Anda di halaman 1dari 2

ALUAN Assalamualaikum Salam Sejahtera

Pembuka kata lidah bicara


Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang berusaha, Dr Junaidah Binti Arsad


Guru besar SK Telok Panglima Garang

Yang dihormati,
Pn Haliza Binti Sabian, Penolong Kanan Pentadbiran
En Mohd Nazri Bin Jaafar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn Khuzaimah Binti Zaaim, Penolong Kanan Kokurikulum
Ust Hj Md Asim Bin Ismail, Penolong Kanan PPKI

Barisan guru-guru serta anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin dan limpah


kurnia-Nya dapat kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam
Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 peringkat SK TELOK
PANGLIMA GARANG bagi tahun 2023.

Tujuan Program Transisi ini diadakan adalah untuk membantu murid-


murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di
rumah atau di tadika kepada pendidikan yang lebih formal di Tahun 1
sekolah rendah. Dengan terlaksananya program ini, murid-murid
diharapkan telah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran
sekolah, guru-guru dan rakan-rakan baharu dalam masa yang singkat.

Murid-murid seronok tak datang ke sekolah??

UCAPAN GURU Hadirin yang dihormati,


BESAR Tak molek jika alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Untuk tidak melengahkan masa, marilah kita menjemput YANG


BERUSAHA DR JUNAIDAH BINTI ARSAD selaku Guru Besar SK
TELOK PANGLIMA GARANG untuk menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan gimik penutupan Program Transisi Tahun 1. Dipersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Bagi menyempurnakan majlis, dijemput _____________________


HADIAH diiringi oleh _________________ untuk menyampaikan hadiah bagi
PERTANDINGAN para pemenang Pertandingan Mewarna. Dipersilakan.
MEWARNA
PERSEMBAHAN Haaaaa hari ini kita ada surprise sikit….Murid-murid nak tengok
1 CERDIK tak???
Dijemput penghibur-penghibur cilik dari kelas 1Cerdik untuk membuat
persembahan dengan lagu bertajuk Bintang Bintang di Langit. Jika
ada murid yang tahu lagu ini, boleh ikut nyanyi sekali ya…

PENYAMPAIAN Seterusnya, dijemput pula _______________________ untuk


CEDERAMATA mengiringi _________________ bagi menyampaikan cendermata
PERSEMBAHAN kepada penghibur-penghibur kita dan juga para pemenang
Pertandingan Tulisan Cantik. Majlis mempersilakan.
PENYAMPAIAN Baiklah kita beranjak maju kepada penyampaian hadiah Pertandingan
HADIAH Tulisan Cantik.
TULISAN
CANTIK Terima kasih diucapkan…
LAGU KALAU Okay murid-murid, bagi menceriakan acara, kita berjoget nak????
RASA GEMBIRA Okay mari kita horaaa horray!!!
PENYAMPAIAN Anugerah seterusnya adalah Anugerah Sahsiah Terpuji. 2 orang murid
HADIAH dipilih dari setiap kelas bagi anugerah ini.
SAHSIAH
TERPUJI Majlis mempersilakan ________________ untuk mengiringi
________________ bagi menyampaikan anugerah.

Majlis merakamkan penghargaan di atas kesudian para pentadbir


menyampaikan anugerah.

NYANYIAN Murid-murid, sekarang kita akan menyanyikan lagu transisi bersama-


LAGU sama. Kita cuba nyanyi ikut lagu ya…
TRANSISI
PENUTUP Kerjasama tuan puan sangat dihargai
Terima kasih sekalung budi
Kenangan nan indah simpanlah di hati
Semoga kita berjupa lagi

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur kata bicara
Serendah hati kemaafan dipinta

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada


semua pihak yang terlibat secara langsung atupun tidak langsung
dalam menjayakan Program Transisi Tahun 1 pada tahun ini.

Dengan ini kami sudahi dengan Wabillahitaufik…..

Anda mungkin juga menyukai