Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN KERTAS KERJA

TUNJUKCARA PERTOLONGAN CEMAS

(BALUTAN KAKI)

SESI II 2022/2023

TARIKH

08 MAC 2023

(RABU)

TEMPAT

POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH

ANJURAN

KUMPULAN 4 KELANA SISWA MALAYSIA


2022/2023
1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk memberi keterangan lebih
lanjut mengenai Latihan Pertolongan Cemas yang telah dianjurkan oleh
Kumpulan 4 Pengakap Kelana 2 Sesi 2022/2023.

2.0 PENDAHULUAN

Di antara visi dan misi Politeknik ialah melahirkan pelajar berketerampilan dan
bersahsiah tinggi. Dalam menjayakan misi dan visi ini, kami 7 orang ahli
pengakap kelana amat berbesar hati untuk mengikuti latihan yang dapat
membantu mencapai misi dan visi ini. Latihan ini dinamakan Latihan
Pertolongan Kecemasan. Penekanan utama dalam program ini ialah
mengenai kemahiran asas pengakap yang digunakan semasa
berlangsungnya Latihan ini.

Kami telah mengikuti program ini pada 08 Mac 2023 (Rabu) ini dan
sasarannya adalah dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat mendidik
kami menjadi insan yang berdisiplin. Lathan ini dilaksanakan selama satu
hari. Oleh itu, kertas kerja ini akan menjadi asas rujukan utama kepada
pelaksanaan latihan ini. Semoga usaha murni ini akan diberkati oleh Allah
S.W.T.

3.0 OBJEKTIF TUNJUKCARA

● Memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk untuk kepimpinan dan


kerjasama antara ahli pengakap kelana Politeknik Kota Kinabalu .
● Merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pelajar dan pensyarah.
● Dapat mengetahui asas pertolongan cemas.
4.0 RASIONAL TUNJUKCARA

Tunjukcara ini bertujuan untuk menyemai semangat berpasukan,disiplin yang


tinggi dan menjana etika bekerjasama dalam menjayakan sesuatu kerja. Hal
ini supaya mereka dapat menerapkan nilai nilai bekerjasama sepanjang
keberadaan mereka di Politeknik.

5.0 BUTIRAN TUNJUKCARA

a) Nama LATIHAN PERTOLONGAN CEMAS

Program

b) Tarikh 08 Mac 2023 (Rabu)

c) Masa 2.00 PM – 4.00 PM

d) Tempat Politeknik Kota Kinabalu,Sabah

e) Penganjur Kumpulan Kelana Siswa Malaysia

f) Cara Dilaksanakan dimana semua ahli group akan bersama-


sama dalam kumpulan melaksanakan tunjukcara latihan
Perlaksanaan
kecemasan.
6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program: ARIANDY BIN MUSLIMIN (07DKM22F1045)


Penolong Pengerusi Program: NURUL ELLIENA BINTI IRWAN (07DHM22F1011)

Setiausaha: NUR SHAWATUL FITRI ROSTAM (07DAT22F1018)


AJK Pengurusan: i.) FARHAN SHAH BIN ISKANDAR SHAH (07DEM22F1019)
ii.) FERNANDO JESPHER FREDECK (07DHR22F1009)
iii) TING HENG SOON (07DTP22F1012)
iv) KHAIRUL NIZAM (07DAT22F1028)

7.0 SOALAN ATURCARA

SOALAN JAWAPAN

1)Terangkan tujuan dan  Tujuan balutan boleh membantu mengawal bengkak serta
peraturan rawatan mengurangkan pergerakkan yang menyakitkan dan menyokong
kecemasan kecederaan pada bahagian kaki.
 Peraturan rawatan kecemasan:
 Menaikkan semangat orang yang ditimpa kemalangan
 Dapat mementukan keselamatan mangsa dalam keadaan selamat
 Membantu dimana terdapat kecederaan dan dilakukan dengan gerakan
yang pantas
 Melonggarkan pakaian pesakit supaya pesakit dalam keadaan selesa
dan mendapat udara yang mencukupi (jika perlu)

 Punca-punca luka
 Luka Tikaman
-Mempunyai liang kecil tetapi dalam,seperti terkena paku,tercucuk
2)Terangkan punca 2 jenis- jarum,atau terkena tikaman.Oleh kerana lukanya
jenis luka,balutan yang dalam,kekotoran,kuman mudah meresap jauh ke dalam tubuh dan risiko
sesuai dan kenal pasti jangkitan adalah terlalu tinggi.
pendarahan dari -Balutan yang sesuai: Balutan cincin
mulut,hidung,dan telinga

 Luka Pedarahan
-Darah keluar berwarna merah tua kerana kurang mengandungi oksigen
dan
mengalir keluar perlahan-lahan.
-Balutan yang sesuai : Balutan cincin

 Pendarahan mulut,hidung dan telinga


 Mulut
-Keluarnya darah dari mulut atau gusi disebabkan oleh trauma
fizikal atau geseran makanan
 Hidung
-Epistaksis adalah masalah pendarahan yang berlaku dalam
hidung.Hal ini berlaku disebabkan saluran darah di dalam hidung
koyak.
 Telinga
-Keluarnya lelehan darah dari telinga yang di sebabkan oleh
lecederaan atau jangkitan.

 Punca-punca dan rawatan keracunan


 Gigitan serangga
-Gigitan yang menyebabkan gejala ringan biasanya bermula
dengan rasa gatal,kulit menjadi kemerahan dan timbul seperti
ruam.
-Segera dapatkan rawatan di hospital kerana boleh menjadi
implikasi demam serta mual.
 Gigitan binatang kecil
-Lazimnya hanya menyebabkan kesakitan,bengkak dan juga
3) Berikan penerangan 2
punca dan rawatan kemerahan.
keracunan (rawatan gigitan -Boleh diuruskan dengan mencuci bahagian luka tersebut dengan
serangga,binatang kecil dan air yang banyak dan sabun.Luka tersebut perlu dibalut dan
binatang berbisa) seterusnya berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
 Gigitan binatang berbisa
-Boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada
badan dan fungsi organ akibat berlakunya kejutan
anafilaksis.Tindak balas ini boeh membawa maut jika tidak
mendapat rawatan segera.
-Cuci luka dengan air bersih atau antiseptic selepas membuang
sengat dari tempat sengatan.

 1) Siasat kejadian,kenalkan diri,periksa paras kesedaran,goyangkan


badan,dapatkan bantuan
2) Terbentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa
seluruh badan.
3) Jika tidak bernafas,berikan dua hembusan bantuan
4) Periksa nadi karotik,jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada
kadar 12 hembusan seminit.
5) Jika nadi tiada,segera mulakan tekana, beri tekanan sebanyak 15 kali.
Caranya adalah seperti berikut:
 Letakkan tangan anda di atas dada mangsa
 Berikan tekanan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang
1)Terangkan teknik dewasa.
pemulihan pernafasan  Selepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan)
(CPR)  Berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2
pusingan)
 Selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
 Teruskan CPR (15 tekanan dan 2 hembusan) jika tiada nadi

 Patah tulang
-Patah tulang paling kerap disebabkan oleh kecederaan daripada
bersukan,jatuh,kemalangan kereta atau sebarang aktiviti fizikal. Ada
beberapa keadaan kesihatan yang boleh menyebabkan tulang menjadi
lebih cenderung terhadap patah tulang. Keadaan kesihatan termasuk
osteoporosis,penyakit tulang rapuh (osteogenesis tidak
sempurna),kelenjar paratiroid yang terlalu aktif dan beberapa jenis
kanser.
 Anduhan
-Terdapat 5 jenis balutan anduh:
 Anduh lengan
 Anduh kepala
 Anduh lutut/siku
 Anduh pergelangan tangan
 Anduh tapak kaki

(*kesemua balutan-balutan di atas hendaklah menggunakan ikatan


2)Terangkan tentang patah
buku sila*)
tulang,anduhan dan cara
pemindahan mangsa  Cara pemindahan mangsa
 Kedudukan 3 orang penyelamat berada di sebelah kiri dan kanan
mangsa.
 Mengiringkan mangsa sedikit bagi memudahkan penyelamat
meletakkan tangan di bawah badan mangsa.
 Letakkan di 3 bahagian badan iaitu leher, punggung, dan kaki.
 Ampu badan mangsa di atas lengan penyelamat.
 Penyelamat perlu mengangkat mangsa secara serentak dan
letakkan mangsa di bahagian paha penyelamat terlebih dahulu.
 Mengiringkan mangsa ke arah badan penyelamat bagi
mengelakkan mangsa terjatuh.
 Apabila penyelamat bersedia, dalam kiraan 3, angkat mangsa
secara serentak dan pindahkan ke atas pengusung perlahan-
lahan

12.0 PENUTUP
Tunjukcara ini diharapkan agar dapat menjadi suatu latihan yang dapat
memberi impak yang positif dalam kalangan pelajar dan pensyarah agar
dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pertolongan cemas.
Selain itu, harapan kami juga semoga dengan adanya tunjukcara seperti ini,
Unit Beruniform Pengakap Kelana dapat menjadi lebih aktif dengan
cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi.

13.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh:
..................................................
( NUR SHAWATUL FITRI ROSTAM )
Setiausaha Tunjukcara Pertolongan Cemas)
Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Disahkan oleh:

…………………………….…….
( ARIANDY BIN MUSLIMIN )
Pengarah Tunjukcara Pertolongan Cemas)
Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Disokong oleh:

…………………………….…….
(NUR HAZWANI BINTI NERRAHIM)
Pensyarah Pengakap Kelana 2
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

Diluluskan oleh

…………………………….…….
(HJH RAFIDAH BINTI AHMAD)
Ketua Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
14.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai