Anda di halaman 1dari 28

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

SEMESTER MAY 2021

OUMM3203

ETIKA PROFESIONAL

NO. MATRIKULASI : 941216045166001


NO. KAD PENGENALAN : 941216045166
NO. TELEFON : 0137545103
E-MEL : mawarnizam14@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM MELAKA LEARNING CENTRE


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK
TIDAK dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open
University Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat
APENDIKS.

1
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN ETIKA 4-7

LATAR BELAKANG MASALAH ETIKA 8-10

KLASIFAKASI MASALAH ETIKA 10-11

DALAM PENGURUSAN

ANALISIS TENTANG MASALAH 11-16

ETIKA

CARA-CARA YANG DISYORKAN 17-21

UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH

ETIKA

KESIMPULAN 21-22

RUJUKAN 23-25

2
PENGENALAN ETIKA

Dalam era globalisasi masa kini, seseorang yang ingin  berjaya dalam apa jua bidang
sekali pun perlulah mempunyai ciri-ciri seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab,
amanah, ikhlas dan nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni ini akan membentuk etika
seseorang individu tersebut.
            Apa yang dimaksudkan dengan etika?. Istilah Etika atau ethic adalah berasal
daripada perkata greek ‘ethos‘ yang bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut
pengertian Kamus Dewan (1995) terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka etika bermaksud
satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut pengertian dari
sudut Islam pula , etika adalah akhlak. Ianya merujuk kepada tingkah laku yang baik
yang dituntut syarak. Umumnya etika boleh didefinisikan sebagai prinsip tingkah laku
individu yang diterima dari segi moral. Etika juga bermaksud kepercayaan peribadi
seseorang individu tentang kelakuan yang baik dan buruk.
Terdapat tiga implikasi yang perlu diberi pertimbangan lanjut iaitu:
(a) Etika didefinisikan oleh individu. Hanya orang sahaja mempunyai etika,sedangkan
organisasi tidak mempunyai etika;
(b) Apa yang membentuk kelakuan beretika boleh berbeza antara seorang dengan yang
lain;
(c) Etika bersifat relatif; ia bukan mutlak. Ini bermaksud bahawa walaupun sesuatu
kelakuan itu dianggap beretika mengikut kaca mata orang yang melihat, ia biasanya perlu
akur kepada norma-norma sosial yang diterima umum.

Etika Perniagaan
Secara umumnya etika merujuk kepada tanggapan baik atau buruk (Lawrence
dan Weber, 2011). Bagaimana pula dengan etika perniagaan?
Etika perniagaan merujuk kepada aplikasi nilai dan idea terhadap isu-isuyang timbul
dalam konteks perniagaan.

Sedarkah anda bahawa etika perniagaan ini tidak banyak bezanya dengan tanggapan etika
umum? Sebagai contoh, jika kita menganggap berbohong itu sebagai tidak beretika, maka

3
sesiapa yang berbohong kepada pihak berkepentingannya tentang produk atau prestasi
kewangan syarikatnya telah bertindak tanpa etika dalam perniagaan.

Etika Profesional
Etika profesional menunjuk kepada nilai-nilai moral yang dibentuk oleh sekumpulan
orang yang terlatih dalam bidang yang sama untuk mengawaprestasi tugas atau
penggunaan sumber mereka.

Golongan profesional menerapkan peraturan-peraturan dan nilai-nilai budaya profesional


mereka sama seperti menerap nilai masyarakat. Mereka mematuhi secara refleksif
peraturan-peraturan dan nilai-nilai profesional apabila memutuskan bagaimana mereka
harus berkelakuan.Sesetengah organisasi mempunyai banyak kumpulan kakitangan
profesional
(seperti jururawat, peguam, penyelidik, doctor,guru dan akauntan) di mana kelakuan
mereka dikawal oleh etika profesional. Etika profesional membantu membentuk
budaya organisasi dan menetapkan nilai-nilai yang dipakai oleh ahlinya dalam urusan
mereka dengan para pihak berkepentingan. Kebanyakan kumpulan profesional
dibenarkan menguatkuasa piawai etika profesion masing-masing. Malah, kumpulan
profesional (seperti doktor dan peguam) boleh diharamkan daripada menjalankan praktik
mereka jika mereka didapati mencabuli peraturan profesional mereka.

Etika di sini dapat disimpulkan sebagai prinsip-prinsip tingkah laku yang


bertanggungjawab yang menentukan tindakan individu yang boleh di terima dari segi
moral. Setiap individu haruslah mempunyai etika yang dapat diterima oleh pihak
masyarakat. Ketidak seimbangan etika individu sekarang ini banyak membawa kepada
gejala-gejala yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.

4
Masalah etika boleh merebak dan memberi kesan kepada orang lain. Oleh kerana itu
pengurus perlu membuat keputusan dan Tindakan dengan sewajarnya. Faktor-faktor yang
membentuk etika adalah :-
- Pengaruh keluarga
Sedarkah anda bahawa individu mula membentuk piawai etika mereka sejak dari
zaman kanak-kanak lagi? Kanak-kanak membentuk piawai etika mereka apabila
persepsi mereka mula bertindak balas terhadap kelakuan ibu bapa mereka. Kanak-
kanak lebih berkemungkinan akan menerap piawaian etika yang tinggi apabila
mereka melihat ahli keluarga mereka berpegang kepada piawaian yang tinggi
(seperti bercakap benar). Serta menerima ganjaran kerana mengikutinya, dan
dihukum jika ingkar kepada piawaian tersebut. Sebaliknya, jika ahli keluarga
terlibat dengan kelakuan tidak beretika (seperti tidak bercakap benar), dan
membiarkan anak-anak mereka melakukan perkara yang sama, maka kanak-kanak
tersebut berkemungkinan akan membentuk piawaian etika yang lebih rendah.
- Pengaruh Rakan Sebaya
Apabila kanak-kanak memasuki sekolah, mereka dipengaruhi oleh rakan-rakan
sebaya yang berinteraksi dengan mereka setiap hari. Sebagai contoh, jika rakan
sebaya seorang kanak-kanak yang terlibat dengan kegiatan mencuri barangan kedai,
melakukan vandalisme atau menyalahguna dadah, maka kanak-kanak itu mungkin
mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama. Sebaliknya, jika rakan-
rakannya mempunyai piawaian etika yang lebih tinggi dan menolak kelakuan
tersebut, kanak-kanak berkenaan mungkin akan menerap piawaian tinggi ini.
- Pengalaman Hidup
Pelbagai peristiwa positif mahu pun negatif membentuk kehidupan manusia dan
mempengaruhi kepercayaan dan kelakuan etika kita.Peristiwa-peristiwa ini merupakan
sebahagian daripada proses pembesaran dan menjadikan kita lebih matang. Sebagai
contoh, seseorang yang mencuri dan tidak tertangkap tidak akan berasa kesal dan akan
terus mencuri. Walau bagaimanapun, seseorang yang telah tertangkap mungkin berasa
sangat bersalah sehingga mengubah piawaian etikanya dan memastikan dirinya tidak lagi
mencuri pada masa akan datang.
- Nilai dan Moral Peribadi

5
Nilai dan moral juga mempengaruhi piawaian etika seseorang. Sebagai contoh,
seseorang yang menjadikan wang dan kemajuan peribadi sebagai keutamaan
tertingginya akan menyerapkan kod etika peribadi yang bersifat mengejar kekayaan.
Dengan itu, ia akan cuba mendapatkan ganjaran yang diingini dengan tidak
menghiraukan kesannya terhadap orang lain tanpa sebarang belas kasihan.
Sebaliknya, bagi seseorang yang memberi keutamaan kepada keluarganya, dia akan
menyerap suatu piawai etika yang berbeza.
- Faktor Keadaan
Akhir sekali, mari kita lihat faktor keadaan sebagai faktor terakhir dalam
mempengaruhi etika individu. Kadangkala tanpa disangka-sangka,manusia mendapati
diri mereka dalam keadaan yang mendesak mereka bertindak bertentangan dengan
pertimbangan baik mereka. Sebagai contoh, terdapat sesetengah orang yang
melakukan pemalsuanakaun perbelanjaan kerana kesempitan wang. Pernyataan ini
bukan bertujuan untuk mewajarkan ketidakjujuran mereka, tetapi menjelaskan
konteks untuk kita memahami mengapa individu kadangkala boleh berkelakuan tidak
beretika apabila mereka tiada pilihan lain.

Sebagai contoh perlanggaran atau permasaalahan etika yang benar berlaku di Malaysia
adalah gejala rasuah yang kerap berlaku dalam kalangan professional antaranya
polis,peguam atau guru sekolah.  Prinsip etika ini haruslah dipelajari dan diamalkan oleh
setiap individu dalam masyarat dalam apa jua perkara yang dilakukan. Tahap disiplin
yang tinggi dan pemikiran yang positif berjaya menjadikan seseorang individu itu
menjadi seorang yang beretika tinggi.

  Setiap hari kita sering membaca dan mendengar di media tulis atau elektronik berkenaan
dengan jenayah rasuah. Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius dengan
tentang permasalah rasuah kerana sedikit sebanyak akan menjejaskan ekonomi negara.
Menurut badan yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang melibat rasuah Badan
Pencegah Rasuah (BPR), terdapat tujuh takrifan berkenaan dengan suapan antaranya
menerima wang, ganjaran, pangkat dan kedudukan, pembayaran sesuatu yang berharga

6
atau menerima apa-apa jenis perkhidmatan itu adalah dianggap rasuah. Rasuah kini
bukan saja dalam bentuk wang malahan adakalanya berbentuk metial dan sebagainya.

