Anda di halaman 1dari 9

KELEBIHAN MENYIMPANAN JANGGUT DALAM

PERSPEKTIF ISLAM
Nur Fatihah bt Mohd Rezal

Kolej Mara Banting

nur.fatihah0426@gmail.com

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kelebihan-kelebihan menyimpan janggut dalam


perspektif Islam. Penulisan ini akan membincangkan tentang hukum janggut di sisi Islam dan
empat mazhab utama serta kelebihan-kelebihan seseorang itu menyimpan janggut sudut
Islam. Terdapat satu kebangkitan budaya tanpa janggut di kalangan orang Islam yang muncul
bersama imperialisme barat ke atas negara-negara Islam. Secara tidak langsung budaya tanpa
janggut ini diikut dan dilakukan oleh segelintir masyarakat Islam walaupun terdapat beberapa
hadis yang mengatakan tentang kelebihan dan pahala yang diperoleh daripada penyimpanan
janggut. Bukan sahaja dari sudut Islam malah dari perspektif sains juga menyokong
penyimpanan janggut berdasarkan beberapa kajian yang membuktikan kelebihan seseorang
yang menyimpan janggut. Oleh itu, pentingnya untuk masyarakat Islam terutama golongan
lelaki untuk mengetahui kelebihan-kelebihan menyimpan janggut.

Kata Kunci : Janggut, memelihara, mencukur

PENGENALAN

Definisi janggut menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat ialah bulu yang
tumbuh di dagu. Menurut kitab Lisaan Al-‘Arab pula, Al-lihyah atau janggut mencakupi
jambang, iaitu bulu-bulu yang tumbuh pada bahagian bawah dagu lalu naik ke atas sampai ke
hujung rahang di bawah berhampiran anak telinga. Gaya janggut bergantung pada latar
belakang serta pilihan dan cita rasa individu masing-masing. Gaya janggut juga mempunyai
variasi mengikut kawasan.
HADIS BERKAITAN JANGGUT

Terdapat beberapa tuntutan menyimpan janggut yang ada dinyatakan di dalam hadis
antaranya :

I. Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda :


‫خَ الِفُوا ْال ُم ْش ِر ِكينَ َوفِّرُوا اللِّ َحى َوَأحْ فُوا ال َّش َوا‬
“Selisihilah kaum musyrikin, simpanlah janggut (iaitu jangan dipotong, tetapi
dengan membiarkannya tumbuh normal – pent.), dan potonglah (rapikan) misai.”
(Sahih Al-Bukhari, no. 5892)
II. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
َ ‫ خَالِفُوا ْال َمج‬،‫ َوَأرْ ُخوا اللِّ َحى‬،‫ب‬
‫ُوس‬ ِ ‫ج ُُّزوا ال َّش َو‬
َ ‫ار‬
“Pendekkanlah misai, dan peliharalah janggut kerana menyelisihi Majusi”
(Riwayat Muslim 260)
III. Daripada ‘Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :
ِّ ‫ب َوِإ ْعفَا ُء اللِّ ْحيَ ِة َوال‬
‫س َوا ُك‬ ِ ‫ص الشَّا ِر‬ ْ ‫ َع‬ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
ُّ َ‫ش ٌر ِمنْ ا ْلفِ ْط َر ِة ق‬ َ ِ ‫ت قَا َل َرسُو ُل هَّللا‬
ْ َ‫ع َْن عَاِئ َشةَ قَال‬
ٌ‫قَا َل ُمصْ َعب‬ ‫اص ا ْل َما ِء‬
ُ َ‫ق ا ْل َعانَ ِة َوا ْنتِق‬ ْ ‫ص اَأْل ْظفَا ِر َو َغ‬
ُ ‫س ُل ا ْلبَ َرا ِج ِم َونَ ْتفُ اِإْل بِ ِط َو َح ْل‬ ُّ َ‫ق ا ْل َما ِء َوق‬
ُ ‫ستِ ْنشَا‬
ْ ‫َوا‬
َ‫ضة‬َ ‫يت ْال َعا ِش َرةَ ِإاَّل َأ ْن تَ ُكونَ ْال َمضْ َم‬
ُ ‫َونَ ِس‬
“Sepuluh perkara yang merupakan daripada fitrah manusia ialah mencukur misai,
membiarkan janggut tumbuh, membersihkan gigi dengan kayu miswak,
memasukkan air ke dalam hidung semasa berwuduk, memotong kuku, membasuh
celah jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, dan membersihkan
kemaluan dengan air.” Mus’ab berkata “Aku lupa yang kesepuluh tetapi
barangkali berkemungkinan membasuh mulut (berkumur) semasa berwuduk”
(Sahih Muslim 261a dalam kitab al-taharah)
IV. Imam al-Tirmizi dalam Syamail Muhammadiyyah ada menyebutkan mengenai
sifat janggut Rasulullah iaitu tebal dan lebat. Malah menurut sebuah hadis,
diriwayatkan :

ِ ‫ … َكثِي َر َشع‬-‫صلى هللا عليه وسلم‬- ِ ‫َكانَ َرسُو ُل هَّللا‬


‫ْر اللِّحْ يَ ِة‬
“Adalah janggut Rasulullah SAW sangat lebat.” (Riwayat Muslim 6230)
HUKUM JANGGUT DI SISI MAZHAB EMPAT

Mazhab Hanafi

Mencukur janggut apabila panjangnya kurang daripada satu penumbuk, seperti yang
dilakukan oleh sesetengah orang moden dan hermafrodit adalah tidak dibernarkan pada
pendapat semua fuqaha. Mencukur janggut seperti yang dilakukan oleh yahudi, Hindu dan
lain-lain yang tidak lazim juga tidak dibenarkan. (Durre Mukhtar) Adapun ulama Hanafiah
menghukumkan sebagai makruh tahrim jika mencukur janggut.

Mazhab Maliki

Mencukur janggut adalah haram dan mencukurnya dengan cara yang boleh mengubah ciri-
ciri wajah yang semula jadi dan normal juga adalah haram. Disebutkan dalan Kitabul Ibdaa’
bahawa tidak syak lagi empat mazhab telah disepakati bahawa janggut hendaklah
dipanjangkan dan mencukurnya adalah haram.

Mazhab Syafie

Dinukilkan dalam Al Ibaab, bahawa Imam Ibn Ar’rifaah mengatakan bahawa Imam Syafie
dalam kitabnya, Kitabul Umm, secara tegasnya menyatakan bahawa mencukur janggut
adalah haram. Al Azraiy mengatakan bahawa kedudukan yang betul dalam mazhab Syafie
ialah mencukur janggut tanpa sebab perubatan yang sah adalah haram. Putusan larangan yang
sama telah dikeluarkan oleh Zarakhshi, Baihaqi dalam kitabnya, Shu’ab Al Iman, dan oleh
gurunya Qa’ffal Shashi dalam Muhasin As Shar’iyyah. Adapun ulama Syafieyyah
menghukumkan sebgai makruh tanzih.

Mazhab Hanbali

Diriwayatkan dalam Sharhul Muntahaa’ dan Sharhul Manzoomatul Adaab, pandangan yang
paling diterima ialah haram mencukur janggut. Sebahagian Ulama seperti pengarang ‘Insaf’
secara tegasnya menyatakan ia adalah haram. Tiada laporan daripada sesiapa yang
sebaliknya. Syeikhul Islam ibn Taimiyyah berkata, “Mencukur janggut adalah haram.”
HUKUM MENCUKUR JANGGUT UNTUK MENJAGA PENAMPILAN
DIRI ATAU ATAS ARAHAN MAJIKAN.

Mengikut keempat-empat mazhab, hukum mencukur janggut tanpa sebab yang munasabah
adalah haram. Akan tetapi bagaimana pula hukum mencukur janggut atas sebab menjaga
keterampilan diri atau atas arahan majikan? Menurut hadis pertama yang dinyatakan sebelum
ini, dalam sebahagian riwayat, perkataan waffiru bermaksud memelihara. Hadis tersebut
menerangkan supaya umat Islam tidak mengikut kelakuan golongan musyrikin dengan
memotong dan mencukur janggut mereka. Maksud tidak mencukur janggut itu tidak
bermaksud membiarkannya tidak terurus tetapi diuruskan dengan baik pada lebarnya dan
panjangnya sebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah hadis riwayat al-Tarmizi.

Qadhi Iyadh berkata : “ Makruh bagi seseorang mencukur janggut, mengguntingnya,


memendekkannya serta meratakannya. Tetapi jika diuruskannya supaya jangan terlalu
panjang dan lebat, adalah tidak mengapa dan yang demikian itu bagus”. Adapun Abu Syamah
al-Syafie berkata : Memang sudah berlaku pada masa ini, ada kaum yang suka mencukur
janggutnya, yang mana perbuatan itu adalah dari perbuatan kaum Majusi yang selalu senang
sekali mencukurnya. Kebanyakan fuqaha menyatakan haramnya perbuatan mencuur janggut
itu berdasarkan dalil yang berpegang kepada perintah Rasulullah SAW supaya memelihara
janggut. Oleh itu, asal hukum memelihara janggut itu adalah wajib khususnya untuk
membezakan umat Islam dengan orang kafir dan hukumnya adalah wajib. Tidak ada juga
berita yang dinukilkan daripada ulama yang membenarkan untuk meninggalkan kewajipan itu
sama sekali.

