Anda di halaman 1dari 13

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH 1

SK PERAMU JAYA, 26600 PEKAN, PAHANG.


PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 6 (OGOS 2022)

NAMA : ..............................................................................................................

KELAS : ..............................................................................................................

BAHAGIAN A ( PENDIDIKAN JASMANI )

Soalan objektif aneka pilihan. Bulatkan jawapan yang paling betul dan tepat. (30 Markah)
1. Antara kemahiran yang berikut, yang manakah dipelajari di dalam tahun 5 dalam bab
gimnastik asas?

a. Lombol ayun
b. Lombol kangkang
c. Lombol terjun
d. Lombol pusing

2. Kemanakah arah pandangan yang perlu dilakukan oleh murid sewaktu mendarat
ketika melakukan aktiviti lombol kangkang?

a. Hadapan
b. Kanan
c. Kiri
d. Belakang

3. Kemahiran hambur yang manakah melibatkan kekuatan otot tangan dan imbangan
badan?

a. Hambur gayut
b. Hambur pusing
c. Hambur arab
d. Hambur terjun

4. Alatan yang berikut digunakan ketika mempelajari kemahiran asas gimnastik


kecuali?

a. Peti lombol
b. Tilam gimnastik
c. Papan anjal
d. Bola tenis
5. Kedudukan manakah yang menunjukkan imbangan yang paling stabil?

a. Imbangan menggunakan Kedua-dua tapak tangan


b. Imbangan menggunakan kedua-dua belah kaki
c. Imbangan menggunakan sebelah kaki
d. Imbangan menggunakan satu tapak tangan

6. Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan mempelajari kemahiran asas


gimnastik?

i. Mengelakkan kecederaan ketika terjatuh daripada posisi asal


ii. Dapat membantu menguatkan otot, tulang serta pergerakan
iii. Mempunyai kelebihan melakukan aktiviti yang melibatkan kelenturan
iv. Berkebolehan melakukan sesuatu yang negatif melalui kemahiran yang ada
a. i,ii,iii
b. i,ii,iii,iv
c. i,ii
d. i,ii,iv

7. Manakah diantara berikut menunjukkan perlakuan yang salah ketika melakukan


aktiviti gayut berayun pada palang?

a. Mengenggam atas
b. Mengenggam bawah
c. Mengenggam satu jari
d. Mengenggam campur

8. Soalan adalah berdasarkan gambar pada rajah 1.

Rajah 1
Apakah nama alatan tersebut?
a. Skital
b. Tilam gimnastik
c. Peti lombol
d. Trampolin
9. Aksi bentuk badan yang manakah boleh diaplikasikan semasa membuat lompatan
diatas trampolin?

i. Putaran menegak 180 darjah


ii. Fleksi lutut
iii. Bentul “L”
iv. Buka kaki
a. i
b. i,ii
c. i,ii,iii
d. i,ii,iii,iv

10. Aktiviti Gerak Irama dalam Pendidikan Jasmani menggabungkan pelbagai


kemahiran. Kemahiran yang manakah tidak terlibat ketika melakukan aktiviti Gerak
Irama?

a. Kemahiran Servis
b. Pergerakan lokomotor
c. Pergerakan bukan lokomotor
d. Kemahiran Imbangan

11. Mengapakah seorang pemain bola sepak perlu menguasai kemahiran menghantar
dan menerima?

a. Mudah untuk menjatuhkan dan menyakitkan pihak lawan.


b. Menyukarkan pasukan untuk mendapatkan gol.
c. Membantu pasukan menjayakan strategi permainan dan mendapatkan gol.
d. Menjadikan bola lebih kerap keluar daripada kawasan permainan.

12. Apakah terjadi sekiranya seorang pemain bola jaring tidak menguasai kemahiran
menerima?

a. Mudah untuk menjaringkan gol.


b. Sukar untuk menerima dan menangkap bola pelbagai aras.
c. Cekap menerima bola yang dihantar dengan deras.
d. Mudah terjatuh dan cedera.

13. Pilih padanan yang tidak benar diantara kemahiran dan permainan yang
dinyatakan.

a. Kemahiran menghantar dan menerima dengan kaki – Bola Sepak


b. Kemahiran menghantar dan menerima dengan tangan – Bola Baling
c. Kemahiran menghantar dan menerima dengan kaki – Badminton
d. Kemahiran menghantar dan menerima dengan Alatan – Hoki
14. Bagaimanakah cara untuk menjaga keselamatan semasa melakukan aktiviti di
padang?

a. Berlari pada setiap masa untuk menunjukkan kecergasan.


b. Mengikuti arahan yang diberikan guru.
c. Memakai barang kemas dan perhiasan.
d. Membantu tukang kebun sekolah memotong rumput.

15. Antara permainan yang berikut, yang manakah melibatkan aktiviti menggelecek?

a. Bola sepak
b. Tenis
c. Takraw
d. Bola tampar

16. Kemahiran yang manakah perlu digunakan untuk mengecilkan ruang pemain lawan
daripada melakukan hantaran atau jaringan?

a. Kelecek
b. Menghantar
c. Menerima
d. Mengadang

17. Pada bahagian manakah kemahiran takel dalam permainan ditujukan?

a. Kaki lawan
b. Bola
c. Tangan lawan
d. Pengadil

18. Alatan berikut sesuai digunapakai ketika mempelajari kemahiran menjaring kecuali?

a. Gelung plastik
b. Gol
c. Bola
d. Jaring

19. Apakah risiko yang akan terjadi kepada kedudukan seorang pemain sekiranya tidak
mengamalkan takel yang baik dan bersih ketika perlawanan sebenar?

a. Pemain akan mudah menjaringkan mata dengan mudah.


b. Perbuatan pemain akan disokong oleh pasukan sendiri.
c. Pemain berkemungkinan akan dibuang padang atau dikenakan hukuman.
d. Pemain akan dimarahi oleh penonton.
20. Alatan berikut merupakan alatan yang digunakan ketika mempelajari pelbagai
kemahiran kategori serangan kecuali?

A B C D

21. Apakah permainan yang melibatkan kemahiran mengadang?

a. Olahraga
b. Bola jaring
c. Besbol
d. Berenang

22. Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai peraturan bilik sukan.

a. Meletakkan barangan peribadi untuk tempoh seketika.


b. Masuk ke bilik sukan dengan kebenaran guru.
c. Menyimpan alatan mengikut label yang telah ditetapkan.
d. Menjaga kebersihan dan kekemasan bilik sukan.

23. Apakah kesan positif yang diperolehi murid apabila melibatkan diri dengan aktiviti
Pendidikan Jasmani?

a. Murid dapat meminjam alatan sukan sekolah.


b. Padang akan lebih kemas dan terjaga.
c. Murid dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan permainan dengan seronok.
d. Kecergasan murid menurun akibat keletihan menjalankan aktiviti sukan.

24. Mengapakah murid perlu melakukan fleksi lutut ketika mendarat selepas daripada
melompat?

a. Untuk menjadikan lutut lebih kuat.


b. Untuk menyemimbangkan tubuh badan.
c. Untuk membuat lompatan yang lebih tinggi.
d. Untuk mengelakkan kecederaan pada lutut.
25. Apakah nilai yang membawa kejayaan pada sesuatu permainan?

a. Bersemangat ketika bermain walaupun tidak mematuhi peraturan.


b. Menguasai sebahagian kecil daripada peraturan permainan.
c. Merendah-rendahkan keupayaan lawan untuk melemahkan motivasi mereka.
d. Bermain dengan bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.

26. Apakah kelebihan menguasai kemahiran memintas?

a. Dapat merampas dan menguasai bola yang dihantar oleh pasukan lawan dengan
cekap.
b. Dapat menjaringkan gol tanpa henti.
c. Menyebabkan pemain lawan mengalami kecederaan.
d. Menjadikan masa perlawanan lebih singkat.

27. Berikut merupakan beberapa pergerakan yang boleh dilakukan sewaktu mempelajari
pergerakan berirama. Diantara berikut, yang manakah merupakan pergerakan
lokomotor?

i. Step-close (zigzag)
ii. Waltz (lingkaran & putaran)
iii. Grapvine (Lurus)
iv. Mendayung setempat
a. i
b. i,ii
c. i,ii,iii
d. i,ii,iii,iv

28. Pergerakan kreatif berirama secara persembahan boleh dijayakan lagi dengan?

a. Mengeluarkan belanja yang besar untuk membuat persembahan.


b. Menggunakan pelbagai props dan tempo muzik serta penggabungan pelbagai
kemahiran.
c. Menjemput artis luar dengan bayaran yang lumayan untuk membuat
persembahan.
d. Membeli pelbagai alatan dengan jumlah yang banyak.

29. Apakah yang akan berlaku sekiranya murid tidak menggenggam palang ayunan
dengan kemas semasa melakukan aktiviti gayut berayun?

a. Murid akan lebih mudah untuk membuat ayunan.


b. Murid dapat bertukar posisi dengan lancar.
c. Murid berkemungkinan untuk terjatuh dan cedera.
d. Murid akan diejek oleh kawan yang lain.
30. Steven melihat kaki rakan sekelasnya berdarah akibat kecederaan semasa
melakukan aktiviti pendidikan jasmani di padang. Walaubagaimanapun, rakannya
hanya berdiam diri. Apakah tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh Steven?

a. Menghubungi pihak hospital untuk datang ke sekolah.


b. Memberitahu guru yang sedang mengajarnya.
c. Membuat laporan bertulis kepada guru besar.
d. Mendiamkan keadaan tersebut dan menceritakannya kepada ibu bapa
kawannya.
BAHAGIAN B ( PENDIDIKAN KESIHATAN )

31. Perubahan fizikal bermaksud

A. Perubahan tubuh badan yang dapat dilihat dengan mata kasar


B. Perubahan emosi sesorang individu
C. Perubahan sifat seseorang individu
D. Perubahan bentuk badan

32. Perubahan fizikal lebih cepat berlaku kepada remaja ______________________

A. Perempuan
B. Lelaki

33. Perubahan fizikal akan berlaku setelah seseorang individu mencapai


___________________

A. Klimaks
B. Akil baligh
C. Kejayaan
D. Perubahan

34. Satu perbezaan yang paling ketara di antara remaja lelaki dan perempuan tentang
perubahan fizikal ialah _________________

A. Bulu pada badan


B. Bulu pada ketiak
C. Buah dada
D. Jerawat
35. Tempoh kedatangan haid bagi remaja perempuan secara normal ialah selama
_______________________
A. 10 – 14 hari
B. 30 hari
C. 3 – 7 hari
D. 1 – 3 hari

36. Berapakah jumlah kedatngan haid bagi sesorang remaja perempuan yang normal di
dalam setahun?
A. 10 kali
B. 11 kali
C. 12 kali
D. 13 kali

37. Nur Safiyya mengalami haid kali pertama pada 3 April 2016. Bilakah kemungkinan
Nur Safiyya akan mengalami haid pada kali ke 2?
A. 10 April 2016
B. 3 Mac 2016
C. 3 Mei 2016
D. 10 Mei 2016

38. Apakah penyakit yang berisiko dihidapi sekiranya melakukan hubungan seksual
secara rambang?
A. HIV/AIDS
B. Demam malaria
C. H1N1
D. Migrain

39. Hubungan di antara sama jantina (sejenis) dipanggil

A. Homosapiens
B. Transeksual
C. Homoseksual
D. Transgender
40. Manakah diantara berikut penyebab kepada masalah seksual remaja?
A. Menonton bahan berbentuk pornografi
B. Kerap keluar bersama rakan untuk menjalankan aktiviti riadah
C. Mempelajari pendidikan seks di sekolah
D. Menggunakan media sosial secara berhemah

41. Soalan 41 dan 42 berdasarkan berdasarkan gambar di bawah.

Apakah nama pakaian berikut?

A. Pakaian dalam remaja lelaki


B. Pakaian dalam remaja perempuan
C. Pakaian renang
D. Pakaian untuk atlet sekolah

42. Apakah tujuan memakai pakaian tersebut?


A. Menutup aurat
B. Menjaga kebersihan
C. Menjaga anggota tubuh badan

43. Berikut merupakan perubahan fizikal yang berlaku kepada remaja lelaki dan
perempuan kecuali

A. Tumbuh jerawat
B. Tumbuh bulu pubis
C. Tumbuh bulu di ketiak
D. Dada menjadi bidang
44. Ahmad membuka telefon bimbit abangnya. Ahmad terbuka satu fail video lucah
kepunyaan abangnya. Apakah kesalahan abang ahmad?

A. Tidak mengunci telefon bimbit


B. Menyimpan bahan pornografi
C. Tidak menyimpan telefon bimbit di tempat yang sepatutnya.
D. Tiada kesalahan

45. Apakah bahan yang digunakan untuk penjagaan kebersihan diri


I. Syampu
II. Gel mandian
III. Tuala
IV. Pisau cukur
A. I dan II
B. I , II dan III
C. I , III dan IV
D. I , II , III dan IV

46. Berikut merupakan punca berlakunya jangkitan virus HIV kecuali

A. Berkongsi jarum suntikan


B. Melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan
C. Berkongsi minuman dengan pengidap AIDS

47. Tingkah laku seksual mendorong kepada masalah seksual yang lebih besar. Apakah
masalah seksual yang akan berlaku kesan daripada tingkah laku seksual?

A. Seks luar nikah


B. Bercinta semasa zaman persekolahan
C. Diri lebih bermotivasi untuk belajar
D. Keyakinan diri menjadi semakin tinggi
48. Perubahan fizikal akan membuatkan seseorang remaja tersebut berasa rendah diri
dengan perubahan yang berlaku. Mengapakah perkara sedemikian boleh terjadi?

A. Tidak bersedia dengan perubahan yang di alami


B. Malu dengan perubahan yang di alami
C. Tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup tentang perubahan fizikal remaja
D. Mempunyai fizikal yang tidak seperti yang diharapkan

49. Soalan berdasarkan gambar di bawah

Mengapakah alat tersebut perlu ada bagi setiap remaja?

A. Sebagai alat mempertahankan diri apabila diganggu


B. Supaya dapat menjaga kebersihan diri dengan mengemaskan bulu di muka dan
badan
C. Dapat digunakan pada waktu kecemasan
D. Dapat digunakan sewaktu dalam kelas

50. Berikut merupakan cara untuk mengelakkan diri daripada melakukan tingkah laku
seksual yang negatif
I. Mempelajari ilmu pendidikan seksualiti
II. Tidak menonton bahan lucah
III. Mengawal nafsu
IV. Berjumpa dengan kaunselor sekolah
A. I dan II
B. I , II dan III
C. I , III dan IV
D. I , II , III dan IV
JAWAPAN
1. B
2. A
3. C
4. D
5. B
6. A
7. C
8. D
9. D
10. A
11. C
12. B
13. C
14. B
15. A
16. D
17. B
18. A
19. C
20. D
21. B
22. A
23. C
24. D
25. D
26. A
27. C
28. B
29. C
30. B

Anda mungkin juga menyukai