Anda di halaman 1dari 3

1.

 Apakah maksud falsafah ?

i. Dari sudut Etimologi, Falsafah adalah perkataan yang berasal daripada


perkataan Yunani iaitu Philien yang bermaksud mencintai, mengkaji atau hargai,
Philos yang bermaksud cinta dan Sophia yang bermaksud hikmah, kearifan,
kebijaksanaan atau kebenaran. Ianya dapat disimpulkan bahawasanya Philosophy
bermaksud ilmu kecintaan/kecitaan kepada kebijaksanaan, kebenaran dan hikmah
ataupun Love Of Wisdom and Truth iaitu cinta kepada kearifan

ii. Dari sudut Terminologi

Menurut Abdullah Ishak (1995), falsafah didefinisikan sebagai usaha ke arah


mencintai, mengkaji dan menaggapi sesuatu perkara dengan menggunakan akal
fikiran dan kebijaksanaan nya untuk mendapatkan kebenaran dan keyakinan yang
hakiki.

1. Jelaskan maksud falsafah etika dan kehidupan.

1. Jelaskan aliran ilmu falsafah teoritikal dan praktikal? Apakah perbezaan antara
keduanya?
1. Apakah maksud falsafah?

Jawapan : Definisi falsafah terbagi kepada dua iaitu dari sudut Etimologi dan Terminologi.
Dari sudut Etimologi, falsafah berasal dari Yunani philo dan Sophia yang bermaksud Ilmu
Kecintaan kepada Kebijaksanaan maka philosophy bermaksud Cinta terhadap Ilmu
Pengetahuan. Manakala, dari sudut Terminologi terdapat beberapa maksud falsafah
iaitu salah satu bermaksud ilmu pengetahuan tentang alam maujud dan bertujuan
menyelidiki hakikatnya yang sebenar menurut ahli falsafah Al-Farabi (870-950H)

2. Jelaskan maksud falsafah etika dan kehidupan?

Jawapan : Falsafah etika dan kehidupan adalah memfokuskan falsafah pada peringkat
awal pada aktiviti berfikir yang memberikan penekanan dan panduan untuk melahirkan
kehidupan yang baik yang membawa kepada kebahgiaan dan melahirkan insan yang
mulia.

3. Jelaskan aliran ilmu falsafah teoritikal dan praktikal? Apakah perbezaan


antara keduanya?

 
Jawapan : Ilmu Falsafah Teoritikal bertujuan mencari hak kebenaran yang merujuk
kepada semua jenis ilmu tentang kewujudan termasuk tentang manusia, Tuhan dan
merangkumi bidang pengkhususan seperti metafizik, logik dan matematik. Imu falsafah
Praktikal bertujuan mencari kebahgiaan hidup yang merujuk kepada aktiviti menghayati
ilmu-ilmu.

Perbezaan keduanya adalah falsafah teoritikal adalah persoalan dasar yang mendalam


termasuk metafizik, epistemology, psikologi dan estetika yang memberi jawapan bagi
persoalaan asas kehidupan tentang kewujudan manakala Falsafah Praktikal adalah
bersifat aplikasi yang digunakan dalam disiplin ilmu tertentu seperti etika, politik,
ekonomi dan peradaban yang membincangkan tentang sesuatu bidang yang melibatkan
aplikasi.

Anda mungkin juga menyukai