Anda di halaman 1dari 6

21 August 2014

AYAT CIPTAAN CIKGU TAN YANG DAHSYAT UNTUK KEGUNAAN DALAM


KARANGAN

No Isi AYAT DAHSYAT


.
1 Kerajaan Kerajaan bagaikan jantung yang merupakan jentera
negara paling penting untuk memastikan fungsi
pentabdiran kerajaan berjalan dengan lancar.

Kerajaan yang dipilih oleh rakyat merupakan kerajaan


harapan nusa dan bangsa.

Kerajaan itu bukan permainan politik semata-mata


sebaliknya merupakan nadi penggerak kemajuan
sesuatu bangsa.

Bangun atau jatuhnya sesebuah kerajaan itu


bergantung pada jenteranya yang memainkan peranan
penting untuk memastikan setiap sayap pentadbirannya
dapat menjalankan tugas dengan baik demi
kepentingan negara.

Kerajaan sesebuah negara memikul tanggungjawab


berat untuk memastikan segala harapan dan doa
rakyatnya termakbul melalui dasar dan rancangan
pembangunan yang dijalankan.

2 Ibu bapa Dalamnya Lautan Pasifik tidak mungkin dapat


dibandingkan dengan dalamnya kasih dan sayang ibu
bapa terhadap kita.

Ibu bapa bagaikan Tuhan Maha Esa yang maha


mengetahui segala-galanya yang terbuku di dalam
lautan hati anak-anak mereka.
Ibu bapa kita boleh diumpamakan radar kehidupan kita
yang sentiasa mengetahui arah tuju dan destinasi
kehidupan kita kerana merekalah yang melukiskan
perjalanan hidup kita sejak kecil.

Janganlah sekali-kali kita lupa akan hakikat bahawa


kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa.

Ibu bapa yang menadah tangan untuk memanjatkan


doa demi kesejahteraan kita bagai Tuhan yang merestui
perjalanan hidup kita sampai bila-bila.
3 Sekolah Sekolah bagai kilang pendidikan yang melahirkan
bakal pemimpin masa depan yang berpengetahuan
dengan pakej sahsiah diri yang terpuji.

Sekolah itu institusi yang paling agung ilmunya kerana


guru-guru itu pendidik nombor utama yang mendukung
pembangunan modal insan pada era modenasasi ini.

Selangkah kita masuk ke pintu gerbang sekolah,


selangkah lagilah kita sudah dekat dengan puncak
kegemilangan yang dicari-cari.

Tiada sekolah di dunia ini yang melahirkan anak murid


yang jahat tetapi banyak anak murid yang
mencemarkan nama sekolah gara-gara perbuatan diri
yang tercela dan terhina.

Sekolah itu gua peradaban insan yang melahirkan


pendeta berilmu dan pemimpin berilmiah serta pengikut
yang berkewibawaan.

4 Didikan Didikan agama dan moral ialah perhiasan diri terakhir


agama dan kita sebelum kembali ke pangkuan Tuhan yang akan
moral mengadili kita di rumah keadilan.

Mana-mana manusia yang sentiasa mengingati Tuhan


sebelum mengambil apa-apa tindakan dalam hidupnya,
maka dialah yang akan dapat memasuki mana-mana
pintu syurga pilihannya.

Agama dan didikan moral bagaikan tiang kukuh dalam


kehidupan kita yang akan menentukan kekuatan jati diri
kita apabila menghadapi cabaran dan liku-liku
kehidupan.

Apalah gunanya kaya material dan harta di birai mata


tetapi miskin ajaran-Nya sehingga tidak mampu
membeli kunci ke pintu syurga.

Tiada agama di bumi ini yang mendidik kita


kehancuran dan tiada didikan moral yang
menggelongsorkan kita ke lurah kebejatan sosial.
5 Kawan Kawan biar seribu, lawan biar satu. Jangan kita
sengaja mencari kemurkaan Tuhan dengan berkawan
dengan insan-insan durjana yang menambah kedosaan
dalam hidup kita.

Kawan yang baik akan mendorong kita mengenali erti


kehidupan sebenar tetapi kawan yang jahat mengajar
kita menipu diri sehingga mencalarkan nama baik kita.

Kawan merupakan seperjuangan kita yang melayari


lautan berombak, taulan merupakan seperjalanan kita
yang mendaki bukit-bukit harapan sama-sama demi
membina tinta-tinta kecemerlangan dalam hidup.

