Anda di halaman 1dari 4

Sesi 4

Refleksi

PEMARKAHA
N

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

KPD3016: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO 2

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK PROGRAM


NURUL AIN BINTI SOFIAN D20192091104 AT19

KUMPULAN KULIAH: AT19B

PENSYARAH: DR. ZAHARAH BINTI OSMAN

TARIKH SERAH: 13 JUN 2022

Template Refleksi| 1
Sesi 4
Refleksi

Refleksi terhadap Pengajaran Makro 1 Saya

Arahan
Refleksi terhadap butiran di bawah:

Pencapaian pelajar bagi:


a. Isi kandungan:
Saya telah menyampaikan sesi pengajaran yang bertemakan Awal Matematik.
Namun begitu, saya mendapati bahawa murid sukar untuk menumpukan perhatian
kerana tiada rakan lain seperti di makro 1. Justeru dengan itu, saya tetap
menjalankan aktiviti secara terancang dan berperingkat agar mampu membentuk
murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan dengan baik. Saya juga
menggunakan teknologi dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan topik
pengajaran. Selain daripada itu, BBM yang disediakan lebih baik berbanding BBM
makro 1. Perkara ini sedikit sebanyak membantu saya untuk lebih memahami
keperluan pembelajaran murid yang terlibat.

b. Kemahiran berfikir/Metakognisi:
Sesi pengajaran yang berlangsung didapati mempengaruhi kemahiran berfikir
murid melalui langkah-langkah pengajaran yang dijalankan. Antaranya
memerlukan murid untuk membaca dan mengira secara kendiri, namun begitu
sebagai guru, saya tetap membimbing murid tersebut untuk membaca dan
menjalankan aktiviti. Saya berpendapat bahawa murid berupaya untuk memahami
intipati pengajaran yang berlangsung namun masih lagi memerlukan bimbingan
berkala tentang topik pengajaran (+).

c. Sikap/Kemahiran Insaniah

Template Refleksi| 2
Sesi 4
Refleksi

Saya bersyukur kerana murid tersebut mampu untuk menjalankan aktiviti secara
sendirian tanpa rakan sebaya yang lain. Saya juga teruja apabila wujudnya
interaksi dua hala yang bersifat positif antara kami. Perkara ini secara tidak
langsung mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesa dan
yakin antara satu sama lain. Saya turut berasa gembira apabila murid tersebut
mampu melibatkan diri secara aktif serta berani untuk mencuba dan tidak pasif di
sepanjang proses pengajaran berlangsung.

Pelaksanaan Kuliah Interaktif saya:

a. Kekuatan:
Secara rangkumannya, saya berasa puas dan berkeyakinan untuk memulakan
proses dan mengakhiri proses pengajaran secara terancang dan berstrategi. Saya
memahami perasaan murid tersebut yang berkemungkinan takut dan tidak yakin,
namun arahan dan intonasi yang digunakan adalah bersifat lembut dan jelas untuk
murid memahami. Hal ini secara tidak langsung, memberikan ruang kepada saya
untuk melihat tahap kefahaman murid terhadap sesi pengajaran yang berlangsung.
Di dalam pengajaran ini, bbm yang digunakan adalah lebih bersifat mesra murid
dan berpotensi di dalam membentuk kefahaman dan minat murid terhadap topik
(+). Tambahan itu juga melalui aktiviti melukis berpandukan soalan, saya dapat
mengenalpasti keupayaan dan tahap kemampuan murid dengan baik sekaligus
membentuk sikap tidak berputus asa di dalam diri saya merancang pengajaran
makro 3 untuk membantu murid tersebut menguasai topik (+) dengan baik.

b. Kelemahan & cabaran:


Menyedari tujuan utama pengajaran tersebut dijalankan ke atas murid-murid
berumur 5 tahun, saya mendapati bahawa pengajaran yang berlangsung
memerlukan soalan yang lebih mencabar. Sebagai contoh menaikkan jumlah
nombor yang perlu ditambah agar mampu mencabar tahap KBAT murid secara
ilmiah. Namun begitu, murid kelihatan tidak bermaya, mungkin saya perlu
terapkan muzik di langkah induksi agar mampu menyuntik suasana pengajaran
yang lebih santai kelak. Perkara lain yang menjadi tumpuan saya ialah, murid

Template Refleksi| 3
Sesi 4
Refleksi

tersebut masih lagi tidak mengenali simbol (=).

c. Cadangan untuk penambahbaikan (apa yang akan saya lakukan secara


berbeza pada masa akan datang):
Maka dengan itu, saya mencadangkan untuk sesi pengajaran ketiga kelak,
memasukkan elemen muzik dan fizikal dilangkah pengajaran yang bersesuaian
agar mampu mewujudkan suasana pengajaran yang santai dan membentuk
fokus dalam diri murid untuk menguasai hasil pembelajaran yang disasarkan
kelak. Selain daripada itu juga saya akan melaksanakan aktiviti mengenai
padanan simbol di dalam makro 3 agar dapat membantu murid mengenal
simbol sama dengan.

Template Refleksi| 4

Anda mungkin juga menyukai