Anda di halaman 1dari 16

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

TUGASAN SEJARAH
TINGKATAN 3
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama : WAN NURHANAN DAMIA BT AZMI

No. Kad 0 6 0 3 0 1 - 0 3 - 0 0 3 0
Pengenalan:

Angka Giliran: D K 1 9 0 1 0 1
Tingkatan : 3 LAMBDA

Penyataan Masalah : 7.6.4 KESAN SOSIAL AKIBAT PERKEMBANGAN EKONOMI DI NEGARA KITA

Dimensi Pentaksiran Tahap Penguasaan Skor

Mengumpul Maklumat

Merancang

Mengaplikasi

Membuat Refleksi

Berkomunikasi

Etika dan Kerohanian

KESELURUHAN

PERAKUAN MURID

Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik dan
gambar rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan Murid:…………………………………………
PERAKUAN GURU PENGESAHAN GKMP

Tandatangan :…………………………………………………… Tandatangan :………………………………………………….

Nama :………………………………………………………………. Nama :………………………………………………………………

Tarikh :……………………………………………………………… Tarikh :……………………………………………………………..

Penyataan Masalah

Topik Campur Tangan Dan Penjajahan Kuasa Barat


Isu kajian kes 6.4 Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi Di
Negara Kita

1. Nyatakan lima kesan sosial akibat


perkembangan ekonomi di negara kita.
Persoalan yang perlu 2. Adakah anda bersetuju, sistem pendidikan
diselesaikan melalui penubuhan sekolah vernakular
melambatkan proses perpaduan kaum?
Buktikan penyataan di atas.
3. Adakah sistem pendidikan di Malaysia pada
hari ini mampu mewujudkan perpaduan
kaum?
Berikan hujah anda.
1

Penghargaan

Saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Kerja Khusus
Sejarah ini dapat saya siapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya mendapat
sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Pengetua MRSM Kuala Krai Kelantan kerana memberi sokongan
dan galakkan kepada saya sepanjang saya melakukan kerja khusus ini.
Selain itu, ucapan terima kasih juga akan ditujukan kepada Cikgu Norma selaku
guru sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga menjadi
pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan kerja khusus ini. Tanpa tunjuk ajar
yang begitu padu dan jitu daripada beliau, mana mungkin saya dapat menghasilkan satu
kajian kerja khusus yang baik.
Justeru itu, tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberi
sokongan serta dorongan dan juga wang ringgit dalam menghasilkan kerja khusus ini
sehinggalah selesai.
Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
rakan seperjuangan saya yang bertungkus-lumus dalam menghasilkan tugasan ini serta
sudi membantu saya semasa saya mengalami masalah dalam kerja khusus.
Disamping itu, penghargaan juga diberikan kepada semua responden yang sudi
menjawab soalan-soalan saya dan memberi banyak maklumat kepada saya untuk
menyelesaikan kerja khusus ini.
Akhir sekali, harapan saya agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
menambah ilmu pengetahuan ramai orang,terutamanya kepada diri sendiri serta
kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi seorang insan yang berpengetahuan luas
dalam menyampaikan maklumat.
2

Jadual Kerja
Pelaksanaan Kajian Kes Sejarah
Tingkatan 3, 2021

BIL TARIKH PERKARA TANDATANGA


. N GURU
1. 4/7/2021 Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah
berkaitan penulisan tugasan
2. 21/7/2021 Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan
tajuk yang diberi sebagai proses awal
3. 26/7/2021 Mengenal pasti cara penulisan tugasan

4. 27/7/2021 Mencari dan mengkaji contoh-contoh kajian kes sejarah yang


sedia ada di laman web
5. 4/8/2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan tajuk tugasan menerusi
internet, buku teks, buku ilmiah dan video-video dokumentari
untuk mendapatkan bahan penulisan
6. 6/8/2021 Menulis kerangka kasar penulisan

7. 7/8/2021 Melakar peta i-think kerangka kasar dengan lebih ringkas

8. 15/8/2021 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan guru agar lebih
teliti dan kemas
9. 21/8/2021 Menulis pengenalan Kesan Pentadbiran Barat Terhadap
Ekonomi Dan Sosial
10. 23/8/2021 Menyatakan lima kesan sosial akibat perkembangan ekonomi
di negara kita
11. 25/8/2021 Menghuraikan faktor-faktor mengapakah sistem vernakular
dikatakan sebagai penghalang kepada proses perpaduan kaum
12. 27/8/2021 Memberikan hujah berkenaan sistem pendidikan di Malaysia
pada hari ini dalam mewujudkan perpaduan kaum
13. 29/8/2021 Membuat kesimpulan dan iktibar yang dapat diambil daripada
kajian kes tahun ini
14. 5/9/2021 Mengemaskini dan melakukan semakan akhir tugasan

15. 12/9/2021 Menghantar tugasan

3
Objektif kajian

Melalui kajian kes Sejarah pada tahun 2021ini saya dapat memenuhi beberapa objektif berikut :

a) Kajian ini secara amnya dapat mempertajamkan lagi kemahiran untuk mengenal
pasti sumber sejarah melalui sumber yang sahih. Contohnya, saya dapat menilai
dan menganalisis kesan sosial akibat perkembangan ekonomi yang berlaku di
negara kita melalui laman-laman web yang rasmi. Hal ini juga dapat membantu
saya melakukan satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
Saya juga dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan
menganalisis maklumat dengan cara yang betul.

b) Selain itu, kajian ini dapat memperluaskan lagi ilmu pengetahuan saya tentang
tajuk yang dikaji. Hal ini juga dapat memberi pendedahan kepada saya untuk
memahami dan mendalami perkara tersebut. Contohnya, saya dapat
menghuraikan lima kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita
selepas dijajah oleh British. Ianya sedikit sebanyak mampu mempertingkatkan
lagi ilmu yang dikuasai agar prestasi saya dalam pelajaran semakin meningkat.

c) Akhir sekali, Kajian ini juga dapat dijadikan teladan dan iktibar malah dapat
menyedarkan saya untuk menegaskan bahawa betapa pentingnya kita untuk
menghormati perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita kerana
ia melambangkan kedamaian dan keamanan sesebuah negara untuk ke arah yang
lebih maju. Tanpa perpaduan tidak mustahillah negara kita mundur dan
berlakunya penjajahan oleh kuasa luar yang tidak ada kesudahannya.

Kaedah Kajian
Terdapat tiga kaedah kajian yang telah dijalankan oleh saya bagi memastikan kajian kes
sejarah ini dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik berdasarkan fakta yang
tepat. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut:

1) Analisis Dokumen
 Saya telah melakukan kajian dengan mencari maklumat-maklumat penting
melalui buku pendidikan dan buku ilmiah. Contohnya, Buku Teks Sejarah
Tingkatan 3 KSSM dan Buku Rujukan Ranger PT3 Sejarah.Perkara ini dapat
memastikan bahawa fakta yang digunakan dalam kajian ini adalah tepat selain
dapat mengelakkan kebenaran terhadap peristiwa bersejarah ini diragui.
Kaedah ini juga merupakan sumber rujukan utama kerana ia mengandungi
pelbagai informasi yang penting mengenai tajuk yang ingin dikaji.

2) Melayari Internet
 Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini, Internet adalah
satu gerbang limpahan pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat.
Melalui laman sesawang berautoriti yang telah saya layari iaitu Portal Rasmi
Wikipedia. Saya telah mendapat pelbagai maklumat tentang kebaikan dan
keburukan sekolah vernakular. Saya turut dapat memuat turun bahan
berkaitan kajian ini untuk dijadikan rujukan tambahan.

3) Kaedah Audio visual


 Saya telah menonton beberapa video dokumentari pilihan melalui aplikasi
Youtube yang boleh dijadikan rujukan tambahan bagi melihat perbandingan
kesan sosial sebelum dan selepas kedatangan penjajah di Malaysia.Melalui
kaedah ini saya dapat menguatkan lagi fakta-fakta yang berkaitan dengan
tajuk yang dikaji.

Pengenalan

Umumnya mengetahui bahawa sebelum tanggal 31 Ogos 1957, negara kita telah
berada di bawah naungan para penjajah. Menurut hasil kajian saya, Malaysia sudah
dijajah selama hampir 446 tahun. Ia bermula dari kejatuhan kerajaan Melayu Melaka
kepada kekuasaan Portugis pada tahun 1511. Selain Portugis, Malaysia yang dulunya
dikenali sebagai Tanah Melayu juga telah dijajah oleh beberapa kuasa asing lain yang
terdiri daripada Belanda, British dan Jepun.
Akibat peristiwa penjajahan yang berlaku, kita dapat melihat kesannya terhadap
sistem politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia. Antara impak yang paling besar dapat
kita saksikan adalah kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Namun, dalam penghasilan kajian kes kali ini, saya akan lebih menekankan tentang
kesan sosial yang berlaku selepas negara kita dijajah oleh kuasa asing ketiga yang wujud
di Tanah Melayu iaitu Inggeris /British. Setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang
pada 11 Ogos 1786 dan Stamford Raffles menduduki Singapura pada 6 Februari 1819,
maka bermulalah cubaan British untuk menguasai Tanah Melayu dari semasa ke
semasa. Kejatuhan Singapura dan tanah besar Johor ke tangan British menandakan
berakhirnya empayar Johor.
Perkembangan pengaruh British telah membawa perubahan sosioekonomi di
negara kita melalui pengenalan ekonomi moden. Pentadbiran Barat berkaitan ekonomi
turut diperkenalkan untuk memudahkan pihak British mengeksploitasi ekonomi
terutamanya perusahaan perlombongan dan pertanian. Pentadbiran British tersebut
seterusnya memberikan kesan kepada aspek ekonomi dan sosial di negara kita.
Terdapat lima kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita selepas
dijajah oleh British. Antaranya ialah perkembangan bandar, pembentukan masyarakat
majmuk, perkembangan pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan pembinaan penjara.

Pelaporan Kajian

1. Nyatakan lima kesan sosial akibat


Perkembangan ekonomi di negara kita

Lima kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara adalah


seperti berikut :
1) Perkembangan Bandar
- Landskap atau demografi Tanah Melayu berubah daripada kawasan pedalaman dan
kampung menjadi kawasan bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih
timah dan penanaman getah. Bandar-bandar ini dihubungkan dengan rangkaian
landasan kereta api dan jalan raya yang dibina oleh British. Kesannya, perniagaan dan
perdagangan antara bandar berkembang pesat. Bandar yang baru muncul berfungsi
sebagai pusat perniagaan, pusat kewangan, pusat pendidikan dan pusat pentadbiran.
Misalnya, Kuala Lumpur, Seremban, Taiping dan Ipoh. Di Sarawak pula, bandar tertumpu
pada kawasan ekonomi seperti Kuching dan Sibu manakala di Sabah, Jesselton atau Kota
Kinabalu merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan penting

2) Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum


- Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah. Kedatangan buruh-buruh asingmerupakan permulaan bagi pembentukan
masyarakat majmuk ini. Tiga kaum terbesar di Tanah Melayu ialah Melayu, Cina dan
India. Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur penempatan asal
Tanah Melayu. Kesannya, ramai masyarakat Melayu terikat dengan kawasan
perkampungan manakala Cina menetap di kawasan pekan dan bandar serta masyarakat
India yang tertumpu di kawasan perladangan.

3) Perkembangan Pendidikan
- Kedatangan British membawa sistem pendidikan sekular kepada masyarakat di negara
kita. Kewujudan masyarakat berbilang kaum menyebabkan munculnya sistem
pendidikan vernakular di Tanah Melayu. Sistem pendidikan vernakular bermaksud
sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai
bahasa pengantar. Contoh sekolah-sekolah yang terdapat di Tanah Melayu adalah
Sekolah Vernakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah Vernakular Tamil dan
Sekolah Inggeris. Di Sarawak pula terdapat dua puluh buah sekolah seperti St.Thomas
dan St. Paul manakala di Sabah terdapat Sekolah Rendah St. Maru dan Sekolah Lelaki St.
Michael.

4) Perkhidmatan Kesihatan
- Kedatangan buruh asing, pembukaan kawasan hutan dan kekurangan air bersih
menyebabkan merebaknya penyakit berjangkit. British membangunkan perkhidmatan
perubatan untuk mengawal wabak penyakit tersebut. Pembinaan Hospital kerajaan
terawal adalah di Taiping dan Kuala Lumpur. Pusat kesihatan kecil juga turut dibina di
bandar-bandar seperti di Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Selain itu, Hospital
Swasta seperti Hospital Tung Shin juga dibina untuk memberi perkhidmatan kesihatan
kepada pelombong bijih timah.Orang barat juga mewujudkan Sanitary Board untuk
menjaga kebersihan dan kesihatan awam.

5) Pembinaan Penjara

- Setelah Francis Light menduduki Pulau Pinang, beliau memulakan langkah menjadikan
pulau berkenaan sebagai pusat menempatkan banduan India iaitu di Fort of Cornwallis.
Seterusnya,SHTI menjadikan banduan sebagai bekalan tenaga buruh murah untuk
membina pelabuhan, bangunan, jalan raya, landasan kereta api dan penjara. Contoh
penjara-penjara yang terdapat di Tanah Melayu ialah Cornwallis di Pulau Pinang, Penjara
Taiping di Perak, Penjara Sibu di Sarawak serta The Square Tower di Sabah.

2) Adakah anda bersetuju,sistem pendidikan melalui penubuhan


sekolah vernakular melambatkan proses perpaduan kaum?
Buktikan penyataan di atas.

Ya, saya setuju bahawa sistem pendidikan vernakular melambatkan proses perpaduan
kaum. Sebelum kedatangan British, kanak-kanak melayu hanya mendapat pendidikan di surau,
sekolah pondok dan masjid. Namun, kewujudan masyarakat berbilang kaum dan kehadiran
kolonialisme British yang kurang memberikan penekanan kepada pendidikan menyebabkan
munculnya sistem pendidikan vernakular di Tanah Melayu. Dasar pendidkan vernakular ini
berpotensi untuk menggalakkan lagi perbezaan kaum dan melebarkan lagi jurang perpaduan di
Tanah Melayu. 
Pendidikan vernakular bermaksud sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda
kaum masing-masing. Ciri-ciri umum pendidikan vernakular juga sudah terang lagi bersuluh
boleh menghalang pembentukan perpaduan kaum di Malaysia. Antara ciri-cirinya ialah
pendidikan yang berorientasikan kaum, kurikulum yang hanya mengikut keperluan kaum
masing-masing, guru dan buku teks yang dibawa dari negara asal serta sukatan pelajaran yang
berbeza, contohnya kaum Melayu yang hanya mendapatkan pendidikan kemahiran bagi
mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak diberi peluang untuk mempelajari ilmu
akademik.
Selain itu, sistem seperti ini juga dikatakan sebagai penghalang kepada perpaduan kerana
setiap pelajar tidak dapat berinteraksi secara terus dengan sesuatu kaum. Hal ini menyebabkan
mereka tidak dapat mengenali budaya kaum lain secara holistik. Contohnya, Sekolah SMK yang
biasanya didominasikan oleh kaum Melayu, SKJC oleh kaum Cina dan SKJT oleh kaum Tamil.
Bagaimana hendak memupuk perpaduan jika hendak bersemuka pun tidak boleh.
Tambahan pula, perpaduan sepatutnya mula dipupuk sejak dari kecil lagi bak kata
pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Namun, dengan adanya sistem pendidikan
vernakular ini, murid daripada pelbagai kaum akan dipisahkan mengikut sekolah masing-
masing. Bagaimana hendak mewujudkan perpaduan sekiranya mereka sudah terpisah sejak dari
bangku sekolah lagi.
Kesimpulannya, sekolah vernakular ini haruslah dikurangkan dan digantikan dengan
sekolah satu aliran untuk memupuk perpaduan kaum kerana pendidikan dianggap sebagai satu
elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Dengan cara ini , barulah setiap kaum dapat
mengenali bahasa, budaya, adat resam dan wajah sebenar kaum lain di negara ini.

3) Adakah sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini


mampu mewujudkan perpaduan kaum?
Berikan hujah anda.

Ya, saya setuju bahawa sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini mampu menggalakkan
perpaduan kaum. Hal ini kerana, peranan yang dimainkan oleh pihak atasan dalam
mewujudkan sekolah satu aliran iaitu satu sistem pendidikan berteraskan kebangsaan.
Selain itu, sekolah satu aliran juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama. Penggunaan bahasa yang seragam ini mampu menghilangkan perasaan
prasangka dan meningkatkan kefahaman budaya antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Sikap saling memahami ini dapat mewujudkan sikap saling hormat-menghormati yang
seterusnya akan membantu memupuk integrasi kaum dan juga perpaduan.
Seterusnya, kurikulum yang sama juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Kurikulum
ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta
kemahiran yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya.
Kurikulum berperanan untuk membangunkan modal insan yang berilmu pengetahuan
disamping menerapkan nilai-nilai murni seperti semangat patriotik, dan sikap saling
menghormati Kurikulum juga tidak menunjukkan unsur bias atau memihak kepada setiap etnik.
Melalui kurikulum yang sama , asas perpaduan dapat dipupuk semenjak dari alam persekolahan
lagi.
Tambahan lagi, sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya dianggap sebagai salah
satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Sukatan pelajaran
yang seragam membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir
sama dan tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman.
Akhir sekali, peperiksaan yang seragam juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Dengan
adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pembelajaran para pelajar tidaklah
terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini dapat menyatupadukan pelajar
berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika dibandingkan dengan
sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini membuahkan hasil.
Kesimpulannnya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan dengan kemahiran untuk
berinteraksi dan bekerjasama dengan kaum yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Cabaran bagi menapai Wawasan 2021 ini sebenarnya terletak di tangan masyarakat Malaysia
khasnya ibu bapa dan pendidik untuk mencorak pemikiran pelajar bagi memenuhi aspirasi
nasional untuk mencapai perpaduan kaum.

10

Kesimpulan dan Cadangan


Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman
baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tata cara bagi
mendapatkan bahan untuk keperluan kerja khusus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari
bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup
dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia.
Melalui pemerhatian secara tidak langsung ini juga, saya mendapati bahawa k edatangan
British membawa banyak perubahan, khususnya dalam bidang pentadbiran. Dasar-dasar
pentadbiran yang dilaksanakan membawa kesan ekonomi dan kesan sosial. Namun
begitu, pentadbiran British hanya mementingkan keuntungan ekonomi , melindungi
pemodal Eropah dan golongan kapatilis Barat tanpa memikirkan kebajikan masyarakat
negara ini. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menerima apa jua
perubahan.
Selain itu, saya juga mendapati bahawa perpaduan ialah kunci kemakmuran dan
kesejahteraan sesebuah negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan
kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam kedaan aman dan damai.
Maka, wajarlah kita untuk mengurangkan sistem pendidikan vernakular dan
menggantikannya dengan sistem pendidikan berteraskan kebangsaan. Ibu bapa juga
haruslah membuka minda dalam isu yang membabitkan pendidikan anak-anak agar dapat
melahirkan generasi yang mempunyai jati diri,nilai-nilai serta semangat toleransi yang
tinggi.
Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada perpecahan masyarakat dan secara
langsungnya dapat membantu cubaan kuasa luar untuk menjajah negara kita
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa betapa penting dan besarnya peranan
semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat bagi menentukan
kemakmuran serta kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan
sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih
gemilang.

11

Rujukan

1. Buku
- Buku Teks KSSM Sejaarah Tingkatan 3
- Buku Rujukan Ranger PT3 Sejarah
- Buku Rujukan Revisi Poket PT3 Sejarah

2. Internet
- https://mypt3.com/kerja-kursus-sejarah-pt3
- https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-06/kssm-f3-sj-06/kesan-pentadbiran-
barat-terhadap-ekonomi-dan-sosial
- https://www.google.com.my/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/56632
- https://ismaweb.net/2020/07/09/vernakular-tembok-penghalang-perpaduan-rakyat/
- http://perpaduan.blogspot.com/2008/08/bagaimana-pendidikan-boleh-
membentuk.html?m=1

3. Video
- https://youtu.be/CG0C9dZbco8
- https://youtu.be/Hdwqwt-uTaQ
- https://youtu.be/Q8hc-wG9PCo

12

Lampiran

Kuala Lumpur pada tahun 1884 Kuala Lumpur pada hari ini
Bandar Jesselton pada abad ke-19 Bandar Kota Kinabalu (Jesselton)
Sekolah Cina Sam Tet, Ipoh1936 Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields

Penang Free School, Pulau Pinang (1816) Maktab Perguruan Sultan Idris (1922)

Hospital Taiping Hospital Tung Shin


Penjara Sibu, Sarawak Penjara Cornwallis

Anda mungkin juga menyukai