Anda di halaman 1dari 1

Cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya.

Hampir setiap hari berita mengenai kemalangan ngeri yang menyebabkan


kecederaan parah, kehilangan nyawa dan kerugian benda disiarkan melalui media
massa. Keadaan ini menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya adalah satu
masalah serius yang sering berlaku di negara kita. Banyak factor yang
menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Antaranya, kita harus mematuhi undang-undang di jalan raya. Contohnya
menggunakan jejantas semasa menyeberangi jalan raya yang sibuk. Dengan ini, kita
dapat menjamin keselamatan diri.
Selain itu, kita patut memastikan keadaan kenderaan dalam keadaan yang
baik. Komponen-komponen seperti brek dan tayar perlu berfungsi dengan baik. Oleh
itu, kemalangan jalan raya tidak akan berlaku dan kita dapat menjaga keselamatan
diri di jalan raya.
Di samping itu, kita hendaklah mengelakkan diri kita daripada perbuatan
berbahaya. Contohnya bermain bola di tepi jalan dan menunggang basikal dengan
laju. Hal ini demikian supaya kita tidak akan dilanggar oleh kenderaan lain.
Akhir sekali, kita harus memakai tali pinggang keledar. Pemandu
kenderean perlulah memakai tali pinggang keledar supaya dapat mengurangkan
risiko kematian semasa berlaju kemalangan. Penunggang motosikal juga haruslah
memakai topi keledar untuk menjaga keselamatan diri. Dengan cara ini, kita dapat
mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Kesimpulannya, semua pihak perlulah berkerjasama bagai
aur dengan tebing bagi menangani isu kemalangan jalan raya. Segala usaha yang
dilaksanakan harus berterusan dan bukannya hangat-hangat tahi ayam
Berhati-hati semasa memandu, ingatlah orang tersayang
.

Anda mungkin juga menyukai