Anda di halaman 1dari 1

Implikasi P & P Teori Penerimaan David Ausubel

Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran Ausubel Dalam Bilik Darjah 1-Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topic sebelum memberikan contoh khusus dan membincangkan perincian topik berkenaan. 2-Gunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar atau pembelajaran lepas. 3-Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau dengan pengetahuan sedia ada. 4-Beri maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran baharu, jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkaitan dengan pembelajaran baharu. 5-Susun atur penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara sistematik, langkah demi langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar. 6-Sediakan dan gunakan alat bantu mengajar yang konkrit; sesuai dengan tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman pelajar serta penyampaian guru.

Anda mungkin juga menyukai