Anda di halaman 1dari 13

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan memfokuskan kepada tinjauan bahan-bahan bacaan

yang berkaitan dengan kajian yang dibuat samada dari dalam dan luar negara. Tinjauan

ini bertujuan untuk membantu pengkaji dalam mencari maklumat dan juga sebagai

medium gambaran dan latar belakang yang lebih jelas tentang perkara-perkara yang

berkaitan dengan tajuk kajian yang dilakukan.

2.2 Lakonan

Menurut Shuradi Nor Hashim pelakon adalah prisma dimana ia adalah refleksi

watak. Penulis skrip memberikan bahan kepada pelakon dan pelakon menginterpretasikan

melalui tubuh sehingga watak terpancar dengan penampilan personaliti dan fizikal.

Pelakon adalah manusia yang meniru kebenaran untuk tujuan malhirkannya semula

secara perlambangan. Sebagai pendokong watak yang akan menjadi perantara diantara

cerita dan penonton, pelakon haruslah bijak mengiterpretasikan watak dan perwatakan

supaya cerita yang ingin disampaikan oleh penulis skrip dan pengarah dapat difahami dan

diterima oleh penonton. pemahaman penonton sangatlah penting dalam menyampaikan

sesebuah cerita samada dalam medium filem ataupun teater. Pelakon menggalas tugas
yang sangat berat bukan sahaja menghafal namun perlu mengkaji skrip, watak dan juga

perwatakan perlu dilakukan untuk menghasilkan lakonan yang berkesan.

Menurut Nia Shamsuddin (2014), lakonan adalah satu bidang dimana seseorang

yang dipanggil pelakon untuk melakonkan aksi atau watak yang dibawanya sebagai satu

perkara untuk member penonton faham apa yang dilakonkannya itu. Lakonannya juga

boleh menjadi “orang tengah” diantara alam realiti dengan alam yang dilakonkannya.

Bella Merlin (2010) pernah menyatakan bahawa lakonan adalah satu proses tindakan

yang telah berkembang secara mendadak sejak empat ratus tahun yang lalu tetapi belum

dilihat secara khusus oleh orang lain yang berbentuk evolusi. Manakala John Harrop

(1992), lakonan bertindak seolah olah ironinya mudah dan mempunyai teknik yang lebih

baik dan mudah untuk difahami. Seorang pelakon perlulah memahami apa yang

dilakonkan itu dahulu sebelum mempersembahkannya kepada penonton. seperti

penyataan diatas, lakonan yang baik adalah lakonan yang berjaya difahami oleh

penonton.

Filem adalah satu bidang yang merangkaikan pelbagai kesenian. Setiap kesenian

itu saling berkaitan, dicantumkan menjadi satu dan hasilnya disebut sebagai filem. Filem

adalah gambaran kehidupan sesebuah masyarakat, bangsa dan negara termasuk

kebudayaannya. Setiap penghasilan filem akan merujuk pemikiran pengarah dalam

menggambarkan kreativitinya. Apabila berbicara mengenai filem Hollywood, ia tidak

dapat lari daripada nama Al Pacino yang sangat terkenal dengan kehebatan lakonannya.
Bidang filem memerlukan satu pandangan yang kritikal dan perbincangan yang terbuka

bagi tujuan akademik mahupun untuk tujuan perkembangan dan kemajuan bidang filem

khususnya di Malaysia. Melihat kepada kemajuan filem barat, sedikit sebanyak

mempengaruhi perkembangan filem Malaysia. Dengan adanya kajian akademik

mengenai bidang filem ianya akan membantu dalam penghasilan filem-filem yang lebih

baik pada masa akan datang.

Boleh dikatakan pada masa kini, para pengarah dan pelakon filem di Malaysia

menampakkan mereka ingin berlumba-lumba untuk menghasilkan filem namum boleh

dikatakan tidak mencapai tahap yang diinginkan dan juga tidak penghasilan filem masa

kini tidak membanggakan. Pada tahun 1972, The Godfather telah dihasilkan dengan

berjaya. Buktinya mereka telah dicalonkan dalam beberapa kategori dalam Academy

Award dan mereka memperoleh kemenangan dalam beberapa kategori. Sehingga

sekarang filem itu masih diperkatan mengenai kehebatannya walaupun sudah lebih 40

tahun dihasilkan. Jika dilihat filem-filem P.Ramlee, kehebatannya terbukti dari sudut

yang sama iaitu, sehingga sekarang masih lagi filemnya ditayangkan dan dikaji secara

ilmiah oleh pengkaji dalam bidang akademik. Filem-filem yang diarakan oleh beliau

mempunyai tarikan dan kesan yang amat berlainan dengan filem-filem masa kini dan

begitu juga filem The Godfather.

Bidang perfileman sangat berkaitan rapat dengan rasa seseorang samada seorang

pengarah, penulis, pelakon dan juga kesemua mereka yang terlibat dalam menjayakan
sesebuah filem. Ianya melibatkan aspek-aspek kebudayaan, memori, ingatan,

pengalaman, harapan dan apa sahaja yang dekat dengan kehidupan manusia. Disebalik

kejayaan sesebuah filem, pasti ada faktor pendokong yang menjayakannya. Salah satu

faktor dalam kejayaan sesebuah filem adalah pemilihan pelakon.

Stanislavski pernah mengatakan bahawa“An actor needs soldier’s discipline”, ini

dinyatakan oleh Sonia Moore dalam bukunya bertajuk The Stanislavski System: The

Proffessional Training of an Actor. Dalam bukunya juga menyatakan bahawa,

Stanislavski pernah berkata “I consider good manners as part of an actor’s creativity” .

Kesimpulan dari kenyataan Stanislavski itu adalah seorang pelakon itu adalah manusia

yang istimewa namun begitu tidak semua pelakon layak mendapat gelaran istimewa itu.

Tugas seorang pelakon bukan sahaja berlakon dan menghasilkan filem semata. Tugas

seorang pelakon adalah sangat berat dimana meraka memikul tanggungjawab yang besar

dalam sesebuah penghasilan filem. Seorang pelakon itu mestilah memainkan peranan

dalam bidang lakonan samada teater ataupun filem untuk meningkatkan kesedaran dan

mutu budaya sesebuah negara dan bangsanya.

Menurut Melissa Ong Ai Leng, seorang pelakon mestilah melihat dunia lakonan

sebagai satu Institution of cultural and moral education ….beside being entertainment,

should develop people’s taste and raise the level of their culture. Setiap pelakon mestilah

mempunyai objektif dalam setiap lakonnya. Bidang lakonan bukanlah jalan untuk

mengejar popularity semata-mata namun ianya adalah satu tempat untuk membina
institusi lakonan yang kukuh. Memandangkan bidang lakonan dan perfilem sangat

berkaitan dengan kebudayaan dan masyarakat, ianya perlu digunakan untuk tujuan

kebaikan. Sebaliknya kini, banyak filem dihasilakn untuk meraih keuntungan semata.

Setiap orang yang menghasilakan filem mesti mahu filemnya dijual namun mereka perlu

juga memikirkan unsure kebaikan terhadap masyarakat kerana filem adalah satu medium

kepada gambaran masyarakat. Dalam penulisan Melissa Ong Ai Leng, Stanislavski

pernah menyatakan bahawa “ Theater is a pulpit which is the most powerful mean of

influence”. Setiap apa yang disampaikan mempengaruhi pandangan penonton. Jika tidak

digunakan dengan baik, maka kesan buruk akan berlaku terhadap penonton.

Azmil Mustapha pernah berkata didalam buku Cintai Filem Malaysia :

“saya percaya bahawa lakonan dapat menggambarkan sesuatu watak yang


meyakinkan dan dapat difahami oleh penonton. untuk menghidupkan watak yang
harus saya lakukan, saya membuat kajian tentang skrip. Apakah temanya?
Bilakah ia berlaku? Dimanakah kisah ini berlaku? Golongan masyarakat
manakah yang terlibat? Apakah kaitan watak utama dengan pelakon yang lain?
Apakah tujuan perbuatannya? Dan sebagainya”.

Penyataan ini adalah dari seorang pelakon sendiri, bermakna setiap pelakon

haruslah membuat kajian mengenai watak dan skrip yang diberi. Dengan kajian ini, ianya

akan member gambaran terhadap watak yang akan dimainkan.


2.3 The Godfather Sebagai Ikon Filem

Charlie Ness menggambarkan, The Godfather bermula dimana Don Vito

Corleone yang merupakan ketua keluarga Mafia di New York meraikan perkahwinan

anak perempuannya bersama isterinya, Carmela. Anaknya Michael ketika itu baru sahaja

pulang dari perang. Walaupun ayahnya seorang ketua Mafia, namun Michael tidak

berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada penerus legasi ayahnya dalam perniagaan.

Tanpa diduga Michael telah menjadi ketua Mafia dan juga merupakan orang teratas

dalam perniagaan ayahnya. Cara lama ayahnya dalam perniagaan membuatkan ada ahli

kumpulan Mafia yang lain berasa tidak senang. Percanggahan pendapat dan ideology

membuatkan mereka seolah berada dalam peperangan diantara kumpulan. Michael

berusaha untuk menjaga sebaik mungkin perniagaan ayahnya. Bagi Michael segala

keputusan yang dibuat adalah untuk keluarganya.

Filem The Godfather merupakan filem terbitan Paramount Pictures yang

diterbitkan pada tahun 1972. Penerbit untuk filem ini adalah Albert S. Ruddy dan

diarahkan oleh Francis Ford Coppola. Lakon layar bagi filem ini dihasilkan oleh Francis

Ford Coppola dan juga Mario Puzo yang merupakan penulis skrip dan penulis novel The

Godfather. Antara pelakon yang terlibat dalam menjayan filem ini adalah Marlon Brando,

Al Pacino, James Caan, Richard Conte, Robert Dovall, Serling Hayden dan juga Deana

Keaton. Melalui file mini, mereka telah meraih anugerah Best Pictures, Best Actor

(Marlon Brando) dan juga Best Adapted Screenplay di Academy Award pada tahun 1972.
Selain itu, melalui The Godfather, mereka telah berjaya dicalonkan dalam kategori Best

Director, Best Supporting Actor (James Caan, Robert Duvall, Al Pacino), Best Music,

Best Costume Design, Best Editing dan juga Best Sound.

Menurut Derek Malcolm, The Godfather yang diarahkan oleh Coppola

merupakan filem bergenre gangster yang mempunyai persamaan dengan filem-filem

gangster yang lain, namun The Godfather mempunyai kelainan yang tersendiri dan

memberi kesan yang lebih besar dalam kerjaya Coppola sebagai pengarah filem.

Pembinaan cerita menggambarkan keluar Corleone yang terlibat dalam aktiviti Mafia

menarik minat penonton untuk lebih tahu mengenai kegiatan golongan ini sehingga filem

The Godfather memperolehi pendapatan paling laris di Amerika pada tahun 1972.

Dibantu dengan senimatografer hebat Gordon Willis dan pengarah muzik Nino Rota

membantu Coppola dalam menghasilkan satu filem yang bermutu tinggi.

Eric D. Snider memberitahu melalui penulisannya pada tahun 2011 bahawa filem The

Godfather yang dihasilkan pada tahun 1972 menduduki tempat ketiga didalam senarai filem

terbaik sepanjang zaman yang disusun oleh America Film Institut pada tahun 1998.

2.4 Al Pacino

Neela Debneth (2015) menulis artikal mengenai Al Pacino dalam majalah The

Guardian bahawa Al Pacino hampir-hampir tidak terpilih untuk memegang watak


Micahel Corleone di dalam The Godfather. Al Pacino memberitahu bahawa syarikat

penerbitan tidak benar-benar pasti samada dia adalah pelakon yang sesuai untuk

memegang watak Michael dan mereka mempertimbangkan untuk memecatnya dan

digantikan dengan orang lain. Pelakon yang berusia 75 tahun (2015), yang berkecimpung

dalam bidang lakonan hampir lima dekat mendedahkan kepada The Guardian bahawa :

“Michael Corleone in The Godfather was and still is the most difficult role I’ve
played. I didn’t see him as a gangster; I felt his power was his enigmatic quality,”

Beliau berkata lagi, Francis Ford Coppola adalah orang yang bertangggungjawab

membawanya masuk ke dalam The Godfather yang pada mulanya ramai ahli tenaga

produksi tidak mahu beliau terlibat dalam The Godfather. Coppola menegaskan

pendiriannya sebagai untuk memilih Al Pacino untuk memegang watak Michael.

Perdebatan diantara Coppola dan juga barisan penerbit berlaku dan akhirnya Al Pacino

diberi tanggungjawab untuk merealisasikan watak Micahel Corleone.

“Unfortunately the studio couldn’t see that at first and were thinking of firing me.
It was during my early career, a major movie with Marlon Brando, and no one
other than Francis [Ford Coppola] wanted me for the part.”

Ben Child (2014) menyatakan bahawa Al Pacino tidak mahu membintangi filem

The Godfather namun Francis Ford Coppola mendesak supaya Al Pacino memainkan

watak itu. Dalam sejarah perfileman seperti sedia maklum, Al Pacino bersaing dengan

beberapa nama-nama hebat ketika itu seperti Jack Nicholson, Robert Redford, Warren
Beatt serta Robert De Niro jika ingin dibandingkan dengan beliau yang pada ketika itu

tidak punya nama yang gah dalam industry filem Amerika.

“I didn’t want to do The Godfather. I didn’t know what was going on, I thought,
‘How am I going to play this part?”

“No one wanted me. Except for Coppola who was, I thought, a bit mad. He just
wanted me. Even I said, ‘What are you doing Francis? They don’t want me’. Of
course Warner Brothers said, ‘Who is this kid?! Why do you like this kid? What
do you see?’”

Melalui penulisan artikal oleh Ben Child, Al Pacino memberitahu bahawa

Coppola memilih beliau setelah menonton lakonan beliau sebagai penagih dadah ketika

persembahan teater. Coppola seorang pengarah yang sangat cerewet dalam pemilihan

pelakon. Berkemungkinan Coppola melihat Al Pacino mempunyai daya tarikan dan juga

gaya lakonan yang diinginkannya dalam menjayakan watak Michael Corleone.

Dalam temubual bersama Dany Jucaud (2015) yang tertulis dalam majalah Paris

Match Al Pacino berkata bahawa naskah Hamlet adalah naskah paling disukainya.

Apabila ditanya perbezaan berlakon dalam filem dan teater, beliau menyatakan bahawa:

“Can you imagine a tightrope walker on his wire ? In order to remain


standing, he must use all of his muscles and his adrenaline. In cinema, he walks
on a wire that is on the ground. If he falls, he starts again immediately. In theater,
there is no second chance”.
Selepas The Godfather ditayangkan, ramai yang memuji kejayaan Al Pacino

dalam merealisasikan watak Micahel Corleone yang pada awalnya beliau dipersoalkan

tentang kemampuannya dalam menjayakan filem itu. Kejayaan beliau dicalonkan dalam

Academy Award untuk kategori pelakon pembantu terbaik membuktikan beliau berhak

dan layak memegang watak Micahel Corleone.

“Extremely long, large and handsomely polished and artfully tailored gangster
piece about, one presumes, the inner working of the Mafia, with Al Pacino as the
quiet, pleasant young man turned by constant violence into the most bloodily
ruthless leader of all when he takes over from his old dad Marlon Brando. Of
suspect moral tone with its sentimentality about The Family: but coldly realistic
in other ways. Firmly bound for becoming one of the biggest cinematic
moneymakers of all time”. Review Filem Oktober 1972

2.5 Rumusan

Dalam dunia lakonan, seorang pengarah perlu bijak memilih pelakon agar karya

yang ingin dihasilkan bermutu dan mencapai kualiti yang diinginkan. Ahmad Yatim

(2011) pernah menegaskan bahawa pemilihan pelakon yang tepat akan memudahkan

70% kerja pengarah. Dimana pengarah tidak perlu mengajar pelakon untuk berlakon.

Menurut Ahmad Yatim lagi, tugas pengarah adalah memilih. Seorang pelakon yang

bagus akan memberikan cadangan lakonan yang pelbagai supaya pengarah dapat memilih

lakonan yang diinginkan. Melalui review dan penulisan artikal mengenai penglibatan Al

Pacino dalam The Godfather, pengkaji berpendapat bahawa, kajian perlu dilakukan

terhadap lakonan Al Pacino. Melalui review dan artikal juga, lahir rasa ingin apakah

teknik dan gaya lakonan yang diterapkan oleh Al Pacino untuk menjayakan sesebuah

watak yang dibawanya. Dengan kajian secara ilmiah ini, pengkaji akan mendapat dapatan
kajian mengenai lakonan Al Pacino khusus kepada watak Michael Corleone dalam filem

The Godfather I.

(2015). Retrieved from The Lee Strasberg Theatre And Film Institute:
http://newyork.methodactingstrasberg.com/what-is-method-acting/

50 interesting facts about Al Pacino: He is a method actor, has never been married. (2015, January 02).
Retrieved from Booms Beat: http://www.boomsbeat.com/articles/14379/20150102/50-
interesting-facts-about-al-pacino-he-is-a-method-actor-has-never-been-married.htm

Adams, C. (2015, March 18). Al PAcino take his Method acting to the men's room. Retrieved from Page
Six: http://pagesix.com/2015/03/18/al-pacino-takes-his-method-acting-to-the-mens-room/

Al Pacino. (2015, June 24). Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Al_Pacino

Al Pacino filmography. (2015, June 16). Retrieved from Wikipedia:


https://en.wikipedia.org/wiki/Al_Pacino_filmography

Alexander, B. (2015, March 27). Al Pacino thought his 'Godfather' Michael Corleone casting was a
practical joke. Retrieved from Entertain This!: http://entertainthis.usatoday.com/2015/03/27/al-
pacino-better-godfather-michael-corleon/

Benedetti, R. L. (2001). ACTION!: Acting for film and televisyen. Boston: MA: Allyn and Bacon.

