Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PERKEMBANGAN MURID

Nama : James Junior Jackson (120120-12-1365)

1. Bagaimanakah perkembangan akademik murid ini disekolah?


- Murid ini tidak mempunyai masalah dalam mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan di dalam kelas. Dia melibatkan diri dengan aktif dan
mampu menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Malah murid ini juga mampu
mengaitkan pengalaman sedia ada dengan topik yang berkaitan. Namun,
penggunaan bahasa yang dituturkan oleh murid ini kurang jelas dan hanya dapat
difahami melalui beberapa perkataan yang betul. Selain itu, murid ini juga mampu
membaca perkataan yang mudah seperti perkataaan dua suku kata. Hasil kerja
murid ini juga memuaskan dan tidak terdapat sebarang masalah ketika menyiapkan
tugasan.

2. Bagaimanakah murid ini berinteraksi dengan rakan sebaya?


- Murid ini mempunyai hubungan sosial yang sangat baik dengan guru dan murid lain.
Murid ini juga tidak mempunyai masalah dalam menjalinkan hubungan persahabatan
dengan murid baru. Selain itu, murid ini boleh memenuhi arahan yang diminta atau
boleh belajar secara berkumpulan dengan baik dan membimbing rakan sebaya
dengan aras pemikiran dan tahap pengetahuannya. Murid ini akan rasa seronok dan
bersemangat apabila diberi tugasan untuk membimbing rakan dalam aktiviti
berkumpulan.

3. Adakah murid ini mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan ketika sesi
pembelajaran?
- Murid ini mempunyai tumpuan dan fokus yang baik ketika pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran, malah sering menawarkan diri untuk menjawab soalan yang
diajukan oleh guru. Namun begitu, kadang kala jawapan yang diberikan oleh murid
ini kurang jelas dan tidak dapat difahami sepenuhnya. Guru bertanya berulang kali
untuk memahami perkara yang hendak disampaikan oleh murid ini.

4. Adakah murid ini menunjukkan apa-apa tingkahlaku hiperaktif / tidak normal?


- Tidak, Murid ini seperti kebanyakan murid biasa yang ada tabiat dan tingkahlaku
normal pada tahap umurnya. Tingkahlaku biasa tersebut adalah seperti keinginan
untuk bermain, bercerita serta meminta perhatian daripada orang sekeliling.
5. Maklumat tambahan bagi membantu pihak perubatan.
- Murid ini sangat sensitif terutamanya apabila guru, ppm atau rakan menegur
berkenaan dengan hasil kerjanya yang terdapat sedikit kesalahan. Murid ini tidak
suka hasil kerjanya dikritik atau ditegur. Murid ini akan memberi tindakbalas protes.
Tindakan protes murid ini adalah seperti enggan menjawab soalan yang ditanyakan
oleh guru, tidak menyahut apabila dipanggil namanya, berpaling ke arah lain apabila
guru sedang mengajar. Malah, kadang-kadang murid ini akan menangis secara tiba-
tiba apabila disoal kembali mengenai faktor menyebabkannya menangis.

Kesimpulannya, murid ini hanya mempunyai masalah dalam pertuturan iaitu,


pertuturan yang kurang jelas dan sukar untuk difahami apabila melibatkan
penerangan yang panjang.

Disediakan oleh : Disahkan Oleh :

………………………………. ..............................................

(NOREDATUL BINTI GABO) – 29 Julai 2019 (DASYIMAN BIN BUJANG)


Guru Kelas Tahun 1 Permata Penyelaras PPKI
SK Lumba Kuda, Kuching. SK Lumba Kuda, Kuching

Disokong Oleh :

...........................................
(JOHN SELVARAJ A/L PERUMAL)
Guru Besar ,
SK Lumba Kuda, Kuching

Anda mungkin juga menyukai