Anda di halaman 1dari 1

ejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu pernah mengecapi zaman kegemilangannya suatu

masa dahulu apabila telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman Empayar Srivijaya pada abad
ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi. Pada zaman tersebut, bahasa Melayu telah diangkat
menjadi lingua franca di rantau ini. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa perhubungan antarabangsa
dan telah dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat-pusat pemerintahan seluruh
rantau pada masa itu. Namun, menjelang abad ke-20 yang merupakan era penjajahan Barat ke atas
Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan utara Borneo,
Belanda bagi kepulauan Sumatera, Jawa, selatan Borneo, Sulawesi, Meluku, Madura dan Bali, dan
Sepanyol bagi kepulauan Filipina. [Prof.Dr.Hashim Hj. Musa,2009]. Keadaan yang sedemikian telah
menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulalah kemerosotan kedudukan
bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Bahasa asing yang dibawa oleh penjajah telah
mengugat dan merampas kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca pada ketika itu. Dalam
tempoh tersebut, beberapa usaha untuk mengembalikan martabat bahasa Melayu telah dilakukan
dan menjelang Kemerdekaan Tanah Melayu, barulah kedudukan bahasa Melayu dapat diangkat
semula menjadi bahasa rasmi negara. Walau bagaimanapun, kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pendidikan telah menghadapi cabaran apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta
IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Menjelang tahun 2003, kedudukan bahasa Melayu semakin tergugat apabila kerajaan
meluluskan penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat.
Program PPSMI sangat memberi impak yang besar terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama di negara kita. Namun begitu, akibat desakan dari pelbagai pihak khususnya pejuang
bahasa untuk memastikan bahasa Melayu terus menjadi bahasa yang utama seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Negara Perkara 152, akhirnya pada tahun 2012, penggunaan bahasa Inggeris
dalam sains dan matematik dihapuskan secara berperingkat. Munculnya abad ke-21, bahasa Melayu
terus menghadapi cabaran dalam memastikan bahasa Melayu terus gemilang pada kedudukannya
yang tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai