Anda di halaman 1dari 2

AIRA SYAFIQAH BINTI MOHD KHAIRANI

S1K6T5
lmu Akidah ( Latihan Pemahaman )

1.Terangkan makna Akidah dari sudut bahasa dan Istillah.

Aqidah (‫ )العقيدة‬dari segi bahasa (etimologis) berasal dari Bahasa Arab ( َ‫ ) َع َقد‬yang bermakna
'ikatan' atau 'sangkutan' atau menyimpulkan sesuatu.

Menurut istilah (terminologis) 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang
murni (hanif) dan tidak mudah tergugat, tidak mudah terpengaruh lalu terjejas terus tidak mudah
terurai angkara pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang.

2.Senaraikan 3 kepentingan mempelajari Ilmu Akidah bagi setiap umat Islam

1) Dapat memantapkan keimanan dan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah
taala.
2) Dapat mengenal ajaran yang merosakkan aqidah.
3) Dapat mempertahankan aqidah daripada dirosakkan atau diselewengkan.

3.Rasulullah SAW mengalakkan kita membaca surah al Kahfi setiap hari Jumaat.Boleh juga
sekurang-kurangnya membaca ayat 1-10 bagi menjaga akidah kita yang akan diuji oleh Dajjal.
Ceritakan kekuatan akidah Ashabul Kahfi yang boleh kita contohi secara ringkas.

Zaman Ashabul Kahfi adalah zaman pemerintahan raja yang zalim dan kebanyakan rakyat
pada waktu itu kufur pada Allah swt.
Jika kita ingin kaitkan dengan zaman kini, dunia kini diketuai oleh pemerintah kufar semenjak
kejatuhan khilafah Islam pada tahun 1924.
Dengan pelbagai ideologi songsang yang merebak, ia sebenarnya merupakan anasir-anasir
yang boleh menggugat keimanan serta aqidah Islam. Oleh itu, kita perlu contohi keutuhan
aqidah Ashabul Kahfi sekalipun diancam oleh raja yang zalim.
Sekalipun orang disekeliling kita kufur kepada Allah swt, kita harus tetap teguh
mempertahankan aqidah, keislaman serta ketaqwaan kita hanya kepada Allah swt.

4. Antara intipati penting kenapa setiap Muslim wajib mempempelajari ilmu Akidah ialah untuk
kenal Allah.. Berikan 3 cara anda mempertingkatkan keimanan kepada Allah setiap hari.

Tiga cara untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT ialah pertama sekali, kita haruslah
memperbanyak pembacaan Al-Quran dan menghayati maknanya kerana di dalam Al- Quran
terkandung segala rahsia ilmu dan pengajaran yang boleh dikutip sesuai dengan keperluan
manusia yang sedang tercari-cari Tuhannya. Seterusnya, cara meningkatkan keimanan ialah
dengan mempelajari kisah kehidupan para sahabat Rasulullah SAW supaya kita lebih
mendalami perjuangan para sahabat dalam menegakkan Islam. Akhir sekali, cara
meningkatkan keimanan kepada Allah SWT ialah dengan mempelajari Asma’ul Husna kerana
apabila kita memahami sifat-sifat Allah SWT ia dapat menahan lidah, anggota badan dan gerak
hati untuk melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai