Anda di halaman 1dari 11

Ajarkan Aku Tentang Cinta

Nama Pena: Melati Shafika


 
Sejak beberapa hari ini Aqif tidak tenteram. Dia
asyik teringatkan Nida. Pejam mata, teringatkan
Nida. Celik mata, terfikirkan Nida. Ke mana dia
pergi, bayang Nida asyik muncul di ruang mata.
Bak kata orang tidur tak lena, mandi tak basah.
Resah itu mengganggu jiwa, hati dan nuraninya. Oh Nida! Apa yang telah kau
lakukan pada aku, Nida? Aqif meraup wajahnya sambil menghela nafas panjang.  
 
Sejak bila entah dia jatuh hati pada Nida dia sendiri tidak tahu, yang pastinya
kalau dia tidak melihat Nida walau sehari dia rasa seperti akan jatuh sakit. Bukannya
dia tidak pernah cuba membuatkan Nida faham akan isi hatinya tapi Nida seolah-
olah tiada reaksi. Apa Nida tidak perasan atau saja-saja buat tak faham? Sungguh
dia tidak tahu.
 
Hendak dikatakan Nida tidak suka padanya, tidak pula Nida menunjukkannya.
Bila dia datang, Nida menyambutnya seperti biasa.  Atau mungkinkah Nida sudah
ada yang lain? Kalau ya, sudah pasti aku akan mengetahuinya terlebih dahulu, fikir
Aqif sambil matanya merenung jauh.
 
Teringat dia pada suatu ketika, semasa zaman persekolahan. Nida datang
padanya sambil membawa sepucuk surat. Rupa-rupanya Nida menerima sepucuk
surat cinta dari seorang pemuja rahsia. Akibatnya, hampir semua pelajar lelaki yang
sekelas dengan Nida disoal siasat. Rupa-rupanya yang menulis surat tidak bernama
itu adalah salah seorang pelajar perempuan dalam kelas yang sama, sengaja
mempermainkan Nida.
 
Bermula saat itu, Aqif sudah menjadi seperti seorang penjaga pada Nida yang
sememangnya tidak punya saudara kandung yang lain. Pada Aqif, dia menceritakan
semua masalahnya. Pada Aqif, juga dia merujuk segala penyelesaian. Mungkinkah
Nida cuma menganggapnya tidak lebih seperti seorang abang?
 
Argh! Semakin difikirkan semakin bercelaru aku dibuatnya. Aqif melurut
rambutnya ke belakang, sedikit tertekan.
 
Sesekali Aqif memandang rumah Nida yang jaraknya selang dua buah rumah
dari tempat kediamannya. Perlahan dia mengorak langkah menuju meja tempat
mereka biasa bersantai. Aqif menunggu dengan sabar. Dia tahu sekejap lagi Nida
akan muncul macam selalu.
 
Aqif memikir akan kejadian yang berlaku sebulan yang lepas. Ketika dia
memberikan Nida sebatang lollipop berbentuk hati. Terkelip-kelip mata Nida ketika
menerimanya. Wajahnya penuh tanda tanya.
 
“Lollipop?” tanya Nida dengan kening terangkat.
 
Aqif menganggukkan kepalanya.
 
“Untuk apa ni?” tanya Nida lagi ketika lollipop itu bertukar tangan.
 
 “Hati, untuk Nida,” balas Aqif dengan suara antara dengar tak dengar.
 
“Hati? Hati siapa?” soal Nida dengan senyuman tersungging di bibir. Dia
membelek-belek lollipop berwarna pelangi itu.
 
“Aa..” Aqif teragak-agak untuk menjawab. Lengannya naik separa dengan
jarinya terangkat seolah-olah ingin mengatakan sesuatu tapi tidak terluah.
 
“Mana boleh bagi hati, nanti mati,” seloroh Nida membuatkan Aqif garu
kepala.
 
“Untuk apa ni?” soalan yang ditujukan Nida itu kembali bermain di kepala
Aqif. Takkan dia tak faham. Atau dia pura-pura tak faham. Haish! Keluh Aqif.
 
“Assalamualaikum? Tunggu Nida ker?”
 
Segera Aqif berpaling, menoleh ke arah pemilik suara yang sebaya dengannya
itu. Ceria sahaja wajahnya. Secara automatik lagu dendangan Selena Gomez ‘I love
you like a love song’ berkumandang di udara seolah-olah ia hadir mengiringi Nida.
Hati Aqif jadi berbunga-bunga tatkala memandang wajah gadis yang dipuja dalam
diam itu.
 
“Kenapa tak panggil jer Nida kat dalam?” Nida sudah mengambil tempat di
hadapan Aqif dengan sepinggan karipap.
 
Dibersihkannya meja yang penuh dengan daun-daun kering dan bebunga
jasmin yang jatuh dari pohon yang berdekatan. Memang meja dan bangku yang
diperbuat daripada batu itu sudah menjadi tempat santai mereka bila
berkesempatan. Sejak dari zaman sekolah lagi. Di situlah mereka mengulangkaji
bersama. Di situlah juga tempat mereka bermain chess, dam dan apa jua bentuk
permainan yang ada ketika itu. Banyak sungguh kenangan di situ.
 
