Anda di halaman 1dari 10

Keropok Lekor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keropok lekor atau kerepok batang merupakan sejenis makanan


tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di
Terengganu yang terkenal. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut
dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang
dicampurkan dengan tepong kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan
diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai


makanan berprotin tinggi yang kaya dengan iodin semulajadi.
Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan
dicicah air lada (sos cili) yang pedas. Pada masa ini, pembuatan
keropok lekor telah pun tersohor kebeberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama. Bagaimanapun, sekiranya


hendak disimpan dengan lebih lama, keropok lekor hendaklah dibalut
dengan plastik dan diletakkan di tempat air batu bagi mengelakkan
baunya mencemar makanan lain. Apabila hendak dimakan, ia perlu
dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit
garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong


pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih
rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya
lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat
apabila sudah sejuk. Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu
tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

Keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk dijadikan
keropok keping. Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-
nipis dan dijemur untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering
yang dikenali sebagai keropok keping. Keropok keping ini akan
menjadi kembang apabila digoreng dalam minyak yang panas dan ia
amat sedap apabila dimakan dengan sos cili.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Keropok_lekor
KEROPOK IKAN

KEROPOK LEKOR & KEROPOK KERING


Pengenalan

Keropok ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari oleh


penduduk-penduduk dari pelbagai golongan di negara ini juga di
negara jiran. Di Malaysia terdapat pengusaha keropok yang
menjalankan perusahaan mereka terutama di persisiran pantai di
Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.

Keropok adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai oleh


penduduk Malaysia. Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang
atau sotong yang diadun bersama tepung kanji dan/atau tepung sagu
sebagai bahan utama, garam, gula dan MSG sebagai bahan perasa.
Jenis-jenis ikan yang biasa digunakan untuk memproses keropok ialah
ikan parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka, conor
dan lain-lain.

Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan


daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15
peratus.

Keropok yang bermutu boleh diperolehi bergantung kepada kesegaran


ikan, jenis ikan yang digunakan, nisbah bahan utama serta proses
penyediaan. Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa,
kerangupan serta kembang apabila ianya digoreng didalam minyak
panas.

Terdapat beberapa jenis keropok ikan yang dihasilkan oleh pengusaha-


pengusaha tempatan seperti keropok kering, keropok lekor (basah)
dan keropok bersira.

Cara-cara Pemprosesan Keropok Lekor / Kering

a) Membancuh Adunan
Bahan-bahan campuran yang di gunakan untuk memproses keropok
iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG)
dan air ais di adun dengan menggunakan mesin penggaul ( mixer)
sehingga sebati. Adunan yang telah sebati dapat di ketahui apabila
ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh.

b) Membentuk
Adunan yang telah di bentuk ketulan berbentuk silinder. Ketulan
dibentuk mengikut saiz yang yang dikehendaki. Pada lazimnya,
keropok keping di bentuk di antara 30 cm-50 cm. Panjang, bergaris
pusat diantara 6 cm.-10 cm., serta mempunyai berat 500 gm.- 1 kg.
Manakala ketulan untuk keropok lekor lebih kecil iaitu di antara 100
gm -500 gm.
c) Memasak
Keropok lekor boleh dimasak samaada dengan cara kukus, rebus atau
terus digoreng.manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus
sahaja.

Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang baik jika dibandingkan


dengan keropok yang direbus, tetapi ianya mengambil masa yang
agak lama. Keropok yang di kukus mengambil masa 1 hingga 1.1/2
jam untuk masak bergantung kepada saiz manakala merebus hanya
mengambil masa di antara 20 hingga 30 minit sahaja. Keropok yang
telah di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ianya
masak.

d) Memotong
Keropok yang telah siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan
sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong
nipis membentuk kepingan.Keropok boleh di potong dengan
menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok.

e) Menjemur
Keropok yang telah dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di
jemur kepada cahaya matahari. Di dalam keadaan cuaca baik keropok
boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.

f) Membungkus
Keropok yang telah kering di angkat , di simpan atau terus ditimbang
dan dibungkus dalam bekas plastik.Plastik ini di pateri dengan
menggunakan api lilin , pelita atau dengan menggunakan mesin pateri
( Tew Impulse Sealer )

Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti


produk.Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan
pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran saperti gas oksigen,
wap air, kotoran, mikro, dan cahaya yang berlebihan. Ini akan
menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan
hilang khasiat pemakanannya.Pembungkusan yang menarik juga akan
menjadi daya tarikan kepada pengguna.

g) Penyimpanan / Penstokan
Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100 gm,200 gm dan 500
gm adalah perlu di susun dengan rapi supaya tidak di kenakan tekanan
bebanan yang berat yang mana akan mengakibatkan kerosakan
kepada keropok saperti patah, pecah dan sebagainya.

http://terengganulening.blogspot.com/2009/07/asal-usul-keropok-
lekor.html
Terengganu
Eksport satu kontena keropok lekor ke London
WARTAWAN SINAR HARIAN
15 Mac 2013

Awang Tera mencuba produk makanan ringan yang dijual


sempena Karnival Usahawan Terengganu 2013 di TTC, Kuala
Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan


Usahawan (YPU) mula mengeksport satu kontena keropok lekor atau
sejumlah empat tan ke London, bermula Februari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan


Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, jumlah itu
menunjukkan peningkatan yang sangat baik kerana sebelum ini
pihaknya hanya menghantar 10 hingga 20 kilogram sahaja.

“Memandangkan 13 hingga 18 buah restoran Malaysia ada di sana


(London) menyediakan menu itu setiap hari, ia mendapat sambutan
yang memberangsangkan dan usaha ini akan dilakukan secara
berterusan.
“Pembekal di sana juga orang Malaysia, senang kita berurusan iaitu
melalui Persatuan Restoran-Restoran Malaysia, yang sepakat
mempromosi, sekali gus menjual keropok lekor kepada masyarakat di
London,” katanya pada Majlis Perasmian Karnival dan Forum
Usahawan Terengganu di Dewan Konvesyen, Pusat Dagangan
Terengganu (TTC), di sini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik; Presiden
Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Prof Emeritus Anuwar Ali dan
Pengarah Kanan Malaysia External Trade Development Corporation
(MATRADE), Datuk Dzulkifli Mahmud.

Pada majlis itu juga, YPU menandatangani Memorandum Perjanjian


Kerjasama dengan OUM bagi Program Pendidikan dan Latihan
Keusahawanan.

Menurutnya, begitu juga di Perth, Australia yang mempunyai dua buah


Restoran T’Café, turut menyediakan menu keropok lekor dan nasi
dagang.

“Kita sedang cuba membawa makanan tradisional ini secara beransur-


ansur ke luar negara kerana kalau hendak dibuat secara besar-
besaran, bimbang kita tidak berdaya.

“Mungkin suatu hari nanti, pengusaha keropok secara persendirian


juga boleh melakukan perkara sama dengan mengeksport produk
mereka ke luar negara,” katanya.

Namun kini, buat sementara waktu, anak syarikat YPU, Cakna Sdn Bhd
yang sedang menjalankan urusan berkenaan.

SAINS & TEKNOLOGI

ARKIB : 29/10/2012

http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20121029/st_04/
z/eksport satukontenakeropoklekorkelondon
Mesin Penghiris Keropok
Lekor
SIRI Inovasi kali ini menampilkan mesin slicer keropok lekor. Mesin
penghiris keropok lekor ini ini bermaksud mesin untuk menghiris
keropok lekor untuk menjadi hirisan-hirisan nipis.

Keropok lekor sememangnya makanan ringan kegemaran rakyat


Malaysia.

Keropok lekor merupakan makanan tradisional pantai timur


Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu.

Makanan diperbuat daripada isi ikan laut, campuran sagu dan sedikit
garam.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai


makanan berprotein tinggi yang kaya dengan iodin semula jadi.

Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dan dicicah
sos cili yang pedas.

Pada masa ini, pembuatan keropok lekor telah pun tersebar ke


beberapa negeri lain.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama.

Bagaimanapun, sekiranya hendak disimpan supaya tahan lebih lama,


keropok lekor hendaklah dibalut dengan plastik dan diletakkan di
tempat air batu bagi mengelakkan baunya mencemar makanan lain.

Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan


air yang dicampurkan sedikit garam. Jika tidak, keropok akan berasa
tawar.

Selain itu, keropok lekor juga boleh diproses dengan lebih lanjut untuk
dijadikan keropok keping.

Keropok lekor yang telah direbus akan dipotong nipis-nipis dan dijemur
untuk dijadikan kepingan-kepingan keropok kering yang dikenali
sebagai keropok keping.

Keropok keping ini akan menjadi kembang apabila digoreng dalam


minyak yang panas dan ia amat sedap apabila dimakan dengan sos
cili.

Oleh itu untuk membuat keropok keping ini, pihak Zull Design
Autotronic (ZDA) telah mereka cipta satu mesin yang dinamakan
mesin slicer keropok lekor.
Kami menghasilkan mesin tersebut di atas permintaan pelanggan yang
meminta kami membuat satu mesin khas untuk menghiris keropok
keping, kerepek pisang dan apa sahaja makanan yang boleh dijadikan
kerepek atau perlu dipotong nipis.

Mesin yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi pelanggan.

Oleh itu, pelanggan boleh mereka bentuk mesin tersebut dan pihak
kami akan cuba menepati kehendak mereka.

Walaubagaimanapaun, perbincangan antara dua pihak amat penting


dan diperlukan. Ini kerana, dikhuatiri mesin yang tidak menepati
kehendak mereka yang menempahnya.

Tujuan mesin ini dihasilkan adalah untuk membantu pengusaha-


pengusaha industri dalam menghasilkan keropok keping atau makanan
lain dengan kuantiti yang banyak.

Mesin berkenaan mempunyai konsep yang sama dengan cara manual


tetapi lebih memudahkan pengguna.

Terdapat beberapa kelebihan dalam penggunaan mesin ini. Kelebihan


mesin ini terletak pada rekaannya. Ia direka khas bagi mereka yang
menjalankan perusahaan keropok keping atau kerepek.

Mesin tersebut boleh dilaras ketebalannya untuk menghasilkan


kepingan yang mempunyai ketebalan yang sama.

Kepingan keropok juga boleh dihiris atau dipotong secara membulat


atau secara memanjang.

Dalam operasi menghiris ini, minyak perlu digunakan bagi


memudahkan proses untuk memotong.

Tambahan pula, dengan menggunakan mesin slicer keropok lekor ini,


tenaga kerja dan masa dapat dijimatkan kerana potongan yang lebih
cepat dengan adanya sistem pneumatik.

Seperti diketahui, ZDA tidak mempunyai mesin yang sedia ada siap
dan kerana ia bergantung kepada tempahan pengguna.

Penciptaan mesin biasanya bergantung kepada keperluan dan


kehendak pelanggan itu sendiri. Hal ini dapat membantu pengguna
untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut modal atau
kemampuan pengguna dan mengikut spesifikasi yang di kehendaki.
Oleh itu harga bagi setiap barang keluaran ZDA adalah tidak tetap dan
bergantung kepada keperluan dan kehendak pengguna terhadap
mesin tersebut.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan mesin ini,


boleh hubungi ZDA pada waktu pejabat iaitu dari hari Isnin-Jumaat jam
9 pagi - 5.30 petang, di talian 03-6092 1928, 012-733 2066, faks 03-
6091 4000 dan e-mel mail@zulldesign.com.my. Pengguna juga boleh
layari laman web ZDA iaitu www.zulldesign.com.my untuk maklumat
lebih lanjut.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/2012102
9/st_04/Mesin-penghiris-keropok-lekor#ixzz2NcyhNJMz
© Utusan Melayu (M) Bhd

Keropok Lekor

Keropok tanpa rebus yang terus digoreng - ranggup sekali!


Keropok Lekor adalah seumpama sushi bagi orang Jepun. Ia
merupakan jajan (junkfood) bagi rakyat Terengganu seumpama juga
kanak-kanak kecil yang inginkan twisties, atau makan ringan yang lain.
Di seluruh daerah dalam negeri Terengganu, perusahaan penjualan
keropok ada di mana-mana dan merupakan satu keutamaan dalam
negeri ini. Sejarah asal-usul keropok ini elok dijalankan dan dibukukan
kerana mungkin generasi sekarang mahupun zaman selepas merdeka
tidak mengetahui asal-usul keropok lekor.

Penulis pernah mendapat maklumat bahawa keropok lekor juga ada


diusahakan dan dijual di Kepulauan Sulawesi, Indonesia, dan mungkin
ini satu hubungkait yang boleh dikaji. Mungkin hubungan kerajaan
Kesultanan Melayu Terengganu pada waktu dahulu serta hubungan
dagang memungkinkan keropok lekor ini adalah hasil idea bersama
ataupun pemindahan budaya serta masakan menjadikan Terengganu
hanya negeri yang menghasilkan keropok. Ataupun memang keropok
ini adalah makanan rasmi tradisi ciptaan rakyat tempatan Terengganu.
Semuanya boleh dikaji.

Bercerita tentang keropok lekor, anda pastinya mengingatkan Keropok


Losong di mana Kampung Losong menjadi pusat perusahaan keropok
dan penjualan keropok lekor. Penulis pula ingin berkongsi citra rasa
keropok di tempat lain iaitu di Kuala Ibai, Kedai Keropok 007.
Sebenarnya di Terengganu khasnya di kawasan bandar Terengganu ,
kedai-kedai menjual keropok dinamakan dengan nombor seperti kedai
Keropok 007 di Kuala Ibai. Itulah yang unik dan pelik. Mungkin untuk
memudahkan orang mengingatkan kedai-kedai yang menjadi pilihan .
Setiap pembeli mungkin dan pasti mempunyai kedai pilihan tersendiri.

"Mari mengkaji asal-usul keropok lekor ini.”

http://journeyterengganu.blogspot.com/2010/07/keropok-lekor.html

Anda mungkin juga menyukai