Anda di halaman 1dari 1

NAMA : AIMAN MUSTAQIM BIN KAMARUZAMAN

ANGKA GILIRAN : 2021122310002


KURSUS : ISU SEMASA DAN CABARAN MASA DEPAN
PENSYARAH : PUAN HALIDAH BINTI MOHD JEDI

Antara cabaran dan isu dalam menjalankan peranan agensi dalam menguruskan industri halal
di Malaysia adalah memberikan kefaham kepada semua golongan masyarakat. Peranan agensi
seharusnya memberikan penerangan kepada masyarakat agar mereka mengetahui berkaitan
dengan usaha dalam membangunkan dan menaikkan taraf kualiti hub industri halal di Malaysia.
Perkara ini menjadi lebih mencabar apabila masyarakat Malaysia tidak prihatin dan
menunjukkan sikap tidak endah kepada pembangunan industri halal. Malah ada segelintir
masyarakat yang tidak bertauliah memperlekehkan usaha agensi itu sendiri. Maka, pihak
penguatkuasa harus memainkan peranan dalam mengatasi isu ini.

Selain itu adalah penggunaan sijil halal yang palsu. Ini merupakan salah satu isu hangat
dan cabaran kepada agensi halal di Malaysia. Kita ketahui bahawa terdapat banyak produk
yang memberanikan diri untuk menggunakan pensijilan halal yang palsu bagi keuntungan
mereka dalam perniagaan. Kebanyakkan pengedar yang menggunakan taktik ini adalah dari
orang bukan islam. Mereka menggunakan taktik ini untuk menarik minat pelanggan untuk
membeli dan mencuba produk mereka walaupun ia tidak mendapatkan sijil halal yang sah dari
pihak sepatutnya. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan berilmu, kita harus mengetahui
reka bentuk dan lukisan halal yang disahkan. Sekiranya kita tidak mengetahui reka bentuk
sebenarnya, maka kita akan terjerumus dalam menggunakan produk yang tidak halal. Agensi
harus membuat penekanan dalam isu bagi mengelakkan masyarakat terpedaya dengan taktik
kotor ini.

Anda mungkin juga menyukai