Anda di halaman 1dari 24

KEMAHIRAN ANALISIS PERNIAGAAN

LMGG1422

TAJUK:
TUGASAN 1

PENSYARAH:
DR. SHEERAD BIN SAHID

DISEDIAKAN OLEH:
NUR SYAHIRAH BT ZAKARIA A171683
SITI NURLIANA BINTI NORDIN A176728
AHMAD HAMIZI BIN RUSDI A177690
NAJWA A'LIA BINTI KAMARUZAMAN A182942
SITI MERISSA MIKAIL A178178
1.Pengenalan

Apakah itu Analisis Pasaran?

Analisis Pasaran merupakan komponen yang penting dalam pelan perniagaan. Semasa membuat
analisis pasaran, pasaran yang spesifik sahaja diambil kira.

Pelan Perniagaan
Dokumen bertulis yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti perniagaan teras sesebuah
syarikat, objektif mereka dan juga membuat plan untuk syarikat itu mencapai matlamat yang
ditetapkan.

Secara amnya, Analisis Pasaran adalah analisis yang dirancang untuk menilai keadaan di pasaran,
barang atau perkhidmatan untuk menubuhkan strategi perusahan.

Analisis Pasaran melihat kepada saiz pasaran dari segi jumlah dan nilai, segmen pelanggan dan
corak pembelian, persaingan yang ada, dan juga persekitaran ekonomi dari segi halangan
kemasukan barangan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Kebanyakan analisis pasaran fokus pada perkara yang akan datang. Tetapi, terdapat juga yang
menganalisis perkara yang lampau untuk memahami mengapa sesuatu perkara itu berlaku.

Analisis Pasaran tidak terhad digunakan semasa


seseorang itu mahu membuka perniagaan, syarikat
yang sudah lama berada di industri juga boleh
melakukan Analisis Pasaran untuk membantu
syarikat tersebut mengorak langkah yang tepat untuk
menaikkan syarikat. Kadar Analisis Pasaran yang
dilakukan bergantung kepada syarikat masing-
masing.
Analisis pasaran boleh menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif dalam
membuat penilaian.

Kuantitatif Kualitatif

Pengumpulan data dalam jumlah yang Berdasarkan pendapat , sikap ,


banyak melalui tinjauan, soal selidik dan kepercayan dan niat
pengundian.

Tujuannya adalah untuk memahami


Data yang diperoleh akan digunakan
sikap seseorang pelanggan dan cara
dalam pelbagai cara seperti membentuk
mereka bertindak balas terhadap
ramalan, mengenal pasti corak dan
produk yang baharu.
menguji hubungan.

Persoalan yang membantu untuk membuat pilihan sama ada menggunakan pendekatan
kuantitatif atau kualtitatif :

Adakah tujuan penyelidikan pasaran ini untuk menguji hipotesis atau untuk meneroka
persepsi?

Menguji hipotesis : Kuantitaif


Meneroka Persepsi : Kualitatif

Patutkah hasil kajian hanya mengukur pendapat atau adakah pemahaman mendalam
tentang mengapa pelanggan mempunyai pendapat tertentu sebagai matlamat?

Mengukur pendapat: Kuantitif


Memahami tentang mengapa pelanggan mempunyai persepsi sedemikian : Kualitatif

Adakah cerapan utama daripada kajian ini akan digunakan untuk mengekstrapolasi
pemahaman tentang khalayak yang lebih besar atau adakah sejenis peta pengalaman
individu peserta lebih membantu?

Matlamatnya untuk mencapai inferense kritikal tentang khalayak yang lebih ramai : Kuantitatif
Memetakan pengalaman bernuansa(perbezaan atau kelainan yang halus) individu : Kualitatif
1.Pengenalan

Apakah itu Analisis Pelanggan?

Analisis pelanggan adalah analisis yang dibuat untuk mengenalpasti pelanggan sasaaran,
memastikan apakah keperluan pelanggan ini, dan nyatakan bagaimana produk boleh
memuaskan keperluan-keperluan tersebut.

Tidak kira umur atau jenis perniagaan yang dimiliki, membuat analisis pelanggan dapat
memberi peluang kepada para peniaga untuk lebih memahami pelanggan semasa dan juga
pelanggan yang berpotensi meminati perniagaan kita.

Beberapa elemen perlu dikeketengahkan semasa membuat analisis ini.

Demografi Geografi Psikografik


Jantina Saiz Penduduk Kelas sosial
Umur Jenis kawasan Gaya hidup
Keluarga Keperibadian
Lokasi Motivasi
Pendapatan
Jenis Pekerjaan

Kepentingan Komunikasi Saiz Asas


Hobi Menghabiskan Saiz Populasi
Aktiviti masa sasaran dan
Membaca diamana(atas sama ada
Organisasi talian/ luar kumpulan itu
disokong talian) berkembang
Lebih suka menyusut atau
mendapatkan tinggal kira-kira
maklumat dari sama
mana
Mengapa perlunya membuat Analisis Pasaran mahupun Analisis Pelanggan?

Analisis Pasaran Analisis Pelanggan

Dapat mengenalpasti kedudukan Dapat memastikan pemasaran


anda dalam industi lebih efisien
Mengenalpasti pesaing dan
memilih cara yang terbaik untuk Dapat memastikan pengekalan
berurusan dengan mereka pelanggan.
Mengetahui keutamaan pengguna Dapat menaikkan hasil jualan.
dan memenuhi perminta untuk
penjaga atau perkhidmatan Mendapat margin keuntungan
Mensimulasikan prospek produk yang lebih baik.
mengenalpasti bidang aktiviti dan
menterjemahkannya ke dalam
pelan strategik
2. TEORI, KONSEP DAN MODEL
ANALISIS PASARAN

Maslow Theory
BCG Matrix
Perceptual Map/ Market Map
TOWS Matrix
Porter's 5 Forces
Johari Window
Blue and Red Ocean strategy
Hiererki Keperluan Maslow (Maslow Theory)

Pengenalan:
Hiererki Keperluan Maslow merupakan teori motvasi dalam psikologi yang terdiri daripada model lima
peringkat keperluan manusia, kebiasaanya digambarkan sebagai peringkat hiererki dalam bentuk
piramid.

Keperluan yang berada pada peringkat paling bawah perlu dipuaskan terlebih dahulu sebelum dapat
memenuhi keperluan yang berada diatas.

Kepentingan Analisis:
Dapat mengenalpasti tawaran yang diberikan
sesuai dengan bahagian yang mana pada
piramid Maslow , dengan ini pemasaran yang
akan dibuat bersesuaian dengan demografi
tertentu

Semasa membuat analisis, perlu bertanya


Langkah-Langkah
jikalau produk memenuhi salah satu atau lebih

Fisiologii Keselamatan Sosial Harga diri

Adakah tawaran yang Adakah tawaran yang Adakah tawaran yang Adakah tawaran yang
diberikan memenuhi diberikan memenuhi diberikan memenuhi diberikan memenuhi
keperluan asas keperluan yang keperluan yang keperluan yang
manusia? melibatkan melibatkan kasih melibatkan harga diri
Contoh: Ubat-ubatan, keselamatan dan sayang, hubungan atau kehormatan dan
makanan ruji perlindungan. dan kepunyaan? pengiktirafan dari
Contoh: Insurans , Contoh: Pakaian, orang lain.
pelaburan aktiviti sosial Contoh: Kad kredit,

Aktualisasi Diri

Ini adalah mencapai potensi peribadi, dan


menjadi dipenuhi melalui pertumbuhan, cita-
cita dan pengalaman.
Contoh: Memiliki harta, Melancong
BCG
MATRIX
Pengenalan:
Digunakan untuk merancang strategi pemasaran dalam jangka masa panjang. Ianya terdiri daripada
martiks 2X2 yang ditubuhkan oleh "Boston Consulting Group, BCG"

Kepentingan menganalisis:
Ia digunakan untuk membantu sesebuah perniagaan untuk membuat keputusan seperti melabur,
mengeluarkan produk baru dan untuk menghentikan sesuatu produk.

Langkah-langkah

Terbahagi kepada empat kumpulan mengikut kadar pertumbuhan market dan perkongsian market.

Anjing: Pertumbuhan produk atau perkongsian market yang rendah


Tanda soal: Pertumbuhan produk yang tinggi dan perkongsian market yang rendah.
Bintang: Pertumbuhan produk yang tinggi dan perkongsian market yang tinggi
Lembu/Duit: Pertumbuhan produk yang rendah dan perkongsian market yang tinggi.

Lihat produk/servis sesuatu perniagaan berada di kumpulan yang sesuai (anjing,tanda soal, bintang
atau lembu) dan ambil tindakan yang sewajarnya:

Anjing:Kurangkan atau buang produk/servis di kategori ini


Tanda soal: Memerlukan pelaburan yang besar untuk memajukan kategori ini
Bintang: Boleh menjadi produk/servis utama namun memerlukan pelaburan untuk terus
memajukannya
Lembu/Duit: Manfaatkan produk/servis ini sebaik mungkin tanpa membunuhnya.
PERCEPTUAL
MAP/MARKET MAP
Pengenalan:
Sejenis peta yang membayangkan di mana sesebuah jenama,produk dan servis berada jika
dibandingkan dengan pesaing-pesaing. Peta ini boleh memberikan gambaran sesebuah
syarikat secara menyeluruh daripada segi harga, kualiti dan harga.

Kepentingan menganalisis
Untuk mengetahui jenama,produk atau servis sesuatu suarikat berada di mana jika dibandingkan
dengan pesaing & untuk mengenal pasti sasaran pelanggan dengan lebih jelas.

Langkah-langkah

Menggunakan program statistik untuk menganalisis. teknik


1. Memilih dua jenis "karakter"
ini dinamakan "correspondence analysis"
yang ingin kita fokuskan.
Contohnya seperti harga
modal, jualan dan kualiti

2. Buat satu graf yang


mempunyai dua paksi. Kedua-
dua paksi ini adalah "karakter"
yang sudah kita pilih tadi.
Kemudian letakkan setiap
produk/servis dan jenama
mengikut tempat masing-
masing

Terdapat banyak karakter yang boleh dimasukkan ke dalam


program ini.
JOHARI WINDOW

cara untuk melihat menciptakan hubungan


kekuatan dari intrapersonal dan
meningkatkan kesedaran interpersonal atau
diri atau self-awareness hubungan pada diri
yang berkaitan dengan sendiri dan hubungan
perilaku, perasaan, dan antara diri sendiri dan
motif orang lain.

PENGENALAN

memiliki 4 perspektif
open self
blind self
hidden self
unknown self
KEPENTINGAN ANALISIS

Open Self Hidden Self


merupakan suatu keadaan suatu keadaan dimana orang lain
dimana seseorang terbuka dapat memahami sifat, perasaan,
terhadap dirinya sendiri pikiran, dan motivasi seseorang akan
mahupun dengan orang lain. tetapi orang tersebut tidak dapat
memahami dirinya sendiri

Blind Self Unknown Self


keadaan dimana seseorang memiliki
merupakan suatu keadaan dimana
kemampuan untuk menyembunyikan
seseorang yang tidak dapat memahami
atau merahasiakan sebahagian hal
akan dirinya sendiri bahkan orang lain
yang dianggap tidak perlu untuk
pun tidak dapat mengenalinya
dihebohkan atau diwar-warkan
kepada orang lain
LANGKAH-LANGKAH ANALISIS

1. Haruslah baca 55 kata yang disusun dalam metode Johari Window, iaitu:

2. Pilih salah satu kata-kata diatas yang menggambarkan diri kita secara jelas

3. Setelah selesai memilih, minta salah seorang kawan atau sesiapa sahaja
untuk menilai diri kita dan memilih satu kata dari sudut pandangannya melihat
diri kita.

4. Buat satu kotak seperti dibawah:


5. Jika menemukan penilaian yang sama dengan kata yang ditemukan oleh
kawan kita, maka letakkan atau tuliskan kata itu pada kolom Open. Jika kita
menemukan kata yang dipilih oleh kawan kita tetapi tidak tercatat oleh kita
sendiri, maka letakkan atau tuliskan kata itu pada kolom Blind dan jika kita
memilih kata berbeza tapi tidak dipilih oleh kawan kita, maka letakkan atau
tuliskan kata itu pada kolom Hidden.

BLUE & RED OCEAN STRATEGY

PENGENALAN
Blue ocean adalah satu strategi di mana Red ocean merupakan
pola pemikirannya berdasarkan pada sempadan industri yang
inovasi dan keluar dari kebiasaan yang ditakrifkan dan diterima dan
rasional (Mauborgne, 2005) peraturan persaingan
permainan diketahui

Strategi blue ocean mengikuti logik Sebagai contoh, sebuah syarikat cuba
yang disebut inovasi nilai. Inovasi nilai mengatasi pesaing mereka untuk
memberikan penekanan setara pada meraihkan bahagian yang lebih besar
nilai dan inovasi. Inovasi nilai juga daripada permintaan yang sedia ada.
terjadi hanya ketika perusahaan yang Apabila ruang pasaran menjadi sesak,
memadukan inovasi dengan kualiti, keuntungan dan pertumbuhan
harga dan pembiayaan berkurangan
KEPENTINGAN ANALISIS

Mengikuti logik strategis yang disebut inovasi nilai.

Inovasi nilai adalah untuk memberikan penekanan setara pada


nilai dan inovasi.
BLUE Inovasi nilai diciptakan dalam wilayah di mana tindakan

OCEAN perusahaan secara positif mempengaruhi struktur biaya dan


tawaran nilai bagi pembeli (Kim dan Mauborgne, 2005).

Mengungguli pesaingnya meraih keuntungsn yang lebih tinggi


dari ruang pasar yang ada disaat perniagaan lain mengalami
kerugian

Menumpukan pada menciptakan keunggulan kompetitif dengan


RED
memeriksa pesaing mereka.
OCEAN
Perusahaan sedemikian terutama berusaha menangkap dan
pengedaran kembali kekayaan alih-alih menciptakan kekayaan.
LANGKAH-LANGKAH ANALISIS

BLUE OCEAN

KEMBANGKAN
Ini meliputi point-point yang harus dikembangkan oleh industri dengan mengacu pada
produk, label harga, dan kualiti layanan. Sebuah permulaan haruslah menganalisis dari segi
pro dan kontra dari organisasi yang ada dan strategi mereka untuk aspek utama perbezaan.

KURANGKAN
Ini menunjukkan pada arena produk atau layanan organisasi yang menggambarkan watak
yang penting dalam industri tetapi tidak mutlak yang penting. Oleh kerana itu, perbandingan
produk dapat dikurangi tanpa sepenuhnya menghapusnya.

SINGKIRKAN
Ini menunjukkan sebuah organisasi atau industri yang dapat dihilangkan secara mutlak
untuk tujuan memotong biaya dan juga untuk membuat pasar yang benar-benar baru.
Kadang-kadang, produk yang baru dibuat dapat menyebabkan penghapusan sendiri keatas
produk yang sudah ada dan ia menyebabkan ketidakmahuan untuk mengganggu sumber
pendapatan yang sebenarnya sudah usang.

CIPTAKAN
Ini mendorong perusahaan untuk membentk produk yang luar biasa. Produk yang sama
sekali baru atau layanan mengarah pada pembentukan pasar baru dan titik perbezaan.
Identifikasi keperluan pasar sasaran memberikan pengetahuan yang baik tentang
penambahan langkah-langkah unik dan akibatnya melonjakkan kemajuan untuk
menggambarkan Blue Ocean.

Menciptakan ruang pasar yang


belum ada pesaing.

RED OCEAN Mencipta atau menangkap


permintaan yang baru.

Menjadikan persaingan tidak


relevan.
3.KESIMPULAN

Boleh disimpulkan disini analisis perniagaan memerlukan pelan perniagaan. Pelan ini
bertujuan untuk menilai kaedah pasaran, barangan dan juga perkhidmatan sebelum memulakan
sesuatu perniagaan. Antara faktor yang perlu dianalisis dalam pasaran adalah; trend pasaran,
perkembangan pasaran, persekitaran perniagaan, analisis persaingan dan pembahagian
pelanggan. Analisis perniagaan ini menggunakkan pendekatan kualitatif dan juga kuantitatif.
Pendekatan kualitatif adalah berdasarkan pendapat, sikap dan niat manakala pendekatan
kuantitatif adalah berdasarkan data yang dikumpul. Untuk memulakan sesuatu perniagaan kita
juga perlu menjalankan analisis pelanggan. Ini dilakukan dengan mengenalpasti pelanggan
sasaran dan keperluan pelanggan untuk memastikan kita dapat menghasilkan produk yang
memuaskan keperluan pelanggan. Elemen dalam menganalisis pelanggan adalah; demografi.
geografi, psikografik, saiz asas, komunikasi, dan kepentingan. Kedua-dua analisis ini dijalankan
adalah untuk mendapat tempat didalam industri dan memenuhi keperluan pelanggan dalam
jangka masa panjang.

Didalam tugasan ini telah diterangkan beberapa teori dan juga model analisis pasaran yang
boleh digunakan. Yang pertama adalah "Teori Maslow", secara ringkasnya teori ini
mengetengahkan konsep rohani dimana analisis dijalankan berdasarkan piramid hierarki
keperluan manusia dimana Maslow percaya bahawa kita perlu memenuhi keperluan fisiologikal
untuk memuaskan keperluan yang lain seperti keselamatan dan sosial. Seterusnya adalah model
:BCG Matrix" model ini adalah analisis untuk merancang strategi pemasaran jangka masa
panjang. Analisis ini dihasilkan supaya kita dapat membuat keputusan dalam pelaburan.
mengeluarkan atau memberhentikan sesuatu produk. Analisis ini menggunakkan rumus empat
kumpulan iaitu; anjing, lembu, tanda soal dan juga bintang. Setiap simbol ini mewakili
pertumbuhan produk dan perkongsian pasaran yang berbeza dan dari rumus ini terhasilnya
analisis untuk sesuatu produk diteruskan atau diberhentikan. Teori yang seterusnya pula adalah
teori "Perceptual Map". Teori ini menceritakan tentang analisis perniagaan dengan pesaing.
Analisis ini dijalankan supaya kita dapat mengeluarkan produk yang sedia ada di pasaran tetapi
masih dapat meraih tempat di dalam industri.

TOWS Matrix adalah kaedah analisis yang menggunakkan konsep yang lebih kurang dengan
analisis SWOT tetapi dengan fokus yang berlainan. Dalam analisis TOWS ia berlandaskan 4
perkara iaitu ancaman(T), peluang (O), kelemahan (W) dan juga kekuatan (S). Berdasarkan 4
perkara ini analisis dijalankan untuk mengkaji peluang dalam pasaran dan kemungkinan yang
boleh berlaku. Kaedah ini juga boleh membantu syarikat mengenalpasti dan mengawal ancaman
luar.
3.KESIMPULAN

Seterusnya adalah analisis Porter's 5 Forces, kaedah ini yang diterbitkan oleh Michael Porter
bertujuan untuk menilai persaingan dalam industri dengan menggunakkan 5 faktor iaitu;
ancaman pendatang baru, ancaman pengganti produk, kuasa tawar pembeli, kuasa tawar
pembekal dan intensiti pesaing kompetitif. Hasil analisis ini dapat membantu syarikat
mengenalpasti pesaing dalam industri mereka. Teori analisis seterusnya adalah teori Johari
Window. Teori analisis ini adalah untuk mengenalpasti kekuatan diri dari segi rohani yang
berteraskan 4 perspektif iaitu; open self, blind self, hidden self dan unknown self. Analisis
dijalankan dengan mewujudkan 4 kotak perspektif tersebut dan diisi dengan 55 perkataan Johari
Window yang kemudiannya menghasilkan analisis penilaian diri melalui sudut pandangan orang
lain. Akhir sekali adalah strategi Blue Red Ocean, strategi ini adlah pola pemikiran berinovasi.
Strategi ini terbahagi kepada dua iaitu blue ocean dan red ocean. Blue ocean mengfokuskan
logik strategi yang disebut inovasi nilai yang bertujuan untuk mempengaruhi struktur biaya dan
tawaran nilai bagi pembeli secara positif. Manakala bagi red ocean pula, red ocean lebih fokus
untuk mengatasi pesaing dalam meraih keuntungan lebih tinggi dengan mewujudkan unsur
kompetitif dalam kalangan pesaing.
4.RUJUKAN

\Agromassidayu. 2019. "Syarat Pasaran: Analisis Pasaran, Kaedah Dan Intipati Analisis."
https://may.agromassidayu.com/konyunktura-rinka-analiz-konyunkturi-metodi-i-sushnost-
analiza-a-677233.

n.d. "Analisis Pelanggan dalam Rancangan Pemasaran." Desertanglican.


https://ms.desertanglican.org/customer-analysis-marketing-plans-2512.

H, Adam. 2020. "BCG Growth-Share Matrix." Investopedia. Oktober.


https://www.investopedia.com/terms/b/bcg.asp.

n.d. "Introduction to Customer Analysis." Small Business Development Center.


https://www.acsbdc.org/resource/customer-analysis/.

2019. "Johari Window Test: Langkah Melihat Diri yang Sebenarnya." IndoPositive.
https://www.indopositive.org/2019/02/johari-window-test-langkah-melihat-diri.html.

Kim, W. Chan and Mouborgne, Renee. 2005. "Blue Ocean Strategy." Boston: Harvard Business
School Publishing Corporation.

Kim, W. Chan dan Mouborgne, Renee. 2006. "“Strategi Samudera Biru”, Jakarta: PT." Serambi
Ilmu Semesta.
n.d. "Marketing Theories – Maslow’s Hierarchy of Needs." ProfessionalAcademy.
https://www.professionalacademy.com/blogs/marketing-theories-maslows-hierarchy-of-needs/.

Martin R, Sandy M. 2021. "What Is the Growth Share Matrix?" November 21.
https://www.bcg.com/about/overview/our-history/growth-share-matrix.

McLeod, Dr.Saul. 2020. " Maslow’s Hierarchy of Needs." SimplyPsychology.


https://www.simplypsychology.org/maslow.html.

Najjar, Dennis. n.d. "What is Customer Analysis and How Can it Help You?" Accounting
Department. https://www.accountingdepartment.com/blog/what-is-customer-analysis-how-does-
it-benefit-business-analytics.

Parsons, Noah. 2021. How to Conduct a Market Analysis in 4 steps – 2021 Guide.
https://www.liveplan.com/blog/market-analysis-in-4-steps/.

4.RUJUKAN

Pratama, Febby Cabdra. 2020. "Porter's 5 Forces: Lima Hal Sebelum Bersaing."
https://binus.ac.id/malang/2020/08/porters-five-forces-lima-hal-sebelum-bersaing/.

2019. "Quantitative vs Qualitative Market Research: Which Method is Best for You?."
Communications For Research. https://www.cfrinc.net/cfrblog/quantitative-vs-qualitative-
market-research.

Retnowati, Nur Cahyani Dewi. 2011. "Analisi CSR, SWOT dan TOWS ." Studi Kasus: Pt Intan
Pariwara Klaten 1-7.

n.d. The Business Plan Shop.


https://www.thebusinessplanshop.com/blog/en/entry/market_analysis_for_business_plan.

2021. "The Johari Window Model." Communication Theory.


https://www.communicationtheory.org/the-johari-window-model/.

Anda mungkin juga menyukai