Anda di halaman 1dari 6

TIPS # 5

Realistic goals
Berhenti merokok sekaligus adalah satu pencapaian yang
bagus. Tetapi adakah berhenti merokok secara
berperingkat tidak bagus? Keduanya adalah matlamat
yang sama. Jadi jangan terpengaruh dengan pencapaian
orang lain.

Anda tentukan sendiri matlamat anda berdasarkan


kemampuan diri. Yang lebih penting adalah anda telah
meletakkan sasaran untuk berhenti merokok dan telah
mempunyai perancangan untuk mencapainya.

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 6
small steps
Perjuangan berhenti merokok adalah suatu perjalanan
kendiri, bukan perlumbaan. Dan setiap perjalanan bermula
dengan satu langkah. Langkah kecil yang konsisten
adalah lebih baik daripada tidak melangkah.

Kenalpasti waktu dan jumlah merokok anda, dan


kurangkan salah satu atau kedua-duanya - sedikit demi
sedikit, hari demi hari. Anda akan dapati perjalanan anda
lebih mudah.

Mulakan langkah kecil anda hari ini!

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 7
no excuses
Kenal pasti alasan yang sering anda guna untuk tidak
berhenti merokok.

"Bila dah kurang sibuk nanti baru aku nak try berhenti"
"Bila dah selesai masalah yang buat aku stress ni baru aku
cuba berhenti merokok"

Realitinya tidak akan ada masa yang paling sesuai untuk


berhenti merokok. Akan sentiasa ada alasan untuk anda
menangguhkan usaha berhenti merokok.

Anda perlu sedar bahawa berhenti merokok adalah satu


proses, dan set-backs mungkin berlaku, tetapi ia tidak
sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk berputus asa.

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 8
Avoid triggers
Triggers merujuk kepada situasi, aktiviti atau emosi yang
mempengaruhi anda untuk merokok. Adalah amat penting
untuk anda mengenal pasti triggers anda dalam usaha
anda untuk berhenti merokok. Antara caranya adalah:
Kenal pasti trigger: Fikirkan dan buat senarai yang
anda rasakan akan membuatkan diri anda cenderung
untuk merokok.
Elakkan trigger: Sebagai contoh; jika anda berada
dalam kalangan prokok membuat anda ingin merokok,
elakkan meluangkan masa dengan mereka atau minta
mereka untuk tidak merokok ketika bersama anda.
Ubah rutin dan gantikan tabiat: Gantikan rutin
merokok anda dengan aktiviti yang lebih sihat -
mengunyah gula getah, minum air atau bersenam.

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 9
Get help
Ada perkara yang memang sukar untuk kita lakukan
sendiri, dan meminta bantuan bukan bermaksud anda
seorang yang lemah. Malah ia menunjukkan bahawa anda
sedar dan mengiktiraf tahap kemampuan diri yang mana
merupakan satu perkara yang positif. Antara bantuan yang
anda boleh dapatkan untuk berhenti merokok adalah
melalui:
Kaunselor - untuk cara menangani stress
Pasangan atau rakan - untuk sokongan moral atau cara
dari rakan yang berjaya berhenti merokok
Doktor - untuk cara mengatasi ketagihan nikotin

Pelekat nikotin tidak membatalkan puasa dan dapat


membantu anda melawan ketagihan nikotin.

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 10
celebrate WINS
Salam 10 Ramadhan!
Bagaimana dengan perjalanan berhenti merokok anda?
Raikan walaupun seberapa kecil jumlah atau masa yang
anda dapat kurangkan merokok.

Anda berjaya untuk tidak merokok selama sehari? Tahniah.


Anda berjaya melewatkan masa anda merokok daripada
sejurus selepas berbuka kepada 5 minit selepas berbuka? Ia
juga satu kejayaan.

Sekecil mana pun kejayaan anda, ia tetap kejayaan milik


anda. Tak perlu untuk membandingkan kejayaan anda
dengan orang lain. Yang penting adalah anda terus
berusaha dan tidak berputus asa untuk berhenti merokok.

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai