Anda di halaman 1dari 11

CABARAN KEMAHIRAN

BOLA JARING 2021

KATEGORI
BAWAH 12 TAHUN
LAYOUT UKURAN GELANGGANG
AKTIVITI 1 – POGO JUMP

1. Pemain berdiri pada garisan permulaan (rujuk rajah).


2. Pemain melakukan aktiviti “Pogo Jump” melepasi dari 1 hingga 5 dan berpatah
balik ke permulaan dari 5 hingga 1.
3. Setelah selesai, terus ke aktiviti 2.
4. Rujuk video yang disertakan.

Alatan yang diperlukan:


1. Masking tape (45 cm)
AKTIVITI 2 – TWIST AROUND BODY
1. Pegang bola di satu tangan dan hantarkan ke
tangan yang lain di sekitar kawasan pinggang di
hadapan badan. Kemudian bawa bola kembali
dengan satu tangan dan hantarkan ke tangan
yang lain di bahagian belakang badan di sekitar
kawasan pinggang.
2. Bola perlu mengelilingi badan tetapi tidak boleh
menyentuh mana-mana bahagian badan.
3. Perlakuan ini dilakukan sebanyak 5 kali ke kiri
dan 5 kali ke kanan.
4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 3
5. Rujuk Video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5
AKTIVITI 3 – CHEST PASS

1. Pemain akan melakukan hantaran aras dada dari jarak 2m ke dinding.


2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki
di belakang.
3. Lakukan hantaran aras dada sebanyak 10 kali.
4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 4.
5. Rujuk Video yang disertakan.

Alatan yang diperlukan:


1. Bola saiz 5
AKTIVITI 4 – ‘S’ RUN

1. Larian dimulakan di belakang garisan permulaan seperti yang ditunjukkan dalam


rajah di atas.
2. Mulakan dari garis permulaan pada baris 1 hingga baris 5.
3. Kembali ke garis permulaan dengan lakuan yang sama iaitu dari 5 ke 1.
4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 5.
5. Rujuk Video yang disertakan.

Alatan yang dperlukan:

1. Masking tape (45 cm)


AKTIVITI 5 – ROUND THE KNEE
1. Pemain berdiri dengan kedua-dua kaki dirapatkan
dan lutut dibengkokkan sedikit di garisan
permulaan aktiviti 4.
2. Pegang bola di satu tangan dan hantarkan ke
tangan yang lain di sekitar kawasan lutut di
hadapan kaki. Kemudian bawa bola kembali dengan
satu tangan dan hantarkan ke tangan yang lain di
bahagian belakang kaki di sekitar kawasan lutut.
3. Bola akan dilalukan di sekitar lutut secara putaran.
4. Bola tidak boleh menyentuh lutut.
5. 5 kali berpusing dari sebelah kanan dan 5 kali dari
sebelah kiri.
6. Teruskan ke aktiviti 6
7. Rujuk Video yang disertakan.

Alatan yang diperlukan:


1. Bola saiz 5
AKTIVITI 6 – SHOULDER PASS

1. Pemain akan melakukan hantaran aras BAHU dari jarak 2 m ke dinding.


2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki
di belakang.
3. Lakukan hantaran aras bahu sebanyak 5 kali menggunakan tangan kanan dan
seterusnya 5 kali lagi menggunakan tangan kiri
4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 7.
5. Rujuk Video yang disertakan.

Alatan yang diperlukan:


1. Bola saiz 5
2, Masking tape
AKTIVITI 7 – SIDE POGO JUMP

1. Pemain berdiri pada garisan permulaan (rujuk rajah).


2. Pemain melakukan aktiviti “ Side Pogo Jump” melepasi dari 1 hingga 5 dan berpatah
balik ke permulaan dari 5 hingga 1.
3. Setelah selesai, terus ke aktiviti 8.
4. Rujuk video yang disertakan.

Alatan yang diperlukan:


1. Masking tape (45 cm)
AKTIVITI 8 – OVERHEAD PASS

1. Pemain akan melakukan hantaran atas kepala dari jarak 2 m ke dinding.


2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki
di belakang.
3. Lakukan hantaran atas kepala sebanyak 10 kali.
4. Masa akan diberhentikan apabila hantaran bola terakhir menyentuh dinding.
5. Rujuk Video yang disertakan.

Alatan yang diperlukan:


1. Bola saiz 5
2, Masking tape

Anda mungkin juga menyukai