Anda di halaman 1dari 2

Menjalankan pengajaran atas talian adalah satu cabaran untuk guru dalam memenuhi

tugas sebagai pendidik sepanjang PKP. Ramai guru menambah kemahiran mereka untuk
memastikan ilmu sampai kepada murid. Setiap usaha murni dalam merencanakan sesuatu
agenda pasti ada kekangannya. Berikutan maklum balas guru, dapat dikumpulkan
beberapa cabaran paling ketara untuk meneruskan pengajaran atas talian. Antaranya
adalah:

Tiada Gajet
Perkara ini adalah hampir pasti menjadikan pengajaran atas talian itu MUSTAHIL. Namun,
masih ada sinar harapan untuk mengatasi masalah ini. Secara logiknya, pasti ada
sekurang-sekurangnya seorang mempunyai telefon mudah alih di rumah. Ada kalanya
sebab murid 'tiada gajet' ialah gajet tidak dapat digunakan pada masa kelas secara
langsung cikgu. Oleh itu, guru boleh tetapkan masa yang sesuai yang mana murid boleh
menggunakan gajet tersebut. Jika hal ini tidak dapat dilakukan, berikan pengajaran tidak
segerak yang bermaksud PdPc tidak perlu berlaku secara langsung. Berikan peluang murid
melaksanakan pembelajaran pada bila-bila masa yang sesuai. KECUALI jika murid-murid
betul-betul tiada gajet di rumah. 

Tiada Akses Internet


Pengajaran atas talian menuntut murid untuk menggunakan data internet. Jika banyak
bahan media dikongsikan oleh guru, maka murid perlu memuat turun bahan dengan data
internet yang banyak. Sebaiknya, guru boleh meminimakan saiz bahan yang diberikan.
Lebihkan banyak bahan berbentuk gambar. Jika ada keperluan berkongsikan video,
masukkan bahagian video yang penting dan relevan sahaja. Jika murid tidak cukup kuota
internet, boleh jalankan kelas segerak (kelas secara langsung) pada waktu antara 8.00 pagi
hingga 6.00 petang yang mana semua penggunakan Telco dapat internet 1GB secara
percuma. Bagi murid yang ada gajet tetapi penerimaan liputan internet adalah rendah, guru
boleh hantarkan maklumat dan rumusan isi pengajaran dalam bentuk teks.

Bahan Media Tidak Jelas


Bagi pengajaran atas talian secara segerak, bahan dipaparkan kadang-kadang cukup besar
dilihat melalui laptop guru tetapi murid yang menonton video itu hanya menggunakan
telefon. Jadi, paparannya agak kecil. Sebaiknya guru zoomkan paparan sehingga ia cukup
besar untuk dilihat melalui telefon bimbit. Selain itu, guru perlu menggunakan font yang
besar. Suara latar guru juga dapat membantu memberi kepastian kepada murid tentang
apa yang dilihat atau dibaca oleh murid.

Tidak Sempat Siap


Oleh sebab murid menghadapi kesukaran memahami pengajaran atas talian kerana
kekangan teknikal, maka tidak hairanlah ramai tidak dapat menyudahkan tugasan guru.
Guru boleh menjarakkan masa yang lebih panjang antara sebaran bahan dan pengajaran
dengan tarikh akhir tugasan. 

Tidak Difahami
Apabila guru dan murid tidak bersemuka maka, agak sukar untuk penyampaian dilakukan
secara efektif. Masalah teknikal menjadi batasan komunikasi mesej guru kepada murid.
Untuk mengatasi masalah ini, guru boleh berikan lebih bahan rujukan sampingan dalam
bentuk pautan laman web dan juga beberapa pautan video yang boleh murid tonton untuk
mendapatkan maklumat lanjut.

Kurang Kemahiran Guru


Ya. Tidak dnafikan tidak semua guru mahir menggunakan peralatan dan gajet untuk
menjalankan pengajaran atas talian. Namun, ia bukan penghalang kepada guru untuk
meneruskan pengajaran atas talian. Jika penggunaan peralatan jadi puncanya, guru boleh
gunakan semudah hanya telefon bimbit dan rakam suara menyampaikan pengajaran.
Pendekkan dan ringkaskan maklumat dan hantar dalam kumpulan Whatsapp atau
Telegram. Gunakan aplikasi yang biasa dan boleh cikgu gunakan. Boleh gunakan video call
Whatsapp juga. Selain itu, gunakan masa bersama-sama dengan rakan guru untuk berPLC
dan belajar.  Bagi penghasilan sumber, jika guru terbatas dari segi kemahiran dan masa,
boleh kumpul pautan bahan-bahan Youtube dan Blog yang disediakan oleh ramai guru. 

Guru bukan sempurna tapi dalam merencanakan pendidikan berterusan, guru ada dan guru
berusaha. Tahniah! Bersama kita cuba perbaiki apa yang ada. Insha-Allah semoga
dipermudahkan usaha guru dan terus cemerlang dalam dunia pendidikan. 

Jangan lupa join group Telegram Mudah Mengajar: t.me/mudahmengajar

Anda mungkin juga menyukai