Anda di halaman 1dari 5

Jom

quit!
Ramadhan telah tiba. Gunakan peluang ini
untuk mulakan langkah anda untuk berhenti
merokok dan hapuskan tabiat merokok anda
sepenuhnya!

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap


rokok? Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9

Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 1
FIND YOUR WHY
Cari sebab utama kenapa anda ingin berhenti merokok,
kerana dengan mempunyai sebab yang kukuh, anda akan
lebih komited untuk mencapai matlamat anda.

Anda hendak lebih sihat? Menjimatkan wang? Menjadi


contoh baik untuk anak-anak? Ada seribu satu sebab
yang boleh dijadikan tujuan anda berhenti merokok. Pilih
satu sebab yang utama dan tuliskan matlamat anda.
Kajian menunjukkan mereka yang menulis matlamat
mereka adalah lebih cenderung untuk mencapainya.

Kalau anda tidak menjumpai sebab untuk berhenti


merokok, fikirkan sebab kenapa anda perlu untuk terus
merokok.
Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?
Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 2
MINDSET
Berhenti merokok adalah satu proses yang sukar kerana ia
melibatkan dua masalah utama iaitu tabiat merokok dan
ketagihan nikotin. Oleh itu adalah penting untuk anda
mempunyai 'mindset' yang sesuai untuk membantu anda
dalam perjuangan anda.

Percaya pada diri anda yang anda boleh mengatasi dan


menghentikan tabiat merokok. Fokus kepada manfaat
yang anda dapat sekiranya berhenti merokok dan kesan
buruk sekiraya anda teruskan merokok.

Walaupun berhenti merokok merupakan proses yang


sukar, ia tidak mustahil!

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 3
ACCOUNTABILITY
Tiada orang lain yang bertanggungjawab ke atas diri anda
melainkan diri anda sendiri. Setiap hari anda diberikan
pilihan. Keadaan atau situasi anda pada hari ini adalah
disebabkan daripada pilihan anda pada masa lalu.

Tanamkan rasa tanggungjawab pada diri anda dan


keluarga anda. Untuk membantu anda dalam perjuangan
berhenti merokok, maklumkan azam anda kepada
pasangan atau rakan anda yang akan menyokong pilihan
anda.

Buat pilihan yang lebih baik bermula hari ini.

Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?


Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi
TIPS # 4
roadmapping
Cita-cita adalah matlamat yang mempunyai garis masa.
Matlamat yang tidak mempunyai perancangan hanyalah
angan-angan.

Matlamat anda untuk berhenti merokok adalah lebih


mudah di bulan Ramadhan. Anda telah pun berpuasa
daripada merokok selama 13 jam! (6 pagi -7 malam). Anda
cuma perlu bertahan untuk 5 jam sahaja. (Mengambil kira
waktu tidur selama 6 jam).

Rangka perancangan anda untuk mengelakkan diri anda


daripada menghela asap rokok selepas waktu berbuka.
Sibukkan diri anda dengan perkara lain seperti beribadah,
beriadah atau mendengar ceramah sebagai contoh.
Ingin tahu tahap kebergantungan anda terhadap rokok?
Lawati link ini: shorturl.at/bqFJ9
Jom
quit!
Disediakan oleh:
Dr Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Hospital Kota Tinggi

Anda mungkin juga menyukai