Anda di halaman 1dari 1

TANAMAN HERBA

SJKT JALAN SAN PENG

SENARAI SEMAK PENGURUSAN PROJEK ( PSV)

ARAHAN : Bersama-sama dengan guru mata pelajaran lain yang terlibat dengan
perancangan Kmr-PBL, lenkapkan senarai semak ini untuk membantu anda mengurus
projek dengan berkesan.

Adakah projek anda mempunyai ciri-ciri berikut : Ya Tidak Catatan


Merancang aktiviti sejajar dengan standard kandungan dan
kemahiran 4C.
 Murid mempelajari kandungan pelajaran yang digariskan
dalam standard kandungan dan membina kompetensi
pembelajaran bermakna (4C) melalui aktiviti projek.
Mengurus aktiviti berkaitan dengan cabaran yang
dicetuskan oleh soalan pencetus idea (SPI).
 Murid memberi fokus terhadap persoalan dan cabaran
yang mencetuskan hasil tugasan yang bermakna.
Mencetuskan keperluan dan kemahuan untuk tahu dan
melaksana.
 Murid dilibatkan ke dalam projek melalui satu program
yang menarik perhatian dan minat mereka untuk
memulakan proses inkuiri.
Murid terlibat secara aktif dalam proses inkuiri.
 Murid berfikir secara mendalam dan menjana soalan-
soalan lanjutan untuk memperoleh jawapan dan jalan
penyelesaian pada isu dan masalah kehidupan sebenar.
Keperluan melaksanakan inovasi.
 Murid menjana jawapan baharu dan menghasil produk
yang unik untuk menjawab cabaran yang dicetuskan
oleh SPI.
Membina kompetensi pembelajaran bermakna 4C.
 Murid membina kompetensi kewarganegaraan ,
sahsiah , pemikiran kreatif dan kritis , kemahiran
komunikasi & berkolaborasi semasa melaksanakan
projek.
Menggalakkan murid membuat pilihan dan memberi
cadangan.
 Murid melalui bimbingan guru diberi peluang dan ruang
untuk membuat pilihan dan mengemukakan cadangan
yang mempengaruhi pelaksanaan projek.
Menggabungkan maklum balas dan membuat semakan
 Murid menggunakan maklum balas untuk menambah
baik tugasan dan menghasilkan produk berkualiti tinggi.

Anda mungkin juga menyukai