 Dalam masyarakat tempatan telah wujud beberapa simpulan bahasa yang memberi
makna rasuah seperti “tumbuk rusuk” dan “makan suap”. Sejajar dengan perubahan masa
dan peredaran zaman, istilah-istilah baru telah digunakan bagi menggambarkan
pengertian rasuah seperti “wang kopi”, “undercounter payment” dan “duit pelincir.”
Tidak dinafikan rasuah banyak mempengaruhi budaya dan mencemar adat masyakat pada
masa kini.

            Kesimpulanya golongan saintis sosial berangapan pengenalan tentang rasuah dan
pendidikan berkenaan dengannya haruslah diterapkan semasa individu berada di alam
persekolah dan ianya akan berpanjangan sehinggalah memasuki alam perkerjaan

7
LATAR BELAKANG MASALAH ETIKA YANG BERLAKU DI MALAYSIA

Tertuduh (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas
tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6,918.
Sumber : Berita Harian

KUANTAN - Guru besar di sebuah sekolah rendah di Cameron Hinglands didakwa di


Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah
RM6,918 pada dua tahun lalu.
Tertuduh, Sahrum Ayumi Yusoff, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap
kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Tertuduh yang menetap di Mersing didakwa dengan tiga tuduhan iaitu sebagai guru besar
di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata, Cameron Hinglands telah mendapatkan dirinya suatu

8
benda berharga dengan tiada balasan iaitu wang berjumlah RM6,918 daripada Zainal
Muhammad melalui akaun Maybank milik tertuduh.
Suapan itu didakwa diterima tertuduh sebagai imbuhan untuk kelulusan tender
pembekalan makanan di sekolah itu yang diketahui ada hubungan rasmi dengan tugasnya.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan oleh tertuduh di Maybank Islamik Berhad


cawangan Kuala Rompin, No 21 dan 22 Jalan Utama, Bandar Rompin, antara 16 Ogos
hingga 17 Disember 2018.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun atau dengan denda atau
kedua- duanya sekali, jika dapati bersalah.
Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Siti Sarah Zainal Abiddin menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang
penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar ikat jamin
dikurangkan atas alasan isteri tidak bekerja dan seorang anaknya masih bersekolah serta
mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang
penjamin.
Keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran
boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap masyarakat
jika kita menyentuh tentang pendapat atau sudut etika. Keputusan yang dilakukan boleh
mempunyai kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang
berada dalam organisasi terbabit atau dalam sesebuah masyarakat. Kesan- kesan tersebut
adalah di luar kawalan mereka. Oleh yang demikian, para pengurus atau pentadbir
sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau kesan hasil keputusan yang bakal
mereka lakukan sebelum bertindak. Contoh sebuah keputusan etika yang mempunyai
akibat yang berpanjangan ialah:-
a. Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaan

9
b. Pencemaran makanan mengakibatkan kesihatan terancam

c. Produk-produk yang tidak selamat mengancam orang ramai Dalam kes Sahrum Ayumi

yang mengambil rasuah dalam pembekalan makanan kemungkinan pihak sekolah akan

dapat produk pemakanan yang tidak selamat untuk pelajar sekali gus boleh mengancam

nyawa pelajar.

Sebaliknya jika guur besar tersebut tidak menerima rasuah tersebut , perkara perkara

yang tidak diigini tidak akan berlaku seperti pelajar akan mendapat makanan yang sihat

dan tidak tercemar disebabkan tiada penyelewangan berlaku dan juga proses undag-

undang tidak berlaku yang boleh menyebabkan banyak pihk terlibat.

3 CIRI MASALAH ETIKA BERKAITAN ARTIKEL DI ATAS ‘

Sebagian masalah etika dalam pengurusan yang boleh dikaitkan dalan gejalan rasuah

seperti artikel di atas ialah :

- Paras Harga

Harga dilihat sebagai suatu keputusan ekonomi yang berdasarkan kos dan
permintaan. Turun naik harga barangan adalah masalah asas ekonomi tetapi ia
memberikan impak kepada masyarakat. Harga sering kali ditentukan oleh permintaan
pasaran. Harga yang tinggi akan membuatkan ada orang yang tidak mampu
memilikinya. Peningkatan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi
kesan kepada pengguna apabila amalan rasuah berlaku dalam dunia perniagaan,
peniaga-peniaga biasanya akan memindahkan kos memberi rasuah kepada para
pengguna dengan cara menaikkan harga barang dan perkhidmatan kerana iainya
dianggap kos modal.
- Kelemahan Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi.

