KATEGORI BAWAH 12 TAHUN LAYOUT UKURAN GELANGGANG AKTIVITI 1 – POGO JUMP
1. Pemain berdiri pada garisan permulaan (rujuk rajah).
2. Pemain melakukan aktiviti “Pogo Jump” melepasi dari 1 hingga 5 dan berpatah balik ke permulaan dari 5 hingga 1. 3. Setelah selesai, terus ke aktiviti 2. 4. Rujuk video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Masking tape (45 cm) AKTIVITI 2 – TWIST AROUND BODY 1. Pegang bola di satu tangan dan hantarkan ke tangan yang lain di sekitar kawasan pinggang di hadapan badan. Kemudian bawa bola kembali dengan satu tangan dan hantarkan ke tangan yang lain di bahagian belakang badan di sekitar kawasan pinggang. 2. Bola perlu mengelilingi badan tetapi tidak boleh menyentuh mana-mana bahagian badan. 3. Perlakuan ini dilakukan sebanyak 5 kali ke kiri dan 5 kali ke kanan. 4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 3 5. Rujuk Video yang disertakan. Alatan yang diperlukan: 1. Bola saiz 5 AKTIVITI 3 – CHEST PASS
1. Pemain akan melakukan hantaran aras dada dari jarak 2m ke dinding.
2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. 3. Lakukan hantaran aras dada sebanyak 10 kali. 4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 4. 5. Rujuk Video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5 AKTIVITI 4 – ‘S’ RUN
1. Larian dimulakan di belakang garisan permulaan seperti yang ditunjukkan dalam
rajah di atas. 2. Mulakan dari garis permulaan pada baris 1 hingga baris 5. 3. Kembali ke garis permulaan dengan lakuan yang sama iaitu dari 5 ke 1. 4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 5. 5. Rujuk Video yang disertakan.
Alatan yang dperlukan:
1. Masking tape (45 cm)
AKTIVITI 5 – ROUND THE KNEE 1. Pemain berdiri dengan kedua-dua kaki dirapatkan dan lutut dibengkokkan sedikit di garisan permulaan aktiviti 4. 2. Pegang bola di satu tangan dan hantarkan ke tangan yang lain di sekitar kawasan lutut di hadapan kaki. Kemudian bawa bola kembali dengan satu tangan dan hantarkan ke tangan yang lain di bahagian belakang kaki di sekitar kawasan lutut. 3. Bola akan dilalukan di sekitar lutut secara putaran. 4. Bola tidak boleh menyentuh lutut. 5. 5 kali berpusing dari sebelah kanan dan 5 kali dari sebelah kiri. 6. Teruskan ke aktiviti 6 7. Rujuk Video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5 AKTIVITI 6 – SHOULDER PASS
1. Pemain akan melakukan hantaran aras BAHU dari jarak 2 m ke dinding.
2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. 3. Lakukan hantaran aras bahu sebanyak 5 kali menggunakan tangan kanan dan seterusnya 5 kali lagi menggunakan tangan kiri 4. Setelah selesai, terus ke aktiviti 7. 5. Rujuk Video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Bola saiz 5 2, Masking tape AKTIVITI 7 – SIDE POGO JUMP
1. Pemain berdiri pada garisan permulaan (rujuk rajah).
2. Pemain melakukan aktiviti “ Side Pogo Jump” melepasi dari 1 hingga 5 dan berpatah balik ke permulaan dari 5 hingga 1. 3. Setelah selesai, terus ke aktiviti 8. 4. Rujuk video yang disertakan.
Alatan yang diperlukan:
1. Masking tape (45 cm) AKTIVITI 8 – OVERHEAD PASS
1. Pemain akan melakukan hantaran atas kepala dari jarak 2 m ke dinding.
2. Pemain perlu berdiri di belakang garisan dengan satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang. 3. Lakukan hantaran atas kepala sebanyak 10 kali. 4. Masa akan diberhentikan apabila hantaran bola terakhir menyentuh dinding. 5. Rujuk Video yang disertakan.