting dalam membentuk masa depan negara yang cerah. Justeru itu, tugas rakyat dalam
memilih para pemimpin yang mampu menggalas tanggugjawabnya dengan penuh dedikasi
dan sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan sunnah amat diperlukan bagi menjamin
masa depan individu pada masa akan datang.

4
6.0 RUJUKAN

Wan Teh, D. W. Z. (2014). Melihat Dari Jendela Islam (Kedua, pp. 116–117) [Review
of Melihat Dari Jendela Islam]. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (Original work
published 2013)

Abu ‘Urwah. 2001. Sistem-Sistem Islam: Satu Analisis Perbandingan. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam.

Ahmad Ibrahim Abu Sin. 1991. Al-Idarah fi Islam. Dlm. Terj. Abd. Rashid Ngah &
Jusoh Kadir. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

M, Ali. (1998). UM students' repository. Pengenalan Kepada Politik Malaysia. Retrieved


October 4, 2022, from http://studentsrepo.um.edu.my/2394/2/BAB_2.pdf

Fadzil, A. A. (2022). Berpolitik mengikut manhaj al-Quran dan as-Sunnah.Kenapa al-Quran


dan as-Sunnah? https://www.1media.my/2020/04/berpolitik-mengikut-manhaj-al-
quran-dan.html.

Awang, A. H. (2021). Nasihat Rasulullah SAW kepada raja dan pemimpin.


https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/02/nasihat-rasulullah-saw-kepada-raja-
dan-pemimpin/.

5
Tuah, T. (2018). Kaedah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dalam Menegur Pemimpin.
http://gerakanpenamalaysia.blogspot.com/2018/12/kaedah-ahli-sunnah-wal-jamaah-
dalam.html.

Kawangit, R. M. (2014). Kedudukan Politik Dalam Islam.


https://www.researchgate.net/publication/301886998_KEDUDUKAN_POLITIK_DALA
M_ISLAM.

Anda mungkin juga menyukai