Anda di halaman 1dari 1

×

Search 

Bab 5-kepimpinan-   
motivasi
Khairul Anwar

Mar. 17, 2013 • 6 likes • 25,917 views

  48 of 52  

PRICE DROP

Shopee Coins Cashback Deals


Shopee

Advertisement

Recommended

Bab 7 an 015 kepimpinan


walidsofea78
8.2k views • 64 slides

Bab 7 an 015 kepimpinan


https://www.facebook.com/
8.2k views • 64 slides

Mj102 022032-956-9
Sri Mulyani
332 views • 64 slides

Unit8 : pengarahan
(motivasi)
EBBY FIRDAOS SUFIAN
8.3k views • 20 slides

Gaya kepimpinan
Rohana Mohamed Nor
38.9k views • 15 slides

Dasar Kepemimpinan - Basic


Leadership
Bowo Trahutomo.S,SE,MM
66.3k views • 24 slides

Kepimpinan fungsi
kepimpinan pengurusan
Qaseh Rindu
11.4k views • 7 slides

Kepimpinan dan manajemen


organisasi
Dadan Raharja
23.9k views • 37 slides

Advertisement

More Related Content


Slideshows for you

Managerial & Leadership


Style
Alvin Agustino Saputra
4.8k views • 22 slides

Konsep asas kepemimpinan


Emyza Hamzah
27.7k views • 62 slides

Bab 3 sifat pemimpin


Ct Hussen
3.1k views • 29 slides

Kepimpinan
prema selvi
18.8k views • 20 slides

Kepimpinan Transformasi
guestd95e21
30.5k views • 43 slides

Kepemimpinan
Cindy Alvionita Bahder
12.3k views • 21 slides

Similar to Bab 5-kepimpinan-motivasi

Mohammad sofa
permadi(1961019) kp1 2019
LailatulRodhiyah1
16 views • 19 slides

Tugas 1 MSDM ALIVA NUR Q.