“Untuk Nida.”
 
“Lagi?” Mata Nida membulat. Sejak Aqif mula bekerja ni, ada saja benda yang
dibeli dan dihadiahkan kepadanya. Nida agak risau dengan perkembangan itu.
 
“Aqif ni ada apa-apa ker?”
 
“Tak ada apa.”
 
“Habis yang bagi cokelat ni, napa? Dapat bonus ekk? Naik pangkat ekk?”
 
“Nida tak suka ker?”
 
“Apasal tak suka pula, mestilah Nida suka. Cokelat ‘kan favourite Nida. Tapi,
Nida peliklah. Tak ada angin tak ada apa, tiba-tiba jer..hmm.” Nida mengecilkan
matanya, cuba menggiat Aqif.
 
“Sebab Nida suka cokelatlah Aqif bagi.”
 
“Yelah tu, apa-apapun Nida ambil yer. Kira halal tau.”
 
“Sebenarnya Nida, Aqif nak.. nak cakap sesuatu.” Aqif meneguk air liur. Kelat.
Resah menjengah fikiran.
 
“Cakaplah. Tiada siapa melarang,” kata Nida sambil membuka kotak cokelat
yang diberi Aqif. Nida buka ek?”
 
Aqif terhenti seketika.
 
“Wah! Sedapnya!”
 
Wajah Nida yang bersinar-sinar itu membuatkan Aqif tidak jadi meneruskan
hajat hatinya. Dia menatap wajah Nida yang putih bersih itu. Oh, Nida. Bagaimana
harus aku menyatakannya? Buat kesekian kalinya hasrat hatinya terpaksa
dipendamkan lagi.
 
***
 
Semalaman Aqif merangka kata-kata yang harus dia ucapkan pada Nida. Dia nekad
untuk menyuarakan hasrat hatinya yang terpendam itu. Dia tidak mahu bertangguh-
tangguh lagi. Makin lama makin berat rasanya beban itu menghuni hati dan jiwanya.
 
Petang semalam dia sudah berpesan pada Nida untuk bersiap-sedia lebih
awal kerana dia merancang untuk membawa Nida keluar makan.
 
“Makan malam? Dinner? Kat luar?”
 
Aqif menganggukkan kepalanya.
 
“Aqif ajak Nida date ker?” usik Nida.
 
“Ya, pakai cantik sikit tau.”
 
Nida tertawa dan tawa Nida itu terasa seperti halwa di telinganya.
 
“Kalau date, kena cakap dengan papa Nida,” usik Nida lagi.
 
Aqif tersenyum simpul, entah kenapa dia rasa suka dengan usikan-usikan
Nida itu.
 
“Nida, dah berapa lama kita kenal ek?”
 
“Sejak sekolah.”
 
“Lelaki macamana pilihan Nida?”
 
“Nida tak pernah fikirlah.”
 
“Takkan tak pernah kut?”
 
“Betul! Lagipun ada ke orang yang nakkan Nida ni?”
 
“Mestilah ada.”
 
“Mesti mata orang tu buta kan?”
 
“La, sebab itulah orang kata cinta itu buta.”
 
Nida tertawa. “Siapalah yang sanggup jadi buta tu kan?”
 
Aku, jawab Aqif dalam hati.
 
***
 
Petang itu, seperti dijanjikan Aqif tiba di rumah Nida. Hatinya jadi kecut bila ayah
Nida yang menyambutnya di muka pintu. Dia bukan tidak biasa dengan ayah Nida
cuma kali ini dia rasa berlainan sedikit bila memikirkan yang dia akan membawa
keluar anak dara pakcik Ramlan itu secara rasmi.  
 
“Assalamualaikum, pakcik.”
 
“Waalaikumsalam.”
 
“Aa…aa..” tiba-tiba Aqif jadi gagap. Peluh terasa merecik di dahinya.
 
“Ni lawa-lawa ni, nak bawa anak pakcik pergi mana?” Nasib baik ayah Nida
buka mulut kalau tidak mahu keras Aqif berdiri di situ.
 
“Pergi makan, pakcik. Nah, ini untuk pakcik.” Aqif menghulurkan bungkusan
berisi pulut durian yang dimasak ibunya tadi. Beria-ia dia meminta jasa baik ibunya
menyediakan buah tangan untuk bakal mertuanya itu.
 
Senyuman Pak Ramlan melebar ketika menyambut bungkusan tersebut.
“Alhamdulillah,” ucapnya.
 
“Apa tu papa?” tiba-tiba Nida muncul.
 
“Pulut durian. Tolong bagi mama kat dapur tu. Papa nak cakap sikit dengan
Aqif.”
 
Aqif meneguk air liur sambil matanya mengekori Nida yang berlalu menuju ke
dapur.
 
“Aqif.”
 
“Ya, pakcik.” Pantas Aqif menoleh.
 
“Jaga anak pakcik baik-baik. Dia satu-satunya permata hati pakcik.”
 
Ayat yang keluar dari mulut ayah Nida membuatkan Aqif sedikit tersentak.
 
“Pakcik tahu kamu ada hati dengan Nida.”
 
