Anda di halaman 1dari 5

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN ROTI TITAB DI

KOPITIAM KITA , JALAN SRI CEMERLANG , TAMAN


DESA JASA , 15400 KOTA BHARU , KELANTAN DARI
TAHUN 2002 HINGGA 2020

1.0 PENGENALAN

Roti titab merupakan salah satu menu yang terkenal di


Kelantan . Roti ini juga menjadi hidangan untuk sarapan pagi
masyarakat Kelantan . Asasnya , roti titab adalah roti yang
dibakar dengan mentega .Kemudian dihiasi jem kaya di setiap
penjuru roti . Akhir sekali diletakkan telur separuh masak yang
menggedik di atasnya . Nama Titab ini ini tiasa sebarang
maksud khusus . Pemilik Kopitiam Kita memilih nama Roti
Titab kerana jenama ini mudah dan senang diingati . Roti
tersebut , yang diberi nama Roti Titab menjadi buruan terutama
kepada pelancong domestic sehingga ada yang sanggup menaiki
kapal terbang dari kuala lumpur ke kota bharu untuk mencuba
keunikan rasa roti itu. Wong merupakan pemilik kopitiam itu
berkata ia bermula pada 2010 ketika sedang bercuti ke
Guangzhou , China selepas melihat bagaiman peniaga di sana
mengambil sarapan pagi sebelum memulakan hari mereka .

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

- Antara objektif kajian adalah untuk mengkaji latar belakang


Roti Titab sebagai manu utama di Kota Bharu Kelantan
- Objektif kajian juga untuk menjelaskan perkembangan cara
pembuatan Roti Titab yang lazat dan lembut di Kopitiam Kita
dari tahun 2002 hingga 2020.
- Selain itu , kajian bertujuan untuk mengenal pasti cabaran-
cabaran yang dihadapi untuk mengekalkan Roti Titab sebagai
menu yang popular di Kelantan .
-
3.0 PERMASAALAHAN KAJIAN

Permasaalahan kajian merupakan focus utama yang akan diberi


perhatian oleh pengkaji dalam pelaksanaan kajian ini . Kajian ini
bertujuan untuk menjelaskan latar belakang Roti Titab sebagai
menu utama di Kopitiam Kita . Selain itu , permasaalahan kajian
seterusnya adalah untuk mengenalpasti apakah perkembangan
cara-cara pembuatan Roti Titab di Kopitiam Kita dari tahun
2002-2020 . Seterusnya , kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti apakah cabran-cabaran yang dihadapi untuk
mengekalkan Roti Titab sebagai makanan populardi Kelantan
kerana banyak persaingan menu sarapan pagi yang lebih sedap
di luar sana .

4.0 SOROTAN KAJIAN

Secara umumnya , terdapat banyak kajian yang telah dijalankan


berkaitan dengan Roti Titab . Salah satu artikel karya Hanhanis
yang bertajuk “ Roti Titab Kopitiam Kita “ yang disiarkan pada
tahun 2014 , beliau menyatakan “Sejujurnya tekak Hans nih
memang susah sikit nak telan telur separuh masak sebab
memang tekak boleh kembang dengan rasa telur tu. Tetapi,
disebabkan kombinasi kaya dan telur itu menyebabkan rasanya
memang sedap dan buat Hans tambah lagi sepinggan weh.”
Selain itu , dalam berita astro awani yang bertajuk “ Wong
Kongsi Rahsia Kejayaan Roti Titab “ pada tahun 2019 .
Berkongsi pengalaman bagaimana mencipta roti itu, Wong yang
merupakan pemilik kopitiam itu berkata ia bermula pada 2010
ketika sedang bercuti ke Guangzhou, China selepas melihat
bagaimana peniaga di sana mengambil sarapan pagi sebelum
memulakan hari mereka.
Selepas itu , dalam Bernama TV menyiarkan “ KOPITIAM
KITA : HOME OF ROTI TIAB “ pada tahun 2019.
5.0 SKOP KAJIAN
Skop kajian meliputi aspek utama fungsional , biografikal ,
geografikal dan kronologikal . Empat aspek ini dapat menentukan
batasan kajian dan memudahkan pengkaji melaksanakan kajian . Dari
aspek fungsional , pengkaji mengkaji sejarah latar belakang Roti
Titab sebagai menu utama di Kopitiam Kita di Kota Bharu Kelantan .
Pengkaji juga turut mengkaji perkembangan cara pembuatan Roti
Titab yang lembut dan lazat . Berdasarkan aspek bigrafikal ,
Sekeping roti empat segi setebal kira-kira satu inci (2.54 sentimeter)
dibakar perlahan-lahan selama satu minit dan setelah itu, Wong Nye
Hua, 63, meletakkan sebiji telur separuh masak dan empat sudu kaya
buatan sendiri di setiap penjuru roti tersebut sebelum dihantar kepada
pelanggan yang mengunjungi Kopitiam Kita. Manakala dari aspek
geografikal , pengkaji menghadkan kawasan kajian di Kelantan .
Btasan lokasi geografikal ini ditentukan kerana kajian pengkaji
tertumpu pada cabaran-cabran yang dihadapi untuk mengekalkan Roti
Titab sebagai menu popular di Kelantan .Bagi aspek kronologikal ,
pengkaji menggunakan tempoh selama 21 tahun , dari tahun 2002
hingga 2020 supaya pengkaji dapat menjalani perkembangan dan
perubahan Roti Titab di Kopitiam Kita .
5.0 KAEDAH KAJIAN
Ketika menghasilkan kajian ini , beberapa kaedah kajian telah
digunakan . Kaedah kajian yang pertama yang digunakan ialah
berdasarkan sumber lisan . Pengkaji menemu bual orang yang terlibat
ataupun yang memainkan peranan yang penting dengan Roti Titab
dalam kedai Kopitiam Kita . Antara yang ditemu bual ialah pengurus
dan pelanggan .
Selain itu , kaedah kajian carian dalam internet yang digunakan oleh
pengkaji . Antara sumber yang terlibat ialah sumber internet.
Kaedah yang ketiga ialah kerja lapangan . Melalui kaedah kajian ini ,
pengkaji pergi ke destinasi kajian supaya dapat melihat keadaan
perusahaan tersebut secara lebih realistik.
6.0 SKOP KAJIAN
Terdapat 3 perkara yang terangkum dalam skop kajian iaitu
aspek kajian , tempat kajian dan tempoh kajian . Dari segi aspek
kajian , terdapat tiga isu yang difokuskan . Pertama ialah latar
belakang Roti Titab sebagai menu sarapan pagi yang popular di
Kopitiam Kita , Kelantan . Kedua , perkembangan cara-cara
pembuatan Roti Titab . Akhir sekali , cabaran-cabran yang
dihadapi untuk mengekalkan Roti Titab sebagai menu yang
popular di Kelantan .
Dari segi skop tempat kajian , kajian ini akan berfokus kepada
bahagian Kopitiam Kita di Pengkalan Chepa yang mempunyai
roti titab yang amat lembut dan lazat . Roti Titab merupakan
makanan sarapan pagi bagi penduduk di Kota Bharu .
Manakala dari segi tempoh kajian , kajian ini mencukupi rahun
2002 hingga 2020. Tahun 2002 memperlihatkan perkembangan
Roti Titab sebagai menu popular di Kelantan .

7.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI


Struktur kajian esei ini mengandungi tiga bahagian iaitu
pengenalan , bahagian isi dan kesimpulan . bahagian pengenalan
kajian ini akan membincangkan sejarah umum tentang tajuk dan
fokus kajian .
Dalam bahagian isi , pengkaji akan menjelakan latar belakang
Roti Titab sebagai menu utama di Kopitiam Kita secara
mendalam .Seterusnya , prngkaji juga akan membincangkan
perkembangan Roti Titab sebagai makanan popular di Kelantan
pada tahun 2002-2020. Akhir Sekali di bahagian ini , pengkaji
akan mengenalpasti dan membincangkan cabaran-cabran yang
dihadapi untuk mengekalkan Roti Titab sebagai menu popular di
Kopitiam Kita .
Dalam bahagian kesimpulan pula , pengkaji akan merumus
hasil kajian yang diperoleh dan harapan untuk terus
mempertahankan dan mempromosikan Roti Titab sebagai
produk makanan di peringkat yang lebih luas .
8.0 PENUTUP

Diharapkan dengan kajian ini , generasi akan dating akan dapat


lebih mengenali Roti Titab sebagai menu popular di Kopitiam
Kita di negeri Kelantan dan seterusnya berusaha
memperkenalkan Roti Titab sebagai makanan popular di Kota
Bharu yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat pada hari
ini. Pengkaji juga berharap agar kajian ini dapat membantu
pengkaji yang lain untuk menjalankan kajian pada masa
hadapan .

9.0 BIBLIOGRAFI

1. Orang sumber
2. Surat Khabar
3. Artikel

Anda mungkin juga menyukai