Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA KERJA/KAEDAH

KERJA-KERJA PENGOREKAN DALAM REZAB JALAN


(Method Statement)

CADANGAN PENGGANTIAN TIANG-TIANG LAMPU SEDIA ADA


MILIK BANDARAYA KUALA LUMPUR KEPADA TIANG LAMPU
BERINTEGRASI SISTEM PEMANCAR TELEKOMUNIKASI DISEKITAR
KUALA LUMPUR

Kertas kerja ini dihasilkan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai cara
kerja menggantikan tiang-tiang lampu sedia ada milik Bandaraya Kuala Lumpur kepada
tiang lampu berintegrasi system pemancar telekomunikasi yang akan dipraktikan oleh
pihak kami di dalam mewujudkan rangkaian infrastruktur telekomunikasi.

Berikut disenaraikan cara-cara atau kaedah kerja pemasangan tiang lampu berintegrasi
system pemancar telekomunikasi;
1. Pembersihan Kawasan Tapak
Sebelum kerja pembinaan struktur dijalankan, pembersihan tapak akan
dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan kelancaran kerja pengorekan dapat
dipastikan. Kerja-kerja pembersihan tapak termasuk membuang semua pokok,
semak, tumbuh-tumbuhan, sampah dan sebarang halangan lain yang berkaitan.

2. Penyediaan Kawasan Tapak;


Dalam proses merekabentuk kedudukan asas tapak (foundation), kerja-kerja
penandaan ‘Right of Way’ lokasi sebenar kawasan tapak yang sesuai akan
dijalankan terlebih dahulu.

3. Penyediaan Asas di Tapak; Penyediaan ‘Foundation’ ini hanya akan melibatkan


pengorekkan bagi;
a) ‘Foundation’ yang berukuran panjang 1100mm X lebar 1100mm X dalam
2000mm
Dalam langkah ini, jentera ‘excavator’ akan dibawa masuk ke kawasan tapak
untuk kerja pengorekan.

4. Pelaksaan kerja-kerja ‘Directional Drilling’;


a. Sebelum kerja-kerja pengerudian di lakukan, pengesanan infrastruktur
bawah tanah (underground utilities detection survey) sedia ada akan
dijalankan terlebih dahulu dan penandaan dilakukan. Langkah ini penting
untuk menentukan kedalaman sesuatu infrastruktur bawah tanah tersebut.
b. Seterusnya, ‘Pilot Drilling’ menggunakan ‘ Pilot Head’ bersaiz 120mm 
akan dimulakan dari Point A (Launching Pit) ke point B (Receiving Pit).
Nota: Pengerudian sepanjang 50m~60m/2 laluan sesalur HDPE 110mm 
(PN10) mengambil masa sehari. Semasa pengerudian sedang
berlangsung kedudukan dan putaran ‘pilot head’ ini akan diperiksa dari
masa ke semasa supaya ianya berada pada landasan yang betul dan
tidak melencong. Kaedah ini akan menggunakan system ‘electronic
location’.
c. Setelah ‘Pilot Head’ berada di Point B, ‘Pilot Head’ tersebut akan diganti
dengan ‘Reamer Head’ dan ia akan disambungkan bersama dengan
sesalur HDPE diameter 100mm dan proses penarikan semula ‘Reamer
Head’ tersebut kembali ke Point A akan dilakukan.
d. Semasa proses penarikan semula ‘reamer head’ ke Point A, penggunaan
air dan sejenis cecair/ bahan kimia ‘bentonite’ yang dimasukkan bersama-
sama sesalur amat diperlukan sebagai usaha mengembalikan keutuhan
struktur tanah dan membendung berlakunya mendapan tanah pada masa
akan datang. Proses ini berterusan sehingga sesalur HDPE 110mm  (PN
10) tiba di point A.
Nota : Cecair ‘bintonite’ bertindak sebagai pemangkin kepada tanah di
mana semasa proses penarikan semula ‘reamer head’ ini ke Point A,
tanah akan dilembutkan oleh cecair ini dan akan memudahkan penarikan
sesalur HDPE 110mm (PN10). Setelah beberapa jam kemudian, tanah
yang dilembutkan itu akan kembali ke keadaan asal.
e. Proses-proses ini akan berterusan selama 3 hari berulang kali sehingga
keenam-enam sesalur HDPE tersebut telah ditanam.

5. Membaikpulih Kawasan Tapak;


Setelah kerja-kerja ‘Directional Drilling’ ini selesai, sesalur HDPE yang telah
ditanam akan disambung dengan sesalur PVC 100mm . Pengorekan peparit
(trench) dengan menggunakan kaedah pengorekan terbuka (open cutting)
dengan mempunyai kedalaman 1050mm.
Peparit ini akan ditimbus dengan bahan-bahan yang telah diluluskan seperti pasir
sungai dan tanah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan serta ditanam
semula dengan rumput (close turfing/ patch turfing).

6. Membersihkan Kawasan Tapak


Setelah selesai kerja-kerja penanaman sesalur dibuat, kawasan persekitaran
akan dibersihkan dengan sempurna dan sekiranya terdapat harta benda yang
rosak/kotor akibat daripada kerja-kerja tersebut, ianya akan diperbaiki /
dibersihkan dengan sebaik mungkin.

Disahkan oleh;

……………………………………….
Jurutera Profesional (P.E)
Page 2

Anda mungkin juga menyukai