Anda di halaman 1dari 3

Perkembangan dan Peranan Mogok di Malaysia: Satu Kajian Awal

Fenomena Mogok berkembang seiring dengan perkembangan perusahaan perladangan,


perlombongan, dan sektor perkhidmatan semasa pemerintahan British. Pengambilan buruh secara
besar-besaran pada tahun 1920-an telah membentuk kelas pekerja di Malaysia, yang didominasi oleh
buruh Cina dan buruh India. Kesan krisis ekonomi dan kondisi pekerjaan yang teruk menyebabkan
para pekerja tersebut telah membentuk kesatuan buruh bagi menyuarakan permintaan mereka
berkaitan upah dan keadaan pekerjaan yang lebih baik (Fong, 1999; Rose, Kumar & Gani, 2008; dan
Ghazali, 2012).

Peranan Mogok ini adalah untuk mendapatkan hak kesaksamaan dan mendapatkan layanan yang lebih
adil dari pihak majikan (pihak British). Seperti kejadian dimana para pekerja telah melancarkan
mogok apabila tuntutan mereka tidak diterima oleh pihak majikan. Contohnya, mogok yang dilakukan
di Klang, pada tahun 1941, oleh buruh India dalam sektor perladangan. Dalam tempoh lebih-kurang
dua bulan, iaitu April hingga Mei 1941, para pekerja telah melancarkan sebanyak 28 kejadian mogok
(Omar, 1979; Ramasamy, 1991; dan Haniffa & Hassan, 2016).

Rujukan

Fong, L.Y. (1999). Labour and Trade Unionism in Colonial Malaya: A Study of the SocioEconomic
and Political Bases of the Malayan Labour Movement, 1930-1957. Pulau Pinang: Penerbit USM
[Universiti Sains Malaysia]

Rose, Raduan Che, Naresh Kumar & Harris Gani. (2008). “Unions’ Perception toward Changing
Landscape of Industrial Relations in Malaysia” in European Journal of Social Sciences, Volume 7(2),
pp.128-147.
DASAR PERBURUHAN DAN IMPAKNYA TERHADAP PERGERAKAN KESATUAN
SEKERJA DI MALAYSIA:SATU KAJIAN AWAL

Pengaruh corak kepimpinan terhadap pembentukan dasar perburuhan (pembangunan) negara


telah memberi kesan terhadap perkembangan kesatuan sekerja di Malaysia. Hal ini dapat dilihat
dimana, Semasa pemerintahan Perdana Menteri Pertama iaitu Tunku Abdul Rahman dasar buruh
yang diperkenalkan adalah Kestabilan dan Kementeraman Negara memberi kesan terhadap kesatuan
sekerja yang lebih kuat atau berpengaruh dalam organisasi. Seterusnya, semasa pemerintahan Tun
Abdul Razak dasar yang diperkenalkan adalah Pertanian dan Perpaduan Kaum, melalui dasar ini juga
kesatuan sekerja masih kukuh dan stabil. Walaubagaimanapun, ketika pemerintahan Tun Hussein Onn
dasar yang diperkenalkan Kestabilan dan Perpaduan Kaum telah menyebabkan berlakunya peralihan
terhadap kesatuan sekerja di Malaysia. Di samping itu, Semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir, corak
pengaruh kesatuan sekerja menjadi lemah disebabkan oleh dasar yang diperkenalkan sehingga pada
pemerintahan Tun Abdullah (dasar Ketelusan dan Integriti) dan Dato Seri Najib Razak (dasar Konsep
1 Malaysia dan Transformasi). Corak Kestabilan pengaruh kesatuan sekerja mula berlaku peralihan
ketika pemerintahan perdana Menteri ketujuh Tun Dr. Mahathir melalui dasar Manifesto Harapan.
Oleh yang demikian, Melalui perubahan yang dipengaruhi corak pemerintahan turut memberi kesan
terhadap perubahan sistem hubungan industri. Hal ini demikian, melalui pengamalan sifat ”timbang
tara wajib” telah menggalakkan persekitaran harmoni dalam perhubungan perusahaan dan mencapai
matlamat kerana campur tangan pihak ketiga dengan mengamalkan ciri ‘musyawarah’ dalam
pertikaian industri.

Mogok Pekerja Kereta Api Tanah Melayu 1962-1963: Satu Analisis Penyelesaian Konflik 

Mogok Pekerja Keretapi Tahun 1962. Mogok ini diadakan pada 23hb Disember 1962 sehingga 15hb
Januari 1963, yang bertujuan untuk menuntut bayaran upah secara bulanan dan agar di iktiraf sebagai
kakitangan kerajaan. Dengan pengiktirafan tersebut, mereka akan layak untuk menerima syarat dan
kondisi pekerjaan seperti kakitangan awam. Mogok ini memberi kesan kepada negara disebabkan
sumbangannya dalam memberikan pembayaran upah secara bulanan dan di iktiraf sebagai pekerja
awam. Keputusan ini turut diberikan kepada pekerja-pekerja lain yang berkhidmat dengan kerajaan.
Selain itu, mogok ini juga menunjukan bagaimana semangat kesepaduan (solidarity) dalam
pergerakan pekerja dan turut membuktikan bahawa tindakan industri yang dilakukan dengan
terancang akan menghasilkan keputusan yang menyebelahi kesatuan (Ramasamy, 1991; Jomo &
Todd, 1994; Ghazali, 2012; dan Ahmad, 2018).Berdasarkan mogok pekerja kereta api Tanah Melayu
pada tahun 1962-1963, interaksi antara pihak pekerja, majikan, dan pihak kerajaan dalam konteks
perhubungan perusahaan dapat dilakukan. Secara umum dapat dinyatakan bahawa tindakan pekerja
melancarkan mogok adalah untuk menjaga dan memelihara kepentingan para pekerja. Tindakan
tersebut memberi kesan kepada pihak majikan disebabkan operasi organisasi yang terhenti, manakala
pihak kerajaan pula perlu untuk campur-tangan bagi memastikan suasana perhubungan perusahaan
yang harmoni (Hassan & Hussein, 2003; Setyoningrum, 2017; dan Tarumaraja et al., 2017)

Collective Action in Employment Relationships: An Analysis of Cooperative Culture

Melalui artikel ini menjelaskan tindakan kolektif di tempat kerja melalui tiga kajian kes iaitu
fenomena mogok yang dilancarkan oleh kesatuan sekerja Utusan Malaysia pada tahun 1961, piket
oleh Pekerja - pekerja Kereta Api Tanah Melayu dan Perundingan Kolektif oleh pekerja-pekerja
Bank Sabah yang berkuat kuasa pada tahun 2003 hingga 2005. Melalui ketiga-tiga kes ini dapat
disimpulkan bahawa, pemogokan yang dijalankan bermatlamat mengekalkan kebebasan akhbar di
Persekutuan Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan, Hal ini dapat dilihat, melalui sikap
keteguhan dan kesepakatan yang dijalankan oleh kedua pihak iaitu majikan dan pekerja akan dapat
mengatasi konflik yang timbul dalam organisasi masing-masing. Sikap saling bertolak ansur juga
akan dapat memelihara hubungan yang harmoni dalam perhubungan perusahaan

keteguhan dalam diri pekerja dan sifat kesepakatan dan kesukarelawan pekerja dalam organisasi. Kes
kedua, pihak kesatuan telah melakukan pelbagai siri mesyuarat dan perjumpaan dengan setiap
cawangan bagi menerangkan tujuan dan strategi piket. Kesepakatan dan kesukarelaan yang sama
turut ditunjukkan dalam kajian kes seterusnya iaitu proses mendapatkan tuntutan kenaikan upah
yang lebih baik oleh pekerja-pekerja perbankan di Sabah

Anda mungkin juga menyukai