Anda di halaman 1dari 4

Topik 1.

Pengenalan
Perkaitan Teori dan kajian Komunikasi
Setiap kajian ilmiah berasaskan kepada satu teori atau sekumpulan teori yang digunakan oleh
pengkaji untuk meneliti fenomena yang mereka kaji. Dalam konteks kajian komunikasi teori
boleh dibahagikan kepada dua tahap yang saling berkait:
1) tahap mikro, misalnya pengkaji mengkaji fenomena audiens maka beberapa set teori
mengenai audiens akan digunakan untuk mengkaji, menganalisa dan menerangkan mengenai
fenomena audiens.
2) tahap makro. teori-teori tentang masyarakat digunakan untuk memaklumi dan
mempengaruhi penggunaan teori-teori mikro. Teori-teori makro tentang masyarakat
termasuklah, pluralisme, functionalism dan marxism. Kedua-dua tahap teori ini saling berkait
antara satu sama lain dan corak perhubungan kedua-dua tahap teori ini mempengaruhi setiap
bidang kajian yang wujud dalam kajian komunikasi.
Sejauhmanakah kajian komunikasi dalam keadaan kekecohan?
Kajian-kajian komunikasi pada umumnya boleh dibahagikan kepada dua paradigma atau
aliran pemikiran utama yang berbeza dari segi pendekatan dan juga kaedah kajian yang
digunakan. Wujud satu keadaan pertentangan dan pertandingan di antara pemikiran dan kajian
yang mementingkan kaedah bersifat saintifik dan empirikal serta aliran pemikiran yang dan
kaedah kajian yang bersifat holistik dan kualitatif.
Paradigma dominan berasaskan andaian-andaian dari teori-teori fungsionalisme.
Masyarakat sebagai satu unit yang bersepadu dan setiap elemen dalam masyarakat tadi
bertindak untuk mengekalkan kestabilan dalam masyarakat. Media massa adalah satu
penyelesaian, seharusnya bertindak untuk mengukuhkan masyarakat.
Tumpuan pengkaji dominan adalah idea bahawa komunikasi adalah satu disiplin
akademik yang mempunyai teori dan kaedah yang tersendiri. Tumpuan kajian terhadap
penghasilan teori-teori komunikasi, teori-teori tentang proses komunikasi, institusi media,
kandungan, kajian penonton yang tidak mempersoalkan secara kritis kaitan media massa
dengan unsur-unsur sosial lainnya.
Paradigma yang kedua, kritikal atau Marxisme. Andaian: masyarakat terdiri dari dua
struktur atau kelas yang tidak seimbang. Media, satu arena pergelutan ideologi
mengutarakan beberapa pandangan dari kelas-kelas yang berlawanan. Media menyediakan
satu rangka kerja yang memperjuangkan kehendak-kehendak kelas-kelas dominan dalam
masyarakat. Media dan sistem komunikasi satu proses yang menyeluruh dan tidak boleh
dipisahkan sistem ekonomi-politik, sosial dan budaya sesebuah masyarakat.
Bentuk-bentuk kajian utama yang dilakukan terutama selepas WW2: pengaruh dan
kesan mesej media di kalangan audiens. Media massa mempunyai pengaruh yang besar ke
atas audiens. Pendekatan, teori serta kaedah dan ideologi yang digunakan oleh pengkaji amat

1
berbeza. Paradigma kritikal, muncul pengkaji Frankfurt School: media massa digunakan oleh
golongan atasan yang berkuasa untuk mempengaruhi masyarakat dan menindas golongan
bawahan supaya tunduk kepada kehendak dan ideologi pemerintah. Media dikatakan
mempunyai kesan langsung ke atas audiens.
Dari aliran Mainstream pula, pengkaji menolak andaian yang dilakukan oleh pengkaji
Frankfurt School. Kesan media tidak berlaku secara terus. Pengkaji-pengkaji mainstream di
Yale University seperti Bandura, Berkowitz dan Hovland: media mepunyai kesan ke atas
perubahan tingkah laku audiens. Pandangan ini berubah di tahun 50an dan 60an. Pengkaji
mainstream dari Columbia University seperti Lazarsfeld dan Katz: membina model ‘two steps
flow’, kesan media tidak berlaku secara langsung tetapi bersifat ‘mediated’. Dalam setiap
kumpulan masyarakat terdapat ‘opinion leader’ atau pemimpin pendapat yang membantu
menafsir dan menapis mesej-mesej media. Di awal tahun-tahun 70an pandangan pengkaji
mainstream telah dicabar oleh pengkaji-pengkaji dari aliran kritis. Media, agensi ideologi yang
mempertahankan dominasi kelas dominan. Media massa memainkan peranan strategik
untuk mengukuhkan norma-norma dan nilai dominan yang mengesahkan sesuatu sistem
masyarakat.
Perbezaan pendekatan dan ideologi ini boleh dilihat dalam kajian-kajian tentang
keganasan dan pemaparan sex dalam media. Pengkaji-pengkaji kritis seperti Hall, Murdock dan
Cohen: mempersoalkan sama ada pemaparan keganasan hanya akan mengukuhkan lagi kuasa
undang-undang dan cuba membina consent bahwa kuasa undang-undang mengatasi kuasa
keganasan.
Kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji mainstream secara empirikal cuba dan cenderung
untuk melihat dan mengukur sejauh mana keganasan dan adegasn sex yang dipaparkan dalam
media massa mempengaruhi dan menggalakkan perubahan tingkah laku audiens tanpa meneliti
struktur sosial dan budaya yang melingkungi audiens tersebut.
Kesan dan pengaruh media berkaitan dengan fenomena audiens. Dalam kajian-kajian
mainstream tentang audiens terdapat dua pendekatan awal:
1) berasaskan mesej-kesan: bersifat behavioristik, melihat perubahan tingkah laku audiens
apabila menerima pengaruh dari mesej media, dengan andaian bahawa mesej media
mempunyai kesan ke atas perubahan tingkah laku audiens.
2) berasaskan audiens: menumpukan kepada karektor dan ciri-ciri sosial audiens yang berbeza.
Perbezaan ciri-ciri ini seterusnya membayangkan darjah penerimaan audiens terhadap mesej
media.
Kajian audiens boleh dibahagikan kepada dua pendekatan normatif dan interpretatif.
Pendekatan normatif: aliran yang dominan dalam kajian audiens. Contoh: Kajian Robert
Merton, cuba menafikan kajian Frankfurt School, cuba untuk meneliti audiens dengan meneliti
dahulu mesej media dan bagaimana mesej terbut boleh memberi kesan kepada audiens.

2
Pendekatan interpretatif: menilai mesej media dan kaitannya dengan audiens dengan
meneliti dan mengkaji makna-maknaesej media dan kaitannya dengan keadaan sosial audiens.
Model-model tentang kegunaan dan kepuasan. Pengkaji-pengkaji seperti Dennis
McQuail dan Blumler menggunakan teori-teori ini untuk mengkaji tentang peranan television
dalam menyampaikan mesej. Kebanyakan kajian dari aliran mainstream mengenai kesan media
dan audiens adalah kajian yang bermasalah. Ia bersifat behavioristik, audiens adalah
homogen dan dapat menentukan apa yang mereka mahu dari media.
Kajian komunikasi: meneliti isi kandungan media dan ia memperlihatkan keadaan
kekecohan terutama perbezaan ideologi dan andaian oleh kedua-dua pendekatan mainstream
dan kritis. Pengkaji kritis: melihat mesej dan isi kandungan media dengan meneliti bagaimana
makna sebenar mesej media dihasilkan dan bagaimana mesej ini kemudiannya difahami oleh
audiens berdasarkan latar belakang sosial mereka.
Selain dari analisa tentang audiens dan isi kandungan, pengkaji komunikasi juga
mengkaji bidang-bidang seperti organisasi media, kerjaya atau profession, dan penggunaaan
komunikasi dalam model serta teori-teori tentang pembangunan dan pemodenan. Namun
begitu dalam kesemua bidang-bidnag kajian ini terdapat kekecohan kerana wujudnya
perbezaan pependekatan dan ideologi tadi.
Kajian organisasi media: pengkaji kritis mendahului kajian- kajian dalam bidang ini.
Organisasi media bukan sebagai satu sistem yang mempunyai autonomi mutlak. Ia
merupakan satu set institusi yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kuasa dan kelas
dominan dalam masyarakat. Organisasi media dipusatkan di tangan ahli masyarakat yanag
terpilih dan media massa digunakan untuk menyalurkan mesej dan idea yang boleh
mengukuhkan status quo dan hegemoni mereka.
Pengkaji mainstream: organisasi media dikaji sama seperti badan-badan korporat
dan industri lain iaitu dari aspek struktur hirarki, pembahagian tenaga buruh dan
perbezaan bentuk pekerjaan. Tidak mempersoalkan kaitan organisasi media dengan iklim
ekonomi politik yang melingkungi sesuatu organisasi media tersebut. Misalnya kajian
‘gatekeeper’ memperlihatkan produk media hanyalah hasil dari interaksi pelbagai pihak yang
wujud dalam organisasi media dan tiada kaitannya dengan sistem ekonomi dan politik
masayarakat di mana organisasi media tersebut wujud.
Dalam konteks kerjaya, kajian berakar umbi dari bidang sosiologi pekerjaan. Mitos
yang dibina: kerjaya dalam komunikasi seharusnya mempunyai ciri-ciri profesionalisme
yang ada pada profession doktor atau peguam. Proses pembelajaran akademik dan
peperiksaan amat dipentingkan. Ideologi yang ditekankan: komitmen terhadap nilai-nilai
objektiviti, tidak bias dan adil. Professional media mempunyai tahap autonomi dan
kebebasan yang jelas.

3
Tesis ini dicabar oleh pengkaji kritis: nilai-nilai objektiviti, tidak bias dan adil serta
tahap autonomi yang jelas hanyalah satu mitos kerana ia gagal mengambil kira faktor
ekonomi politik dan perkaitan industri atau organisasi media dengan mereka yang dominan
dalam masyarakat serta pengaruh ideologi dominan ke atas organisasi dan professional
media.
Proses komunikasi dan pembangunan juga menjadi perdebatan kedua-dua aliran
pemikiran ini. Kajian-kajian oleh Schramm dan Lerner: media berfungsi untuk membantu
proses pembangunan masyarakat dan negara. Media sebagai pembolehubah yang boleh
menukar sikap masyarakat negara dunia ketiga. Sikap masyarakat NDK3 penghalang kepada
kemajuan dan menerusi pendedahan kepada media massa, masyarakat NDK3 akan menerap
sikap moden dari barat dan seterusnya meniru untuk kemajuan mereka.
Pengkaji kritis: unsur kemodenan mewujudkan keadaan pergantungan dan dominasi
negara maju ke atas NDK3. Dalam konteks negara ini misalnya jika andaian bahawa media
massa sebagai agen mensosialisaikan masyarakat terus diperkukuhkan maka kedaan dominasi
ini akan berterusan, bukan sahaja negara maju akan mendominasi NDK3 tetapi juga akan wujud
proses dominasi diperingkat tempatan, di antara kelas yang memerintah dan kelas yang
diperintah.
Sebagai kesimpulan kajian komunikasi dari beberapa sudut memang dan akan terus
mengalami perdebatan dan kekecohan. Dalam negara ini kajian bercorak mainstream lebih
banyak dilakukan jika dibvandingkan dengan kajian-kajian kritis. Kajian-kajian di negara ini
juga terutama kajian mainstream sering dikaitkan dengan alasan untuk kepentingan masyarakat
atau negara tanpa wujud kesedaran pengkaji tenatang kelas kelas yang berkonflik dalam
masayarakat serta keadaan sosial yang tidak seimbang dan percubaan untuk mengukuhkan
status quo oleh elit pemerintah yang mnguasai keseluruhan jentera negara.

Anda mungkin juga menyukai