Anda di halaman 1dari 2

Faktor dan kesan dalam etika kewartawanan

1. isu semasa yang berita turun dan naik dengan pelbagai berita bahari telah menjadi faktor yang
utama kepada kekeliruan pihak media untuk memfokuskan pelbagai berita dalam satu masa yang
sama

2.ketidaksahihan berita ini berlaku apabila sumber primer ataupun orang yang ditemuramah untuk
mendapatkan maklumat yang berlaku kerap menokok tambah cerita dan disampaikan dari mulut ke
mulut tanpa me;lihat perkara kejadian dengan sahih.

3.editor yang menyunting berita telah ditekan oleh pihak atasan dan juga agensi kewartawanan
untuk menyunting berita dengan ayat-ayat yang bombastic dan sering mengunakan istilah bahasa
pasar ataupun bahasa tersirat kerana ingin mempopularkan berita dan laporan mereka dalam
akhbar.

4. wartawan kini lebih mengejar isu hangat dan popularity tentang artis dan juga keadaan isu sosial
sahaja kerana isu seperti ini akan lebih menarik minat pembaca dan masyarakat untuk mengetahui.

5.pengunaan laman sosial dan jaringan sosial yang semakin meluas telah memainkan peranan
apabila wartawan hanya bergantung penuh dengan laporan yang tidak sahih dan sering bertukar isu
yang berlaku.

Kesan dalam etika kewartawanan

1. kreabiliti dan kepercayaan penuh terhadap berita yang telus oleh wartawan semakin diragui oleh
masyarakat umum.

2.isu moral dan sivik serta tatasusila semakin dipandang rendah dan enteng oleh masyarakat kerana
berita yang disampaikan mempengaruhi pemikiran masyarakat umum.

3.semakin banyak berita sensasi dan isu yang tidak penting telah dimuat naik dalam dada akhbar
yang mana sekaligus telah membuat isu semasa dan lainnya telah semakin tenggelam dan
mengakibatkan semangat cintakan Negara dan semangat patriotisme semakin pudar dalam jiwa
anak bangsa serta masyarakat.

4.isu semasa yang telus mudah diputar belit tidak lagi mampu untuk dilindungi hak cipta yang asal.

5 semakin banyak isu dan berita yang palsu dan mengakibatkan berlakunya unsur tuduhan tidak
berasas dan budaya fitnah berleluasa.

Cadangan dalam etika kewartawanan

1. kerajaan menetapkan garis panduan penyebaran berita haruslah lebih telus dan menapis
sebarang berita yang palsu.

2. kementerian komunikasi dan multimedia haruslah memainkan peranan dan mengawasi sebarang
berita yang tidak telus dan kabur yang mana akan menimbulkan fitnah.

3. menarik serta merta lesen dan juga keahlian wartawan jika telah menyebarkan berita yang palsu
di dalam media.
4. memastikan setiap berita disunting oleh editor yang terlatih dan juga diperakui oleh kerajaan
tentang keahlian mereka.

5. menetapkan berita isu yang membina minda pemikiran dan juga sisu semasa yang penting sahaja
untuk disiarkan di dada hadapan akbar dan kaca televisyen.

Anda mungkin juga menyukai