Anda di halaman 1dari 2

Kelas Reka Bentuk dan Teknologi 2,

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,


Kota Putra, Kampung Raja,
22200 Besut,
Terengganu.

Md Shamsuddin Ngat Denin,


Jabatan Pendidikan Melayu,
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,
Kota Putra, Kampung Raja,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman 6 APRIL 2015

Tuan,

Jemputan ke Majlis Forum Remaja

Kelas Reka Bentuk dan Teknologi 2 akan menganjurkan forum remaja yang bertajuk ‘ Media
Sosial’. Tajuk tersebut merupakan isu hangat pada masa kini. Maklumat berkaitan dengan
forum remaja adalah merujuk perkara di bawah:

Masa : 8.45-10.45pagi

Tempat : Kelas Reka Bentuk dan Teknologi 2

Tarikh : 7 April 2015

2. Tujuan utama forum remaja ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat mengenai
masalah media sosial yang semakin berleluasa. Pihak kami telah menjemput ahli-ahli panel
yang berbakat dan bijak dalam berkata-kata supaya para penonton dapat memperoleh manfaat
daripada forum tersebut.

3. Pihak kami juga berharap agar tuan dapat menghadirkan diri ke majlis forum remaja ini.
Kehadiran tuan amatlah dialu-alukan. Kami juga berharap agar tuan memperoleh manfaat serta
terhibur dengan forum ini.
Akhir kata, semoga tuan dapat menghadirkan diri ke majlis forum ini. Ribuan, terima
kasih di atas kerjasama dan perhatian tuan untuk membaca surat jemputan ini. Sekali lagi,
kehadiran tuan amatlah dialu-alukan oleh pihak kami.

Sekian.

Yang benar,

.......................................
(NUR AIMI ASYIQIN BT MD NAZMI)
Setiausaha,
Kelas Reka Bentuk dan Teknologi 2

Anda mungkin juga menyukai