“Pakcik tahu?”
 
***
 
Ayah Nida pun boleh perasan akan perasaan aku. Nida pula sebaliknya. Hmm… Ayah
Nida sudah pun memberi restu. Kini tinggal Nida.
 
            “Papa cakap apa?”
 
            “Adalah.”
 
            Nida melirik tak puas hati. Suasana jadi hening seketika. Aqif mengambil
masa melapangkan dada. Dia mahu segala-galanya berjalan lancer seperti apa yang
dirancangkannya.
 
Nisa membisu, dia merasa sedikit cuak dengan gerak-geri Aqif yang agak
kekok malam itu. Suasana sejuk dengan atmosfera romantik restoran bertaraf lima
bintang itu membuatkan Nida rasa seram sejuk. 
 
 “Nida rasa tak apa yang Aqif rasa?”
 
“Rasa yang macamana ya?”
 
Aqif memandang Nida lembut. “Bila Nida tiada, Aqif akan rasa kehilangan.
Kenapa ya Aqif rasa macam tu?”
 
“Sebab Aqif dah biasa dengan kehadiran Nida?”
 
Aqif menggelengkan kepalanya.
 
“Kalau boleh hari-hari Aqif nak Nida ada di depan mata Aqif.”
 
            “Tapi, bukankah kita memang bertemu selalu.”
 
            “Betul, tapi Aqif rasa macam tak cukup.”
 
            Pandangan Aqif yang lembut tapi tajam itu membuatkan Nida rasa
berdebar-debar. Segera dia mengalihkan pandangan ke atas lilin yang menghiasi
meja makan mereka.
 
“Kalau boleh bila Aqif buka mata, Aqif nak lihat wajah Nida dulu.”
Dipandangnya jari-jemari Nida yang berada di atas meja. Rasa seperti hendak
digenggam saja jari-jemari Nida yang mulus itu biar Nida turut merasakan getar
yang ada di hatinya.
 
“Nida, tahu tak betapa sayangnya Aqif pada Nida.”
 
Nida meneguk air liur. Terasa seperti patah-patah bicara yang keluar dari dua
ulas bibir Aqif seperti bertukar arah dari yang biasa. 
 
“Aqif, cantiknya kek ni. Nak makan pun sayang.” Nida cuba menukar topik.
Rasa gementar tiba-tiba menyesak di dada.
 
Aqif menghembus nafas kasar. “Nida, please. Tolong jangan mengelak lagi.
Aqif sudah lama menunggu saat ini.”
 
Nida sudah buat muka seposen, rasa bersalah mula bersarang di hati. “Aqif,
janganlah romantik-romantik dengan Nida. Nida tak retilah.”
 
“Nida, listen carefully.”
 
Nida menunduk.
 
“Nida, look at me.”
 
Nida masih menunduk, ada perasaan aneh yang menyerang seluruh jiwa.
Bergetar dan sukar untuk digambarkan.
 
“Nida, please?” lembut suara Aqif mohon pengertian.
 
Perlahan Nida mengangkat wajahnya.
 
“What do you see?

Pandangan mata mereka bertaut. Getar itu datang lagi, menari-nari menggigit
jiwa. Degupan jantung seakan berdetak lebih pantas dari yang biasa.
 
“Boleh Nida lihat ia di dalam mata Aqif ?” redup matanya menikam wajah
Nida.“Can you tell me what it is?”
 
“Nida..” Nida hilang kata-kata.
 
“Nida.. sudah lama Aqif simpan. Jadi, tolonglah dengarkan isi hati Aqif.” Aqif
menghela nafas panjang sebelum meneruskan.
 
“Andai bisa ku ungkapkan yang tersirat di hati
Nescaya ku ungkapkannya seribu kali
Andai bisa ku gambarkan yang terlukis di hati
Nescaya ku lakarkannya pada jutaan helaian kanvas
Andai aku seorang pengukir
Akan ku ukirkan wajahmu di setiap bintang
Sayang, aku cuma insan biasa
Yang hatinya telah kau miliki
Yang jiwanya telah kau takluki
Andai bisa kau telah isi hati ini
Andai kau faham apa yang kuinginkan
Sanggupkah kau menjadi  yang halal di sisiku
Sudikah engkau berada di sampingku
Menjadi suri dalam hidupku?”
 
Sebuah kotak berisikan sebentuk cincin diunjukkan. Nida memejamkan mata…air
matanya jatuh menitik. Hatinya sebak tiba-tiba.
 
            “Nida, sudikah kau jadi yang halal buat diri ini?”
 
“Aqif…” tegur Nida bila Aqif tiba-tiba bangun lalu melutut di tepi Nida yang
sedang duduk.
 
 “Aqif tidak tahu bagaimana lagi mahu menyatakannya.” Dia berhenti seketika
mengambil nafas sebelum menyambung. “Nida Suraya Binti Ramlan, sudikah...”
belum sempat Aqif menghabiskan ayatnya Nida sudah mengangguk-anggukkan
kepalanya sambil menyapu air mata yang mengalir di pipi dengan belakang telapak
tangan. 

Anda mungkin juga menyukai