Anda di halaman 1dari 3

Peranan Pemimipin untuk membina negara yang maju dan Makmur.

Pendahuluan: 80w
Pada zaman yang serba moden ini, peranan pemimpin untuk membina negara
yang maju dan makmur sangat signifikan kepada rakyat. Hal ini dikatakan
demikian kerana pemimpin atau ketua perlulah diikut perintahnya bak kata
peribahasa tuah yang disembah, junjung yang dipanjat. Hakikatnya, terdapat
pemimpin yang menerajui tampuk kepimpinan sesebuah negara yang kurang
berkualiti. Hal ini dikatakan demikian kerana pemimpin terlibat dalam jenayah
rasuah dan sanggup menerima tumbuk rusuh kerana gelap mata dengan wang
ringgit. Tambahan pula, pemimpin yang kurang berintegriti mudah diperdaya
oleh hawa nafsu. Persoalan yang menerjah benak kita ialah apakah peranan
pemimpin untuk membina negara yang aman dan makmur.
1. perintah 次序
2. tampuk kepimpinan 领导能力
3. tumbuk rusuh 腐化
4. hawa nafsu 被欲望所欺骗

Isi 1: Suri Teladan 97w


Sebagai lontaran idea yang pertama, pemimpin harus menjadi suri teladan
kepada rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan yang dibuat oleh
pemimpin mudah terpengaruhi kepada setiap rakyat. Jadi, setiap rakyat akan
mengikut segala tingkah laku pemimpin kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya. Sebagai contohnya, pemimpin yang bersikap sentiasa menolong
negara lain apabila negara tersebut menghadapi masalah akan terus memupuk
semangat tolong-menolong dalam kalangan rakyat. Sebaliknya, pemimpin yang
bersikap buruk bukah sahaja akan membentuk rakyat yang negatif tetapi juga
akan mentadbir sebuah negara yang lemah. Jadi, pemimpin haruslah sentiasa
mengambil langkah berjaga-jaga dalam setiap tingkah laku mereka agar dapat
memberi contoh yang baik kepada rakyat.
Isi2: Menguatkuasakan undang-undang 91w
Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan pemimpin untuk membina
sebuah negara yang maju dan makmur merupakan pemimpin perlu
menguatkuasakan undang-undang negara. Hal ini dikatakan demikian kerana
penguatkuasaan undang-undang yang tegas dapat menjaga keamanan dan
kesejahteraan negara. Sekiranya pemimpin negara mengetatkan undang-
undang, rakyat tidak akan berani membuat perkara yang negatif yang
menjejaskan keselamatan dalam kalangan masyarakat. Misalnya, masyarakat
tidak akan melibatkan diri dalam kes jenayah seperti menerima rasuah,
mengedar dadah dan sebagainya. Dengan ini, kadar kes jenayah di negara kita
akan menurun kerana sesiapa yang melanggar undang-undang akan dikenakan
hukuman yang berat. Tegaslah bahawa, penguatkuasaan undang-undang
dapat menjamin keamanan negara.

Isi3: Adil 122w


Jika dilihat dari perspektif lain, pemimpin harus bersikap adil dalam membuat
setiap keputusan. Hal ini disebabkan oleh negara kita terdiri daripada rakyat
yang berbilang kaum, bangsa dan agama. Contohnya, orang Melayu, Cina,
India dan sebagainya. Perkara yang perlu dibuat oleh pemimpin merupakan
bersikap tidak berat sebelah. Contohnya, pemimpin harus bertindak adil dalam
pengagihan sumber kepada rakyat tanpa mengira kaum supaya merapatkan
jurang antara orang miskin dan orang kaya. Pemimpin juga harus adil dalam
menjatuhkan hukuman supaya pesalah lain tidak akan merasa tidak berpuas
hati. Dengan ini, perselisihan faham antara rakyat yang pelbagai kaum dapat
dielakkan dan rusuhan kaum tidak akan berlaku. Peristiwa hitam pada 5 Mei
1969 juga tidak akan diulangi lagi sekiranya pemimpin menjaga kebajikan
setiap rakyat. Jelaslah bahawa, pemimpin yang adil sangat penting bagi
membina sebuah negara yang maju dan makmur.
Isi4: Bijaksana 80(75w)
Selain itu, pemimpin harus bersifat bijaksana dalam mentadbir negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana pemimpin yang bijaksana dapat membawa lapisan
masyarakat melangkah ke arah persada dunia yang cemerlang. Sebagai
contohnya, pemimpin akan mengukuhkan sistem pentadbiran supaya negara
lain tidak dapat bercampur tangan dengan hal ehwal negara kita. Pemimpin
yang bijaksana juga akan mentadbir urusan negara dengan lebih efektif dan
sistematik. Dengan ini, kesalamatan rakyat dan negara dapat dijamin dan
ancaman yang sukar dikawal dapat dielakkan. Kesannya, pemimpin yang
bijaksana akan membentuk negara yang aman dan mekmur.

Kesimpulan: 总结+建议+希望+呼吁 37w


Secara konklusinya, terdapat banyak peranan yang penting harus diamalkan
oleh pemimpin untuk membina negara yang makmur. Oleh itu, bukan sahaja
pemimpin tetapi juga semua pihak harus berganding bahu untuk mengekalkan
keamanan negara. Marilah kita mengikut tapak pemimpin untuk menjamin

kegemilangan negara.

Anda mungkin juga menyukai