10
Kepimpinan yang lemah seperti kurang penyeliaan, tiada pemantauan, tidak efisyen
dan gagal mematuhi prosidur-prosidur yang telah ditetapkan sering mendedah sesuatu
organisasi terdedah kepada penyelewengan dan berakhir dengan rasuah. Amalan pilih
kasih, pilih parti dan apa jua pertimbangan yang bertentangan dan amalan tadbir urus
bersih, telus dan berintegriti akan hanya menjurus kepada kegagalan dalam sistem
penyampaian oleh kerajaan sehinggakan amalan rasuah akan bermaharajalela.
- Sosial dan budaya
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk
wang dan kebendaan sempena menyambut hari-hari kebesaran, hari perayaan, majlis
hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan
kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok
atau diumpan tanpa disedari.6 Ia adalah suatu budaya yang jelek di mata masyarakat
tetapi tiada siapa yang berani atau bersedia untuk menegur dan memperbetulkan
keadaan. Dengan demikian, dalam masyarakat pelbagai bangsa, kaum dan budaya,
perbuatan rasuah boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar kerana faktor
amalan budaya atau adat.

ANALISI MASALAH ETIKA YANG TELAH DIKENAL PASTI

Bagaimanakah car akita menguruskn masalah-masalah yang berkaitan dengan etika


dalam pengurusan ? Namun keputusan-keputusan etika adalah lebih sukar untuk
dibuat apabila seseorang itu terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan.
Keputusan etika bukanlah pilihan antara betul atau salah yang mudah dibuat. Ia
merupakan suatu pertimbangan kompleks untuk mengimbangi prestasi ekonomi
sesebuah organisasi dengan prestasi sosialnya. Keseimbangan ini perlu wujud.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk mewujudkan keseimbangan ini? Kita boleh
mencapainya melalui tiga kaedah analisis yang relevan bagi menyelesaikan
dilema etika dalam pengurusan (Rajah 3.2).

11
Analisis Ekonomi
Mereka ynag terlibat dan didapati bersalah akan kehilangan pekerjaan dan
kepercayaan masyarakat terhadapnya dan menerima hukuman penjara. Ahli keluarga
hidup salam kesusahan kerana tiada tempat bergantung. Pesalah serta keluarganya
juga mengalami gangguan emosi dan psikologi. Kajian yang telah dijalankan oleh
SPRM ke atas orang-orang yang pernah ditangkap dan dihukum kerana rasuah
mendapati bahawa pesalah-pesalah rasuah telah mengalami tekanan
jiwa,malu,terhina,menjadi sensitive,kebebasan tergugat serta pergaulan social yang
terhad. Satu lagi kesan yang dirasai ialah bilamana mengalami kerugian wang yang
banyak kerana terpaksa membayar khidmat peguambela sehingga ada yang terpaksa
bergadai harta benda.
Analisis Undang-undang
Pesalah selalunya tidak takut akan undangundang yang ada kerana sifat tamak mereka
telah menguasai diri. Lazimnya golongan yang kaya mempunyai sumber kewangan
yang banyak untuk mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat oleh pegawai
kerajaan, lalu membolehkan mereka memperoleh lebih banyak peluang yang
ditawarkan oleh kerajaan, walaupun kadangkala mereka tidak berhak
mendapatkannya dan ia salah disisi undang-undang. Rasuah kepada mereka
merupakan satu jambatan untuk mengaut lebih banyak keistimewaan dan
menambahkan kekayaan. Keadaan ini akan menimbulkan ketidakadilan sosial yang
akhirnya akan menjejaskan integrasi nasional mencabul undang-undang negara.
Rasuah yang melanda di dalam sesebuah negara juga akan menggalakan jenayah dan
melindungi para penjenayah. Undang-undang yang diwujudkan adalah untuk

12
melindungi rakyat dari jenayah dan untuk menghukum penjenayah-penjenayah.
Sekiranya pegawaipegawai yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-
undang tidak menjalankan tanggungjawabnya kerana sanggup menerima rasuah,
maka penjenayah-penjenayah akan terlepas kerana tidak diambil tindakan
undangundang. Keadaan ini seterusnya akan menggalakkan lagi mereka untuk
melakukan jenayah kerana mereka tahu untuk melepaskan diri.

Analisis Etika
Kesan rasuah juga dapat menjejaskan kecekapan dan kelicinan pentadbiran. Apabila
seseorang pekerja itu telah biasa disogokkan supaya mempercepatkan sesuatu kerja,
maka ia akan dengan sengaja melambatlambatkan pengendalian tugas-tugasnya
kerana megharapkan untuk memperoleh lagi “speed money”. Lebih banyak sogokan,
lebih istimewa pula layanan serta tumpuan yang diberikan. Keadaan ini sudah tentu
menjejaskan moral, etika perkhidmatan, kecekapan dan prestasi kerja dalam sesebuah
jabatan. Akhirnya juga akan menjejaskan keseluruhan imej dan keutuhan jabatan
tersebut.

Apakah punca utama penjawat awam menglibatkan diri dalam rasuah ? Sejak sekian lama
gaji rendah dikaitkan sebagai faktor utama rasuah di kalangan penjawat awam, malah
sesetengah pihak menggesa kerajaan supaya mengkaji semula gaji di sektor berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)


Azam Baki berkata, gaji rendah bukan faktor menyumbang kepada rasuah dan salah guna
kuasa. 

