Anda di halaman 1dari 41

GPMK1012

PENGANTAR BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF

PPISMP (TESL) Ambilan Jun 2021


(M9 : 8 – 12 November 2021)
Kesantunan dalam Komunikasi
❑ Kesantunan Verbal
❑ Kesantunan Nonverbal
❑ Kesantunan Tulisan

Peraturan Berbahasa
❑ Jarak Sosial
❑ Tujuan / Matlamat
❑ Giliran Bercakap
❑ Kemahiran Mendengar dengan Berkesan
❑ Adab Memulakan dan Mengakhiri Percakapan
❑ Pemilihan Kata
KESANTUNAN NONVERBAL
KESANTUNAN VERBAL
❑ Kesantunan verbal merujuk kepada
percakapan, lisan dan pertuturan.
❑ Dalam percakapan, perlu bersikap
santun, iaitu menyesuaikan penggunaan
kata atau ungkapan dengan situasi.
❑ Penyesuaian untuk menjaga wajah yang
berfungsi sebagai kehormatan
seseorang.
5 Jenis Komunikasi Verbal yang Lazimnya
Melibatkan Tugas Guru
❑ Perbincangan
❑ Pembentangan
❑ Ucapan
❑ Mesyuarat
❑ Perbualan
CIRI-CIRI KESANTUNAN VERBAL
Penggunaan bahasa halus dan sopan

❑ Terima kasih
❑ Selamat pagi
❑ Jemput duduk
❑ Minta kerjasama
❑ dll.
Penggunaan Kata Ganti Nama
❑ Kata ganti nama diri Pertama
❑ Kata ganti nama diri kedua
❑ Kata ganti nama diri ketiga
Kata Ganti Nama Bahasa Diraja
❑ Kata kekeluargaan – anakanda
ayahanda, bonda, adinda dll
❑ Kata ganti nama diri – beta, patik, dll.
❑ Kata ganti nama diri kedua – Tuanku
❑ Kata ganti nama diri ketiga – baginda
Kata Ganti Nama Orang Kebanyakan

❑ Kata ganti nama diri keluarga – Long,


Cik, Andak, Teh, Busu
❑ Gelaran kekeluargaan – Pak Long dan
Mak Long, Pak Ngah dan Mak Ngah
❑ Gelaran pergaulan biasa – Cik, Puan,
Encik
❑ Gelaran pergaulan formal – Tuan, Encik,
Saudara, Saudari
❑ Gelaran warisan – Raja, Tuanku, Ungku
dll.
❑ Gelaran anugerah – Tun, Tan Sri, Datuk,
Datuk Seri, Datuk Paduka dll.
❑ Gelaran kurniaan ikhtisas – Profesor,
Doktor, Cikgu
❑ Gelaran keagamaan – Haji, Hajah, Lebai
❑ Gabungan gelaran – Pak Haji, Puan
Hajah
Cara Menghormati Orang Lain (Verbal)

❑ Memberikan layanan mesra, sopan dan


memberi penghormatan kepada orang lain.
❑ Menghormati pendapat dan percakapan
orang lain.
❑ Tidak memperlekeh atau merendah-
rendahkan kebolehan orang lain.
❑ Mewujudkan persefahaman.
❑ Melatih diri supaya berkelakuan sopan.
❑ Menjaga perasaan orang lain.
KESANTUNAN NONVERBAL
KESANTUNAN NONVERBAL
❑ Merujuk kepada perbuatan, ekspresi
wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
❑ Semua perlakuan yang tidak
menggunakan bahasa lisan untuk
menyampaikan mesej yang dapat
difahami.
❑ Contoh: melalui media cetak seperti surat
khabar, majalah, jurnal, buku dll.
Fungsi Komunikasi Nonverbal
❑ Mengulangi mesej verbal.
❑ Sebagai pengganti komunikasi verbal.
❑ Mengesahkan komunikasi verbal.
❑ Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar.
❑ Sebagai pelengkap komunikasi verbal.
❑ Mengawal interaksi.
Jenis Komunikasi Nonverbal
❑ Pergerakan Anggota Badan –
pergerakan kepala, tangan dan kaki.
❑ Ekspresi Wajah – air muka, pergerakan
mata, senyuman.
❑ Postur Badan – menundukkan badan,
cara berjalan, berdiri dengan tangan di
dalam poket seluar dan duduk dengan
menyilang kaki.
Gerakan Anggota Badan
Pergerakan anggota badan membawa makna
sejagat yang difahami oleh semua orang seperti
isyarat gerakan tangan, isyarat air muka dan
sebagainya.
Secara sedar atau tidak, setiap skali
seseorang itu bercakap, dia akan
menggunakan tangan untuk
menggambarkan sesuatu yang ingin
disampaikannya.
Gerakan Mata
❑ Mata yang bergerak ke sana ke mari
menunjukkan tiada minat.
❑ Mata dan dahi berkerut menunjukkan
minat tetapi tidak percaya.
❑ Mata berkelip lebih laju daripada biasa
menunjukkan seseorang itu berdusta.
❑ Tidak memandang mata menunjukkan
berminat tetapi malu / tidak tenteram
perasaan.
Mimik Muka
❑ Riak muka mempunyai pelbagai makna
tersirat yang dapat diterjemahkan
maknanya dalam komunikasi nonverbal.
❑ Air muka dapat menyatakan emosi,
kehendak dan harapan seseorang.
❑ Riak muka dapat menambat hati seseorang
untuk bertindak balas.
❑ Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan
perasaan sebenar seseorang dengan
mengamati air mukanya.
PERATURAN BERBAHASA
Apabila seseorang penutur mematuhi
peraturan berbahasa dengan baik,
bermakna dia telah mengamalkan
kesantunan berbahasa.
Tujuan Peraturan Berbahasa
❑ Meningkatkan martabat Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan.
❑ Peraturan berbahasa sebagai agen
perpaduan.
❑ Mewujudkan komunikasi berkesan.
❑ Kesantunan berbahasa sebagai warisan
kebudayaan bangsa.
GILIRAN BERCAKAP
Tujuan Peraturan Berbahasa
❑ Sistem giliran bercakap merujuk kepada
peraturan pertukaran giliran bercakap
oleh seorang penutur yang mengambil
giliran untuk berbual sehingga membawa
kepada giliran penutur yang seterusnya.
❑ Seseorang individu wajib mengutamakan
giliran, status dan kedudukan semasa hendak
bercakap.
Tujuan Peraturan Berbahasa
❑ Giliran bercakap bergantung pada lokasi
dan orang yang dilawan bercakap.
❑ Jika peraturan giliran bercakap tidak
dipatuhi, maka akan berlaku gangguan
dalam sistem giliran bercakap.
❑ Pertukaran penutup akan menyerlahkan
tingkah laku penuturnya seperti
menyampuk, mengajuk, mengulang,
menyindir dan sebagainya.
Tujuan Peraturan Berbahasa
❑ Gangguan dan giliran bercakap saling
melengkapi kerana jika tiada gangguan
bercakap, maka tiadalah giliran bercakap
dan begitulah seterusnya.
❑ Dalam senario biasa, orang yang lebih
tua akan didahulukan giliran bercakap.
Gangguan dalam sistem bercakap boleh berlaku apabila
tindakan penutur lain yang mengambil giliran bercakap
daripada penutur yang sedang meneruskan giliran
bercakapnya. Kesan daripada gangguan ini, penutur asal
terpaksa menamatkan gilirannya bercakap sebelum
sampai ke hujung perbualannya yang sebenar, manakala
penutur yang mencetuskan gangguan tdi secara tidak
langsung telah mengambil giliran bercakap sehingga ke
tempat atau terpaksa melepaskan giliran bercakapnya
apabila ada penutur yang mencetuskan gangguan dan
mengambil giliran bertutur daripadanya
Zaitul Asmah (2002)
Gangguan boleh terjadi jika penutur baharu mengambil
giliran bertutur di tempat yang bukan Tempat Penyertaan
yang Relevan (Transition Relevance Place) atau dikenali
sebagai TPR. TPR dirujuk sebagai tempat-tempat
tertentu yang memberikan isyarat kepada penutur lain
untuk mengambil giliran bertutur. Tempat pertukaran
giliran ini boleh dikenal pasti selepas satu giliran bertutur
yang lengkap. Contoh: selepas satu ayat, kluasa, frasa
atau perkataan.
Sacks, Schlegloff & Jefferson (1978)
GILIRAN BERCAKAP

Gangguan Sistem
Bercakap Giliran Bercakap

Menamatka Pertukaran
Penutur lain
n giliran bercakap
bercakap
Percakapan

11/10/2021 DNLo~Sept2018 30
MEMULA DAN
MENGAKHIRI PERCAKAPAN
Prosedur Memulakan Percakapan
❑ Ucapan pengenalan dan bertanya
khabar
❑ Perkenalkan diri
❑ Berikan pujian kecil
❑ Bersembang perkara ringan dahulu
❑ Sentuhan pada bahu
❑ Cakap sambal tersenyum
Prosedur Mengakhiri Percakapan
❑ Menegaskan kembali keputusan penting
❑ Mengucapkan terima kasih
❑ Permintaan maaf
❑ Ungkapan perpisahan serta harapan
❑ Menamatkan percakapan dengan salam
penutup
PEMILIHAN KATA
PEMILIHAN KATA
❑ Meneliti latar belakang individu yang dilawan
berbicara sepintas lalu. Penting supaya tidak
menyentuh sensitivity yang berkaitan dengan
agama, kaum, adat, latar keluarga dsb.
❑ Pastikan tidak menyebut kekurangan fizikal
seseorang. Contoh: perkataan “kelainan upaya”
bagi merujuk orang cacat supaya individu yang
berkenaan tidak tersinggung dan berasa rendah
diri.
Pemilihan Kata
❑ Pemilihan kata yang sesuai dapat
menerbitkan suasana yang indah dalam
komunikasi.
❑ Kesilapan pemilihan perkataan akan
menyebabkan tanggapan kurang baik yang
akhirnya akan membentuk persepsi yang
sukar untuk dihapuskan.
KESANTUNAN TULISAN
KESANTUNAN TULISAN
Komunikasi bentuk tulisan melibatkan
penggunaan bahasa secara bertulis,
sama ada dalam situasi rasmi / formal atau
tidak rasmi / tidak formal.
Aspek yang Perlu Diberi Perhatian dalam
Komunikasi Tulisan
❑ Penggunaan kata panggilan yang betul.
❑ Kata sapaan yang betul.
❑ Gaya bahasa yang betul.
❑ Pemilian kata dan ayat yang sesuai
dengan konteks.
❑ Isi kandungan yang tidak sensitive.
SOAL JAWAB
TUTORIAL
Mengapakah kesantunan verbal dan nonverbal
penting dalam kehidupan harian masyarakat
majmuk Malaysia?

Anda mungkin juga menyukai