Anda di halaman 1dari 6

MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS 2022977679

FAKULTI KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF

SARJANA MUDA TEATER (KEPUJIAN) PRODUKSI TEATER

NAMA :

MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS - 2022977679

KOD PROGRAM :

CAFF234

KOD PENGAJIAN :

FPS422 TEXT INTERPRETATION

NAMA PENSYARAH :

PN UMI KALSOM
MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS 2022977679

Sinopsis Uda & Dara

Uda dan dara mengisahkan sepasang kekasih yang berbeza darjat dan keturunan. Uda
hanyalah seorang pemuda yang tidak mempunyai harta tetapi pandai bersilat. Dia amat
mencintai Dara iaitu keturunan berada namun baik hati. Percintaan mereka tidak direstui oleh
ibu Dara kerana ibu Dara seorang materialistik. Apabila dia mendapat tahu Uda berhasrat
untuk menikahi Dara, dia menolak mentah-mentah disebabkan uda hanya orang yang susah.
Hal ini menyebabkan Uda pergi ke bandar untuk mencari harta supaya impiannya dapat
dicapai. Kepergian Uda ke bandar menyebabkan Alang Bakhil menindas orang-orang
kampung sekirannya dia tidak membayar hutang. Alang Bakhil dan ibu Dara merancang
untuk menyatukan Dara dengan anak saudara Alang Bakhil yang tinggal di bandar. Dara
tidak mahu dan tetap menunggu kepulangan Uda. Setibanya Uda di kampung, dia segera
mempercepatkan urusannya untuk mengahwini Dara kerana khuatir Dara akan dikahwinkan
dengan anak saudara Alang Bakhil itu. Namun Alang Bakhil mengupah anak-anak buahnya
menganggu Uda sehinggalah perkelahian berlaku dan akhirnya Uda mati ditikam.
MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS 2022977679

Masyarakat

Masyarakat ialah satu kumpulan manusia yang berinteraksi dalam kawasan atau
sempadan yang telah ditetapkan dan dibimbing oleh satu budaya yang dikongsi bersama
(Rahimah Abd. Aziz dan Mohamad Yusoff Ismail, 2000:7). Jaringan erat wujud dalam
kalangan masyarakat tersebut khususnya melalui hubungan bersemuka. Kekerapan pergaulan
ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit social. Elemen ini
boleh dikaitkan dengan masyarakat setempat di perkampungan Uda dan Dara ini. Dalam
karya yang ditulis Osman Awang ini, terdapat satu pola sosial yang yang berulang sifatnya.

UTIH: Begitulah secebis kehidupan di desa kami,


Ketika lapang tidak ke sawah,
Anak-anak bermain upih,
Orang muda bersepak raga,
Orang tua menyirat jala.

Desa terpencil kami,


Musim menuai orang mengemping,
Musim ke sawah orang bergotong-royong,
Kenduri-kendara sama sedesa,
sakit pening ditanggung bersama.

(Dipetik dari skrip Uda dan Dara m/s 1, baris 29-39)

Skrip di atas menunjukkan terbinanya hubungan sosial di antara masyarakat kampung


seperti kegiatan gotong-royong, bersama-sama meraikan kenduri rumah terbuka dan
menziarahi mereka-mereka yang sakit tenat. Kekerapan pergaulan inilah yang membina satu
kesepaduan dalam masyarakat kampung itu.
MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS 2022977679

Selain itu, dalam naskhah Osman Awang ini jugs terdapat elemen masyarakat yang
berpolitik yang menunjukkan jurang kuasa diantara orang kaya dan orang miskin.

Korus Orang Alang Bakhil: Segera Bayar Hutangmu!


Ibu Uda: Tanah dan sawah inilah
nyawa kami. Menggadai, menjual
tanah dan sawah sama dengan
menggadai diri sendiri.
Alang Bakhil: Jika begitu, rampas padinya!
Korus Orang Alang Bakhil: Rampas! Rampas! Rampas!

(Dipetik dari skrip Uda dan Dara m/s 23, baris 975-982)

Skrip ini menunjukkan yang jurang antara orang kaya dan orang miskin pada ketika
itu sungguh besar. Orang kaya mempunyai kuasa atau hak kepada penduduk yang selalu
berhutang dengan mereka. Ini menunjukkan orang miskin ketika itu selalu ditindas dan selalu
diambil kesempatan oleh orang kaya.

Kesimpulannya, elemen masyarakat ini menunjukkan bahawa masyarakat terdiri


daripada ramai yang mempunyai budaya, adat dan sifat yang berbeza. Nilai-nilai sosial yang
ditunjukkan dalam naskhah ini kuat dalam kalangan penduduk kampung, namun hanya
disebabkan seorang yang mempunyai darjat yang berbeza, ia mampu memberi impak yang
negatif kepada seluruh penduduk.

Cadangan saya sebagai seorang pelakon, elemen masyarakat yang mempunyai


hubungan sosial yang kuat perlu dipertunjukkan atau diperkuatkan lagi. Hal ini demikian
kerana, ini dapat menunjukkan yang penduduk kampung masih teguh bersama walaupun
hidupan harian mereka sebernanya dikawal oleh mereka yang berduit.
MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS 2022977679

EKONOMI

Ilmu Ekonomi adalah ilmu yang mempelajari usaha-usaha individu dalam ikatan
pekerjaan dalam kehidupanya sehari-hari dan membahas kehidupan manusia yang
berhubungan dengan bagaimana ia memperoleh pendapatan dan bagaimana pula ia
mempergunakan pendapatan itu (Alfred Marshall 1890). Setiap negara atau setiap tempat
mempunyai kegiatan ekonomi yang berbeza-beza. Kegiatan ekonomi ini penting kerana ia
akan menentukan kestabilan negara mahupun masyarakat.

Orang Ramai: Kita mesti melawan kejahatan ini,


Kita mesti tentang penindas petani,
Kalau tidak kampung kita tergadai,
Kalau tidak tanah kita terjual,
Kita mesti melawan, mesti berani,
Di sini kita hidup di sini mati,
Tanah ini milik kita milik petani,
Lawan musuh lawan dengan berani!
(Dipetik dari skrip Uda Dan Dara m/s 30 baris 1281-1288)

Skrip di atas menunjukkan orang kampung yang cuba melawan semula penindasan
terhadap mereka oleh Alang Bakhil. Situasi di mana Alang Bakhil cuba mengambil kesemua
tanah orang-orang kampung kerana tidak melangsaikan hutang-hutang mereka. Situasi
tersebut menunjukkan bahawa kebanyakkan orang kampung menjalankan kegiatan ekonomi
primer. Ekonomi primer adalah sektor ekonomi asas yang berhubung terus dengan sumber
alam. Sebagai contoh, kebanyakkan orang kampung adalah petani. Hal ini menunjukkan
bahawa ramai orang kampung menjalankan kegiatan sektor pertanian.

Kesimpulannya, elemen ekonomi menunjukkan pada era dahulu, kebanyakkan antara


mereka hanya bekerja sebagai seorang petani sebagai sumber pendapatan mereka. Hal ini
demikian kerana, pada zaman dahulu negara kita masih belum membangun dan masih lagi
belum mencapai kemajuan teknologi. Oleh itu, sesetengah tempat sahaja seperti di kota atau
bandar yang mempunyai perkejaan dalam sektor ekonomi sekunder dan tertier.
MUHAMMAD NUR HAQEEM YUNOS 2022977679

Cadangan saya sebagai seorang pelakon, elemen ekonomi yang ditunjukkan dalam
naskhah ini membuktikkan bahawa sikap manusia tidak berubah tidak mengikut peredaran
zaman. Oleh itu, setiap dialog atau setiap tutur kata perlulah diambil dan dihayati dengan
kata-kata dan itonasi yang sesuai. Sebagai contoh, watak Alang Bakhil yang merupakan
seorang orang kampung yang kaya dan sombong haruslah bertutur dalam nada seperti riak
dan angkuh. Cara dia berjalan juga haruslah mendongak untuk menujukkan kekayaannya.

Anda mungkin juga menyukai