Anda di halaman 1dari 3

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2022

(1) ALUAN PENGERUSI

Bismillahirrahmanirrahim

Yang berusaha PN YUHANA BT MIHAT, GURU BESAR SK BATU TALAM

Yang dihormati, YM TG ABDOL HAKIM BIN TG JAAFAR, Penolong


Kanan Pentadbiran,

EN JUNAIDI BIN ABDUL HAMID, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

EN ABDUL MUTALIB BIN NORDIN, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang dialu-alukan YDP dan NYDP PIBG, para AJK PIBG, GURU-GURU,
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt,  salam sejahtera dan salam lebaran.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

(3)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal
setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-
sama dapat berkumpul di dewan SK Batu Talam yang ceria  ini untuk
meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun
2022.
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan adik
______________________ bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

terima kasih adik _________________ atas pimpinan ketulusan bacaan


doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang
Maha Esa.

(5)UCAPAN GURU BESAR

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Ketupat dan rendang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Puan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang berusaha, PN YUHANA BT MIHAT, Guru Besar SK
Batu Talam untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


yang Berusaha Puan Guru Besar, atas ucapan sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi bandung bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah
yang telah sedia dihidangkan.
Majlis akan diceriakan lagi dengan lagu-lagu raya dan beberapa
persembahan nyanyian daripada murid-murid dan para tetamu yang sudi
menyumbangkan suara pada majlis hari ini.

(7)
PERSEMBAHAN:

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang


akan didendangkan oleh pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan nyanyian. Terima kasih sekalung


budi diucapkan kepada semua penyumbang suara yang telah menjayakan
persembahan itu tadi.

(8) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis
sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat berlangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir


Batin.

Anda mungkin juga menyukai