Akan tetapi, para ulama masa kini membenarkan untuk mencukur janggut kerana mengikut
kehendak masa sekarang. Meskipun begitu, mereka tetap mengatakan bahawa memelihara
janggut adalah mengikut sunah Nabi SAW dengan suruhan jelas untuk membezakan diri
daripada orang-orang kafir. Ibn Taimiyah telah menetapkan secara pasti bahawa
membezakan diri dengan keadaan mereka adalah perkara yang sangat dituntut oleh syariat
Islam dan menyerupai keadaan mereka itu boleh menimbulkan rasa kasih saying pada diri
dan itu akan menarik keinginan untuk menyerupai mereka secara zahirnya sepertimana hadis
daripada Ibn Umar bahawa Nabi SAW berkata yang bermaksud “Sesiapa yang menyerupai
sesuatu kaum, maka samalah dia dengan kumpulan mereka”
Riwayat Abu Daud, Ahmad dan Ibn Asakir.

Seterusnya Ibn Taimiyah berkata lagi: “ Semua dalil dalam al-Quran al-Karim, al-
Sunnah dan ijmak ulama telah menekankan supaya setiap Muslim itu
membezakan dirinya dengan orang kafir dan dilarang menyerupai mereka. Setiap
perkara yang diduga akan mendatang kerosakan yang pasti, meskipun secara
tersembunyi, maka sudah pasti dihubungkan dengan hukum pengharamannya.
Menyerupai orang kafir pada kelakuannya akan menarik kita menyerupai mereka
dalam kelakuan dan perbuatan mereka. Kesannya mungkin tidak ketara, begitu
juga kerosakan yang berlaku hasil dari penyerupaan itu tidak kelihatan kerana
itulah untuk melenyapkannya agak sukar sama sekali. Walau bagaimanapun, apa
sahaja yang boleh menarik seorang Muslim kepada kerosakan, maka syariat Islam
tetap mengharamkannya.”

Maka kita dapat lihat dalam perkara mencukur janggut ada tiga pandangan, antaranya :

 Pendapat yang mengatakan haram secara pasti iaitu apa yang dinyatakan oleh Ibn
Taimiyah dan para ulama empat mazhab.

 Pendapat yang mengatakan makruh iaitu apa yang disebutkan dalam kitab
Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari yang menukilkan daripada Qadhi
Iyadh, sedang ulama lain tidak seorang pun yang mengatakan begitu.
 Pendapat para ulama yang sezaman menghukumkan mubah atau harus.
Barangkali pendapat yang sederhana dan yang dekat kepada yang benar
iaitu pendapat yang mengatakan hukumnya makruh sahaja. Ini kerana
perintah supaya memelihara janggut itu tidaklah menunjukkan wajib yang
pasti, kecuali dinyatakan kepada kita supaya jangan menyerupai orang
kafir atau membezakan diri dengan hidup orang kafir sahaja .

Oleh yang demikian, kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah, sebagai seorang muslim,
seelok-eloknya untuk kita mengikut sunah Rasulullah dengan memelihara janggut supaya kita
dapat membezakan diri kita, umat Islam dengan orang kafir dan tidak sepatutnya untuk kita
mencukur tanpa alasan yang munasabah.
KELEBIHAN DARI SUDUT ISLAM

Oleh kerana menyimpan janggut itu dikatakan perintah dari Rasulullah SAW dan dilakukan
sendiri oleh Rasulullah SAW, sudah tentunya memelihara janggut itu akan diberikan ganjaran
pahala.

KELEBIHAN DARI PERSPEKTIF SAINS

Janggut Membuatkan Lelaki Tampil Lebih Menarik Kepada Wanita.