(1961074) kp2 2019
Aliva Qomariyah
25 views • 19 slides

M5 kb2 kepemimpinan
Yayan Yanuar Rahman
142 views • 28 slides

Bab i glen kepemimpinan


WemiOngirwalu
63 views • 11 slides

Leadership
Lili Fajri Dailimi
12 views • 41 slides

M5 kb2 kepemimpinan
PPGHybrid2
6 views • 23 slides

Advertisement

 Bab 5-kepimpinan-motivasi
1. BAB 5 KEPIMPINAN DAN MOTIVASI Disediakan oleh: UNIT
PENGURUSAN PERNIAGAAN KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
2. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran,
pelajar – pelajar dapat 5.1 Memahami: a. Definisi kepimpinan
b. Ciri – ciri Pemimpin c. Perbandingan Pemimpin dan
Pengurus d. Gaya Kepimpinan 5.2 Memahami: a. Definisi
Motivasi b. Teori – teori Motivasi Mengaplikasi: c. Kaedah
Memotivasikan Pekerja
3. 5.1 PENGENALAN KEPIMPINAN a. DEFINISI KEPIMPINAN “
Kepimpinan adalah suatu proses di mana pemimpin akan
cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi
melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja
bagi unit dan organisasi. Seseorang pemimpin seharusnya
mempunyai pengikut serta mempengaruhi perlakuan pekerja
dengan berbagai cara untuk mencapai matlamat.” Abd.
Hamed et al
4. “ Kepimpinan sebagai seni atau proses mempengaruhi
kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka
supaya mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian
matlamat organisasi” Jaafar Muhammad
5. b. CIRI – CIRI PEMIMPIN Seseorang menjadi pemimpin
kerana bakat semulajadi atau dilahirkan dengan sifat
kepimpinan. Kajiselidik telah dijalankan untuk mengenalpasti
perawakan seseorang pemimpin iaitu dari segi: i. Fizikal ii.
Ilmu pengetahuan iii. Sahsiah Hasil kajian tersebut
mendapati beberapa ciri yang berkait rapat dengan
perawakan seseorang pemimpin iaitu: i. Memiliki keadaan
fizikal yang sihat dan sesuai dengan tugasnya. ii.
Berpengetahuan luas dan pintar pemikirannya iii. Memiliki
daya kerja dan semangat yang tinggi
6. iv. Gemar memikul tanggung jawab dan cepat membuat
keputusan. v. Menguasai prinsip perhubungan manusia dan
teknik berkomunikasi vi. Berlaku adil vii. Objektif dalam erti
kata dapat menguasai emosi dan lebih banyak menggunakan
akal
7. Keberkesanan kepimpinan seseorang pengurus itu akan
lebih ketara lagi apabila dia mahir dan mampu menyelia
orang bawahannya serta kaedah yang digunakannya sesuai
dengan situasi. Pemimpin Formal Dan Pemimpin Tidak formal
i. Pemimpin Formal Pemimpin yang dilantik disebabkan
kedudukan formal dalam organisasi Contoh: Pengurus
Jabatan Kewangan – disebabkan kedudukannya sebagai
seorang pengurus secara tidak langsung beliau merupakan
pemimpin jabatan berkenaan
8. ii. Pemimpin Tidak Formal Pemimpin yang dilantik secara
tidak formal dalam organisasi untuk mengetuai sesuatu
kumpulan terbentuk dalam organisasi. Kumpulan yang
ditubuhkan secara tidak formal untuk memperjuangkan
kepentingan tertentu mungkin akan melantik seorang
pemimpin Kepimpinan pemimpin ini tidak disahkan oleh
organisasi Pemimpin yang dilantik mungkin bertaraf lebih
rendah atau lebih tinggi atau setara dengan ahli kumpulan
yang lain
9. c. PERBANDINGAN PEMIMPIN DAN PENGURUS Jadual
dibawah menunjukkan perbandingan di antara pemimpin dan
pengurus: Status Perkara Pemimpin Pengurus Bersifat
peribadi Interaksi peribadi dengan Tidak melibatkan interaksi
pekerja un tuk tujuan peribadi mempengaruhi mereka
Kedudukan dalam organisasi Tidak semestinya disebabkan
Disebabkan oleh kedudukan oleh kedudukan dan jawatan
dan jawatan formal dalam formal dalam organisasi organisasi
Sikap dan Motivasi Aktif dari aspek kemanusiaan Pasif dan
lebih mementingkan disebabkan fungsi pencapaian matlamat
(aspek mempengaruhi pengikut teknikal) Skop Pendekatan
Menangani perubahan dengan Menangani kerumitan dan
bentuk visi tertentu masalah dalam organisasi dan
memastikan organisasi berjalan atas landasan yang betul
10. Bersifat Peribadi: * Salah satu perbezaan utama bahawa
kepimpinan lebih bercorak peribadi berbanding pengurusan
sebab pemimpin perlu mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain agar mereka melaksanakan arahan
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan * Manakala
pengurus pula perlu menitikberatkan fungsi pengurusan yang
bukan bersifat peribadi contohnya tugas merancang atau
membaca laporan tidak melibatkan interaksi peribadi
11. Kedudukan Dalam Organisasi : * Menjadi pengurus
kerana kedudukan yang formal dalam organisasi dan
berjawatan formal menyebabkan pengurus ada
tanggungjawab dan autoriti tertentu dimana pengurus akan
berperanan sebagai seorang pemimpin * Walaupun
berkedudukan formal dalam organisasi, seseorang pengurus
tidak semestinya ada ciri- ciri kepimpinan yang baik. Biasanya
seseorang dilantik menjadi pengurus kerana mempunyai
pengetahuan, berkemahiran dan berkeupayaan mengurus
dalam dirinya. * Sebaliknya pemimpin yang mungkin tidak
ada kedudukan formal dalam organisasi dilantik disebabkan
ciri-ciri kepimpinan yang ada padanya
12. Skop Pendekatan: * Pihak pengurusan perlu untuk
mengatasi kerumitan dalam organisasi, maka pengurus perlu
memastikan operasi berjalan lancar atas landasan yang betul
berdasarkan perancangan formal, merekabentuk struktur
organisasi yang ketat dan memantau hasil berdasarkan
rancangan yang disusun * Kepimpinan pula diperlukan untuk
menangani perubahan kerana pemimpin perlu menjelaskan
arah tujuan dengan membentuk visi yang sesuai,
menyelaraskan semua uasaha subordinat dengan
memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk serta
memberi semangat kepada subordinatnya untuk menangani
semua halangan
13. Sikap dan Motivasi: * Pengurus dan pemimpin berbeza
dari segi motivasi, cara berfikir serta bertindak. Biasanya
pengurus ada sikap yang bukan bersifat peribadi di mana
tugas pengurus untuk memastikan matlamat yang ditetapkan
tercapai. Pengurus tidak mengambil berat tentang cara yang
digunakan samada betul atau salah untuk mencapai
matlamat tersebut * Pemimpin pula bersikap lebih aktif dan
lebih mengambil berat tentang cara yang digunakan untuk
mencapai matlamat. Pemimpin mengambil berat tentang hal
ehwal subordinatnya kerana hendak mempengaruhi mereka
melaksanakan arahannya
14. d. GAYA KEPIMPINAN Gaya kepimpinan berhubung
dengan pendekatan yang digunakan oleh seseorang
pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya melalui: i.
pembuatan keputusan untuk subordinat ii. Memberi panduan
kepada subordinat untuk membuat keputusan iii. Memberi
autoriti sepenuhnya kepada subordinat membuat keputusan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah
15. Dalam proses kepimpinan, pengurus boleh
menggunakan pelbagai gaya kepimpinan yang sesuai dalam
organisasi: 1. Gaya Kepimpinan Autokratik * Proses membuat
keputusan hanya dibuat oleh pengurus. Subordinat tidak
terlibat dalam membuat sebarang keputusan * Pengurus
membuat keputusan dan memberitahu pekerja apa yang
harus dilakukan * Gaya ini sesuai bagi organisasi yang: a.
Menghadapi krisis b. Mempunyai pekerja baru c. Mempunyai
pekerja yang tidak bermotivasi
16. 2. Gaya Kepimpinan Demokratik * Melibatkan subordinat
di dalam proses membuat keputusan. Penglibatan subordinat
bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi * pengurus
berbincang dengan subordinat untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi. Cara ini akan memberikan keputusan yang
lebih berkualiti di samping dapat memajukan bakat dan
meningkatkan kemahiran pekerja. Prkerja akan lebih
bermotivasi, berkomitmen tinggi dan lebih
bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara
bersama
17. 3. Gaya Kepimpinan Lassez – faire * pemimpin memberi
kebebasan kepada subordinat untuk membuat keputusan
dan bertindak. Subordinat menggunakan kemahiran dan
membuat pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu
masalah * subordinat akan membuat keputusan berdasarkan
lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan untuk
mencapai matlamat kerja * gaya ini dilaksanakan apabila para
pekerja bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan
dan berkemahiran di dalam kerjayanya
18. 4. Gaya Kepimpinan Islamik * Menurut pengurusan Islam,
raja perlu mentadbir dan bertindak sebagai pengurus atau
ketua berpandukan dan merujuk al-Quran dan al-Sunnah
serta nasihat para ulama’ * Rakyat atau pekerja wajib taat
kepada pemimpin dengan mematuhi arahan * Pemimpin
wajib menerima kuasa dan tanggungjawab pengurusan yang
diberikan oleh negara atau organisasi sebagai amanah bukan
sahaja amanah dari pekerja atau rakyat tetapi juga dari Allah
Taala * Amanah (tugas-tugas pengurusan) yang diterima perlu
ditadbir, diputus atau dibincangkan menerusi konsep syura’
iaitu permuafakatan antara pemimpin dan pekerja
bawahannya serta pengurus-pengurus yang lain *
Menekankan konsep tawakkal setelah semua idea dan
perancangan diatur dengan teliti bagi mencapai matlamat
organisasi kerana hanya Allah yang Mengetahui akhir setiap
pekerjaan
19. 5.2 PENGENALAN MOTIVASI a. DEFINISI MOTIVASI * Satu
proses yang kompleks melibatkan keadaan dalaman (naluri
manusia dan rangsangan) serta luaran individu (perlakuan
dan tindakan) * Proses psikologi yang merangsang dan
mengarahkan tindakan manusia secara berterusan untuk
mencapai matlamat * Melibatkan keperluan yang dirasai
dalam kehidupan seseorang pada sesuatu ketika. Keperluan
ini mewujudkan rangsangan atau desakan naluri dalam diri
manusia yang menyebabkan manusia bertindak ke arah
matlamat atau kehendak tersebut.
20. KEPERLUAN (LAPAR NASI) RANSANGAN (UNTUK MAKAN
MAKLUMBALAS TINDAKAN (MENCARI NASI)
MATLAMAT/KEPUASAN (MAKAN DAN KENYANG)
21. b. TEORI-TEORI MOTIVASI 1. Teori Hirarki Keperluan
Maslow * Menghuraikan bahawa manusia mempunyai
beberapa tingkat keperluan secara teratur * Abraham Maslow
mengemukakan 5 tingkat keperluan manusia: a. Tingkat I:
Keperluan Fisiologi ~ Berhubung dengan keperluan asas
manusia untuk terus hidup ~ Merupakan keperluan yang
terbawah sekali yang harus dipenuhi oleh semua manusia
seperti keperluan makanan, pakaian, tempat tingkat dan
sebagainya. ~ Bagi memenuhi keperluan ini, manusia harus
berusaha atau bekerja untuk mendapat keuntungan, upah
atau gaji
22. b. Tingkat II: Keperluan Keselamatan * Untuk
mengelakkan diri manusia daripada perkara-perkara yang
boleh mencederakan atau menjejaskan masa depannya *
Manusia lebih sedar tentang keperluan keselamatan setelah
keperluan fisiologi dipenuhi * Pekerja akan merasa lebih
selamat untuk bekerja sekiranya mereka tahu bahawa mereka
tidak akan hilang pekerjaan atau dibuang kerja * Sebahagian
organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih dan
kondusif, skim pencen, insurans dan sebagainya bagi
menjamin keselamatan dan masa depan pekerja
23. c. Tingkat III : Keperluan Sosial Berhubung dengan
penerimaan berkumpulan atau masyarakat terhadap individu
Tercetus apabila keperluan fisiologi dan keselamatan sudah
dipenuhi Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri,
mereka memerlukan rakan-rakan atau kumpulan tertentu
untuk berinteraksi Dalam organisasi, pekerja akan
dikelompokkan dalam satu kumpulan kerja dan mereka akan
berinteraksi serta bekerja bersama-sama bagi mencapai
matlamat organisasi
24. d. Tingkat IV : Keperluan Esteem * Tercetus apabila ketiga-
tiga keperluan di bawah dipenuhi * Agak sukar dipenuhi, ia
berhubung dengan penghargaan diri, penghormatan, status
dan sebagainya * Dalam organisasi, keperluan ini dapat
dicapai sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi kerja
yang baik dan diberi kenaikan pangkat, gaji yang tinggi,
penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang melibatkan
kenaikan status pekerja tersebut
25. e. Tingkat V : Keperluan Aktualisasi Diri * Keperluan
terakhir yang akan dipenuhi dan pencapaian terakhir yang
diingini oleh seseorang manusia * Melibatkan seorang
manusia menggunakan bakat dan potensi yang ada pada
dirinya untuk mencapai apa yang dihajati * Pekerja seperti ini
suka kepada kerja yang mencabar, berorientasikan
pencapaian, kreativiti dan bercita- cita tinggi
26. MODEL HIRARKI KEPERLUAN MASLOW KEPERLUAN
AKTUALISASI DIRI KEPERLUAN ESTEEM KEPERLUAN SOSIAL
KEPERLUAN KESELAMATAN KEPERLUAN FISIOLOGI
27. 2. Teori Dua Faktor Herzberg * Federick Herzberg mengkaji
perlakuan manusia dan mengemukakan teori motivasi
berasaskan kepada Model Penjagaan-Motivasi (Motivation-
Maintenance Model) * Terdapat 2 set faktor yang
mempengaruhi gelagat pekerja: a. Faktor-faktor Penjagaan
(Maintenance Factors) * Dikenali juga sebagai faktor-faktor
kesihatan (hygiene factors) * Berhubung pengalaman kerja
yang akan menghalang daripada berlakunya ketidakpuasan
kerja sekiranya faktor-faktor tersebut wujud dalam organisasi
28. * Namun, faktor-faktor ini tidak dapat memotivasikan
pekerja atau memberi kepuasan kepada mereka * Antara
faktor-faktor penjagaan ialah : i. Upah dan gaji berpatutan
termasuk faedah-faedah lain dari organisasi ii. Keselamatan
kerja iii. Keselesaan tempat kerja iv. Polisi syarikat dan
pentadbiran yang adil v. Hubungan interpersonal dengan
ketua, rakan sekerja dan subordinat vi. Status
29. b. Faktor-faktor Motivasi * Faktor-faktor yang berkaitan
dengan pekerjaan yang dapat memberi kepuasan dan
seterusnya dapat memotivasikan pekerja * Ketiadaan faktor-
faktor ini akan menyebabkan timbulnya rasa ketidakpuasan
kerja * Antara faktor-faktor motivasi ialah: i. Pencapaian -
peluang-peluang mencapai sesuatu matlamat kerja yang
mencabar ii. Penghargaan – penghargaan terhadap
sumbangan dan usaha iii. Tanggungjawab – diberi
tanggungjawab dan tugas kerja yang baru iv. Kemajuan –
peluang untuk memajukan diri dan status kerja berdasarkan
prestasi kerja v. Kerja itu sendiri – berhubung dengan kerja
yang dapat memberi kepuasan, penonjolan diri dan
mencabar
30. 3. Teori X dan Y * Douglas McGregor telah membuat
andaian berhubung dengan gelagat pekerja yang boleh
dijadikan panduan kepada pengurus dan pemimpin *
Pengurus perlu menggunakan cara yang berbeza untuk
memberi motivasi kepada pekerja yang berbeza dari segi nilai,
kepercayaan, sikap, kebolehan dan beberapa ciri lain yang
mempengaruhi gelagat mereka * Ciri-ciri yang terdapat dalam
teori ini dibuat atas andaian berikut:
31. a. Andaian tentang pekerja dalam Teori X : * Kebanyakan
pekerja tidak suka bekerja dan seboleh-bolehnya mungkin
cuba mengelakkan diri dari membuat kerja * Pekerja perlu
dipaksa, diancam dan diarah bekerja untuk mencapai
matlamat organisasi * Kebanyakan pekerja malas, mengelak
diri dari tanggungjawab, tiada cita-cita dan lebih menekankan
soal keselamatan diri * Kebanyakan pekerja cuba
mengelakkan diri dari memimpin * Pekerja hanya akan
melakukan kerja yang baik jika ada insentif kewangan
32. b. Andaian tentang pekerja dalam Teori Y : * Sebahagian
besar pekerja suka melakukan kerja * Pekerja boleh
mengawal diri sendiri, lebih suka memberi panduan diri,
berinovasi dan kreatif * Pekerja suka mengambil
tanggungjawab dan suka memimpin * Pekerja mempunyai
komitmen pada matlamat organisasi dan berkeinginan
melakukan kerja dengan baik bukan semata-mata
memerlukan insentif kewangan * Motivasi dan potensi pekerja
sememangnya sudah sedia wujud dalam diri pekerja dan
pihak pengurusan hanya perlu menggilapkan potensi-potensi
tersebut
33. 4. Teori Z * Dikemukakan oleh Ouchi dengan
menggabungkan ciri-ciri kejayaan pengurus Jepun (Timur)
dan Amerika Syarikat (Barat) dalam bidang pengurusan. * Ciri-
ciri utama teori ini ialah: ~ Melibatkan semua kakitangan
dalam proses membuat keputusan untuk mencapai kepuasan
di peringkat Sosial Teori Hirarki Maslow (THM) ~ Pekerjaan
adalah untuk seumur hidup bagi mencapai kepuasan pada
peringkat Fisiologi dan Keselamatan THM ~ Tanggungjawab
peribadi untuk mencapai Penghormatan Diri mengikut THM ~
Peluang menggunakan kemahiran untuk mencapai peringkat
Hasrat Diri THM ~ Berhati-hati dalam penilaian dan kenaikan
pangkat untuk membina keyakinan dan penghormatan diri
seperti THM
34. * Teori Z dan Teori Hirarki Maslow mempunyai kaitan yang
rapat. * Teori Z menekankan rasa tanggungjawab, kesetiaan
dan penglibatan semua pihak dalam pengurusan organisasi
tidak tertakluk kepada pengurus sahaja * Pekerja terlibat
dalam penentuan matlamat, pembuatan keputusan,
penyelesaian masalah, melakar dan melaksanakan peluang *
Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat
meningkatkan motivasi mereka * Semua pekerja terlibat
dalam pengurusan organisasi walaupun pekerja tidak suka
melakukan perkara- perkara di luar bidang mereka
35. TOKOH MOTIVASI
36. c. KAEDAH MEMOTIVASIKAN PEKERJA 1. Penetapan
Matlamat (Goal Setting) * Proses menetapkan tahap prestasi
tertentu untuk dicapai dalam suatu tempoh masa yang
ditetapkan * Ciri-ciri objektif yang spesifik dan jelas,
mencabar tetapi tidak terlalu sukar , akan dapat
meningkatkan motivasi pekerja * Jelas bermaksud pekerja
tahu mengenai apa yang ingin dicapai oleh organisasi *
Objektif organisasi disampaikan samada dalam bentuk ayat
atau mekanisme yang jelas kepada pekerja. Contoh: Untung
yang hendak dicapai pada tahun ini ialah RM 3 juta * Objektif
perlu difahami oleh pekerja dengan penggunaan bahasa yang
jelas dan cara penyampaian adalah menggunakan bahasa
dan kaedah yang difahami oleh pekerja
37. 2. Rekabentuk Kerja Definisi Rekabentuk Kerja *
Menekankan aspek kandungan, fungsi dan hubungan kerja ke
arah mencapai matlamat organisasi dan memuaskan
kehendak pekerja * Sikap pihak pengurusan terhadap
kepentingan pekerja bermula sekitar tahun 1950an apabila
semakin ramai pekerja meluahkan rasa tidak puas hati
dengan kerja dan tugas yang menjemukan, kerja rutin yang
tidak meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri mereka *
Ramai pekerja meninggalkan tempat kerja, bilangan pekerja
tidak hadir semakin meningkat dan ada yang bertemu
majikan untuk mendapatkan penyelesaian * Hal ini memaksa
pihak pengurusan menilai semula peranan dan tugas sebagai
proses untuk mendorong pekerja meningkatkan moral dan
prestasi mereka
38. * Terdapat 2 pendekatan sebagai tindakbalas untuk
menangani ketidakpuasan yang timbul di kalangan pekerja
iaitu: a. Pusingan kerja (Job Rotation) ~ Melibatkan
perpindahan pekerja ke bahagian-bahagian lain (di dalam
skop atau bidang yang sama) supaya pekerja tidak merasa
jemu atau meluahkan rasa benci dan bosan terhadap kerja ~
Contoh: Pusingan kerja kepada kakitangan yang berjawatan
kerani di bahagian kewangan yang mengendalikan kerja
penerimaan dan pembayaran (juruwang) dipindahkan secara
pusingan (bergilir) untuk memproses bil dan invois pada
minggu atau bulan yang berikutnya. Kaedah ini membolehkan
kerani tersebut mempelajari kerja baru serta melatih beliau
supaya cekap dan mahir di dalam tugas yang berlainan di
bahagian kewangan
39. b . Perluasan Kerja (Job Enlargement) Definisi: “
Rekabentuk kerja di mana beberapa tugasan yang berkaitan
dengan kerja yang dilaksanakan oleh pekerja telah ditambah
(setelah latihan yang berkaitan diberikan), untuk memberikan
kepelbagaian aktiviti dalam kerja di samping dapat
mengurangkan kebosanan.” ~ Pendekatan yang telah
digunakan oleh organisasi besar seperti IBM dan FORD untuk
menyelesaikan masalah pekerja, kos pengeluaran dan kualiti
produk ~ Program ini juga menimbulkan masalah di mana
ada pekerja yang tidak berkeupayaan untuk menjalankan
tugas tertentu dan pekerja yang berkeupayaan pula akan
meminta tambahan gaji ~ Program ini berkemungkinan
menyebabkan ramai pekerja diberhentikan kerana berbagai-
bagai kerja hanya dapat dilakukan oleh segelintir pekerja
sahaja. Ini akan mewujudkan ketegangan antara pihak
majikan dan kesatuan sekerja
40. c. Pengkayaan Kerja (Job Enrichment) Definisi: “ Satu cara
untuk memotivasikan pekerja dengan memberikan mereka
peluang menggunakan kebolehan dan kepakaran mereka
dalam melaksanakan tugas yang diberikan” ~ Satu lagi
kaedah untuk mendorong pekerja untuk meningkatkan
keinginan dan prestasi kerja ~ Menitikberatkan kerja atau
tugas itu sendiri di dalam organisasi ~ Melibatkan 2 faktor
penting: 1. Menyediakan kerja yang pelbagai 2. Memberikan
kuasa atau autoriti dan tanggungjawab kepada para pekerja
untuk menjalan kan tugas mereka sehingga selesai
41. ~ Hal-hal yang diberi perhatian di dalam kaedah ini: 1.
Tanggungjawab pekerja Pekerja hanya dapat meningkatkan
tanggungjawab mereka apabila dibuat pengawalan ke atas
kerja mereka. Melalui kaedah ini pekerja tidak dikawal dengan
ketat oleh penyelianya sebaliknya pekerja yang akan
mengawal dan menyelia tugas mereka sendiri Tanpa kawalan
yang rapi diharapkan kreativiti pekerja tidak akan disekat 2.
Membuat Keputusan Pekerja perlu diberikan kuasa untuk
membuat keputusan berkaitan dengan kerjanya Bila pekerja
mempunyai kuasa dan kebebasan ke atas kerjanya, mereka
akan mendapat kepuasan serta akan menjalankan tugas
dengan penuh tanggungjawab
42. 3. Maklumbalas Prestasi pekerja samada memuaskan atau
tidak perlukan disampaikan kepada mereka Dengan itu
mereka dapat memperbaiki prestasi masing-masing di masa
hadapan 4. Kemajuan dan Perkembangan diri Tanggungjawab
yang diberikan, autoriti dan autonomi yang ada pada pekerja
dapat menambahkan lagi pengalaman dan keupayaannya
melalui latihan disediakan pihak pengurusan Oleh itu pekerja
dapat memajukan diri dan kerjanya 5. Pencapaian Ciri-ciri
kerja yang disebutkan di atas akan memberikan tahap
pencapaian ke atas diri pekerja dalam organisasi
43. 3. Kualiti Suasana Kerja (KSK)(Quality Work Place) *
Merupakan program pengurusan yang meningkatkan output
seperti produktiviti dan prestasi melalui pengurusan kerja,
pekerja dan keadaan kerja yang baik * Program pengurusan
menekankan kepada aspek pengalaman kerja di tempat kerja
* Pengalaman kerja yang menyeronokkan dan suasana kerja
yang baik akan meningkatkan output produktiviti dan prestasi
kerja yang cemerlang * Pendekatan KSK dibentuk untuk
membantu pekerja merasa seronok dengan diri, kerja dan
organisasi mereka
44. * Faktor-faktor yang dikaitkan dengan KSK: > Pampasan
yang sesuai dan munasabah > Persekitaran kerja yang
selamat dan sihat > Peluang untuk membangunkan
kebolehan sumber manusia > Peluang untuk pembangunan
dan keselamatan kerja yang berterusan > Jadual kerja dan
tugasan mudah/longgar (flexible) > Perhatian yang berhati-
hati terhadap aliran serta rekabentuk kerja dan pekerja
dilibatkan di dalam menghasilkan rekabentuk kerja >
Kerjasama yang bertambah dan lebih baik dalam kesatuan
pengurusan > Kurang struktur penyeliaan dan banyak
pembangunan efektif dalam kumpulan kerja
45. * KSK menekankan faktor kemanusiaan dalam meningkat
motivasi pekerja * Namun, terdapat juga beberapa masalah
seperti: i. KSK unsur terakhir yang akan mendorong pekerja
bermotivasi berbanding dengan faktor-faktor lain ii.
Pertukaran kaedah memotivasikan pekerja kepada KSK akan
melibatkan kos yang tinggi dalam bentuk masa, peralatan dan
pekerja iii. Kebanyakan kesatuan sekerja tidak suka KSK
kerana dikatakan akan mengurangkan kuasa mereka
46. 4. Pengupayaan (Empowerment) * Definisi: “ Kewujudan
perasaan untuk mengawal dan diri sendiri mempunyai
keupayaan apabila manusia diberi kuasa dalam keadaan di
mana sebelum ini mereka tidak berkuasa” * Menerangkan
bagaimana pekerja diberi lebih autonomi terhadap proses
kerja * Ia termasuk : i. Membenarkan pemegang jawatan
menentukan kaedah kerja ii. Memberi cadangan bagaimana
menyelesaikan masalah iii. Menerima maklumat yang
berkesan serta mengawal belanjawan kewangan
47. * Pekerja diberi autonomi iaitu kebebasan, berdikari dan
menggunakan budibicara terhadap aktiviti-aktiviti kerja
mereka * Pekerja diberi tugas penting yang tinggi tahap
kerjanya, mustahak pada diri sendiri dan orang lain *
Pengupayaan juga membolehkan pekerja mengawal
maklumbalas prestasi kerja mereka * Pekerja perjaya pada
keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan tugas dengan
jayanya
48. 5. Ganjaran (Kewangan dan Bukan Kewangan) * Ganjaran
– pemberian dalam bentuk pampasan yang diterima oleh
pekerja daripada organisasi disebabkan oleh sumbangan
yang mereka berikan * Pampasan pekerja – fungsi pengurusan
sumber manusia yang harus mempunyai sistem pampasan
yang menarik agar dapat mengekalkan dan memotivasikan
pekerja sedia ada dan menarik calon-calon yang berkualiti
dalam organisasi
49. i. Bentuk Wang Gaji pembayaran berdasarkan tempoh
bulanan dan mengikut prestasi yang telah ditetapkan Bonus
tunai dibayar pada akhir tempoh tertentu sebagai peratusan
daripada gaji asas pekerja Cuti berbayar tambahan diberi
kepada para pekerja lebih daripada tambahan yang mereka
layak. Mereka mungkin memilih untuk mendapatkan tunai
untuk menggantikan cuti tambahan ini Komisen dibayar
apabila mengatasi sasaran yang ditetapkan untuk mereka
mungkin merupakan peratusan tertentu daripada lebihan
output Barang diberi bagi menggantikan ganjaran tunai
percuma. Bentuk ini sesuai bagi perniagaan memproses
makanan Faedah organisasi seperti insurans pekerja,
perubatan, pengangkutan, tempat tinggal boleh diberikan

Anda mungkin juga menyukai