Sebaliknya katanya, ketamakan dan kekurangan integriti serta lemah iman mendorong
segelintir penjawat awam menerima rasuah.

Azam, yang berkhidmat dengan SPRM selama 37 tahun, membuat kesimpulan itu
berdasarkan trend pegawai berpangkat tinggi yang ditahan dalam pelbagai operasi
penguatkuasaan. Ini termasuk isu melibatkan kartel monopoli tender yang menyaksikan
penahanan pegawai tinggi kerajaan dari gred JUSA B dan C baru-baru ini.

13
"Dalam kes-kes rasuah rasuah ni, sepanjang pengalaman kami, boleh dikatakan hampir
semua bukan kerana mereka lakukan kesalahan  akibat desakan hidup.

"Ini lebih kepada ketamakan dan juga kurang iman, dan juga berlaku peluang dan ruang
(untuk melakukan rasuah)," kata Azam dalam wawancara bersama stesen TV Alhijrah
semalam.

"Jadi saya nak balik kepada soalan tadi, adakah (rasuah berlaku) kerana gaji? Jawapannya
tidak.

"Bagaimana pula mereka yang berpengaruh? Nanti ada kes yang saya akan umum dalam
tempoh mungkin seminggu dua nanti, yang mereka ni bukan gaji tak cukup, dah kaya
raya dah, apa lagi yang dia nak? Tamak, simple answer, kerana ni berkaitan dengan nilai
diri dia," katanya.

Di antara punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam
adalah kecenderungan mereka untuk:

- Mempunyai gaya hidup di luar kemampuan

Sosial dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah
dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut harihari kebesaran hari perayaan,
majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi
kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta,
disogok atau diumpan tanpa disedari.

- Sikap tamak dan haloba

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan


kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah

14
seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang
terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-
banyaknya.Sikap tamak yang mahu cepat kaya tanpa usaha menguasai.

- Wujudnya ruang dan peluang untuk melakukan perbuatan rasuah

Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi yang lemah menyebabkan


kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka
kepada penyelewengan khususnya rasuah.

- Tahap intergriti yang rendah di kalangan pegawai yang terbabit

Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai


murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang
menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah.

- Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa

Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undangundang, tetapi
dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori
“Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka
mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”.

KESAN-KESAN RASUAH

Kesan rahsuah terhadap individu dan keluarga

- Reputasi jatuh dan dipandang hina oleh masyarakat.

- Hilang kepercayaan

- Hidup tertekan

- Hilang keluarga dan rakan

15
Kesan rasuah kepada jabatan/organisasi

- Perkhidmatan menjadi tidak cekap

- Sistem, prosedur, dan peraturan menjadi tidak berkesan.

- Wujud ketidakadilan dalam perkhidmatan

- Hilang kepercayaan orang awam/pelanggan

- Merosakkan imej jabatan/organisasi.

Kesan rasuah kepada ekonomi Negara

- Meluaskan jurang perbezaan kaya dan miskin

- Pelabur luar akan tidak berani untuk melabur di negara kita.

- Menaikkan kos dan harga barangan

- Mengurangkan hasil kerajaan melalui cukai dan lain-lain

- Kekayaan negara akan mengalir keluar negara secara haram.

Kesan rasuah kepada keselamatan Negara

- Kemasukan senjata api, dadah, judi, pelacuran dan anasir subversif

- Melindungi penjenayah

- Menghasilkan bangunan dan infrastruktur yang tidak bermutu dan bahaya.

- Merosakan eko-sistem negara.

- Boleh menyebabkan berlaku pergolakan sosial/rusuhan akibat tidak puas hati


dengan kerajaan (seperti di Indonesia)

16
PENGESYORAN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ETIKA

I) Agama

Jenayah rasuah telah wujud sejak zaman berzaman. Pelbagai usaha dilakukan untuk
menangani gejala rasuah samada dalam aspek agama, undang -undang, pencegahan dan
hukuman. Namun realitinya usaha tersebut belum menampakkan hasil ianya dapat
dihapuskan. Antara usaha t ersebut ialah: i. Agama Hukum Islam terhadap pemberi
rasuah dan penerima rasuah adalah jelas iaitu haram. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut:

Hadis Rasulullah saw “Pemberi rasuah dan penerima rasuah masuk neraka”

Hadis riwayat Abu Daud “Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk memegang
sesuatu jawatan atau kerja dan kami telah tetapkan pendapatannya atau gaji maka
apabila ia mengambil lebih dari apa yang ditetapkan itu dikira sebagai satu penipuan
dan rasuah.”

Dan janganlah kamu makan (atau mengamb il) harta (orang-orang lain) di antara kamu
dengan jalan yang salah, dan jangan kamu pula menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian
dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu m engetahui (salahnya) (al
Baqarah: 188)

Ini menunjukkan bahawa rasuah bukanlah kesalahan dekad ini sahaja sebaliknya adalah
jenayah yang telah wujud sejak zaman Baginda saw lagi. Meskipun hukum pengharaman
rasuah telah jelas di dalam al Quran dan al Sunnah . Namun masih terdapat perlakuan
jenayah tersebut terutamanya di kalangan umat Islam.

ii) Akta Mencegah Rasuah

17
Ia dikenali sebagai Akta Mencegah Rasuah 1961, Akta 57. Hukuman bagi pesalah
rasuah yang disabitkan ialah denda tidak lebih RM 10 000 atau penjara tidak lebih 5
tahun atau kedua -duanya.(AMR 1961, Disemak 1971) Walaubagaimanapun hukuman
tersebut dipertingkatkan kepada penjara tidak kurang daripada 14 hari dan maksimum 20
tahun penjara; dan denda lima kali ganda nilai suapan yang diterima atau RM 10 000
yang mana lebih tinggi. (AMR 1997) Hukuman jenayah rasuah dipertingkatkan dari
tahun 1961 hingga yang terbaru tahun 1997. Namun pertambahan kes-kes rasuah masih
lagi berlaku termasuklah kes-kes yang digelar “ikan besar” oleh media.

iii) Badan Pencegah Rasuah

Agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk membendung dan menangani rasuah.


Usaha awal dimulakan sejak 1958 lagi oleh Shah Nazir Alam iaitu Ketua Polis Pakistan
sehinggalah BPR akhirnya ditubuhkan pada 1967. Shah Nazir telah ditangkap di
negaranya atas kesalahan rasuah juga (Ahmad Zaki Hj Husin: 2001) Pada 1973 BPR
ditukar kepada BSN (Biro Siasatan Negara) bagi memberi kuasa yang lebih luas kepada
Biro. Akhirnya ia ditukar kembali kepada BPR sehinggalah kini. Oleh itu, usia BPR telah
melebihi 4 0 tahun dalam usaha membendung dan menangani rasuah di negara ini.
Walaubagaimanapun, wujud persepsi negatif terhadap BPR meskipun telah cuba
melaksanakan tanggungjawab sebaiknya. Contohnya, penguatkuasaan secara pilihan
(selective enforcement) iaitu hanya ikan bilis ditangkap atau dikenakan tindakan tetapi
ikan jerung terlepas. (Ahmad Zaki Hj Hussien: 2001) Persoalannya, pencegahan jenayah
rasuah tidak boleh disandarkan kepada BPR semata -mata kerana jenayah tersebut masih
berleluasa di dalam masyarakat. J usteru pendidikan awal dan budaya anti rasuah di
kalangan rakyat mesti diwujudkan.

iv) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)

Ia bertujuan mendidik dan membenteng diri penjawat awam daripada jenayah rasuah.
Melaluinya integriti dan akauntabiliti personel awam cuba diwujudkan dan secara tidak
langsung dapat menghindari amalan rasuah.

MEWUJUDKAN BUDAYA “KATAKAN TIDAK KEPADA RASUAH”


18
Persepsi sebeginilah yang mesti diwujudkan dalam diri setiap masyarakat bagi
membudayakan “Katakan Tidak Kepada Rasuah”. Meskipun ajaran agama telah
mengharamkan rasuah, undang-undang yang tegas dan badan khas ditubuhkan untuk
membanteras rasuah. Namun perlakuan jenayah ini kian meningkat. Persoalannya,
kenapa? 7 Berbalik kepada jenayah rasuah ianya bukan sesua tu yang mudah untuk di
atasi meskipun hukuman berat dilaksanakan. Mengambil contoh masalah lain seperti
dadah, walaupun hukuman mati mandatori dikenakan ia tetap berleluasa.

Bahkan pengisytiharan Datuk Seri Abdullah Badawi ketika menjawat jawatan Timbala n
Perdana Menteri bahawa 2003 sebagai tahun sifar dadah hanya tinggal slogan sahaja.
Justeru itu, kertas kerja ini cuba mencadangkan ke arah mewujudkan budaya “Katakan
Tidak Kepada Rasuah” antaranya ialah melalui:

i. Individu

ii. Ibu bapa

i. Individu

Faktor dalaman individu adalah penyebab utama berlakunya jenayah rasuah.


Sesuatu masalah tidak akan terjadi seandainya seseorang boleh berfikir dan
bertindak secara rasional. Faktor utama ialah nilai dalam diri individu itu sendiri.
Setiap perbuatan yang kita l akukan akan didahului dengan niat. Sama ada sedar
atau tidak, perbuatan harian kita semuanya bermula dengan niat. Daripada Umar
bin Al-Khatab, Rasullah pernah bersabda, yang bermaksud, Amalan itu mesti ada
niat, dan bahawasanya bagi setiap orang apa yang diniatkannya. (Syed Ahmad,
1994). Syed Ahmad (1994) juga telah menegaskan, niat yang baik adalah asas
bagi setiap amalan kepada Allah, sebab amalan tanpa niat yang baik, tidak akan
diterima oleh Allah. Manakala amalan dengan niat yang jahat akan dimurk ai

19
oleh Allah. Itulah pokok lintasan hati yang terbit daripadanya segala gerak -geri
dan kelakuan manusia. Jelasnya di sini penulis menyatakan niat adalah amalan
penting dalam kehidupan harian manusia. Melalui niat yang baik dan tulus,
segala sogokan rasuah tidak dapat mengaburi individu untuk melakukan rasuah.
Selain itu, niat juga dilihat menentukan gerak-geri manusia dalam aktiviti harian
mereka. Syed Ahmad (1994), juga menyatakan dalam menerangkan maksud niat
yang baik, karektor individu dan sifat manusia akan menunjukan sesuatu yang
menakjubkan sama ada dalam amalan terhadap Tuhan ataupun hubungan sesama
manusia bahkan terhadap diri sendiri. Oleh itu, sebagai manusia kita perlulah
merenung, memberi perhatian dan mengambil teladan ke atas setiap ni at dan
tindakan yang dilakukan seharian kerana niatlah yang membentuk aktiviti harian
kita sama ada yang disedari ataupun tidak. Sebagai contoh, jika kita berniat
mencari rezeki yang halal, nescaya kita tidak akan terjerumus ke dalam sumber-
sumber rezeki yang haram seperti rasuah.

ii. Ibu Bapa

Seterusnya penulis menyarankan agar budaya menolak rasuah perlu di asuh dan
ditanam kepada anak-anak sejak kecil lagi. Di sini peranan ibu dan bapa amatlah
penting bagi mewujudkan budaya “Katakan Tidak Kepada Rasuah”. Anak yang
baru dilahirkan ibarat kain putih dan ibu bapalah yang bertanggungjawab
mencorakkan perilaku anak mereka. Oleh sebab itu, selain benteng diri setiap
individu dapat mengelakkan perbuatan rasuah. Didikan ibu bapa juga antara
langkah yang berkesan dapat diterapkan dikalangan masya rakat bagi
mengurangkan masalah ini. Dari segi konsepnya, ibu bapa selalu dirujuk sebagai
manusia yang mempunyai anak. Walaupun secara keseluruhannya, perkataan ini
digunapakai sejak zaman Adam a.s dan Hawa a.s lagi, tetapi maksudnya secara
tepat mungkin masih kabur sehingga kini. Tetapi, menurut Hamner (2001), ibu
bapa bermaksud seseorang yang bertanggungjawab terhadap anak biologinya.
Manakala menurut kamus dewan edisi tiga (2002), ibu bapa bermaksud orang tua

20
yakni emak dan ayah. Selain itu menurut Hammer and Turner, (2001), The term
“parent” comes from the words parens, meaning “give birth”. Oleh itu, secara
jelasnya, ibu bapa merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap anak -
anak mereka. 12 Tanggunggung jawab terhadap anak bukan sahaja terhada p
anak kandung malahan terhadap anak angkat selagi anak tersebut di bawah
jagaan kedua ibu bapa.

Sehubungan itu, kesedaran ibu bapa adalah perlu dalam menghakis amalan
rasuah dalam masyarakat. Salah satu yang boleh dilakukan ialah:

i. Berusaha mencari rezeki dari sumber halal untuk keluarga dan mengela
kkan daripada amalan rasuah.

ii. Makanan dari sumber haram yang dimakan anak -anak akan menjadi
darah daging (hati). Akhirnya melahirkan anak-anak dan keturunan yang rendah
akhlak, peribadi dan sebagainya.

Kesimpulan

Jenayah rasuah telah wujud sejak zaman Ra sulullah SAW lagi sehingga hari ini.
Namun demikian, bukan bererti rasuah tidak dapat diatasi oleh masyarakat.
Hukum pengharaman telah jelas di dalam al Quran dan al Sunnah, agen
pencegahan telah ditubuhkan dan undang-undang yang tegas telah pun
dikuatkuas akan. Namun untuk menghapuskan amalan rasuah sama sekali
bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan. Justeru itu, penulis mengesyorkan
agar budaya “Katakan Tidak” kepada rasuah dilaksanakan dalam masyarakat.
pengajaran dan latihan etika tidak cukup sebaliknya perlu di terapkan secara

21
bijaksana selaras dengan perkembangan globalisasi melalui pendekatan yang
kreatif dan menarik . Usaha sama antara jabatan dan badan-badan
penguatkuasaan dan undang-undang perlu diterusan secara terangcang.
Pembelajaran dan latihan etika perlu dirancang dan disampaikan secara menarik
dan berkesan. Pendidikan dan latihan dalam etika sememangnya diperlukan
dalam menangani segala bentuk pelanggaran etika seperti amalan rasuah ini.
Malah,ilmu pendidikan ini juga perlu dilaksanakan seawal mungkin kerana lebih
awal nilai-nilai itu diterapkan lebih hasil yang akan diterima. Ia diperlukan
kerana rasuah ini memberikan pelbagai kesan negatif, malahan mampu
meruntuhkan negara dan juga sesebuah organisasi. Diharapkan apabila modal
insan yang dihasilkan beretika maka hasrat negara dalam membangunkan negara
ke arah negara maju akan terlaksana. Seseorang yang beretika tidak akan
mengamalkan perbuatan yang menyalahi etika seperti perbuatan menerima atau
memberi rasuah dan seterusnya akan mendapat segala yang dikehendakinya dan
juga yang dihasratkan. Sesungguhnya, sebaik-baik pekerjaan ialah ikhlas dalam
mencari keredaan-Nya, diperoleh dari hasil usaha sendiri dan tidak mengkhianati
orang lain. Sesungguhnya, usaha inu adalah permulaan sebuah era baru dalam
sejarah negara untuk memerangi rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk
penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara ini dikenali dan diiktiraf sebagai
negara paling bersih di dunia. Sehubungan itu, peranan setiap individu dan ibu
bapa dilihat suatu yang amat berkesan dalam mewujudkan budaya menolak
rasuah dalam kehidupan masyarakat. Wallahualam Bi Sawab.

22
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Nama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/70841/EDISI/Pahang/Guru-


besar-didakwa-terima-rasuah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.malaysiakini.com/news/570749

Abdul Karim ali dan Raihanah Hj Azahari, 1999, Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat
Malaysia Yang Membangun, Khairom Ilmu Enterprise, Selangor.

Abdur Rahman I. Doi. (1995). Undang-undang Syariah. Rohani Abdul Rahim (ter).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Sarji abdul Hamid (1994), Perkhidmatan Awam Malaysia Satu Peralihan
Paradigma, Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur.

Ainon Mohd dan Abdullah hassan, 1996, Belajar Berfikir, Teknik Menajamkan Daya
Fikir, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Al Quran dan Terjemahan.


Belkin, G.S, 1982, Psychology of Adjustment, Stanley Nass, US.

Dan, J, 2002, Progress Against Corruption, Futurist, Vol. 36 Issue 2.

DBP, Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

23
Fariza Md Sham, Sulaiman Ibrahim, Ideris Endot (2000 ). Dakwah dan Perubahan Sosial.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Hammer, T.J and Turner, P.H, 2001, Parenting In Contemporary Society, Fourth Edition,
Allyn and Bacon, Singapura. 15

Iman Ahmad Ar-Rifa‟I, terjemahan Syed Ahmad Semait, 1994, Benting Diri Hakikat
Dalam Makrifat Kepada Allah, Pustaka Nasional PTE LTD, Singapura.
K.H. Abdurrahman Arroisi, 1986, Keberadaan Manusia di Muka Bumi, CV Rosda,
Bandung.

Mingguan Malaysia, 29 Disember 2002, Tekan Pendidikan Cegah Rasuah di Peringkat


Awal, Norlizah Abas.

Ny. Gurnasa, Y.S dan GunarsaS.D, 1982, Psikologi Untuk Keluarga, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur.

Osman ali, Hanafiah Mohd Salleh dan rakan -rakan, 1997, Isu-isu Kesihatan Masyarakat,
UKM, Bangi.

Quah, Jon S.T, 1999, Corruption in Asian Countries: Can It Be Minimized? Public
Administration Review, Vol. 59 Issues 6.

Syed Hussein Alatas, 1980, The Sociology of Corruption, Times Book Intyernational,
Singapura.

Toameh, Khaled Abu, Defner and Larry, A State of Corruption. U.S. News & world
Report, Vol. 133 Issue 1.

Utuasan Malaysia, 26 Ogos 2000, Rasuah: Sifat Tamak dan Bukan Kerana Bergaji
Rendah.

24
Webb, R. and Tossell, 1999, Social Issues For Carers, Towards Positive Practice, Arnold,
London.

Zulkifli Idris, Kertas Kerja:Seminar Kebangsaan Kerajaan Tempatan 98’ Ke arah


Pemantapan Keutuhan Pengurusan PBT, Anjuran bersama INTAN dengan kerjasama
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Profesional-etika [blog post] Retrieved from : www.scribd.com

(2012,12). Punca-punca-dan-kesan-kesan-gejala-rasuah [blog post] Retrieved from :


www.eddydogol.blogspot.com
(2013,Jan) Etika Professional [blog post] Retrieved from :
www.kemayangambai.blogspot.com

25
ATTACHMENT

REFERENCES

Author’s name (year). Book, Title, Publication

26
27

Anda mungkin juga menyukai