Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Kendiri Wawancara (Laikha)

Antara cabaran yang saya hadapi semasa wawancara berlangsung capaian internet yang
lemah. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan tumpuan saya terganggu serta menyebabkan
saya kurang jelas dengan jawapan yang disampaikan oleh guru yang sedang ditemubual. Perkara ini
telah menyebabkan saya terpaksa mendengar kembali rakaman wawancara untuk mendengar jawapan
dengan lebih jelas oleh guru yang diwawancara. Sehubungan dengan itu, saya juga memperoleh
banyak manfaat dan ilmu baru tentang sikap mahupun sifat guru yang cemerlang melalui wawancara
yang dijalankan. Antaranya ialah sentiasa mencari peluang dan ilmu. Banyak perkongsian yang
memberikan impak positif agar saya terus bersemangat untuk menjadikan bidang perguruan ini adalah
bidang yang seronok. Seterusnya, saya sedikit gementar apabila saya perlu menemubual dua orang
guru yang saya tidak kenal. Hal ini menyebabkan saya merasa agak gementar semasa pertemuan di
apalikasi Zoom dan Webex tempoh hari. Walau bagaimanapun, saya mampu mengawal perasaan
tersebut dan saya bersyukur kerana saya dapat melakukan yang terbaik. Sehubungan dengan itu, saya
juga memperoleh banyak manfaat dan ilmu baru tentang sikap mahupun sifat guru yang cemerlang
melalui wawancara yang dijalankan. Antaranya ialah seorang guru tidak sepatutnya mempunyai sikap
bertangguh kerja dan sentiasa mempunyai perasaan merendah diri. Sebagai contoh, seorang guru
haruslah menegur sesiapa sahaja yang berada di sekolah tidak kira pangkat. Kedua-dua guru tersebut
telah memberikan jawapan dan nasihat yang sangat berguna untuk diri ini sebagai bakal guru pada
masa akan datang seperti tanggungjawab seorang guru, ciri keperibadian yang perlu ada pada guru
dan lain-lain. Tugasan wawancara ini telah memberikan impak positif agar saya terus bersemangat
untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya di masa hadapan. Wawancara ini juga
telah meningkatkan kualiti diri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial di dalam diri saya
serta memberikan pengalaman yang sangat baik untuk saya dalam melatih diri saya untuk
berkomunikasi, bertutur dan melontar idea dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai