Anda di halaman 1dari 3

Sesi 4

Refleksi

PEMARKAHA
N

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

KPD3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 1

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM


NURUL AIN BINTI SOFIAN D20192091104 AT19

KUMPULAN KULIAH: AT19B

PENSYARAH: DR. ZAHARAH BINTI OSMAN

TARIKH SERAH: 13 JUN 2022

Template Refleksi| 1
Sesi 4
Refleksi

Refleksi terhadap Pengajaran Makro 1 Saya

Arahan
Refleksi terhadap butiran di bawah:

Pencapaian pelajar bagi:


a. Isi kandungan:
Saya telah menyampaikan sesi pengajaran yang bertemakan Awal Matematik. Di
dalam pengajaran saya turut mengaplikasikan penggunaan teknologi dan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian untuk murid-murid yang terlibat. Jumlah murid
yang terlibat adalah seramai tiga orang murid dan sesi pengajaran berlangsung
secara fizikal namun terdapat kelompongan tema dimana murid-murid kelihatan
agak sukar untuk menjawab soalan yang diajukan kerana kurang mahir dengan
topik tambah (+).

b. Kemahiran berfikir/Metakognisi:
Sesi pengajaran yang berlangsung didapati mempengaruhi kemahiran berfikir
murid kerana terdapat suatu situasi dimana perbezaan warna bola dan interaksi dua
hala yang bermakna antara guru dengan murid. Perkara secara tidak langsung
mewujudkan jaringan interaksi responsif antara guru dengan murid yang
membantu saya sebagai guru untuk kekal yakin dan berupaya menangani apa jua
situasi yang bakal berlaku di dalam proses pengajaran kelak.

c. Sikap/Kemahiran Insaniah
Saya berasa teruja untuk menjalankan pengajaran bersama murid-murid tersebut
dan berupaya untuk memperolehi respon yang memberangsangkan dalam
kalangan murid. Tambahan itu juga, saya turut rasa bersyukur kerana mereka
kelihatan tertarik dan berupaya untuk bergiat aktif dan tidak pasif di sepanjang
pengajaran berlangsung.

Pelaksanaan Kuliah Interaktif saya:

Template Refleksi| 2
Sesi 4
Refleksi

a. Kekuatan:
Secara rangkumannya, kekuatan pengajaran yang berlangsung adalah melalui
penyediaan bahan bantu mengajar (bbm) yang bersifat interaktif dan kondusif.
Topik (+) yang dilaksanakan jelas memerlukan pengukuhan daripada segi latih
tubi dan aktiviti lain, namun begitu, pengajaran yang telah saya laksanakan
berupaya untuk mempengaruhi minat dan fokus mereka di sepanjang pengajaran
berlangsung. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada proses pengajaran
berlangsung secara baik dan holistik sekaligus membantu saya untuk
mengenalpasti kelemahan dan tujuan asal pengajaran tersebut dijalankan.

b. Kelemahan & cabaran:


Menyedari tujuan utama pengajaran tersebut dijalankan ke atas murid-murid
berumur 5 tahun, saya mendapati bahawa pengajaran yang berlangsung
memerlukan pengukuhan yang lebih mencabar kemahiran berfikir aras tinggi.
Seperti contoh, mencipta. Sepatutnya, murid berumur 5 tahun sudah mampu untuk
melengkapkan soalan mudah tambah seperti yang saya sediakan, dan seharusnya
juga saya menjalankan aktiviti pengukuhan yang lebih membentuk kemahiran
berfikir aras tinggi peringkat mencipta, supaya murid-murid yang terlibat mampu
mencipta soalan secara kendiri berkaitan dengan topik (+).
c. Cadangan untuk penambahbaikan (apa yang akan saya lakukan secara
berbeza pada masa akan datang):
Maka dengan itu, saya mencadangkan untuk sesi pengajaran kedua kelak, latih
tubi bersifat membina KBAT dijalankan di langkah ketiga agar mampu untuk
menilai tahap dan kelemahan murid sekaligus mampu merancang intervensi
yang diperlukan oleh murid tersebut di dalam menguasai hasil pembelajaran
yang disasarkan oleh saya.

Template Refleksi| 3

Anda mungkin juga menyukai