Camoens, C. L. (1981). History and development of Malay theatre :Sejarah dan perkembangan teater
Melayu. Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Child, B. (2014). Godfather role was an offer Al Pacino could refuse.

Cowie, p. (2012). The Godfather, The Official Motion Picture Archieves. In P. Cowie, The Godfather, The
Official Motion Picture Archieves. London: Carlton Publishing Group.

Dawn, R. (2015, March 24). Al Pacino: I thought 'Godfather' director was wrong to cast me at first.
Retrieved from Today Pop Culture: http://www.today.com/popculture/al-pacino-says-he-
thought-he-was-wrong-godfather-role-t10636

Debnath, N. (2015, April 26). Al Pacino admits he was nearly fired from The Godfather and it's still his
most 'difficult role'. Retrieved from The Independent: http://www.independent.co.uk/arts-
entertainment/films/news/al-pacino-admits-he-was-nearly-fired-from-the-godfather-and-its-
still-his-most-difficult-role-10204531.html

Dr, E. W. (2001). Intoduction to Theatre, Online Course. Northen virginia Community College.

Feinberg, S. (2014, December 13). Al Pacino on His Great Roles, Frustrations with Fame, Return to Form
in 'The Humbling'. Retrieved from Hollywood Reporter:
http://www.hollywoodreporter.com/race/al-pacino-his-great-roles-756418

Grobel, L. (2006). Al Pacino: In conversation with Lawrence Grobel. New York.

Haase, C. (2012). Acting For Film. New York: Constable & Robinson.

Hapgood, E. R. (1961). CONSTANTIN STANISLAVSKI Creating A Role. United State Of America: Routledge.

Hattenstone, S. (2004, Dicember 4). Pacino's Way. Retrieved from The Guardian.com:
http://www.theguardian.com/film/2004/dec/03/2

Jucaud, D. (2015, March 28). "I can't imagine my life without acting". Retrieved from Paris Match:
http://www.parismatch.com/People/Cinema/I-can-t-imagine-my-life-without-acting-Al-Pacino-
733348

Lebo, H. (2005). The Godfather Legacy. New York.

Longworth, K. (2013). Al Pacino : anatomy of an actor. Berlin: Phaidon.

malyszko, W. (2002). the Godfather : director Francis Ford Coppola. London: York Press.

Mattia, J. D. (2014, September 16). It's impossible to imagine The Godfather trilogy without Al Pacino,
but it nearly happened. Retrieved from The Sydney Moring Herald Entertainment:
http://www.smh.com.au/entertainment/movies/its-impossible-to-imagine-the-godfather-
trilogy-without-al-pacino-but-it-nearly-happened-20140917-10hkd9.html

Methos Acting. (2015, June 20). Retrieved from Wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/Method_acting

Michael Corleone. (2015, June 19). Retrieved from Wikipedia:


https://en.wikipedia.org/wiki/Michael_Corleone

Moore, S. (1960). An Actor's Prepare: The Stanislavski Method. London: Willian Clowes And Sons.

Naremore, j. (1988). Acting in the film. California: Univercity Of california.

O'Brien, M. E. (1983). Film Acting. New york: Arco.

Salleh, A. S. (2005). Aspek Lakonan Dalam Teater Bangsawan. Kuala Lumpur: Jabatan Bedudayaan Dan
Kesenian Negara.
Shamsudin, N. (2014, January 16). Teknik-Teknik Lakonan. Retrieved from niashamsudin.blogspot.com:
http://niashamsudin.blogspot.com/2014/01/teknik-teknik-lakonan-oleh-tokoh.html

Sikana, M. (2006). DRAMA MELAYU Tradisional, Moden dan Pascamoden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Smith, E. (2012). The Al Pacino handbook- Everything you need to know about Al Pacino. Dayboro:
Emereo Publishing.

The Godfather. (2015, June 24). Retrieved from wikipedia: https://en.wikipedia.org/wiki/The_Godfather

Young, J. (2009, January 9). Behind the scenes: How Oscar nominees are selected. Retrieved from
Entertainment Weekly: http://www.ew.com/article/2008/01/09/academy-awards

Anda mungkin juga menyukai