Anda di halaman 1dari 2

KAYU YANG BENGKOK MASAKAN LURUS BAYANGANNYA

1. Safian bin Sibun JIB170022


2. Reme bin Manja JIB170022
3. Mohd Amir Iqmal bin Kassim
4. Mohd Firdaus bin Dussi
5. Mohd Fazrin bin Mohd Basri

BAHAGIAN A

Menurut kamus peribahasa “kayu bengkok masakan lurus bayangannya” dapatlah


didefinisikan secara literal sebagai seorang yang pada luarannya nampak tidak baik
atau mempunyai personaliti dan perwatakan yang kurang baik sudah semestinya
mempunyai hati yang buruk ataupun dalaman yang tidak baik. Hal ini kerana, “kayu
bengkok” dalam peribahasa tersebut merujuk kepada sesuatu yang tidak baik kerana
perkataan “bengkok” tersebut mempunyai nilai rasa yang kurang baik. Manakala,
frasa “masakan lurus bayangannya” pula merujuk kepada cerminan frasa pertama
yang mengupas isu dalam frasa “kayu yang bengkok”. Rumusannya, peribahasa ini
boleh dapat menggambarkan seseorang yang selalu mempunyai sifat-sifat atau sikap
yang buruk seperti menipu, berbohong, sombong dan riak sudah pastinya tidak
mempunyai pandangan yang baik daripada masyarakat awam

Peribahasa “kayu bengkok, masakan lurus bayangannya” dapat dikaitkan dengan


keislaman kerana maksud peribahasa ini juga berkait rapat dengan unjuran syariat
islam. Sumber -sumber islam seperti Al-Quran, hadis, ijmak ulama, dan qias juga
turut membicarakan perkara berkaitan peribahasa ini. Hal ini kerana, islam
manganjurkan umatnya untuk mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik. Sehubungan
itu, sikap umat islam perlulah bertentangan dengan maksud peribahasa ini. Dalam
surah Al-kahfi ayat 18:50, ”Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman
kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis;
ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.
Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-
sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah
musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang
mereka pilih itu”. ayat ini menjelaskan tentang kesombongan dan keangkuhan
golongan Jin dan Iblis yang enggan menuruti perintah Allah swt untuk sujud kepada
Nabi Adam AS. Hal ini menunjukkan keangkuhan dan kesombongan Jin dan Iblis
mempamerkan sikap sebenar mereka yang tidak taat kepada Allah dan merupakan
golongan yang ingkar akan suruhan pencipta. Sehubungan itu, ayat ini dapatlah
dikaitkan dengan peribahasa apabila memberi gambaran bahawa orang luarannya
yang selalu bercakap sombong dalam percakapan atau tindak-tanduknya adalah orang
tidak boleh dipercayai kerana tidak ada kebaikan dalam dirinya apabila berbicara dan
perlakuannya yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Peribahasa ini juga boleh dikaitkan dengan Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu
'anhu , ia berkata:Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Ada tiga tanda
orang munafik; apabila berbicara ia berbohong, apabila berjanji ia mengingkari dan
apabila dipercaya ia berkhianat. hadis mengupas perihal seseorang yang
mengamalkan kemungkaran seperti mungkir janji, berbohong, dan mengkhianati
pastinya seorang yang munafik. Sehubungan dengan itu, peribahasa tersebut
mengaitkan sesorang yang munafik dengan sifat-sifat yang buruk.

Rumusannya, peribahasa besi bengkok, masakan lurus bayangannya amat berkait


rapat dengan masyarakat melayu dan syariat agama islam. Hal ini demikian kerana
agama islam amat menggalakkan umatnya untuk sentiasa melakukan amal kebajikan,
sehubungan itu peribahasa ini boleh dijadikan pengajaran kepada umat islam untuk
menjauhi perkara-perkara yang mencerminkan sifat dan sikap yang buruk.
Sehubungan dengan itu, peribahasa melayu sememangnya berkait rapat dengan islam
keran peribahasa yang dibuat adalah untuk membentuk nilai moral dan akhlak
masyarakat melayu yang sinonim dengan agama islam di nusantara.

Anda mungkin juga menyukai