Anda di halaman 1dari 2

 

12 Petua Ketika Berucap di Khalayak Ramai

1. Membuat persersediaan awal sebelum berucap. Dapatkan isi penting


yang hendak disampaikan. Sekurang-kurangnya 3 atau 4 bagi tempoh
ucapan yang pendek.

2. Penampilan diri yang baik dan pakaian yang kemas dan bersih. Ia juga
termasuklah wajah yang bersih dan ceria.

3. Ucapan dan tindakan yg sesuai dengan tempat dan keadaan. Kesilapan


tutur kata, boleh menjejaskan hubungan antara pendengar dan
pengucap.

4. Mengajukan kata hormat dengan panggilan yang betul mengikut protokol.

5. Berucap dengan nada ucapan yang jelas dan kekuatan yang sesuai. Ia
penting agar kita mampu menarik perhatian pendengar supaya fokus
kepada kita.

6. Penyesuaian nada suara berdasarkan ucapan yang disampaikan. Jika di


tempat yang perlu ditekankan kita sebut dengan kuat.

7. Pergerakan tangan yang betul tetapi tidak terlalu berlebihan. Ketika


bercakap pergerakan tangan kadangkala akan terikut-ikut dengan emosi,
jadi kita perlulah mengawalnya.

8. Kedudukan badan yang tegak dan seimbang. Tidak terlalu kaku.

9. Kekalkan hubungan mata (eye contact), pandang ke arah penonton di kiri


dan kanan, agar lebih seimbang.

10.Senyuman yang sesuai semasa berinteraksi dengan penonton.

11.Gunakan laras bahasa yang mudah difahami, jika perlu buat latihan
menyebut ayat supaya lebih lancar.
12.Membuat kesimpulan sebagai penutup kepada ucapan.

Anda mungkin juga menyukai