Janggut adalah sebahagian daripada anatomi lelaki yang mencantikkan, memberikan


kehormatan dan menghiasi lelaki itu. Menurut kajian yang dibuat oleh Dr. Daniel G.
Freedman dari University of Chicago, pelajar perempuan menilai muka lelaki yang
berjanggut sebagai lebih maskulin, berdikari, dan matang berbanding muka lelaki yang
dicukur bersih. Mereka membuat kesimpulan daripada kajian mereka bahawa janggut
bertambah "seksual magnetisme" dan daya tarikan dan menjadikan lelaki lebih menarik
perhatian wanita. Kehadiran janggut menjadikan seorang lelaki juga kelihatan lebih maskulin
kepada seorang wanita, dan dia berasa lebih feminin terhadap lelaki tersebut. Kajian yang
telah dilakukan dalam bidang psikologi sosial itu telah membuktikan bahawa lelaki yang
berjanggut mempunyai daya tarikan yang lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak
berjanggut sejurus memalsukan kenyataan bahawa wanita tidak menyukai lelaki yang
berjanggut malah telah membuktikan sebaliknya. Kajian itu juga telah memalsukan idea atau
pemikiran setengah ibu bapa yang mengatakan bahawa anak perempuan mereka (tanpa
menanyakan kepada anak mereka) tidak menyukai lelaki yang berjanggut. Mungkin akan ada
sesetengah wanita yang lebih menyukai lelaki yang tidak berjanggut atas sebab tertentu
mengikut cita rasa mereka sendiri tetapi mereka tidak boleh menafikan bahawa lelaki
berjanggut tampak lebih maskulin daripada lelaki yang tidak berjanggut.

Persepsi Orang Melalui Gambar Muka: Kesan cermin mata, rambut dan janggut
terhadap penilaian pekerjaan dan kualiti peribadi

Dalam satu kajian saintifik yang dilakukan oleh Ake Hellstrom dan Joseph Tekle, tiga puluh
dua gambar wajah lelaki, empat untuk setiap kombinasi kehadiran dan ketiadaan cermin
mata, rambut dan janggut, dinilai oleh 75 hakim pada 23 skala, menilai tipikal untuk 15
pekerjaan serta lapan kualiti peribadi. Kesan atribut muka pada penilaian membentuk profil
ciri untuk skala yang berbeza. Corak korelasi antara sifat wajah dan skor faktor daripada
analisis faktor penilaian menunjukkan bahawa hakim mengaitkan pemakaian cermin mata
dengan keintelektualan dan kebaikan, botak dengan idealisme, dan memakai janggut dengan
tidak konvensional dan kebaikan. Dalam dua eksperimen lanjut, hakim perlu mengenal pasti
setiap tiga muka dengan satu daripada tiga atau empat pekerjaan; keputusan mengesahkan
keberoperasian profil daripada percubaan penarafan.

Dalam kajian tersebut mereka telah membuat kesimpulan bahawa subjek yang dianggap
sebagai berpendidikan tinggi – ahli fizik, profesor, ahli psikologi dan sebagainya – serta
lelaki bijak lebih cenderung untuk memakai cermin mata, mempunyai janggut tetapi tidak
mempunyai rambut . Selain itu, subjek yang mempunyai ciri selain itu dianggap sebagai
pekerja kilang, petani dan jurujual. Tambahan pula, subjek yang mempunyai kedua dua
rambut dan janggut dengan pekerjaan liberal seperti artis serta kacak, maskulin, senang hati,
banyak dikaitkan dengan ahli-ahli ‘pertubuhan’ seperti kolonel, ahli politik, peguam, dan
pengarah urusan. Oleh itu, kajian tersebut telah menunjukkan bahawa lelaki berjanggut
berada dalam pekerjaan yang berpendidikan tinggi. Dalam erti kata lain, lelaki yang
berjanggut dianggap lebih berjaya dan mempunyai kerjaya yang lebih berjaya berbanding
lelaki yang mempunyai muka yang dicukur licin.

Kelebihan dari segi medikal dan kesihatan

Salah satu kelebihan dalam menyimpan janggut adalah terlindung daripada sinaran UV dan
mengelakkan daripada kerosakan kulit. Menurut pengkaji pengkaji daripada University of
southern Queensland, janggut bukan sahaja boleh melindungi kulit daripada selaran matahari,
tetapi mengurangkan risiko kerosakan kulit yang serius dengan menghalang sehingga 95
peratus daripada sinaran UV yang memudaratkan daripada matahari. Selain itu, kulit muka
dan leher adalah sensitif. Jika seseorang itu kerap mengalami jerawat dan mencukur dengan
kerap, risiko pisau cukur untuk terkena jerawat tersebut adalah tinggi sejurus boleh
menjadikan keadaannya lebih teruk. Janggut juga merupakan cara terbaik untuk mengelakkan
ruam akibat cukur.
Tompok yang muncul adalah disebabkan rambut yang tumbuh ke dalam, yang berlaku
apabila rambut memasuki semula kulit dan terus tumbuh. Dengan membiarkan -bulu-bulu
muka tumbuh, masalah tersebut boleh dielakkan.

Seterusnya, janggut juga boleh melawan jangkitan. Hal ini dikatakan demikian kerana
mencukur menyebabkan kulit kita terpotong sedikit walaupun tidak menyebabkan
pendarahan tetapi masih cukup besar untuk bakteria-bakteria untuk hidup. Oleh itu, orang
yang mempunyai janggut berkemungkinan mempunyai muka yang lebih bersih daripada
orang yang mencukur setiap hari.

Di samping itu, janggut juga boleh membantu individu dengan alahan. Berdasarkan kajian
yang dibuat oleh doktor-doktor di New York, janggut dan misai boleh memerangkap habuk
dan pencetus alahan lain sebelum masuk ke dalam hidung dan tekak. Ia berfungsi sebagai
penapis supaya habuk-habuk, debunga atau apa-apa bahan yang boleh mencetuskan reaksi
alahan tidak masuk ke sistem respirasi. Janggut yang dibersihkan setiap hari semestinya
boleh melindungi seseorang itu daripada asma atau selsema teruk serta boleh melindungi
daripada penyakit tekak dan paru-paru.

RUMUSAN

Sebagai kesimpulan, kita dapat lihat di sini bahawa hukum mencukur janggut yang asalnya
adalah haram mengikut pendapat para ulama empat mazhab kerana mengikut perintah
Rasulullah SAW untuk memendekkan misai dan memelihara janggut. Tetapi dalam konteks
memelihara tidaklah bermaksud membiarkan janggut hingga tidak terurus. Janggut perlulah
dibersihkan dan dijaga dengan rapi. Tidaklah janggut itu terlalu panjang atau terlalu pendek
dan tidak pula janggut itu perlu dicukur. Hal ini selari dengan kelebihan-kelebihan yang ada
dalam memelihara janggut dari perspektif Islam dan juga sains seperti mendapat pahala,
tampak lebih menarik dan dari segi medikal pula boleh mengelakkan jangkitan atau alahan
yang teruk. Oleh itu, digalakkan supaya umat Islam terutama golongan lelaki untuk
memelihara janggut dan tidak mencukurnya tanpa alasan yang munasabah kerana mengikut
sunah Rasulullah SAW sendiri dan juga terdapat pelbagai kelebihan yang diperoleh dengan
memelihara janggut.
RUJUKAN

Bro's, M. (2021, June 14). 8 benefits of having a beard. Mo Bro's. Retrieved September 30,
2022, from https://www.mobros.co.uk/blogs/blog/benefits-of-having-a-beard

Elias, A. A. (2019, May 14). Hadith on Fitrah: Ten acts part of natural cleanliness. Daily
Hadith Online. Retrieved September 30, 2022, from
https://www.abuaminaelias.com/dailyhadithonline/2017/12/19/fitrah-cleanliness-ten-
acts/

Irsyad al-Fatwa siri ke-190 : Hukum Mencukur Janggut Atas Arahan Majikan. Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan. (2017, November 3). Retrieved September 30, 2022, from
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/891-irsyad-al-fatwa-
siri-ke-190-hukum-mencukur-janggut-atas-arahan-majikan

Keempat, K. D. E. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

M. Muhsin, K. (Trans.). (n.d.). Dress. SAHIH BUKHARI, BOOK 72: Dress. Retrieved
September 30, 2022, from https://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/072_sbt.html

Manzur, I. (1997). Lisan al-'arab.

MUSHTAQ, D. G. SCIENTIFIC & ISLAMIC REASONS FOR GROWING A BEARD.

Numair, A. (2017, February 7). Sunnah Memelihara Janggut . Ilmusunnah.com. Retrieved


September 30, 2022, from https://ilmusunnah.com/sunnah-memelihara-janggut/

Sahih al-Bukhari 5892. Sahih al-Bukhari 5892 - dress - ‫ كتاب اللباس‬- sunnah.com - sayings and
teachings of Prophet Muhammad (‫)صلى هللا عليه و سلم‬. (2011, November 14). Retrieved
September 30, 2022, from https://sunnah.com/bukhari:5892

Siddiqui, A. H. (Trans.). (2005). Sahih Muslim. Translation of sahih Muslim. Retrieved


September 30, 2022, from https://www.iium.edu.my/deed/hadith/muslim/

Simon, D. A. (2022). Can growing a beard benefit a man's health? Push Doctor. Retrieved
September 30, 2022, from
https://www.pushdoctor.co.uk/what-we-treat/mental-health/articles/can-growing-a-
beard-benefit-a-mans-health

Anda mungkin juga menyukai