Anda di halaman 1dari 6

TURUTAN SUSUNAN KANDUNGAN EPISOD (RUNNING ORDER)

Kandungan episod Ilmu Pelita Hidup (IPH) dibina secara kreatif dan kritis, didasari oleh tiga skop utama:
• Susur galur watak dan perwatakan subjek yang mempengaruhi naratif kehidupan serta faktor jaya
• Fokus bidang ilmu yang menjadi teras kepada identifikasi subjek sebagai pencetus bina cerita
• Nilai pembelajaran daripada pengkisahan subjek dan bagaimana masyarakat mendapat manfaat dan
iktibar

Metadologi yang diguna pakai dalam discovery-expository dokumentari ini adalah menerusi kaedah
temubual bina perspektif, rakaman babak benar, cipta gambaran kembali dan representasi visual
simbolisme dan metafora.

Prolog awal episod IPH akan menjentik minat khalayak penonton dengan sisipan pantas klimaks
penceritaan (sama ada yang mempunyai emotional appeal atau unsur spektakular dan keterujaan).
Setiap episod akan mengenengahkan kata-kata hikmah pada awalan bagi membina pemahaman konteks
ilmu yang cukup luas pendefinisian serta praktikaliti dalam kehidupan manusia.

Eplilog perngakhiran episod akan menyimpul-cuat nilai pembelajaran (lesson learnt) dan bagaimana
murid atau pelajar boleh menjadikan subjek sebagai model jaya-inspirasi dan masyarakat amnya boleh
mengubah mentaliti serta pandangan dalam menunjangi kepentingan menuntut ilmu berterusan.
TURUTAN SUSUNAN EPISOD 1
Subjek: Pelajar-Penghuni Rumah Anak-Anak Yatim

NO KANDUNGAN TEMPOH CATATAN


MASA
1 Prolog: Pengenalan subjek dan bidang ilmu episod dengan visualisasi rentas 0' 30'' SOT Subjek ditambah nilai
kandungan. dengan visual gambaran
kembali insiden yang
SOT Subjek: Sedutan-cuat pra-klimaks/klimaks menjadi cetus situasi dan
Kemalangan itu seperti menyentak nyawa saya sendiri. Sewaktu itu saya motivasi.
sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan SPM.

Kata-kata hikmat kepentingan menuntut ilmu:


Tuntutlah ilmu di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu
kaya, ia akan menjadi perhiasanmu. Lukman Al-Hakim

VO: Ilmu itu seluas lautan. Siapa sahaja, dimana jua, sesungguhnya, ilmu
menjadi pelita menerangi ruang kebatilan. Ilmu Pelita Hidup menjadi api
nyalaan semangat adik Syukri Sulaiman, yang tiada berayah ibu. Tekad
menelesuri kehidupan penuh warna.

2 Montaj Pengenalan Program 0' 30''


Penampilan kesemua 13 subjek yang diangkat dalam dokumentari IPH
NO KANDUNGAN TEMPOH CATATAN
MASA
3 Skop 1 Bina Kandungan 7' 00'' Identifikasi subjek
Susur galur watak dan perwatakan subjek yang mempengaruhi naratif kehidupan serta faktor jaya sekunder (sokongan) akan
divariasi setelah mendapat
Visual Footage: input lanjut daripada
1. Sesi pertandingan debat agensi/institusi atau
2. Perbincangan antara rakan subjek sendiri
3. Taklimat oleh guru pembimbing, dll

VO: Siapa menduga, jikat ditelah daripada mata kasar, anak muda belasan tahun ini, gaya dan pembawakan
dirinya sama seperti remaja lain seusia. Kepetahan beliau di pentas debat, mengatur setiap patah kata,
mematikan hujah lawan cukup mengujakan sesiapa yang menyaksikannya. Pentas Debat Piala Perdana Menteri
yang antara pertandingan debat berprestij peringkat nasional telah dijejakinya bersama rakan sepersekolahan.

Visual Footage:
1. Tembual Sumber Sekunder (bina perspektif- pandangan pihak ketiga)- Guru Pembimbing Debat Sekolah,
rakan sepasukan- sifat dan kecenderungan subjek
2. Ramah mesra bersama rakan sekelas
3. Pembelajaran di dalam kelas

VO: Syukri juga cemerlang dalam bidang akademik. Pencapaian beliau boleh dibanggakan apabila sentiasa
menempatkan diri dalam 10 kelompok terbaik dalam peperiksaan semester/penggal dan akhir tahun.

