Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD IQBAL IZZUDDIN BIN DRAMAN (17203836/1)

Sebagai seorang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Muamalat anda akan
bergraduat tidak lama lagi. Anda akan menghadapi pelbagai cabaran selepas graduasi
sama ada untuk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan. Nyatakan
bidang yang ingin anda ceburi sama ada bekerja di bank, guru, pegawai syariah dan
lain-lain selepas graduasi. Bincangkan 'core competencies' yang anda sudah dan belum
miliki dalam bidang tersebut. Apakah strategi-strategi (pendekatan) yang anda perlu
ambil bagi memastikan anda akan bersedia.

BIDANG YANG INGIN DICEBURI

Sebagai seorang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Muamalat, saya ingin
menceburkan diri saya dalam bidang pegawai sumber manusia. Peranan pegawai sumber
manusia adalah bertanggungjawab mengambil, membangunkan dan menjaga pekerja.

CORE COMPETENCIES YANG DIMILIKI

Dalam membincangkan core competencies yang saya miliki, saya membahagikan


kepada Empat Kriteria Kelebihan Daya Saing Mampan (Four Criteria of Sustainable
Competitive Advantage). Empat Kriteria Kelebihan Daya Saing Mampan terbahagi kepada
keupayaan yang berharga (Valuable Capabilities), keupayaan yang jarang berlaku (Rare
Capabilities), keupayaan Mahal untuk ditiru (Costly-to-Imitate Capabilities) dan keupayaan
yang tidak boleh diganti (Nonsubstitutable Capabilities).

Antara keupayaan yang berharga atau Valuable Capabilities saya telah miliki ialah
saya mempunyai pengalaman yang tinggi dalam menguruskan sumber manusia seperti
mengagih tenaga kerja, membantu orang yang bekerja dalam menyelesaikan masalah dan
lain-lain. Ia menjadi keupayaan berharga bagi saya kerana saya melatih keupayaan tersebut
sejak saya mengambil Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia kerana ketika itu saya menjadi ketua
umum di sekolah dan di universiti saya merupakan antara pegawai kadet dalam PALAPES
dan sentiasa diajar untuk menjadi pemimpin yang baik.

Untuk keupayaan yang jarang berlaku atau Rare Capabilities saya memiliki satu sikap
suka berfikir panjang dan dalam serta dapat mengamati kelebihan dan kelemahan orang
sekeliling. Sikap ini amat penting dalam bidang pegawai sumber manusia untuk memastikan
sumber manusia yang diambil bekerja itu sesuai dengan tempat atau kerja yang perlu
dilakukan.
MUHAMMAD IQBAL IZZUDDIN BIN DRAMAN (17203836/1)

Bagi keupayaan mahal untuk ditiru atau Costly-to-Imitate Capabilities pula setiap
keputusan yang diambil oleh saya tidak memerlukan masa yang panjang walaupun saya
mempunyai sikap yang suka berfikir panjang dan dalam serta dapat mengamati kelebihan dan
kelemahan orang sekeliling. Keupayaan ini juga adalah hasil daripada latihan saya selama
tiga tahun dalam PALAPES. Keupayaan ini sangatlah penting bagi memastikan setiap maslah
yang ada dan perlu diselesaikan oleh pegawai sumber manusia dapat diselesaikan dengan
cepat dan baik.

Dalam bahagian keupayaan yang tidak boleh diganti ataupun Nonsubstitutable


capabilities pula saya mempunyai sikap yang amat diperlukan oleh seorang pegawai sumber
manusia antaranya empati yang tinggi, seorang yang terurus dan lain-lain. Seperti yang
dinyatakan di atas, saya mempunyai sikap yang suka berfikir dalam dan panjang serta
mengamati setiap orang sekeliling, dengan itu, sikap empati dan sikap terurus sudah menjadi
kebiasaan dalam diri saya dan sukar untuk diganti.

CORE COMPETENCIES YANG BELUM DIMILIKI

Dalam bahagian core competencies yang belum saya miliki pula, saya mempunyai
kekurangan dalam komunikasi. Saya merupakan seorang yang tidak suka untuk memulakan
komunikasi dengan mana-mana pihak sehinggalah saya mengenali seseorang tersebut
ataupun saya betul-betul perlu untuk berkomunikasi dengannya. Dengan kekurangan ini, ia
akan membantutkan kerja seorang pegawai sumber manusia yang perlu mengenal orang yang
ingin diambil untuk bekerja.

Selain itu, saya juga masih belum memiliki pengetahuan yang mendalam serta latihan
yang mencukupi untuk menjadi seorang pegawai sumber manusia. Pengetahuan serta
pengalaman merupakan antara sesuatu yang penting bagi melahirkan seorang pegawai
sumber manusia yang cekap dan berilmu untuk menyelesaikan bidang kerja yang telah
ditetapkan. Hal ini demikian akan menyebabkan saya menjadi kurang yakin dalam
menguruskan sumber manusia.

STRATEGI UNTUK MENJADI PEGAWAI SUMBER MANUSIA YANG


BAIK

Antara strategi yang saya ambil untuk menjadi seorang pegawai sumber manusia yang
baik ialah, saya akan berusaha untuk menjalankan latihan industri saya dalam bidang
pengurusan sumber manusia di mana-mana syarikat. Hal ini demikian akan meningkatkan
MUHAMMAD IQBAL IZZUDDIN BIN DRAMAN (17203836/1)

pengalaman saya dalam menjadi pengurus sumber manusia sekali gus melatih diri saya untuk
menjadi seorang pegawai sumber manusia yang efektif dan baik.

Seterusnya, saya akan berusaha untuk melatih diri saya berkomunikasi dengan baik.
Antara usaha yang saya sudah lakukan adalah menyertai program atau projek kolej,
menyertai PALAPES dan menyertai aktiviti sukarelawan. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat
meningkatkan tahap komunikasi saya ke arah yang lebih baik.

Akhir sekali dan yang terpenting, saya akan terus menuntut ilmu pengetahuan dalam
masa yang masih ada ini dalam bidang pengurusan sumber manusia. Antara cara untuk saya
meningkatkan ilmu dalam bidang ini adalah dengan menyertai kursus-kursus luar yang
berkait dengan pengurusan sumber manusia bagi memantapkan lagi pengetahuan saya dalam
bidang ini.

Kesimpulannya, untuk mencapai bidang yang saya ingin ceburi iaitu pegawai
pengurusan sumber manusia saya perlu merancang strategi melatih diri saya untuk terus
mengasah core competencies yang sudah ada untuk menjadi lebih mantap serta menjadikan
core competencies yang belum dimiliki oleh saya tersebut menjadi sebahagian daripada
Empat Kriteria Kelebihan Daya Saing Mampan (Four Criteria of Sustainable Competitive
Advantage).

Anda mungkin juga menyukai