Anda di halaman 1dari 39

Makna

Perhubungan secara langsung untuk menyampaikan maklumat melalui penglihatan dalam bentuk
teks, visual, simbol, lambang dan warna
Grafik
Perkataan Grafik berasala dari Greek
graphikos, "belonging to drawing“,
‘Relating to visual art, especially involving
drawing, engraving, or lettering’.Grafik
merupakan persembahan visual yang
ditunjukkan pada permukaan seperti
dinding, kanvas, skrin komputer, kertas,
papan untuk tujuan jenama,
pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan.
Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan,
seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor,
simbol, reka bentuk geometri, peta,
lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik
selalunya menggabungkan teks, ilustrasi
dan warna. Grafik boleh wujud sebagai
grafik berfungsi atau estetik.
Animasi
- Animasi digunakan untuk memberi gambaran
pergerakan bagi sesuatu objek.
-Ia membolehkan sesuatu objek yang pegun
atau statik dapat bergerak dan kelihatan
seolah-olah hidup.
-Animasi boleh dalan bentuk dua dimensi (2D),
tiga dimensi (3D) ataupun melalui pelbagai
kesan khas.
Contoh Cerita Animasi

Spirit Away (2001)- Ghibli Studio

Upin Ipin – Les Copaque

Walt Disney Studio


Multimedia
Multimedia berasal daripada kata ‘multi’ dan ‘media’. Multi bererti banyak, dan media bererti tempat,
sarana atau alat yang digunakan untuk menyampaikan informasi. Jadi berdasarkan kata ‘multimedia’ dapat
dirumuskan sedagai wadah atau penyatuan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen-
elemen pembentukan multimedia. Elemen-elemen tersebut seperti teks, gambar, suara, animasi, dan video.
Multimedia merupakan suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, di mana informasi
dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi, dan video disatukan dalam computer untuk di simpan, diproses
dan disajikan baik secara liner mahupun interaktif.
MEDIA BARU- ELEKTRONIK DAN DIGITAL
Media Komunikasi Visual
MEDIA LAMA- KONVENSIONAL DAN CETAK
Elemen Komunikasi Visual
TEKS, HURUF, TIPOGRAFI, MUKA TAIP
DAN LAIN-LAIN ISTILAH

VISUAL, GAMBAR, IMEJ

WARNA

SIMBOL, LAMBANG, LOGO

ANIMASI

SUARA ATAU AUDIO


Fungsi Komunikasi Visual
1. Menyampaikan maklumat
a. Petunjuk arah
b. Amaran
c. Pendidikan dan nasihat

Memberi hiburan

Membuat perbandingan

Mengindahkan kawasan

Mendapat pengetahuan
Contoh Penyampaian Maklumat

AMARAN

POSTER KESIHATAN FLYERS HIBURAN

FLYERS PROMOSI
BROCHURE
TANDA JALAN
Industri
Bidang yang terlibat dalam penghasilan produk melalui proses reka bentuk dan pengeluaran.
Tiga bidang reka bentuk industri, iaitu reka bentuk produk, reka bentuk perabot dan reka bentuk automotif.

REKA BENTUK PRODUK


Reka bentuk produk merangkumi perkakasan domestik, aksesori, peralatan elektrik dan sebagainya.
Produk dengan reka bentuk yang menarik, baik dan berfungsi akan menjadi pilihan pengguna selain
daripada faktor harga.
Industri
REKA BENTUK PERABOT
Reka bentuk perabot meliputi rekaan perabot kontemporari dan moden, seperti reka bentuk meja, kerusi,
katil, kabinet, rak dan almari. Reka bentuk perabot yang baik akan menyumbang ke arah pengurangan
kos, bahan dan penjimatan ruang.
Industri
REKA BENTUK AUTOMOTIF
Melibatkan reka bentuk styling dan konsep kenderaan darat, udara dan laut seperti motosikal, kereta, jet,
kapal laut dan bot.
Tekstil
Melibatkan reka bentuk corak dan motif pada kain samada di lukis atas kain, di cap dan di anyam. Corak
kain akan digunakan sebahagian atau keseluruhan pada fabrik.

TENUNAN BATIK CANTING FABRIC DIGITAL PRINTING


Fesyen
Melibatkan reka bentuk pakaian dan aksesori yang mempunyai nilai estetik. Dipengaruhi, budaya,
peredaran zaman dan sosial. Fesyen direka bentuk untuk memenuhi cita rasa pengguna.

PENGARUH BUDAYA DI
BAJU TRADISIONAL FESYEN TERKINI
MODENKAN
Seramik
Prinsip asas dalam seni seramik dapat dilihat pada motif dan bentuk produk tersebut. Boleh dihasilkan
melalui gabungan Bahasa Seni Visual seperti rupa, jalinan, kesatuan, kepelbagaian,penegasan dan
harmoni. Penggunaan prinsip imbangan pula akan menjadikan bentuk produk seni seramik lebih stabil.

FUNGSI SENI SERAMIK


Peredaran zaman menyaksikan idea seni seramik yang terhasil boleh disesuaikan mengikut keperluan
semasa.Seni seramik menjadi warisan seni yang unik.
a.Aksesori
b.Hiasan dan peralatan domestik
c.Upacara kebudayaan dan keagamaan

SENI SERAMIK TRADISIONAL


a.Dikenali sebagai tembikar.
b.Bahan penting ialah tanah liat dan air.
c.Seramik tradisional digunakan untuk kegunaan harian, kebudayaan dan hiasan.
d.Labu sayong
e.Tembikar Mambong
f.Tembikar Terenang
Seramik
Seramik

Mambong
Seramik
SENI SERAMIK KONTEMPORARI
Gabungan bahan seramik dengan pelbagai bahan lain seperti logam perak, rotan, tali dan kayu.
Seramik jenis ini merangkumi barang perhiasan diri, perhiasan rumah dan pejabat.
Cara penyediaan tanah liat menggunakan peralatan moden seperti mesin pemutar dan mesin pengisar tanah.
Tanur gas atau elektrik digunakan dalam proses pembakaran.
Seramik
CONTOH SERAMIK
Di Malaysia, seni seramik sangat terkenal dan digunakan oleh masyarakat Melayu, Cina, India dan
peribumi di Sabah serta Sarawak.
a.Seramik Etnik Sarawak
b.Seramik Kaum India
c.Seramik Kaum Cina

SARAWAK KAUM CINA


KAUM INDIA
Logam Halus
Di Malaysia, seni pertukangan logam sudah lama bertapak dan dipercayai bermula sejak zaman pra-
sejarah. Seni pertukangan logam ini berkembang sejajar dengan perkembangan industri yang lain,
termasuk emas, tembaga dan besi. Seni pertukangan logam ini terus melalui beberapa perubahan
setelah masyarakat Melayu mengetahui nilai yang ada pada logam. Jika dahulunya logam hanya sebagai
matawang, namun peredaran masa telah menjadikan logam barang keperluan dapur dan senjata. Pada
masa itulah masyarakat Melayu telah pandai mencorakkan sesuatu barangan aksesori kaum wanita.
Logam juga dihasilkan untuk membentuk barangan yang berkaitan dengan adat istiadat masyarakat
Melayu. Kebanyakan barang perhiasan yang dimiliki oleh kerabat diraja Melayu pada hari ini dipercayai
telah diukir pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 kerana emas pada masa itu mudah didapati.

Jenis-jenis
Logam
1 Perak
2 Pewter
3 Tembaga
4 Emas
Logam Halus
Logam (Perak)
Seni pertukangan perak adalah kesan daripada pengaruh Hindu yang bergabung dengan kebudayaan Siam.
Kemudian kesenian ini secara perlahan-lahan dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui perdagang-pedagang
Siam terutama ke Kelantan. Mereka menghasilkan banyak barang daripada perak seperti teko, bekas air
basuh tangan, bekas pen, cenderahati dan lain-lain lagi. Selain itu, sistem beraja yang diamalkan di Malaysia
juga telah menggalakkan pengeluaran barang-barang perak. Alat-alat kebesaran raja-raja Melayu seperti
keris, pedang, cokmar diperbuat daripada perak.

COKMAR SUDU
Logam Halus
Logam (Pewter)
Pewter merupakan campuran logam yang terdiri daripada bijih timah, gangsa dan atimoni. Kandungan bijih
timah adalah sebanyak 97 peratus, manakala tiga peratus lagi adalah campuran gangsa dan antimony.
Pewter digunakan sejak zaman dahulu lagi. Pewter pernah dijumpai di kawasan petempatan manusia
Zaman Batu dan Zaman Gangsa iaiti kira-kira 400 tahun dahulu. Orang Mesir dan Rom merupakan
masyarakat yang mula-mula sekali menggunakan pewter sebagai kegunaan mereka sehari-hari.
Di Malaysia, Pewter kini telah dibentuk menjadi beberapa barangan yang boleh digunakan dalam
kehidupan seharian seperti barang-barang perhiasan dan barang-barang dapur.

TEAPOT DECORATION
Logam Halus
Logam (Tembaga)
Tembaga merupakan logam terawal digunakan oleh manusia. Di Malaysia penggunaan tembaga
dipercayai bermula sejak zaman pra sejarah. Di Malaysia, industri melombong tembaga telah diusahakan
sejak tahun 1970. Sabah adalah pengeluar tembaga yang terbesar di Malaysia. Tembaga terbahagi
kepada dua iaitu tembaga merah dan tembaga kuning. Seni kraftangan tembaga masih giat dijalankan
terutama di Terengganu. Teknik pembuatan masih dikekalkan walaupun penggunaan beberapa peralatan
baru diperkenalkan. Barangan yang dihasilkan melalui teknik tuangan ini seperti tepak sireh, kaki lilin,
tempat bara, pahar dan sebagainya.

KAKI LILIN
TEPAK SIREH
Logam Halus
Logam (Emas)
Dipercayai bahawa usaha melombong emas di Malaysia telah bermula sejak 2000 tahun yang lalu. Emas
telah digali di Pahang, Terengganu, Gunung Ledang di Johor, Johol dan Gemenceh di Negeri Sembilan.
Emas merupakan logan yang paling bernilai jika dibandingkan dengan logam-logam jenis lain. Emas
amat diminati oleh kaum wanita dan ia merupakan lambang kekayaan. Terdapat tiga jenis emas iaitu
emas tulen, emas campuran dan emas saduran. Barang kemas atau perhiasan diri yang menjadi warisan
masyarakat Malaysia terdiri daripada dua jenis bahan logam yang berharga dan bernilai tinggi iaitu perak
dan emas. Kedua-dua logam ini disifatkan sebagai sangat berharga dan digunakan juga oleh orang-
orang berada sebagai cagaran hidup untuk menghimpun harta.

CUCUK SANGGUL
Logam Halus
Barang-barang Kasar

Barang-barang kasar yang dihasilkan daripada perak adalah barang-barang yang lebih besar dan tidak
memerlukan penelitian dalam pembuatan. Pembuatan barangan jenis ini tidak begitu rumit kerana
kebanyakan barang ini besar dan tidak mengandungi corak-corak pembentukan yang halus sehingga
menyukarkan pengukir. Antara barang-barang kasar yang boleh didapati adalah seperti dulang, bekas
minuman, talam, bekas habuk rokok, sudu dan sebagainya

Barang-barang Karut

Barang-barang karut adalah barangan yang dihasilkan daripada perak dan lebih kecil saiznya jika
dibandingkan barang-barang kasar. Oleh kerana saiz yang lebih kecil, pengukir terpaksa berhati-hati
dalam membuat barangan ini.

Corak dan bentuk barangan ini lebih rumit dan pengukir terpaksa mengambil masa yang lebih lama
untuk menghasilkan sesuatu barangan. Justeru itu kesabaran dan ketekunan amat diperlukan. Antara
jenis barangan tersebut ialah kerongsang, penyucuk sanggul, pin baju, penyepit tali leher dan
sebagainya.
Makna
Reka bentuk landskap merupakan seni dalam menghias dan menyusun bahagian pandangan yang boleh
dilihat secara buatan manusia melalui proses kerja kreatif atau secara semula jadi. Hasil reka bentuk
landskap bertujuan mengindahkan suasana ruang serta meningkatkan kualiti ruang tersebut agar
mewujudkan suasana ruang yang lebih harmoni. Konsep ialah paradigma bagi penyatuan sesebuah projek
reka bentuk dan selalunya dianggap sebagai “tema’. Landskap turut mempunyai pelbagai tema.

TAMAN TERGANTUNG BABYLON


STONEHENGE, ENGLAND
Elemen Penting Landskap
a) Tumbuhan – pemilihan dari segi saiz, bentuk, warna
dan fungsi
b) Bentuk muka bumi / topografi – seperti bukit-bukau,
tasik, sungai dan tanah rata
c) Ruang – dapat menimbulkan keselesaan
d) Air – bina sistem pengaliran dan pastikan air tidak
bertakung. Air juga dapat memberi kesan sejuk dan
bunyi air membawa ketenangan
e) Cahaya – pastikan cahaya mengcukupi dan pokok-
pokok tidak menghalang cahaya. Penggunaan
lampu taman dapat memberikan cahaya waktu
malam
f) Angin – pastikan peredaran angin berlaku di sekitar
kediaman
Jenis : Kejur
Melibatkan elemen-elemen buatan manusia dan
keras seperti batu, kayu, lampu dan wakaf.
Bertujuan menampung kehendak yang tidak dapat
dilakukan oleh landskap lembut seperti wakaf dan
kerusi taman. Landskap Kejur Tidak Berinteraksi
Elemen yang digunakan sebagai memenuhi fungsi
semata-mata seperti kaku tanpa berinteraksi
dengan pengguna. Bollard digunakan untuk GAZEBO
memisahkan antara siar kaki dan jalan raya tanpa
memberi reaksi kepada pengguna. Landskap Kejur
Berinteraksi Elemen yang mampu memberi reaksi
terhadap pengguna. Kolam Hiasan Bunyi air pancut
kolam akan memberi reasi kepada pengguna untuk
datang dan menyejukkan kawasan.

PERGOLA
Jenis : Kejur

AIR TERJUN

BOLLARD

TANGGA

ARCA

LAMPU
Jenis : Lembut
Landskap lembut berfungsi memberi
kedamaian, ketenangan serta
keindahan ‘sense of feeling’ kepada
pengguna. Pengertian landskap lembut
sebenarnya merujuk kepada unsur-
unsur asli / semulajadi iaitu tanaman
seperti pokok utama, pokok renek,
pokok memanjat, pokok herba atau
pokok penutup bumi. Tumbuhan penting
dalam mengawal hakisan tanah,
imbangan ekologi,iklim, mengawal
pencemaran alam, tirai/dinding dan
memberi teduhan.
Tema Landskap

JEPUN INGGERIS

BALI
Makna
Reka bentuk hiasan dalaman merupakan satu perancangan dan penyusunan ruang untuk
mempertingkatkan kualiti persekitaran dalaman bagunan. Aspek utama dalam hiasan dalaman ialah
fungsi, citarasa, trend dan keperluan semasa. Sejarah reka bentuk hiasan dalaman berkait rapat dengan
perkembangan seni bina, terutamanya pada zaman ketamadunan di Timur Tengah dan Eropah yang
bertumpu kepada rumah ibadat.

HAGIA SOPHIA MOSQUE, ISTANBUL BASILICA VATICAN CITY, ROME


Elemen Peredaran udara
Arah pergerakan angin dan udara harus
diketahui tingkap dapat memberi peredaran
Ruang angin ke dalam dan luar sesebuah bilik
Rekaan yang baik dapat memberi keselesaan tingkap akan menghasilkan pengaliran udara
dalam bilik di mana ruang yang kecil akan yang baik dalam sesebuah ruang
kelihatan lebih besar dan selesa
Elemen Saiz perabot
Perabot yang terlalu besar tidak sesuai untuk
bilik yang kecil dan sebaliknya. Susunan
Pencahayaan
perabot akan menentukan ruang dalam bilik.
Saiz dan kedudukan pintu atau tingkap akan
susunan dan pemilihan perabot hendaklah
menentukan keadaan pencahayaan dalam
bersesuaian bagi memastikan bilik yang kecil
bilik. Pintu dan tingkap dapat beri kesan
kelihatan luas
pencahayaan kepada sesuatu ruang.
Elemen
Warna
Memberi mood dan perasaan. Perlu
bersesuain dengan fungsi bilik serta sesuai
dengan elemen-elemen yang ada. Warna turut
memberi kesan pada keluasan bilik.

Anda mungkin juga menyukai