Pulang Syukri dengan kejayaan yang dikecapinya, tidak bersambut seperti orang lain. Pulang beliau hanya
disambut oleh rakan-rakan yang menghuni Rumah Harapan Anak Yatim, Klang, Selangor. Teman penghuni ini
yang menjadi penghibur dan tempat bercerita.

Visual Footage:
1. Rumah Harapan Anak Yatim- persekitaran
2. Rutin pulang dari sekolah di dewan makan dan waktu menelaah pelajaran

Visual Footage:
1. Tembual Subjek Primer- Syukri- dedah insiden dan penyebab menghuni rumah anak yatim
2. Temubual Subjek Sekunder: Guru/Pengetua Rumah Harapan Anak Yatim- sejarah awalan, sikap/akhlak subjek
2. Mengajar adik-adik yang berada di pusat yang sama
NO KANDUNGAN TEMPOH CATATAN
MASA
4 Skop 2 Bina Kandungan 7' 00'' Konsep papan hitam
Fokus bidang ilmu yang menjadi teras kepada identifikasi subjek sebagai pencetus bina cerita (whiteboard teaching) atau
peta minda (mind mapping)
Visual Footage: akan diperkenalkan dalam
1. Ulangkaji pelajaran; membuat persediaan untuk pertandingan segmen ini dengan visualisasi
2. Diskusi kumpulan bersama rakan-rakan penghuni pendekatan, tips dan tatacara
ilmu yang dituntut atau
Visual Footage: dikuasai oleh subjek
1. Temubual Subjek Primer- motivasi, kaedah diguna pakai dalam membina keyakinan diri,
kemahiran pengucapan awam
2. Bagaimana membentuk pemikiran kritis dan thinking on your feet
3. Temubual Subjek Sekunder: Guru Pembimbing atau Guru Bahasa- menguatkan pandangan
tentang teknik dan kaedah bina kemahiran
4. Rakaman pertandingan sebenar

VO:
Pengucapan awam adalah kemahiran yang boleh dipelajari dan dikuasai dengan inisiatif dan
komitmen individu. Menurut Syukri, membaca buku, majalah dan suratkhabar digital atau
fizikal bukan sahaja membantu meningkatkan tahap intelektualiti tetapi meningkatkan
kefahaman tentang diri sendiri dan alam.
NO KANDUNGAN TEMPOH CATATAN
MASA
5 Skop 3 Bina Kandungan 7' 00''
Nilai pembelajaran daripada pengkisahan subjek dan bagaimana masyarakat mendapat manfaat
dan iktibar

Visual Footage:
1. Kerja gotong royong dalam kawasan pusat jagaan anak yatim berkenaan
2. Kelas informal dimana Syukri mengajar adik-adik remaja di pusat berkenaan
3. Temubual Subjek Sekunder: Pengetua/Rakan Sepusat: Bagaimana perubahan diri subjek dilhat
dalam tempoh masa penghunian, pembinaan sahsiah, rohani, jasmani
4. Temubual Subjek Sekunder: Guru/Rakan Sepasukan/Rakan Sekelas:

VO:
Kejayaan Syukri yang terbesar adalah tidak menjadikan tragedi sebagai alasan untuk tidak
menjadi seorang insan. Hanya ilmu dan iman yang memandu diri untuk terus cemerlang dalam
apa jua yang diceburi.

Visual Footage:
1. Temubual Subjek Primer: Cita-cita, azam dan harapan
2. Temubual Guru/Adik: Harapan dan pesanan kepada subjek dan masyarakat amnya

6 Eplilog: Penutup 0' 30''

Visual Footage:
1. Syukri berucap di hadapan kamera; memilih satu topik untuk memprovokasi fikir audien
seperti berdebat.
2. Visual rentas masa Syukdi dalam semua persekitaran sebermula awal episod

VO:
Persoalan yang dilontarkan oleh adik Syukri hanya kita yang mampu untuk menelah dan mencari
jawapannya. Bgai Syukri, ilmu itu tidak ada batas penghujung. Ilmu dituntut untuk mencukup
sifat dan memenuhi tuntutan kewujudan kita.
7 Judul Akuan (Credit Title) 0' 30''
JUMLAH MASA KESELURUHAN 22' 00''

Anda mungkin juga menyukai