Persahabatan pasti wujud dalam kamus kehidupan kita


kerana tanpa kawan, hidup kita tiada ertinya seperti
lautan tanpa ikan dan pergunungan tanpa batu-batan.

Insan pertama yang melekat di dalam hati apabila kita


mula mengejar ilmu dan kejayaan di sekolah ialah
kawan yang sejati dan sehati sejiwa.
6 masyarakat Masyarakat yang madani bukanlah masyarakat yang
pulang dari Madinah atau sudah menunaikan fardu
haji di Mekah semata-mata kerana ilmu duniawi itu
bekalan material tetapi ilmu akhirat itu bekalan ke
syurga.

Masyarakat yang hidup bersulamkan prinsip bersatu


kita teguh, bercerai kita roboh adalah lebih berkualiti
daripada masyarakat yang hanya berpolitikkan
perkauman.

Jatuh atau bangunnya sesebuah masyarakat


bergantung pada kukuh atau lemahnya pupuk
kepemimpinan ketua masyarakat setempat.

Masyarakat yang bersatu hati bagaikan sepuluh batang


kayu yang diikat bersama kerana sukar dipatahkan
manakala masyarakat yang mementingkan diri
bagaikan sebatang kayu yang mudah dipatahkan.

Kemajuan sesebuah negara bukan terletak pada


kerajaannya tetapi terletak pada kesatuan hati
penduduknya yang kukuh.
7 Mulut Kata-kata manusia itu lebih tajam daripada pisau
kerana menusuk kalbu dan merobek hati serta jantung
kita yang disulami kasih sayang.

Manusia hanya pandai berkata-kata tanpa


menggerakkan tenaga dan kudratnya untuk
melaksanakan tugas.Manusia seperti ini bagaikan
pokok yang tinggi dan berdaun lebat tanpa berbuahkan
hasil.

Mata pena hanya menulis kata-kata untuk dibaca, mata


hati mengumpulkan kata-kata untuk diluahkan sehingga
menggores perasaan relung hati manusia yang mudah
hancur.

Mulut manusia yang berbisa boleh mencakar hati serta


meracuni perasaan manusia kerana kelukaan yang
disebabkan oleh kata-kata itu dalamnya tidak dapat
diramalkan.

Janganlah kita suka berkata-kata sesuatu untuk


memperburuk orang lain kerana satu jari menuding
orang lain, empat daripada jari tangan itu sedang
menuding kita.
8 ilmu Ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang itu bagai
pengetahuan hiasan diri yang paling mahal tanpa jenama yang
hanya mengenal nama bukannya kualiti.

Kualiti dalam diri seseorang itu terletak pada


ketinggian ilmu pengetahuan yang dikautnya sepanjang
merenang lautan cabaran dalam kehidupannya.

Ilmu itu pelita hidup yang mampu menyuluh kehidupan


kita dan menerangi jalan hidup kita yang sentiasa
mendepani persimpangan dilema.

Ketinggian ilmu pengetahuan dalam diri seseorang itu


adalah seperti kekukuhan menara yang dibinanya
dengan usaha yang konkrit dan kesungguhan yang
tidak pernah mencapai titik noktah.

Ilmu yang kita pelajari tidak dapat dijual beli kerana


pengalaman menimba ilmu ialah saat-saat yang paling
berharga dalam kehidupan kita sebagai pencinta ilmu.
9 Kesedihan Kesedihan merupakan penyakit yang tidak dapat
didiagnos dengan ilmu pengetahuan tetapi hanya dapat
dikenal pasti dengan menyelami hati dan lautan
perasaan seseorang.
Setiap linangan air mata manusia merupakan setiap
retak dan robekan hati nurani manusia yang tidak
mungkin dapat dibaiki kerana luka mungkin boleh
sembuh tetapi parut tetap ada.

Manusia yang tersungkur jatuh ke lurah kedukaan itu


mudah dihanyutkan oleh arus perasaan yang amat
emosional kerana kederasan arus lara itu mampu
menjana kekecewaan yang selautan luasnya.

Sedih dan air mata merupakan kawan sejati kepada


hati manusia yang terluka kerana manusia yang terluka
amat memerlukan air mata untuk merembeskan segala
kesedihan di dalam hatinya.

Air mata merupakan hadiah kepada manusia yang


melukakan hati seseorang dengan kata-kata atau
perbuatan melampau yang tidak disengajakan atau
sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai