Senaman ialah aktiviti fizikal yang lebih tinggi intensitinya daripada aktiviti harian. Tujuannya
adalah untuk mendapatkan manfaat kesihatan baik dari segi fizikal dan juga
mental.Senaman boleh menjadi tabiat jika kita memilih aktiviti yang kita seronok untuk
melakukannya. Setiap orang mempunyai jenis senaman kesukaan yang berbeza seperti
berjalan, berlari, mendaki, mengikuti kelas kecergasan atau menggunakan mesin larian
treadmill dan sebagainya. Walau apa pun pilihannya, senaman ialah kemestian untuk
mengekalkan kesihatan.
Sumber: Internet
Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan dengan aktiviti bersenam dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.
Huraikan kepentingan-kepentingan aktiviti bersenam kepada masyarakat.
Cadangan idea :
Dalam meniti arus perdana yang kian mencabar minda dan emosi ini,
_________________________________________________________________________
__ semakin diambil perhatian oleh pelbagai pihak. Situasi ini sewajarnya berlaku kerana
_____________________________________ mampu mendatangkan pelbagai impak
kepada masyarakat dan bumi Malaysia yang tercinta ini. Lantaran itu,
_________________________ sewajarnya kita kenal pasti.
Kesimpulannya, semua pihak perlukah berganding bahu bagai aur dengan tebing
bagi mengambil tahu tentang ______________________________________
_____________________________________________________. Hal ini demikian kerana,
tanpa kerjasama daripada semua pihak sudah pasti segala usaha yang dilakukan akan
menjadi seperti hujan jatuh ke pasir. Dengan kerjasama semua pihak, kita pastinya dapat
melahirkan masyarakat dan negara yang gemilang kerana di mana ada kemahuan, di situ
ada jalan.